Friday, 30 December 2011

Widgets

takpe, janji niat dah ada...

assalamualaikum...

wah!!!!!!! banyaknyeeeeeeeeeeeeeee sawang ngan sarang labah2 kat blog aku ni.... tulah, lama tak kemaskini.... bukan takat kemas kini, tak jenguk pun... tau2, pengikut bertambah.... mekaseh lah naaaa.... jadi pengunjung setia blog aku yang ............. (sila isi tempat kosong, sebab kalau aku tulis, kang ada yang kata aku SS jek)... jap ek... nak bersihkan sawang2 ngan sarang labah2 ni (sawang ngan sarang labah2 adalah dua benda yang berbeza kan????)

................................................

ok dah siap aku kemas blog ni!!!! last posting aku, kalau tak silap, dua bulan lepas, bulan 10. tu pun sebenarnya, dah lama aku buat, pakai laptop yang kunun2nya canggih... tapi.... takleh nak publish lak tulisan aku on d spot... save post tu, bila buka pc, baru aku publish bebetul... erm.... tulah org kata, makin canggih gajet, maikin rapuh kegunaannya... tengok saja hs, pakai aipon, berihitam, samseng galaksi, etc.... etc... kene air hujan sikit, terus blur skrin... terus takleh guna... cuba pakai nokia 33 sekupang, or nokia 33 dua kupang... baling kat student sebab bercakap masa tengah mengajar pun, blum tentu bleh hancur... kan??????

PC kat umah ni jarang guna, lagi2 masa zah ngan iman2 ada kat umah ni... la ni, dah sunyi sepi... hanya bertemankan bunyi radio... 'takpe, dah biasa'.... tulah ayat klise aku... erm... nak cerita pasal kehidupan sapa plak ni???? owh ya... nak cerita pasal kisah sedekah jariah ni... tak pastilah samada aku penah cerita atau tak... malas nak belek balik... kebetulan pulak, email kat tempat aku mengajar kali ni, berpolemik pasal amal jariah... persoalan yang sepatutnya tak perlu dibangkitkan sebagai seorang muslim, bagi akulah...... persoalan apa? erm... takpelah, tak perlu tau. tapi bukan itu yang aku nak cerita... nak cerita kisah seorang sahabat yang begitu jujur, tulus, mulus serta kudus nak beramal jariah... tapi.... tak jadi... sebabnya....

satu ketika di sebuah masjid yang menumpang bangunan2, bandar yiewsley, telah dibuat pengumuman untuk mengutip derma bagi pembinaan sebuah masjid bagi penduduk di yiewsley ni. kawasan ni, mmg ramai muslim yang duduk. tapi banyak daripada pakistan, afghanistan, india etc... ala2 macam masjid india, tapi ramai yang muslim... ramai jugak sahabat2 aku yang belajar kat brunel ni dok kat area sini... nak cari ayam yang halal pun senang... apalagi, fastfood yang halal terutamanya kebab ngan pizza... belambak2...

kutipan derma tersebut akan diadakan pada hari esoknya, selepas solat terawikh... maka sahabat aku yang tulus mulus kudus ni pun, pada keesokkan harinya, sebelum ke masjid, mengorek tabung2nya... maka dikeluarkan duit2 syiling terutamanya satu dan dua pounds dan dimasukkan didalam poket seluarnya... berjalanlah beliau ke masjid dengan harapan dapat sedikit beramal jariah... yelah, student kan... manalah mampu nak derma banyak2......

selepas solat terawikh tersebut, maka imam or oirang yang bertanggungjawab tu pun mengumumkan... tabung dibuka untuk mana2 orang perseorangan yang ingin menderma... maka keluarkn sahabat aku ni akan duitnya... peliknya, dia tak nampak pulak tabung2 derma kat situ...

selepas orang yang bertanggungjawab mengutip derma tersebut membuat pengumuman, maka seorang demi seorang mengangkat tangan...

'my name is ............ i want to donate 1000 pounds....' orang yang bertugas mencatatkan namanya....

angkat tangan pulak orang kedua,

'my name is ......... i want to donate 5000 pounds.....' orang yang bertugas, mencatatkan namanya...

angkat tangan pulak orang ketiga...

'my name is ......... 1000 pounds.... ' namanya di catatkan oleh orang yang bertanggungjawab...

dan begitulah seterusnya... 3000 pounds, 500pounds, 2000 pounds.... dan nama2 mereka dicatatkan oleh yang bertanggung jawab....

tergamam sahabat aku sorang ni... elok2 dah keluarkan duit2 syiling yang bernilai tutttttt (aku tak tau berapa, sebab sahabat dia tak cerita lak).... dimasukkannya balik... terus malu nak menderma... sebab apa.... orang derma main ribu riban... bukan sepound dua jek...

takpelah, janji niat dah ada... moga dipermudahkan lagi pengajiannya sebab dah ada niat nak menderma.... biarpun tak sampai hajatnya.... aaaaaamiiiiiiiinnnnnnn.... Allah tau segalanya...

tuanpunyablog: wondering.... kalaulah aku kaya, mampukah atau sanggupkah aku untuk menderma sebanyak itu??????????

No comments: