assalamualaikum...
entri yang lepas, pasal TOC, LOT, LOF tu takde kene mengena kan dengan tajuk besar blog aku ni? erm... sebenarnya ada jugak, tersirat... omputeh kata, implicit... pe dia? ha... tersiratnya, kalau ada ilmu, jangan kedekut... ni pesan kat diri sendiri ni... supaya beringat... almaklumlah, LIFO kan...
pasal entri sebelum entri TOC ni pulak... adalah jugak beberapa orang yang tidak berpuas hati dengan dengan ceritera ni.. mintak maaflah bebanyak ye pada sesapa yang terasa hati dengan entri yang lepas... saja jek nak cerita tentang kehidupan... dah tajuk beso aku ni cerita tentang kehidupan, opkoslah aku kene kaitkan cerita tentang kehidupan... jangan kata sesetengah orang yang tak suka bila org yang berada di'bawahnya' bagi nasihat, kengkadang aku pun tedetik dalam hati berkata sedemikian... contohnya, bila seorang pelajar mengatakan, cara pengajaran aku salah.... kengkadang, terdetik jugak dalam hati... sapa cikgu sapa pelajar ni????? so, ni kira sebagai nasihat pada diri sendiri jugaklah...
masa dok belek FB kengkawan, ada seorang sahabat menulis distatusnya,
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."-Imam Hasan al-Basri
so, nilah argument aku kalau tetiba org cakap kat aku.... 'alah, macamlah awak tu baik sangat...'
tuanpunyablog: cheq masih hidup tau... blog ni pun masih hidup... cuma bz sikit dengan keje seharian... ada masa, cheq hapdet naaa...
No comments:
Post a Comment