Wednesday, 29 August 2012

Widgets

apalah ada pada sedikit ilmu daripada PhD itu...

assalamualaikum....

baru sahaja mendapat panggilan pagi tadi dari seorang pegawai BIMB (Merah - pegawai BIMB, biru aku).

assalamualaikum.

waalaikumussalam.

Doktor Jafri ke ni?

Aku mula teragak2 untuk menjawab. biasanya, kalau yang kol bermula dengan memanggil DR, kalangan kawan2 aku yang mmg nak mainkan aku. tapi, sebab aku expect panggilan tersebut dari BIMB yang mmg aku nantikan, maka aku pun menjawab ya...

Dr Jafri, saya ............. dari BIMB. hari ni boleh tak datang BIMB, sebab dokumen dah siap. tinggal nak tandatangan sahaja.

Err.... En ........., jangan panggil saya Dr lah. segan saya.

owh, tapi dalam sistem kami, nama dah memang diletakkan sebagai DR Jafri. So, saya gunalah.

hat tu saya tak tau pulak. seingat saya, tak pernah tukar pulak nama saya. tapi, jangan panggil Dr kat depan tu lah. panggil jafri pun takpe....

-----------------------------------------------

bila aku tengok bank islam, baru aku perasan...



eh, sejak bila depa tukar????

banyak sebab kenapa aku tak suka orang mentioned nama aku dengan diletakkan gelaran tu. kengkadang aku rasa malu jugak bila orang panggil camtu. pada aku, PhD AKU (aku punya je tau, tak applicable dengan orang2 lain yang buat PhD) tu, takdelah grand sangat sampai menyelesaikan masalah dunia. dapat tu, dengan doa keluarga dan kawan2, dan dengan pertolongan Allah yang disalurkan kepada manusia (supervisor). kalaulah gelaran Dr tu macam benda yang boleh dibahagi2kan, aku dah lama bahagi2kan kepada orang2 sekeliling yang banyak bantu aku masa aku buat PhD dulu. tak dapat kat aku pun takpa... lagipun, bagi AKU (pandangan peribadi ok, bukan merujuk kepada semua orang yang dah ada PhD), apalah sangat dengan adanya PhD ni... bukan bermakna kuasai keseluruhan ilmu dunia milik Allah ni. nak kata ibarat kuasai semua air disatu tasik yang berdiameter 2m (ada ke tasik sekecil ni???) pun, tak sampai setitik pun.

bagi aku, orang yang takat SPM jek, tapi penuh dengan pengalaman tentang kehidupan, itulah orang yang paling berilmu.

tapi, sebab utama aku tak suka orang panggil aku dengan panggilan tersebut, ialah.....

bila orang panggil jek, akan timbul sekelumit rasa bangga diri dalam diri ini...

inilah yang menyebabkan aku seboleh mungkin mematikannya dengan mengingatkan diri ini akan satu ayat (hadis atau alQuran tak pasti) yang lebih kurang begini maknanya....

"TIDAK AKAN MENCIUM BAU SYURGA ORANG YANG ADA SEKELUMIT RASA UJUB (BANGGA DIRI) DALAM DIRINYA"

wa na'uzubillah...

aku akan gunakan PhD tu, kalau sekiranya 'keadaan memaksa' aku untuk menggunakannya, tapi bukan untuk kawan2, atau students atau sesiapa sahaja yang aku kenal atau tidak.

stail tempat aku bekerja ni, bila dah setel PhD, maka, nama tersebut akan segera berubah, sebab dikawal oleh pusat komputer. so, bila hantar email kat ex-SV aku, segan jugak. dia tu, lama dah PhD, nama tetap menten, takde nak letak Dr Dr kat nama. tapi aku, bagi jek habis, dan-dan (masa tu jugak) tukar nama... aku nak cuba request kat pusat komputer buang balik dalam sistem tersebut, tapi asyik lupa jek.... erm....

dulu2, masa sebelum dapat, aku tak marah orang panggil aku camtu, bagi aku, sebagai doa. sebab tu aku suka panggil kengkawan aku yang lain macam tu bila aku tau depa ngah buat phd. tapi yang dah doctorate pun, aku panggil jugak camtu, yelah, depa belajar teruk2, takkan nak buang saja nama Dr kat depan tu kan (bukan perli nya)... unless kalau dia kata tak suka, maka aku akan stop.

tapi jangan samakan aku ngan kes2 depa... aku ni, phd taklah hebat mana.... aku rasa, phd aku ni, kalau bagi budak SPM pun, depa boleh selesaikan. cuma pertolongan dari Allah dengan mengurniakan sv yang sangat baik, doa daripada keluarga dan rakan2, serta kebaikan hati pihak penaja yang membuat PhD aku berjaya. kira, kalau kita bedaq2, aku boleh katakan, bahawa PhD tu sumbangan aku 5% jek (ke kurang lagi????), 95% tu daripada yang di atas.

dengan itu, rasanya, takyahlah buang ayaq liuq hangpa nak panggei aku Dr... Dr... geli telinga aku dengaq...

tuanpunyablog: teringat kisah seorang member yang akan membaling kasutnya sekiranya ada yang memanggil dia dengan gelaran 'Datin'. respek lah sama dia... belajar dari dialah ni....

1 comment:

Anonymous said...

hahaha. kite mengejar cita-cita bukan nama, ye dok?