assalamualaikum...
hai, pekabo? penat ke baca entri sebelum ni? yelah, panjang berjela2... thesis pun tak panjang camtu kan??? tapi thesis boring baca, sebab mungkin takde kene mengena ngan idop kita kan (macamlah cerita idup ko masa kecik tu ada org suka baca jep oiiiiii)???
nway, kali ni nak serius sikit... terkesan sikit dengan beberapa perangai manusia sekeliling... aku cerita ni bukan nak tunjuk aku baik, tapi sekadar nak mengingatkan diri ini agar sentiasa beringat... yelah, manusia kan mudah lupa... lagi2 kalau jenis LIFO (kalau ikut account, standard meaning, last in first out, tapi kalau ikut definisi aku, LEAST IMPORTANT FIRST OUT), kan????
orang kata, nak selami hati orang, cuba kita berada dalam kasut depa, bak kata omputeh, be in other shoes.... cuba bayangkan beberapa situasi ni...
katakan seorang suami apabila disuruh menjadi imam solat atau imam tuk baca yaasin, maka, jawab sisuami,
'tak layak, sebab kurg didikan agama...'
oklah kan, bagi aku, aku leh terima alasan ni... tapi bagaimana pula kalau suami yang kata tak layak tadi, tetiba nak berpoligami, berkata,
'aku layak kawin lebih dari satu, sebab aku mampu dari segalanya...'
apa perasaan anda sebagai isteri kepada suami itu? marah? geram? why not pulangkan paku buah keras balik kat dia, dengan berkata,
'ai, bab2 nak jadi imam tak layak, pasal nak kwin pulak, tetiba layak pulak? mampu ke dari segi AGAMA nak bimbing isteri satu lagi?'
agak2 apa suami tu akan kata?
buat suami2 orang no offence ok.. aku bukan nak cerita specifically pasal tu... aku bukan anti poligami, atau anti suami poligami, atau lebih memihak kepada isteri... bagi aku, itu semua jodoh... takde sapa boleh tahan kuasa Allah... saja sebagai pembuka bicara... mungkin itu tak kene sangat dengan orang yang suka berubah 'hukum' apabila 'hukum' tidak memihak kepadanya, oleh kerana 'pembolehubah' yang berlainan...
cuba bayangkan anda sebagai seorang cikgu yang baru sahaja mengajar disekolah swasta.... aku bagi nama korang sebagai cikgu XXXY. XXXY diberi mengajar matematik walaupun dulu XXXY grad bukan dalam bidang maths tulin, contohnya, kewangan. tapi, pengetua kata, bolehlah dikira layak, sebabnya, dulu amik add maths, stpm amik math jugak... masa degree dulu pun ada jugak belajar maths. lagipun, guru maths kurang kat sekolah tu. so, kenelah mengajar... maka, XXXY pun mengajarlah subjek tu untuk beberapa penggal persekolahan.
bila tiba musim cuti, sekolah decide tuk buat tuisyen berbayar (dibayar pada cikgu yang mengajar. maknanya, dapat gaji dua kali gandalah, selain dari gaji basic)... target student takdelah banyak sangat... dalam 2 kelas jek. satu, sebab tak banyak permintaan. satu lagi, sebab sekolah kene bayar cikgu yang mengajar tu. maka, berlakulah satu perdebatan antara cikgu yang graduate betul2 dalam bidang maths dengan pengetua... kata cikgu pure maths tersebut;
'kenapa pulak mesti bagi kat cikgu XXXY tuk ngajar... dia bukannya layak sebab bukan grad dari bidang maths, setakat ajar tambah tolak campur, smua orang boleh ajar. tuisyen ni berbayar, so, kualiti yang pengajaran, mestilah kene ada. hanya mereka yang grad dalam bidang maths sahaja boleh mengajar dengan ada kualiti tersebut.'
aku pasti kalau korang yang jadi cikgu XXXY akan tertanya2 dalam hati.... kenapa tetiba tak layak pulak mengajar, sedangkan sebelum ni, berpenggal2 dah mengajar maths kat bebudak. tiba jek suatu musim, terus jadi tak layak... tertanya2 jugak dalam hati... sebelum ni, rasanya, depa pun ngajar tambah tolak bahagi darab jugak, takdelah sampai mengajar cerita bagaimana campur terjadi, apa sejarah campur tolak bahagi darab, camana simbol tersebut boleh keluar or macam2 yang takde pulak dalam silibus.... dan tertanya2 jugak... kalau tak layak, kenapa disuruh mengajar sejak berpenggal2 yang lalu? tertanya2 jugak, rasanya semua penggal bebudak bayar tuk blajar, bukan setakat kelas tambahan tu jek...
agak2kan, kalaulah kelas tuisyen tu tak berbayar, agaknya, keluar tak isu layak tak layak ni????
manusia.... manusia.... kerap berubah 'hukum' apabila 'hukum' itu sendiri tidak memihak kepadanya.... moga kita semua tidak tergolong dalam lingkungan orang seperti itu hendaknya.... aaaaamiiiiiinnnnnn...
tuanpunyablog: tidak ada kene mengena dengan yang hidup atau yang mati. sekadar peringatan untuk diri sendiri sahaja.... kisah diadaptasikan daripada hikayat pak pandir dengan dengan labu2nya...
4 comments:
satu pengkesahan yang simple, tapi it's real in our life. Namanya pun manusia mcm-mcm ragam, tetiba je boleh tukar status. Allah sahaja yang sempurna.
Teruskan berkarya- all the best
Salam..spt pernah ku dgr kisah ini...lumrah kehidupan mcm tu la..apabila ada org yg begitu kisah dgn 'kelayakan'...namun siapa sebenarnya yg paling layak untuk menilai?
Mcm tu la juga kita nanti...bila dah 'berkelulusan' jgn sekali-kali menganggap diri 'berkelayakan' atau 'berkepakaran' kerana sesungguhnya ilmu Allah ini sgt luas..hingga tk tercapai jangkauan pemikiran...cuma persepsi org lain mungkin tk sama spt kita...semoga dpt menjadi se'neutral' yg mungkin di dalam persekitaran yang penuh dengan pelbagai perisa ini.
nice!^^ peringatan untuk diri ini juga =)) thanks!
anonymous 1: thanks... walaupun taktau sapa yang bagi galakan kat saya untuk terus menulis... cuma takut tulisan saya banyak yang merapu jek... hehehehe
anonymous 2: cam penah dgr? kat hikayat pak pandir kot... hehehehe.... tulah pasal, sebenarnya, saya juga takut untuk menulis... sebab takut terkena pada diri sendiri... huhuhuhu
keju beri biru: welcome... saja menulis untuk mengisi masa lapang yang tak lapang mana....
Post a Comment