assalamualaikum...
terbaca satu post kat FB seorang sahabat yang sedang berada di London pasal direct translation...
(sedikit pengubahsuaian cerita telah dilakukan oleh tuanpunyablog)
disms kawannya,
'belikan aku bawang putih...'
setelah kawannya kembali, maka ditanya kepada rakannya setelah diberikan bungkusan kiriman tersebut kepada rakan aku ni
(dialog direka sendiri oleh tuanpunyablog, ate, manalah tuanpunyablog tau apa yang dorang borakkan... so, tuanpunyablog agak serta mengimiginasikannya, lebih kurang beginilah),
'mana bawang putihnya?'
'tu...'
'la, ni bawang besar... bukan bawang putih...'
'la, ko tulis bawang putih, aku tak jumpa. aku tanyalah ngan kedai tu. Do you have white onion (bawang putih)? dia tunjuk yang tu, aku amiklah... manalah tau ada bawang putih jenis yang terbaru punya... kat sini kan macam2 boleh jumpa yang takde kat malaysia'
'isk... mana plak white onion. dalam BI, garlic lah...'
'erk... silap ek... sori, sebab masa tu aku blur kot...'
----------------------------------------------------------------
tetiba aku teringat kisah aku yang nak tolong kawan nak mencari kerja di kota london... sebab dia suri rumah kan... dia kata, jadi tukang cuci pun takpe... mahal jugak gaji tukang cuci ni... sementelah kawan aku ni, couple masih tiada anak...
sedang kami berkumpul disalah sebuah rumah rakan brunel, pelbagai cerita keluar... dari pengajian (masa tu adalah dalam 10 orang yang kebanyakkannya menyambung pengajian PhD), gossip artis, drama2 tv online (kat malaysia takde plak nak tgk drama2 melayu) sehinggalah keluar cerita mengenai kerja sampingan....
'hari tu saya ada jalan-jalan dekat area umah kak sha tu.,.. yang jalan nak ke cowley road tu... nampaklah satu iklan ni. dia kata nak cari pekerja tu tukang cuci... nak no phone dia?'
'jep taknak ke? dia nak berapa orang?'
'tah, dia tak tulis pulak... kalau saya keje, alamat makin tak siaplah phd saya. sedangkan tak bekerja pun lembab ya amat, apa lagi kalau keje... abg madi nak no tepon dia tak?'
'ha... boleh jugak. sekarang jugak abg kol...'
'uish... semangatnya madi...' seorang yang lain menyampuk...
'jap... ok... ni ha... siap tulis lagi keje kosong kat nama ni... 075 bla... bla... bla...'
'eh... apsal nak save hs ni kata, dah ada no ni?'
'pelik... aik, abg madi dah amik kot no nya... cuba kol no tu...'
'eh, apsal keluar nama kak sha pulak?'
'cuba cek sekali lagi... no nye... betul ke tak... 0... 7.... 5... 4... bla... bla... bla...'
'ha, btol lah jep... keluar nama kak sha..'
'alamak, taktaulah abg madi... camana leh jdi macam tu...'
----------------------------------------------------------
dan misteri pun terbongkar dengan penerangan kak sha setelah pulang daripada sebuah negara europe... ketika kami sedang berkumpul lagi (biasalah, bila tak ramai, dah jadi macam adik beradik... kumpul, buat potluck... potluck aku, macam biasa... buah-buahan... maklumlah, 'petani' berjaya)...
'madi, minggu lepas kenapa tepon sha?'
'ha? ada ek? bila ek?'
'ada... dua kali... sha kat europe (lupa plak dia habaq kat mana)... nak angkat takut kene bayar roaming plak...'
'owh... eh, no tepon sha ke... takde... si jep ni... dia cakap, ada keje kosong... kampeni ngah cari pekerja untuk cuci rumah, hostel, pejabat...etc... dia jumpa iklan kat jalan umah sha tu... dia pun bagilah no tu kat madi... bla... bla... bla... (seperti cerita di atas)...
'la, jep salah baca ni... tu iklan akak tu... iklan lama... akak dulu kan buat keje cuci umah, pejabat orang... iklan tu tulis, sapa yang ingin menCARI tukang cuci... bukan siapa yang ingin menJADI tukang cuci...'
'ha, ye ke? hahahahahaha.... alamak, silap lah kak... sorilah abg madi, ima... saya ni, sejak azali mmg failed bahase omputeh ni... malas belajar.... hahahahahahahahaha'....
dan terhamburlah gelak tawa sahabat2 ku yang lain...
aku???? senyum malu2 kambing....
tuanpunyablog: dari darjah satu, sampai lah ke lani, tak pass pass englishnya... alasan klise, lidah belacHan.. mana bleh jadi lidah keYju... lagipun, jati diri melayu tu tinggi... tak berubah dek arus pemodenan... macam ikan kat laut, air masin, tapi ikan tetap tawar... boleh bagi alasan gitu sebab nak cover????
1 comment:
samela mcm sy tiap kali exam english plg teruk..siap hafal contoh karangan klu exam zmn2 skolah dulu hihi
Post a Comment