Thursday 20 October 2011

Widgets

kisah budak tadika yang bijak

assalamualaikum....


aku petik kisah ni (taktau btul atau tak, tapi yang pastinya, memberikan pengajaran pada kita) daripada fan website kat FB.

----------------------------------------------


kisah cikgu cuba menanam ideologi Atheis (btol ke aku eja ni???):


Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu. ...

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu. ...
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan…

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada!
Guru: *@#?!(:


tuanpunyablog: jangan sangka ilmu dah tinggi kita boleh manipulasi macam2 perkara...

1 comment:

Mermaid Ungu said...

cikgu xde otak? Lariii..cikgu jd Zombaa...haha