assalamualaikum....
entri kali ni agak panjang sedikit. so, memana yang tengah masak ke, mandi ke (kot2lah sambil gosok gg or kat jim mim BAN tu dok belek iPAD, iPhone, beyrihitam, jaman teknologi kan), tengah makan ke, setelkan dulu keje2 hakiki korg tu... sat g, jenuh tak abis2 keje hakiki korg tu...
kali ni nak cerita sikit pasal panggilan tepon yang aku terima dua tiga hari lepas, daripada seorang rakan yang aku kenal masa menghadiri kursus TOT PLKN (apsal tetiba jadi skeme ni????) dulu...
banyak soklan yang ditanya berkisarkan UK. antara soklan yang ditanya;
25000 pounds tu banyak tak? boleh beli umah tak kat sana? jangan kira kita convert ke RM. nak tgk samada nilai duit tu banyak ke tak kat UK nun...
aku pun jwb...
kalau nak tau nilai tu tinggi dan duit tu banyak ke tak, maka aku pun cakap kat dia... kat atm2 mana2 bank kat uk tu, paling banyak sehari kita leh kuarkan, 250 pounds... pastu duit yang paling besar kat atm tu, 20pounds... kalau pakai 50pounds tu, ada... tapi kebanyakkan kedai akan mula lah buat rasa sangsi... cek sana... cek sini... lagi2 kalau kita masukkan duit kat dalam bank dengan duit 50poounds banyak sangat (ni cerita berdasarkan pada pengalaman aku berada kat sana)... kalau nak beli umah tu mmg tak dapat lah... umah sewa aku dulu kat london tu, yang kecik tu pun, dah dekat 200k pounds... rega umah maybe sama macam malaysia kadar dia... tapi banyak jugak duit tu... kurang2, 4 bijik merc leh amik... apasal ko tanya camtu?
dia menjawab;
aku ada sorg kwn ni... org UK lah... scotland... kenal melalui tagged, pastu borak2 kat ym... tapi takdelah selalu sangat borak ngan dia. kalau nampak dia online, tanya kabo, buat apa, lebih kurang 5 - 10 menet, abis dah borak... camtu jek... kebetulan, ayah aku meninggal baru2 ni... so, aku habaq lah ngan dia... pastu tetiba dia kata nak bagi sumbangan... aku cakap tak yah... tapi dia kata dia insist nak bagi jugak. dia mintak no akaun aku... semualah maklumat... dah dia berkali2 mintak, kesian jugak, nampak cam beria2... dah bagi, rini dia antar salinan email... kira resit masukkan duitlah daripada... aku ingat dia nak bagi dalam 100 - 200 pounds... ni bagi 25k pounds... aku risau scam jek... yelah, kot2 dia gunakan segala maklumat yang aku bagi, pastu dia kata aku buat loan ngan dia... jenuh aku kene kejar ngan polis nanti... apa pendapat ko?
aku menjawab;
aku tak berani lak nak kata. ada kemungkinan jugak. tapi maybe dia ingat kos pengkebumian kat malaysia, sama macam kat UK. sebab kat UK, kos pengkebumian, amat2lah tinggi... jenuh nak bayar. kaya2 org care taker ni... sebab kat sana, katakan mayat dah meninggal kat spital, kita bukan leh bawak balik pun... macam2 proses nak kene buat, dari awal meninggal sampailah masuk ke lianglahad... semuanya orang lain (care taker) yang buat... kita takleh buat apa2, melainkan daftar mati jek... based pada pengalaman aku yang cetek ni, baby yang meninggal dalam perut pun, kosnya hampir 1k pounds... tu mujur depa bagi murah... tu takde kapan, takde apa mandi... takde solat... tanam jek... so, maybe dia insist btol2 nak bagi... tapi kan, aku musykil jugak sebenarnya... apsal bagi banyak sangat? dia keje apa? rasanya kalau kat sana pun, takdelah pengurusan mayat tu amik sampai puluhan ribu... unless kalau dia buat peringatan terakhir... satu lagi, dengan dia bagi donation tu, maybe dia leh lari dari tax... tax kat sana tinggi.... semua benda kene tax... mungkin lah...
dia menjawab;
erm... mungkin btol apa yang ko cakap tu. maybe sebab dia ingat sama kot ngan UK, tapi aku cakap jelah kos pengkebumian kat malaysia sama mahal ngan UK. heehehehe... dia keje nurse jek... tapi bila tgk gambar, ada satu gambar depan umah dia... besar giler umah dia...tanyalah ngan dia... camana dia leh dok umah besar sangat... pastu dia cakap dia janda, baru kematian suami. pastu dia dapat insuran, dekat 1mil jugaklah... so, nak wat camana ek ni? dia dah attachedkan salinan daripada remittence office... 25k tu... giler... kalau masuk bebtul, kaya aku... hahahahaha...
aku jawab;
erm... taktau nak cakap. camnilah... ko cakap jek terima kasih kat dia... ataupun, la ni ko kunun2nya tak bukak email lagi... nanti bila duit tu dah bebetul masuk, baru ko balas email dia. tapi kan, aku musykil sebenarnya... sebabnya, setau aku lah... paling banyak boleh transfer dari akaun uk ke cni, 3k jek... camana dia leh sekali transfer jek? pelik pulak...
dia jwab;
oh... 3k jek ek... erm... aku rasa dia buat tunai kot... sebab tu leh masuk sekali...
aku jawab;
giler lah kuarkan duit tunai sampai 25k... erm... taktau nak cakap... ko tgk jek esok or lusa... samada duit tu dah clear atau tak. normally 3 hari clear lah... pepehal ko gtau aku k...
-------------------------------------
dipendekkan masa (esoknya)....
tengah dok tengok bajet kat tv, dapat satu sms daripada member aku ni... tertulis kat text msg tu....
'SCAM.... HAHAHAHAHAHAHA'...
aku pun ikut gelak sama... pastu aku perli2 jugak dia (bagus sungguh aku sebagai member dia)...
'sian, mesti hancur harapan ko nak beli memacam kan.... hahahahahahaha'
------------------------------------------------
dipendekkan cerita pulak;
member aku kol aku... aku pun bertanyakanlah camana dia tau itu scam... pastu dia pun cerita...
'aku baru jek kuar dari solat jumaat. pastu, selipar aku lak kene kebas. so, aku pun dok kat tangga tu. tengah dok lepak kat tangga tu kejap, ada kol masuk. sora pompuan mmg kompiden giler cara bercakap. dia cakap ngan aku, dia dari remittance unit. ada org bank in kan duit kat aku. katanya dari UK. so, dia pun cakap... kami nak masukkan duit ni, tapi encik kene bayar charge dulu... aku pun tanya ngan dia, berapa aku kene bayar... pastu dia kata, dalam RM3k lebih... pastu dia cakap, dia suh bank in kan duit tu dulu... baru dia leh clearkan duit... tanya ngan dia, camana nak bank in kan? dia pun bagi no akaun bank tu.... pastu aku cakap, aku akan bank inkan kejap lagi...'
tambah member aku lagi,
'aku pun musykil sebenarnya. sebabnya, dia guna no handphone tuk kol aku.. lupa plak nak tanya camana... kengkadang opis ni, ada jugak yang nampak cam no hp, tapi sbenarnya fixline tu... kira no pejabat. aku pun p bank (lupa plak aku nak tanya mana dia dapat selipar, so, jangan kata cerita aku ni tak logik ek... ) tu... bila aku p nak masukkan duit, tup2, kuar nama yang tah apa2 tah... nak kata melayu bukan, cina bukan, india pun bukan. macam personal akaun jek ni. nama cam lelaki... pastu tak puas hati, aku pun p jumpa org bank tu...
(sebagaimana yang member aku ni ceritakan, ni dialog member aku ngan pegawai bank tu)...
'encik, saya ni, ada org bank in kan duit dari UK. lepas tu, dia kata nak clearkan duit tu, saya kene masukkan duit sebanyak lbih kurang RM3k... cumanya, saya musykil, sebab yang dia bagi ni no akaun personal...'
'erm... camana pulak leh jadi camtu? sebabnya, biasanya, mana2 duit yang ditransfer atau dimauskkan terus akan terus dikredit ke akaun pemilik. lepas tu, apa2 bayaran yang dikenakan oleh bank, dia akan tolak siap2... maksudnya, baki setelah ditolak bayaran tadi tulah akan dimasukkan dalam akaun pemilik. bank takkan mintak masukkan duit apa2... boleh saya tengok no akaun org yang suruh encik masukkan duit tadi?
...... (tengah cek)... ni akaun personal ni encik. bukan akaun mana2 bank... nama ni pun, pemilik akaun ni, sebenarnya bukan org malaysia... encik bagi detail akaun encik bank mana? ada no akaun? biar saya cek kan, ada tak float...
(setelah di cek dengan menghubungi org bank di sunway...)... takde pun apa2 yang float sebanyak 25k pounds encik...'
member aku ni sambung cerita;
ko nak tau? tengah aku nak masukkan duit tu kat akaun penipu (masa ni blom tau kene tipu lagi) tu... member aku dari UK tu kol... tak penah2 dia kol pagi (waktu sana), biasanya dia akan kol petang waktu sana jek... meaning, dia akan kol dalam kol 12 or 1 pagi... dia tanya ngan aku, duit tu dah masuk ke? ada org dari remittance office kol ke? aku cakap, duit tak clear lagi. pastu dia kata, nevermind. u just follow instruction frm your remittance office... aku dah musykil dah... kemudian, lepas minah uk tu kol, aku cuba kol pompuan yang kol aku tadi. nak tanya sebab kenapa bagi no akaun yang nampak cam personal. kol tak dapat. since no tu nampak cam no hp, aku cuba msg dia. cakap, suh kol aku, urgent. elok jek dia kol, aku pun tanya... kenapa bagi macam no akaun personal? dia dengan kompiden nya cakap... owh, mmg camtu.... kira nanti kami bayarkanlah... abis tu, kenapa guna no hp instead of no opis? aku tanya dia balik. pastu dia kata dengan kompiden, taktau dapat training daripada mana... dia kata, owh, tadi member saya kol dari opis... saya kat luar ni. mintak saya tolong kol encik. dia ada banyak keje n nak p solat jumaat. so, saya kol encik pakai hp... encik dah masukkan duit tu ke? aku cakap, blom lagi... saya baru nak g bank... takpe, pepehal saya kol balik... aku cakap balik kat dia...
member aku meluahkan perasaan pulak bila tau tu scam, walaupun tak masukkan duit yang penipu tu mintak untuk kunun2nya, nak clearkan 25k tu;
geram aku jep... sangat2 geram... mainkan lah aku... aku apa lagi... mainkanlah pompuan yang kompiden cakap tu... aku kol dia, aku cakap, duit dah aku masukkan... siap aku bagi lebih lagi. aku cakap ngan dia, apalah sangat 5k tu, dibandingkan dengan aku dapat dekat 100k... pastu dia kata, takpe, nanti dia cek dulu akaun tu, kalau dah masuk, baru dia bleh clearkan duit pounds tu... huh!!!! kompiden lagi tu... geram aku... ni tinggal minah saleh plak aku nak mainkan dia...'
aku pun bagi cadangan kat member aku ni (tanduk dah naik sebab aku pun geram n pernah terkena);
'ko jangan pecah lobang dulu... ko cakap, ko dapat duit lebih daripada yang sepatutnya... pastu suh dia datang KL, nanti ko bawak dia jenjalan satu malaysia... sebab nak balas 'budi baik' dia bagi derma tuk arwah ayah ko...'
'giler ko, kalau dia datang bebetul camana? jenuh nak menjawab ngan bini aku.'
aku semakin geram;
'lantak lah dia. biar dia terkontang kanting kat epot tu sengsorg. padan muka, sapa suh menipu. mujur ko tak terkena walaupun ko hampir terkena... bayangkan berapa banyak dia dapat dengan menipu org lain? jangan kata org kampung, org2 bandar yang edukated yang ada prof dr ada jugak yang kene tipu... biasalah, manusia... bila nampak duit jek, terus mata jadi kelabu... otak jadi beku... badan jadi macam lembu kene tarik hidung... ikut jek apa org cakap... tak pk apa2...'
tuanpunyablog: ada masa aku sambung pulak ngan kesah sadis aku kene tipu n hampir2 kene tipu... ni menulis pun sebab aku dah bohsan ngadap thesis aku tu... tambah pulak, ngah blurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.... mata jadi kelabu, otak suka merapu, aku pun tak tahu....
No comments:
Post a Comment