Saturday 4 June 2011

Widgets

kebawah lorong memori (dlm BI: down memory lane)

assalamualaikum....

hai, kembali menulis lagi... nak sambung menulis thesis, aku stuck.,.. nak buat yang takde kene mengena ngan whole thesis macam acknowledgement, benda tu laaaaaaaama dah aku siap. in fact, sebelum dapat result lagi aku dah siap... siap buat amendment lagi... nak ucap terima kasih... wah, cam artis pulak rasa....

nway, takde cerita baru sebenarnya... macam aku janjikan, aku nak ulang siaran penulisan aku masa memula aku ber'repek' kat alam maya ni.... ekceli, ada lah dalam 10 entri aku kat blog prenseter tu... tapi disebabkan ada masalah masa aku nak post, maka aku bertukar pada blogger... oklah jugak... makin mantap... ubah topik lak....

ok... nak mulakan dengan cerita lama semasa kali pertama menyambut besday kat UK ni... setiap kali masuk umur baru, aku mesti ter'dejavu' kenangan lama.... tambah pulak bila dengar lagu2 lama.... lagilah menusuk kelbu.... entri kali ni panjang... so, agak2 kalau tengah masak tu, p tutup api dapuq dulu naaa... sat g hangit, aku gak yang dipersalahkan.... :D

ok... entri ni aku tulis pada malam besday aku, 13 May 2008 di Fleming Hall, Brunel University, London, UK... Layanzzzzz....

-------------------------------------

selamat malam semua… cewah…. malam ni aku tak leh nak tdolah plak… mata mengantuk sebab semalam tak cukup tdo, rasa cam bengong2 jek kepala aku ni… tapi, mata takmo nak lelap… kenapa tah… huhuhu… alang2 aku berjaga ni, baik jaga terus…. tunggu subuh kol 230 pagi… cepat btol subuhnya…

dua tiga menjak ni, aku jadi blues plak… teringat kenangan2 masa kecik2 dulu… ala2 macam dejavu jek… lebih2 lagi bila lepas tgk citer sutun 2…. huhuhu… tetiba jek teringat zaman aku masa moda2 dulu…. maka lepas jek aku abis nuntun citer tu, mulalah aku layan blues…. dgr lagu lama… lagu alikucing (alleycat), lagu ekamatra pusara dilebuh raya, lagu zaiton sameon kabut serangkai mawar (huh, lagu ni yang paling menyentuh perasaan aku), lagu karam zabarjad, lagu sudirman, lagu iklim, suci dalam debu (ingat arwah shahrizan), lagu khairul idlan aku yang kau panggil sayang, lagu massa, patahnya sayap malam, lagu CRK cinta dan air mata dan banyak lagilah…. yeeeeeaaaahhhhhh… tak terasa plak aku kat kat negara omputih… yelah, dok memerap jek kat dalam bilik…. dok layan jiwang sengsorg…. huhuhu….

org kata, kalau kita tetiba teringat selalu jaman2 kecik2 ni, erm… bahase saintipiknya, dejavu, katanya maut nak menjemput… erm… tahlah, tah betul, tah tak… tapi mmg tetiba jek aku rasa cam ni… agaknya sebab aku dah masuk jaman 30an kot… erm… kira ni hari pertama aku melangkah ke alam 30an lah kan…. erm…. dah tua rupanya aku ni…. tapi kenapa aku selalu merasa muda ek???? uweeeeekkkkk….. geli plak aku baca… huhuhu


erm…. nak citer sikit jaman2 aku muda2 dulu…. dari budak hingusan kebudak nakal kebudak skima kebudak alim (alim keRRRRR????) ke remaja skima ke remaja kurus keremaja gemuk kedewasa bujang kedewasa suami org kedewasa bapak org…. (erm… rindu kat iman… apa kabarlah dia kat sana dibawah jagaan ita… zah p kemping pandu putri maktab dia plak… sian iman… selalu kene tinggal… kuatkan semangat ye iman…. walid sentiasa doakna iman kuat semangat macam walid gak..kuat keRRRRR????.. huhuhu)


darjah 1 zuhal, kat sekolah rendah damansara utama, erm… apa yang aku ingat ek… tak banyak rasanya. dapat cekgu cina, tapi pasih cakap melayu.. anak dia siap satu kelas lagi ngan aku. ceh! tak aci sungguh!!! (ooo… dulu mana tau aci tak aci kan).. cam biasa, budak2 baru masuk sekolah… dengan aku yang tak pernah masuk tadika… tapi alhamdulillah, leh gak aku hapal abc dengan cepat… sebab dulu sebelum masuk sekolah selalu main cekgu2 ngan kakja (kakak atas aku)…. rasanya kalau dia tak jadi cekgu time tu, tak sampai aku ke tahap ni. disebabkan pestasi aku yang memberangsangkan (kunun nyaaaa), maka cikgu tho gantikan aku untuk menerima program susu sekolah hat yang free punya tu (nak beli tak mampu, so telan ayaq liuq jelah) dengan org lain… sebab budak tu selalu buat hal… hehehe…. ingat lagi muka budak tu camana… kalaulah dulu aku tau tak baik buat camni, sah2 aku akan tolak rejeki tu, sebab terasa plak macam gumbira diatas penderitaan org lain… cewwwwaaahhh!!! penggal 3 aku masuk plak sekolah agama…. kira pagi sekolah agama, ptg g sekolah kebangsaan…. g sekolah kebangsaan, terpaksa menyeberang sungai… sampai sungai, bukak kasut dulu, pastu seberang, pakai balik kasut, jalan dekat 3 km (eh, tak ingat plak berapa km, dulu mana reti kira) siap naik bukit turun bukit lagi… pagi g sekolah agama, selalu ikut jalan belakang umah… jauh gak, taktau berapa km. siap kene lalu lombong yang org2 tua selalu citer, memalam akan dngr org berkawat.. katanya kawasan jepun kene pancung dulu, so selalulah dgr citer askar takde kepala berkawat…. selalu gak aku kene kejar bila nak g sekolah agama ni. tak angsa yang kejar aku, itik, tak itik, lembu, tak lembu, kambing, tak kambing, anjing (ni paling aku takut)… semua binatang aku takut dulu..ayam jantan pun penah kejar aku.. pengecot btol… huhuuh… la ni kawasn tu dah jadi bandar utama pun… heheh… rumah sapalah yang dapat kawsan jamban kayu umah aku dulu… sian kat org yang dapat kawasn umah aku dulu tu…

masuk darjah dua, masuk kelas 2 marikh, pernah kene lempang ngan cikgu chombee (cekgu kelas) masa ujian lisan… sebabnya, aku taktau nak bezakan antara kapal2 yang disebutkan… ada banyak jenis kapal kat situ termasuklah sampan… kira pengangkutan lautlah… yang aku ingat, aku sebut kete kebal… pang!!! kenelempang… seddey… aku yang cengeng ni pun nangis…. sampai sekarang aku ingat…. la ni semua jenia pengangkutan darat aku tau… opkos lah… sebab dah masuk u kan… kalau tak tau mmg budak sindrom down lah aku ni… sekolah agama plak waktu ptg… kene ngan ustaz wahid, guru besar sebagai guru kelas… selalu nyorok dalam almari… alih2 satu hari tu, kene sebat ngan ustaz wahid (garang btol ustaz ni…) sebab selalu main2 dalam almari… kene sebat kat tapak kaki plak tu… huh!!!sejak tu, tak pernah nak men lagi dalam almari… lagi satu takleh lupa…. huhuhu…. aku tipu mak aku time posa…. aku dah minum pun air watekuler kat sekolah… alih2, lepas balik dari sekolah, aku pun mengadap hidangan seperti biasa macam betul2 org bukak posa… huh!!!sampai sekarang mak aku tak tau aku tak posa sebenarnya time tu…. teruk betol aku ni…. lupa plak, ada satu lagi pistiwa yang takleh kulupakan… aku nyaris2 lemas dihanyutkan sungai yang selalu aku seberang nak kesekolah tu… waktu balik dari sekolah, tgk air cam dalam, maklumlah pas ujan. pastu adalah makcik indon (sebab lalu kawasan dorg nak g skolah ni) cakap jgn seberang, air kuat… aku tak peduli, nak cepat punya pasal, sebab kalau ikut jalan lain, jauh giler… aku pun seberang… hampir tengah2 sungai tu, aku dihanyutkan… mujurlah kaki aku kuat lagi time tu. berjaya membuat tapak yang kukuh.. huh!!! air paras dada aku tuh!!! sib baik aku berjaya patah balik, kalau tak, tak jumpalah aku dalam blog ni…. panjang umur aku ek…

darjah tiga zuhal plak, kene ngan cikgu cina… cikgu tan… garang gak… penah kene marah gak, sebab aku kacau dia ngan wat kira2… bukan pe, tanya nak g tandas jek… pastu kene marah… huh!!!tak psl2 betol… last, aku g basuh tangan jek. takde mud dah nak buang ayo kecil (sopannyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr ayat….)kat sekolah agama plak, kene plak ngan ustzh yg garang gilerrrrrrrrrrrrrrrrrr…. asal salah, rotan, salah sikit, tarik tinge, salah sikit, diri atas kusi, salah sikit, ketuk ketampi. salah ajek, diri atas meja.. sib baik aku terer… tapi still kene marah gak, sebab…. sebab…. erm…. tahlah, sebab apa… sebab tulah aku kata dia garang gilerrrrrrrrrrrrrrrr…………

darjah 4, aku pindah umah, daripada umah papan setinggan, kerumah batu… pestaim ada letrik, ada peti ais, ada tepon… huh!!! time tu mmg jakun, asal seminit bukak peti ais (wpun kosong sebenarnya peti ais tu, saja gatal nak bukak, yelah, sejuk kan…) dulu masa umah pakai generator, kol 7 malam baru ada api… nak tgk citer suria pekasa itam, gaban, ottromen, oshin, meoro attack (betul ke aku eja ek), semuanya tak leh… sebab lambat sgt…. la ni, ada letrik sendiri, senang sikit nak tb… darjah 4 musytari, kene ngan cikgu india, cikgu devi… garanglah gak…. siap aku kene piat tinger masa peksa akhir tahun… sebabnya, aku lambat antar ketas jwapan aku… musykil aku sebenarnya, aku dah antar dah ketas jawapan aku, tapi bila cek2 balik… kenapa masih ada lagi ek????ketas sapa plak yang aku antar ek??? erm…. sekolah agam plak??? erm… cam biasa…. gelagat kene kejar tetap ada… kali ni anjing plak… ingatkan dah pindah leh selamat…. rupanya tak gak… huhuh

darjah lima musytari… dapat cikgu yang best giler…. dahlah lawak… hari2 buat lakonan, aktiviti yang paling aku suka…. sebab takyah belajo… tapi takleh lupa, bila dapat cekgu pektikal lelaki yang terang2 berat sebelah pada kaum adam… kalau pompuan, tertinggal alat lukisan takpe… lain kali jgn lupa bawak… tapi kalau lelaki, kenapa tinggal? kenapa tak bawak? kenapa tak der? pergi diri diluar kelas…. geng2 aku masa tu semua menyampah ngan dia… huh!!! tak de etika btol cekgunya…. harap2 zaman ni takde la ye… g sekolah plak pestaim naik beskal, nenek cina bagi… tapi yang paling tak tahan…. tetap kene kejar… kali ni anjing2 yang berada disekitar umah damansara utama tu…. kengkadang tu, sampai dua tiga kali kene kejar… sib baik naik beskal…. huhuhu… masa akhir tahun plak, ustaz (sekolah agama) buat rombongan p melaka… pestaim jenjalan…. sib baik mak aku benarkan… ptg, pas jenjalan kat area melaka tu, glah tanjung bidara… mandi manda… tak semena2, aku rasa ada org tarik aku ke tengah laut… argggghhhh!!!! aku lemas…. terkapai2 aku… dahlah tak reti berenang… sib baik arus tolak aku ke tepi… lama jugaklah… gelen gaklah air masin aku telan… pastu, tetiba ada org jerit, bagitau shahrizan lemas…. erm… kawan baik aku… lepas tu, maybe ajal dah sampai, maka tak dan nak selamatkan dia… sedih aku, sebab aku rasa dia yang tarik aku, sebab arus tarik dia kot… erm… panjang lagi umur aku ek… kalau tak, arwah dah aku ni… huhuhu

darjah enam musytari… dapat cekgu melayu, pn naimah… best gak cekgunya… amik upsr dapat 2a 2b… taklah pandai sgt… tapi yang bestnya, takde sapa yang leh potong aku terutamanya subjek agama… ada sorg budak ni, nama alena, anak seorg dokter, sekuat mana dia blajo, sekuat mana dia menelaah, tetap takleh kalahkan aku… berlagaknya aku… tapi subjek agama jelah… subjek lain, macam alam manusia, matematik, bm pelagi bi, aku jauh meninggalkan dia….eh… dia jauh meninggalkan aku…. bodo sikit aku time ni…. pastu time subjek agama plak, selalu amik upah tolong kengkawan tuliskan jawi…. teruk btol aku… takpe, tulun kengkawan yang tak sekolah agama kan…. so, jawinya lembab sikit….isk… tak baik aku ngutuk… masa hari sukan, cekgu kelas tanya pasal sesapa yang nak amsuk tarik tali… pastu, aku pun angkat tangan… member aku sorg ni pun angkat tangan…. dia nampak aku angkat tangan, dia pun tanya, eh… jefri, awak kuat ke nak masuk tarik tali tu???? wah!!! statement! sungguh berlagaks… pastu, aku turun balik tangan aku, time tu jugak aku doa…Ya Allah, jgnlah bagi sesapa menang sekalipun no 3 sekiranya aku tak masuk dalam pertandingan yang dianjurkan… tup2, makbul doa aku… banyak2 sukan yang dipertandingkan, yang menang 4×100m jek… tu pun no 3 n pompuan yang masuk… ha, amik ko… kutuk aku lagi… makbul doa org yang teraniaya ni (eh, jap, aku ni kira teraniaya ke ek????) ala, bolehlah kira teraniaya… cekgu pun pelik napa semua leh kalah, padahal bebudak aku kebanyakkannya semuanya wakil sekolah. huh!!! padan muka… sapa suh kutuk aku… huhuhu…. sekolah agama plak, dilantik jadi ketua pengawas… tensen, sebab hehari aku yang kene berdiri kat depan, baca doa… buat jadual tugas, semua ngelat… aku pun amik keputusan drastik, satu hari tu, aku nyorok kat library… pastu tak semene2 kantoilah plak ngan guru beso… dah kene sebat depan bebudak… huh!!!ketua pengawas paling brutal penah aku tgk… huhuhu…. lelain, bila dapat hadiah kain daripada GB sebab dapat SDE kedua terbaik bagi sesi petang….

bila ingat zaman sekolah rendah ni, aku terbayangkan seorang kawan aku ni… kawan dia dari darjah 2 sampailah darjah 6… namanya abdul manan othman. bapaknya dulu wakil rakyat pendang, othman abdul kalau tak silap… dulu masa bapak dia menang pilihanraya, siap dia blanja kami lagi satu kelas… best btol….. manalah dia ek… banayk yang aku utang ngan dia… yela, selalu dulu blanja aku makan masa rehat… org kampung kan…. mak aku bagi 3posen jek sehari, tuk dua sekolah… so, duit tu aku simpan tuk sekolah agama… hehari aku nempel ngan manan ni… hehari jugaklah dia blanja aku… huhuhuh… bila pk balik, rasa malu pun ada sebab selalu nempel nagn dia…. kgkdg tu, dia yang bagi, aku tak mintak pun…. kenkadang aku cakap pinjam duit dia, tapi tak pernah pulak aku bayo… huh!!! kalaulah aku mati ketika ni, taktaulah aku nak bayar balik utang2 aku ngan dia… lama gak aku mencari kengkawan lama, tapi tak jumpa pung..geng2 darjah lima ngan enam yang paling rapat… main sesama, beratur sesama, selalu sep tempat depan sekali dengan letak jelah batu ke, bekas air ke, kasut pun kami siap letak semata2 nak beratur kat depan…

sebut pasal beratur ni, tingat plak masa aku darjah lima. kene beratur dua2, dalam dewan… so, bila dewan tak bukak lagi, semata2 nak beratur kat depan, kami pun peganglah tangan sesiap, aku ngan kawan aku, sapa tah, lupa… khairul faizi kot… pegang punya pegang, bila bukak jek pintu dewan, kami pun berlarilah nak p lorong kami beratur… nak dijadikan citer, aku ke depan, yang partner aku plak ke arah lain… pelik plak, sepatutnya, sama arahlah kan, sebab satu kelas. tapi bila jek aku pandang sebelah kanan aku…. waaaaaarrrrrggggghhhhh!!!!! aku tak tau kenapa BUDAK INDIA POMPUAN mana tah yang aku pegang tangan tu… huh!!!! malu gilerssssssssss time tu… tapi takpe, bebudak lagi kan… tak sorg pun tau aku penah pgg tangan india semata nak beratur… takpe… takpe… pengalaman tuh… susah nak cari… huhuhu….


cari gak kengkawan lama ni… macam hasni zakry, hazim, manan, ahmad arif akil (sampai darjah 3, pastu pindah kedah)… nilah yang selalu aku betandang umah dorg, sebab umah org kaya2 kan… amik kokurikulum pun sesama…tapi sorg pun tak jumpa… yelah, aku masuk sekolah menegah sekolah agama, pastu behijrah ke kedah, mana nak jumpa kan…huhuhu… sedihlah, lagi bila ingatkan dorg… kawan2 sepermainan… cari2 gak, kot2 jumpa tapi sorg pun tak jumpa, kecualilah nabhan mahfodz… tu pun sebab dapat sekolah menegah yang sama…


sebut psl sekolah menengah, sebelum aku masuk SAMTTAJ (sekolah agama menengah tinggi tengku ampuan jemaah) shah alam, banayk gak karenah aku kene tempuh… memula, sejak aku belom amik SDE lagi, aku nak cakap ngan mak aku nak dok kat asrama… mak aku tak bagi… bila dapat tawaran, aku tanya lagi… mak aku tetap berkeras tak bagi… katanya aku kecik lagi, tak pandai berdikari..borg tu pun aku tak isi, aku pulangkan balik… tapi masa hari terakhir kat sekolah kebangsaan tu, tetiba jek mak aku cakap suh aku isi balik borang asrama yang aku mintak tu… erm… takde rejeki aku, borg tu ustazah dah bagi balik kat JAIS… tapi tanpa pengetahuan mak ayah aku, aku ada isi gak borg nak p sekolah jais lepas upsr tu guna borg yang ustazah sekolah kebangsaan bagi… ustazah sekolah tu suruh… aku pun isi lah… alhamdulillah, aku diterima masuk ke samttaj lepas mak ayah aku turun naik jais tu mintak aku dapat sekolah agama…. erm… meybe rejeki aku dah tersurat kat situ… maka masuklah aku kat sekolah tu….


panjang dah ni… aku pun ngantok… nanti de masa aku sambung lagi tuk part 2. untuk kenangan sekolah menengah.


kengkadang tu, rasa macam nak kembali jek kezaman kanak2 dulu…. sonok… takyah pk banyak benda.. dah keje ni, memacam plak kene pk kan…. tapi tulah, life goes on… wah!!! skiping plak aku ni…


jumpa di episod seterusnya… kalau aku ada masa lah ek…


~~~blog ini ditulis ketika penulis sedang melayan bluesnya dengan mendengar lagu2 zaman silam sesambil merenung kembali kezaman silam, pada pukul 230 pagi, 14 Mei, hari pertama penulis berada pada umur 30 tahun~~~~~

------------------------------------------------

sekian, boleh sambung keje2 hampa yang terbengkalai tu naaaa..... ilal liqaq....

tuanpunyablog: tetiba kepala jadi pusing.... napa tah....