Saturday, 10 November 2012
orang tak sabar, memang selalu rugi...
assalamualaikum...
penah dengar cerita atau kata-kata,
"orang tamak selalu rugi. macam anjing dan bayang2...?"
apa cer???? ha, ni nak ceritalah... tapi aku cerita pakai kronologi tanpa tarikhlah ek... senang sikit nak tulis... tulis panjang2, karang ada yang bosan lak nak baca...
---------------------------------------------
akhir bulan Mei, aku hantar surat confirmation dari Brunel, yang mengesahkan bahawa aku telah tamat belajar ke jabatan pendaftar. alhamdulillah, tarikh kuat kuasa dia amik bulan februari. akhir bulan tersebut, keluar ucapan tahniah daripada PRO Uni dalam email, tentang kuat kuasa ijazah kedoktoran.
pertengahan bulan jun, staf jabatan pendaftar menghantar borang kenaikan pangkat ke kanan (bukan sebab aku dedikasi dan mamikasi ye, tapi, polisi kebanyakkan uni la ni, sesiapa yang dah habis PhD, akan dinaikkan ke pensyarah kanan secara automatik. tapi kenelah isi borang dulu. so, nothing special yang membolehkan aku ditawarkan kenaikan pangkat).
awal bulan 7, dapat email daripada supervisor PhD, katanya, dah hantar paper ke winter simulation conference kat berlin, germany and accepted. bila tengok balik, yang dia hantar tu, merupakan draft pertama masa buat thesis tahun lepas, tanpa pembetulan... accepted lah plak (cikai macam tu pun boleh accepted???)... lepas betulkan sikit2, hantar balik kat dia.
pertengahan bulan 7, cuba telefon pendaftar. tanya bila meeting pengurusan untuk kenaikan ke kanan tu. katanya, dalam akhir bulan 7.
awal bulan 8, aku try kol pendaftar sekali lagi (sebelum cuti raya). katanya, meeting baru je lepas meeting. minit tak sampai lagi kat depa. dalam masa yang masa, start isi borang untuk ke konfrens. mula semangat nak p. ingatkan malas dah nak p, sebab sv boleh tolong present. tapi bila sv kata, dia amat berharap nak jumpa aku masa konvo tapi aku tak p brunel, maka, terpaksalah jugak p jugak konferens ni. siap dia kata, kalau tak dapat sponsor uni, habaq ngan dia... nanti dia tolong mana yang boleh...
lepas raya, tanya lagi sekali dengan pendaftar. katanya, dah meeting, baru sampai minit kat depa. bila tanya, bila boleh keluar surat, katanya dalam dua minggu. kira cepatlah tu. estimate dalam bulan 9 dah boleh naik kanan. dalam masa yang sama, teruskan mengisi borang untuk p konfrens. sampai pening pembantu tadbir skul aku, sebab banyak sangat tanya. tanya ngan mereka2 yang dah p konferens, katanya, amik skim B. depa bagi RM5k terus, kalau amik skim C, depa bayar full, tapi kene produce jurnal within 6 months after the conference. so, nak selamat, aku amik skim B. tak baca langsung panduan pemilihan skim penajaan untuk ke konfrens.
awal bulan 9, try kol sekali lagi. tanya apa cerita dengan kenaikan ke kanan. katanya, kene hold dulu, untuk pengiraan gaji. aku mintak, boleh tak cepatkan, sebab nak apply loan, gaji tak cukup (buat alasan je ni). kemudian, katanya, insyaAllah dia cuba. dua minggu, takde jawapan (hehari cek portal tgk dah ubah blom sistem personel), try hantar email pulak. macam segan asyik kol jek. kali ni, buat alasan, kata nak dapatkan tunggakan tu, untuk bayaran p konfrens, termasuk beli tiket flite.
dalam masa yang sama, kelulusan tuk p konfrens pun dah lulus. try telefon bahagian latihan. tanya dapat berapa. terkejut bila dia kata, bajet 8k, dapatlah 8k. bila dah keluar surat pengesahan kelulusan, diluluskan skim B. bila baca balik panduan skim penajaan ke konfrens tu, rupanya, tersalah pilih skim. amik skim yang kene produce jurnal within 6 months. fail to comply, kene bayar balik kat Uni full. terus tanya, boleh tak nak tukar skim? amik skim C, yang 70% uni bayar, 30% kita bayar. katanya, trylah buat surat.
dan dalam masa yang sama juga, cuba jugak hantar email ngan sv, bagitau sponsorship dah lulus. tapi kene produce jurnal. tanya ngan sv, 2 papers yang dah dihantar sebelum ni, apa cerita? dia kata, on the way nak hantar. so, jangan risau. risau jugak sebenarnya, sebab knowing him camana kan... so, to be save, proceed jugak dengan surat mintak tukar skim.
bila penukaran skim ke konfrens diluluskan, baca balik skim penajaan tu. Allahuakbar!!!! kalau pensyarah biasa, 70% disponsor, kalau kanan, 30% jek (jauh giler beza)... alamak, terus naik bilik kat atas, hajat nak kol puan yang setelkan kenaikan pangkat tu... dua hari kol, tak berangkat. kemudian, try email. tapi sebelum nak email, try cek portal dulu. tengok-tengok....
sellllaaaaammmmmaaaaatttttttt!!!!! malam tadi tgk, kanan tu takde. tup2, rini adalah plak. baru nak antar email suh pospon surat kenaikan ke kanan tu ke tahun depan. skurang2nya, lepaslah sedikit bajet nak ke sana. dan tunggakan yang dapat tu, dapatlah buat belanja p berlin nanti. kene korek tabung ayam jugak nampaknya tuk belanja kat sana nanti...
tulah, tamak lagi... tak sabar lagi... kan dah rugi... maka keluarlah kata bidalan yang baru,
"orang tak sabar selalu rugi. macam jep dan konfrensnya..."
tapikan...
bila pikir-pikir balik... takpelah... sekurang2nya, ada gak dapat 30%. daripada aku amik skim B tu, kalau tak dapat produce jurnal, lagi kene sapot sendiri 100%. lagipun, bukan senang nak produce jurnal, accepted within 6 months... lepas hantar, mau kene review dua tiga kali... tu pun, hantar tahun ni, tah2, dua tahun berikutnya baru di terbit. so, bak kata omputeh yang telah di alih bahasa oleh aku dengan sesuka hati aku;
"lebih baik sedikit, daripada tak ada langsung..."
tuanpunyablog: jadi kartun plak aku mengajar sem ni. banyak sangat cuti... dengan cuti yang terpaksa aku amik awal bulan 12 ni... kelamkabut jadinya...nak balik amik zah pun, banyak sangat halangan...
Posted by
Jepri Zulkepli
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Salam Dr,
Moga Dr dalam keadaan sihat walafiat. Saya ada sedikit pertanyaan. Saya kini dalam proses untuk melanjutkan pengajian phd dalam bidang perundangan di IPTA dalam negara. Dalamwaktu yg sama sy bekerja di sebuah badan berkanun dan pernah bekerja di syarikat swasta selama 2 setengah tahun.
Soalan sy, adakah sy akan terus dilantik ke jawatan pensyarah kanan sekiranya setelah tamat phd saya berminat utk mneyertai dunia akademik? Adakah situasi di uum sama dengan ipta yg lain.
Terima kasih Dr.
Tuan/Puan Aninomus:
1stly, kalau boleh, jangan panggil saya Dr., boleh? jarang menggunakannnya unless kalau dah mmg kene guna... hehehe
setakat yang saya tau, mana2 yang masuk jadi pensyarah dengan PhD akan automatik ke kanan tanpa perlu melalui kiri dahulu. tapi sekarang ni, saya taktau plak camana... rasanya, still sama macam dulu kot... taktau sangat sebab tak dok kat bahagian admin... pening kepala pegang admin ni.. hehehe
jangan panggil Dr naaaa... :)
Bukan apa.....gelaran ¨Dr" pada saya tiada apa salahnya...cuma persepsi manusia dan diri kita yg mengkehendakan dengan panggilan itu wujud rasa takbur,martabat tinggi,bangga diri dll.
Pada saya gelaran Dr perlu di"RAI¨kan dan diri kita perlu bersedia memikul tanggugjawab. Saya tahu, sebagai manusia sudah pasti dgn gelaran tersebut sedikit sebanyak ada rasa ketinggian kedudukan. Kalau mcm tu gelara seperti "cikgu" "Yang Arif Hakim", bahkan tuan dan puan serta En juga pasti ada rasa bongkak dlm diri..
Cuba "En" Jepri fikir2 kan...
assalam sir jep.saya stdnt degree dec science. nk mintak pendapat dr. if nk sambung master. adakah dec science ok? kebanyakan senior ambil MOT sbg master. pendapat?
tambahan. saya baru abis je abis praktikal n result pun xkeluar lagi...kalau nak minta master, bagaimana caranya. boleh ke terus mintak, even result tak dapat lagi..
blog walking...
nice article, can u visit my blog
Free GamePC
Post a Comment