Tuesday 17 May 2011

Widgets

aku seorang ce'egu...

assalamualaikum warahmatullah....





pa habaq? lama tak berceloteh... balik jek dari jaga exam, kisahlah satu slot ke, dua slot ke, terus flat M (mengantok) major... padahal, tdo semuanya cukup. walaupun aku tdo pas subuh (tak larat nak tunggu subuh, tdo pas isyak kol 11, pastu bangun kol 4 subuh, pastu tdo balik). maybe aku pun jadi tensen bila tengok student jwab ekjem. teringat dulu masa undergrad, kepala tu rasa berasap jek masa nak jwab ekjem. tapi alhamdulillah, setakat yang aku ingat, aku takdelah tensen sangat bila habis satu2 paper (bukan nak habaq aku terer)... sebab bila dah abis, aku terus malas nak pikio. sebab, kalau pkio, macamlah leh amik balik kertas tu jwab balik kan... so, tunggu jelah result...





16 may semalam, sambutan hari guru. mak ayah aku cekgu memandu, zah cekgu sekolah rendah tuk murud2 yang ada masalah 3M, ita adik aku, cekgu sekolah menengah. genetik cekghu kot naaa... nway, tetiba macam nak cerita sikit pengalaman menjadi cekgu sementara cuti matrik, cuti undergrad ngan cuti master. aku mmg minat jadi cekgu ni. rasanya, aku jadi cekgu secara tak rasmi masa aku kat samttaj dulu. ajo maths budak dorm mate aku. maths merupakan subjek kegemaran aku sejak aku form three, sebelum2 tu, maths mrupakan subjek phobia aku... lagi2lah masa form 2. taktaulah, rasanya, masa form 2 tu, subjeknya lagi susah (ker aku yang tak reti???)... dahlah cekgunya garang...





nway, long story cut short (biasa org sebut yang ni, kira betullah ek), budak yang aku ajo maths tu, dapat A. masa dia cakap dia dapat A dalam pmr, rasanya, macam melayang2 jek diri aku ni..,. org kata, melebihi bulan.... btullah orang kata, hadiah paling bermakna untuk guru, ialah kejayaan.





tu secara tak rasmi. yang rasmi, masa memula aku habis cuti matrik. taktau nk buat apa. so, member aku offer aku tuk ngajo kat sekolah rendah. cekgu dia amik cuti tanpa gaji, jaga suami sakit. masa masuk tu, ingatkan dapat pagi, tapi dapat petanglah pulak. jenuh jugak nak menjaga bebudak darjah tiga yang berada di kelas hujung... aku cakap kat depan, depa boleh main kejar2 kat belakang. mujurlah suara aku kuat, menjerit tu jangan kiralah... hehari aku menjerit.


stail aku ngjar, aku student based, bukan class based. maksud aku, kalau student tu tak paham, aku akan panggil sorg2 kat meja guru, ajo n tunjuk satu persatu. sebab aku rasa (walaupun takde kajian yg valid), cara tulah yang paling berkesan tuk sesetengah student. benda yang sama jugak aku praktikkan masa aku start ngajar student uni, terutamanya subjek maths ngan stat. senang sikit nak tengok muka paham ke dak, n senang depa nak tanya soklan lain. sebab dalam kelas kn depa segan... nak dijadikan cerita, masa aku sebuk dok ngajar, adalah sorg budak ni, dok main pisau kat belkang.. tah camana, terpotong tangan sendiri... masa tu, aku dok tunjukkan camana nak buat maths kat meja guru tu. satu kelas menjerit. aku pun terpinga2... taktau nak buat apa. so, aku bawak p pejabat, masa tu dah pukul 4. kerani tu kata, dia suh amik sendiri. sebab dia nak balik dah, takut tertinggal bas. aku pun taktau kat mana (baru sebulan ngajo).


mujur ada sorg ustaz, tolong aku n balutkan jari budak tu. petang tu, aku teruskan keje aku. dalam pada tu, sebenarnya tak sedap hati... rasa bersalah pulak. esoknya, aku dipanggil PK HEM. dia tanya ngan aku, camana leh jadi camtu... aku pun terangkan aku tak nampak apa depa buat, sebab aku dok ngajar kat meja guru... dia pun kata, u tak boleh buat camtu. u kene jaga anak2 murid u, kalau mak bapak datang, dia akan saman bla... bla... bla... aku malas nak bela diri. telan jelah... esoknya, cekgu yang cuti tanpa gaji tu dah mula masuk keje (husband dia dah meninggal). terus PK HEM panggil aku... katanya...



'en jafri, esok tak perlu datang kerja ya. cekgu yang u ganti tu, dah masuk balik..'



erm... sedih jugak. takde rejeki kan... takpelah, aku pun bukan nak keje lama pun... nak kene sedia jugak nak masuk UUM nanti... bila aku masuk dalam bilik guru, ada cekgu tu tanya... kenapa kemas semua barang... aku cakaplah, cekgu yang aku ganti tu da balik. pastu dia cakap, kita ni jenuhlah dok relief kelas jek manjang... dah ada cekgu ganti, p buang... mmg tak cukup cekgu ni... aku senyum jelah... aku tau sebab apa pun dia buang aku... sebab kes budak terpotong jari tu lah... kes 1...



cuti tahun 1, aku try mintak ngajar sekolah rendah agama pulak. dapat kelas hujung jugak. ngajar darjah tiga. tapi alhamdulillah, seronok mengajar dorg ni walaupun semuanya nakal2... ada sekali tu, aku suh semua berdiri atas kerusi. sapa dapat jawab soklan, baru leh duduk. buat macam aku sekolah agama dulu... kebetulan lah pulak GB lalu... dia pun panggil aku, tanya kenapa. so, aku bagilah reason, sebab depa bising, pastu nak suh jawab soklan. pastu dia kata, kalau boleh, jangan buat camtu... kita ni.... bla... bla... bla... (tak ingat exactly apa dia cakap, tapi yang pasti, dia tak suka)...






bila dah terbiasa dengan kelas hujung ni, karekter aku pun terbawak2 ke kelas lain. kelas yang terer lah... tak dapat jawab satu soklan, cubit... sampaikan, ada kakak kerani tu cakap kat aku... mak bapak komplein, katanya, anak dia taknak p sekolah sebab ustaz garang sangat... lupa pulak aku, yang aku ngajar tu sekolah swasta, agaknya, sebab tu, nak kene jaga jugak depa2 ni... dapat gaji, terus terkejut... banyak btol bagi (takyah taulah ek berapa)... sebab katanya, dia kira aku ni lepasan degree... tahan jugaklah sampai sebulan. sebabnya, aku kene balik UUM tuk kursus jawatankuasa suaikenal.... rasanya, kalau aku tak kene balik UUM, mau aku terus keje kat sini... kes 2.




last sekali, aku bosan takde buat apa2 masa cuti pertengahan semester masa aku buat master dulu. so, saja2 apply tuk jadi cekgu. cari tepon2 sekolah, terus telepon. punyalah semangat nak mengajar kan... saja je pun nak cari pengalaman. kali ni, dapat pulak sekolah menengah. masuk je sekolah tu, aku terus di bagi kelas... agaknya, aku ni mmg muka kelas hujung kot... dapatlah kelas tingkatan satu, bekas budak2 peralihan... jenuh jugak aku nak ngajo... ada yang tak boleh nak baca... jenuh pikio camana nak buat latihan tuk depa... buatlah macam kelas darjah empat... isi tempat kosong. pun takleh jugak.




cabaran jugaklah ngajar depa ni. aku ajo kat depan, depa leh lari2 depan aku... pastu bising pulak. adalah dua tiga orang nak blajar. so, aku macam malas dah nak amik port nak suh depa duduk. penat cakap jek. sampai satu tahap tu... aku mmg tak tahan dah... aku nak bagi balik buku latihan depa... ada dua orang dok main kejar2... last, aku amik satu buku latihan tu, dia tengah lari depan aku, aku lipat, aku 'pukul (taktau nak guna istilah apa yang sesuai)' dia ngan buku latihan tu... berani tu jeling kat aku sambil marah2 kat aku...

'apa jeling2?' sambil aku jegilkan mata kat dia. takleh kalah lawan mata, sat g depa ingat kita takut...



'apa pasal cikgu hantam saya?'



'apasal awak lari2 saya tengah cakap? duduk tempat awak.' aku jerit balik.




mujurlah dia nak dengar cakap. tapi jeling tu jangan cakaplah. sampai dia penatlah kot. tak lama lepas tu, dia sambung main kejar2 ngan kwan dia masa aku dok ngajar dua tiga org kat meja guru...




malam tu aku dok pk... aku takleh lama2 kat sekolah ni. lagipun, aku cuma nak cari pengalaman. so, aku amik keputusan, esok bagitau ngan PK HEM, cakap aku nak berenti. dapat offer ngajar kolej swasta. terpaksa, sebab aku taktau nak bagi reason apa. dulu beriya2 nak mintak... dah dapat, cabut pulak. aku benti pun sebab dok pk... aku bawak kete mak aku, kang tak pasal2 tayar pancit ke, kene garit ke... risau jugak... last2 benti.




cikgu tu tanya, abis gaji u camana? aku cakap... takpelah cikgu... takyah bagi takpe... tau sebab apa aku kata takyah bagi gaji tu???




sebabnya, aku cuma tahan kat sekolah tu TIGA hari jek... worst experience ever!!!!! bila adik aku start mengajar sekolah menengah (lepasan UPSI), aku risau sangat... yelah, takut dia kene camtu... alhamdulillah... dia kata, student2 dia semuanya kata dia garang... tgk perwatakan dia, cam tak caya jek student kata dia garang...




teringat dulu, masa darjah dua, cekgu tanya, cita2 nak jadi apa? aku pun cakap, nak jadi cekgu. pastu dia tanya, kenapa taknak jadi pensyarah? aku pun tanya balik... pensyarah tu apa???? terus cikgu terdiam... kampung sungguh aku ni!!!!!




nway, aku salute mereka2 yang menjadi cekgu... aku takleh nak kata mana yang senang tuk ngajar. sebab aku ada pengalaman mengajar dua2 jenis sekolah. rendah ngan menengah. sekolah rendah ada cabarannya, sekolah menengah ada cabarannya... bagi aku, mengajar 'budak2' yang besar takdelah susah sangat compare mengajar sekolah (by budak2 besar, i mean, student uni)... sebabnya, depa semua dah paham kenapa kene hormat ngan guru... compare ngan sekolah... semuanya masih berada di 'umur tahap bahaya'... sebab zaman sekolahlah peribadi manusia itu terbentuk...




biarpun tak kaya harta dengan menjadi guru, sekurang2nya, dapat dua2 sekali... harta dunia dan harta akhirat. jangan salah faham pulak ye, aku tak kata org yang keje selain guru tu tak dapat saham akhirat... jangan kita lupa, ibu bapa juga merupakan guru pertama kita... so, walaupun kita bukan guru, tapi sebagai ibu bapa, kita tetap menjadi guru kepada anak2 kita... hebat kan kita?????


selamat hari guru buat semua yang membaca nukilan saya (tetiba leh jadi skimarimarasyidi) ini...




tuanpunyablog: sila abaikan perbezaan kembang dan kuncup antara dua gambar tersebut ye. maklumlah, terlebih makan nasi ayam nasi lebih masa kat JB dulu...

2 comments:

Anonymous said...

selamat hari guru ~!

tuanpunyablog said...

cik rapunzel: thanks... u too... guru tuk adik2, anak2 buah maybe... :D