Saturday, 31 December 2011

Widgets

sangkanya itulah yang terbaik, tapi sebaliknya...

assalamualaikum...

pepagi bangun dah semangat nak nulis... maklumlah, tengah banyak idea... menulis ni kan, tak kira tempat atau masa... kengkadang, tengah tdo pun leh dapat ilham, tengah masak, tengah mandi... dan tak kurang juga tengah mener** pun leh dapat idea... sebab tu, ada kalangan penulis, yang masuk toilet pun bawak kertas... bukan sekadar rokok... :D

nway, kali ni nak cerita kisah pasal seorang suami lak... asyik cerita pasal isteri2 jek, karang ada yang kata aku ni bias... ada sebab aku nak cerita perihal ni... bukan nak kata aku ni baik... bukan jugak nak kata aku ni tak baik... tapi sekadar nak mengingatkan diri sendiri serta orang sekeliling... lagi satu, ceriata ni, ada kaitan dengan tulisan aku baru2 ni.,... tajuknya, keluhan seorang isteri.... baca disini kalau belum baca... nanti taktau hujung pangkal pulak kan...

nway kalau malas baca, meh aku bagi intipati santan kat sini... almaklumlah, aku paham... sesetengah orag suka ekspress... gaya ala2 seorang ezekutip... ada sesetengah orang suka nak tau hujung pangkal... supaya tak terpitnah... ada juga yang tak nak amik tau... ala, tak kisahlah...

tulisan tu pasal seoarng isteri yang ngeluh pasal suaminya p terawikh, tapi dia tak dapat p, sebab kene jaga anak... jawapan suami tu, senang jek... lelaki masuk neraka senang, pompuan masuk neraka susah, lelaki masuk syurga payah, pompuan masuk syurga senang... so, kesimpulannya, sapa kata hidup sebagai lelaki senang n hidup sebagai pompuan payah??????

nak dijadikan cerita... aku berjumpa dengan sorang sahabat aku... lama tak jumpa dia... sedang kami borak2, tetiba keluar cerita pasa post aku seperti link diatas (agaknya sebab dah takde topik nak bincang kot kan????)...

(biru adalah aku, merah adalah kawan aku)
-------------------------------
'ko ingat lagi post ko pasal suami p terawikh isteri merungut tu?'

'woit!!!! baca jugak ke... aku ingat ko tak baca... erm... ingat... napa plak ko tanya?'

'aku masukkan dalam FB aku... pastu adalah sorg suami kepada kwan aku ni baca... maka dijadikanlah post ko tu sebagai rujukan...'

'rujukan???? rujukan untuk apa pulak???'

'hehehehehe (dia gelak takdelah macam ni yek...). camni... dulu suaminya rajinlah jugak p solat kat masjid... tapi jarang2 jugaklah... tapi kan, sejak aku postkan kat FB aku, makin rajin pulak dia p solat kat masjid... jemaah...'

'baguslah camtu... alhamdulillah... i wish i can follow him...'

'memanglah bagus... tapi.... isterinya merungut... kalau dulu, lepas maghrib, adalah jugak balik tuk tolong jaga anak, isteri dia nak solat.. la ni, lepas isyak dalam kol 930 baru balik... tu pun, kalau takde ceramah agama... kalau ada, mau kol 10 baru balik... isterinya tak kisah sebenarnya, tapi, sebabkan isterinya kene bertarung ngan anak2 terutamanya waktu maghrib... ko taulah, waktu maghrib tu pun, bukannya panjang sangat. kengkadang, dekat2 isyak, barulah isterinya boleh solat maghrib... mana taknya, anak melalak lah... itu lah... inilah... macam2...'

'anak dia berapa orang?'

'tiga nak masuk empat... tiga tahun, setahun, setahun'

'eh, setahun, setahun? kembar?'

'ha, kembar... macam ko jugak... sebab tulah dia kata, kengkadang dia penat jugak... payah nak solat, lagi2 kalau kembar tu melalak, tu blom campur kakaknya... maka, jawabnya, sampai kol 8 lebih maghribnya... tu pun kengkadang, dibiarkan jek menangis... sebab nak solat.'

'la, sampai macam tu sekali? tak sangka lak orang salah paham akan tulisan aku tu... aku bukan maksudkan suh tinggal bini camtu jek jaga anak, sebab nak kejar pahala... depa ni silap paham... agaknya, aku kene terangkan dalam tulisan tu kot... kengkadang apa yang kita sangka itu yang mendapat pahala, bukan yang paling afdhal, terbaik... kot ye pun sampai nak mengutip pahala, tapi anak2 diabaikan, samalah macam buang pahala balik... ko tak cakap ke camtu kat dia?'

'dah... tapi dia kata, segan lak nak cakap kat suami dia macam tu... karang, tulisan ko yang dijadikan rujukan... '

'astaghfirullah... silap konsep dah ni...'

'sebab tu ko kene tulis balik... nanti aku post balik apa yang ko tulis...'

'apasal ko taknak tulis sendiri?'

'macam baru kenal aku semalam pulak ko ni... aku ni mana reti menulis... lagipun, aku kan bujang lagi... tak layak tuk menulis....'

----------------------------------

erm... tulah kan, kengkadang tulisan kita, selalu orang salah tafsir... bukan takat tulisan, kata2 pun orang salah tafsir... aku bukan orang yang arif pasal agama, tapi sepanjang ingatan aku, ustaz aku dulu penah cakap... manusia ni, dek kerna nak kejar pahala, sampaikan lupa, mana yang lebih afdhal, mana yang lebih baik, mana yang kurang kebaikkannya, walaupun kita nampak yang lebih afdhal tu, sebenarnya, itulah yang paling kurang pahalanya... contohnya;

---------------------
nak sedekah... nampak banyak pahala kalau kita sedekah kat anak2 yatim atau org yang memerlukan, tapi anak2 dan keluarga kita, tak cukup pakai, tak cukup makan... mana yang lebih baik?

-----------------------
berzikir selepas jumaat... duduk lama2 kat dalam masjid lepas jumaat, sedangkan kereta kita menghalang kereta orang nak keluar... mana yang lebih baik? balik umah (maksudnya keluarkan kereta kitalah tu) atau berzikir (manalah tau orang yang kita halang tu, isterinya sakit ke, apa ke, kalau apa2 terjadi, tak ke kita rasa bersalah???)

-----------------------
mengaji didalam masjid, dengan tidur dalam masjid? nampak macam mengaji lebih baik kan? tapinya, kalau mengaji dalam masjid tu sampai mengganggu orang2 yang nak solat (kalau adalah), tidur lebih baik daripada mengaji tu....

-----------------------

sorry kalau ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan aku ni... aku ni, belajar agama taklah pandai or tinggi mana... tapi, ada jugak sesetengah yang aku masih ingat sampai sekarang. ada jugak yang aku lupa or tersalah tafsir...

kita berbeza pendapat, tapi janganlah sampai kerana berbeza pandapat, kita menjadi 'BERHAK' untuk menentukan bahawa sipulan itu ahli neraka, sipulan itu ahli syurga...

harap2 lepas ni, jangan ada pulak bagi alasan melalui rujukan tulisan aku ni...

owh, anak2 bini tak cukup makan, susah nak derma, sedekah, jariah etc... (kalau gaji 1000 sebulan anak 3, boleh jugak diterima... tapi kalau gaji 5 6 angka sebolan... erm.... taktau nak kata apa... mungkin betul... tak baik buruk sangka kan... husnuzhon...)

jangan pulak kata, owh, tak leh solat jumaat sebab nak tolong isteri jaga anak... (balik lepas jumaat tu leh jaga anak, jangan pulak dok berzikir sampai asar lak)

dan jangan pulak kata, elok tdo dalam masjid ni, kalau ngaji nanti ganggu org lak (time orang takde, nak tdo, time org ada nak solat, nak ngaji)...


pandailah2 buat perbandingan mana yang baik ye...


tuanpunyablog: selamat tahun baru... moga kalian semua dipanjangkan usia, dilimpahkan rezeki yang halal dan melimpah ruah hendaknyaaaa.... aaaaaaamiiiiiiiinnnnnnn

2 comments:

Fakhzan said...

Good writing bro, tak silap aku ada satu kategori dalam fiqh yg dinamakan Fiqh ul-Aulia', atau Fiqh Keutamaan, yang mana lebih afdhal. One example masa solat Jumaat, bila kita sampai imam tgh Khutbah, mana lagi utama? Solat sunat atau dengar Khutbah? Tentunya dgr Khutbah sbb Khutbah tu wajib, solat tu pun dah namanya sunat. Macam jugak menjawab azan ketika lecturer atau ustaz dalam syarahannya, tidak menjadi keutamaan utk pause lecture jika ia akan mengganggu pembelajaran.

Just my two cents, wallahua'alam

tuanpunyablog said...

Jzakallah fakhzan. betullah tu. dulu ustaz selalu tegur... tapi masih ramai yang kurg paham. nak nulis banyak2, hadis2 tak reti... takat mana yang boleh ditulis... lagipun, takut tertulis, kita pun tersalah konsep... na'uzubillah.,..