Saturday, 1 October 2011

Widgets

Ilham dan tanah kubur ~astro oasis~

assalamualaikum....

suatu hari, ada kematian berlaku disebelah jiran umah zah, di banting. meninggal kerna eksiden dan langgar lari. pagi tu, ramailah yang datang berziarah termasuklah ibu mertua aku aka mak zah.... disebabkan anak2 yang masih lagi tdo, maka zah menangguhkan niatnya terlebih dahulu untuk melawat jenazah....

bila anak2 dah bangun, maka, zah pun bersiap2 untuk melawat jenazah. sementelah rumah sebelah sahaja, nanti tak melwat, apa pulak org kata...

zah meminta adik2nya menjaga kembar sekejap untuk melawat jenazah. kemudian bertanya pada ilham,

"abang am nak ikut ummi tak g umah sebelah? kita tgk org meninggal."

menggeleng kepalanya menandakan bahawa dia taknak ikut.

tak lama kemudian, selepas zah melawat jenazah dan zah pun hendak pulang, tetiba ilham datang dengan berkopiah sambil membawa surah yaasin (taktau mana dia dapat).

"ilham nak tengok tak?"

"nak," jawab ilham.

masa tu jenazah telah dikapankan termasuklah mukanya. maka ilham hanya sempat untuk melihat tubuh kaku sahaja...

sejurus melihat jenazah arwah, maka spontan dia berkata,

"takpe ummi... nanti dia bangun balik kan ummi. kan dalam TV kan dia tunjuk. nanti dia bangun balik... takpe ummi...."




~diceritakan kembali dengan sedikit olahan dialog~
-------------------------------------------

itu cerita isteriku semasa aku beradsa di Jitra, beberapa hari yang lalu, sebelum hari raya. aku bertanya dengan zah...

"macam mana pulak dia boleh cakap camtu?"

"dia suka tgk tanah kubur kat astro oasis tu. kalau tgk, tak bergerak2... dalam cerita tu, kan ada jenazah yang kengkadang, bangun dalam kubur, sebab tu dia cakap arwah tu akan bangun balik..."

berulang kali aku membaca sms dari zah... kemudian terpikir, kalaulah aku sendiri yang menjadi jenazah tu, atau zah, atau sesapa yang ilham sayang.... apa orang akan jawab bila ilham bertanya,

"takpe... walid/ummi nanti akan bangun balik kan????"


-------------------------------------------

tuanpunyablog: jasad di Jitra, hati dan jiwa di Banting....

No comments: