Sunday, 21 August 2011

Widgets

keluhan seorang isteri tentang amal ibadat

assalamualaikum....

aku tengah jenjalan kat kedai... saja merehatkan minda sambil menghilangkan rasa boring yang bertakhta di hati... nak balik pun macam tak berbaloi... lagipun rabu ni nak amik zah ngan anak2 mai cni... yelah, sian kat depa... sejak akhir tahun 2008, rumah ni siap, aku dapat kunci, tulah yang paling last dia tengok... so, time cecoti sekolah ni jelah nak ajak dia mai cni... so, berhari rayalah aku ngan dia kat kedah ni... sib baik aku bleh import mak ayah aku mai sekali... udah jadi terbalik kan.... takpelah... lagipun, mak aku suka jenjalan... so, sajalah ajak mak aku mai cni...

nway, tu mukaddimah jek, yang takde kene mengena langsung dengan aku nak cerita ni... ngah jenjalan tu, tetiba aku terdengar perbualan antara suami dan isterinya... isterinya sedang mendokong anak yang kecil lagi (alamak, syahdu pulak, tetiba teringat kat kembo)...

sang isteri: abg p terawikh malam ni?

sang suami: p lah... awat plak tak p. dah nak abis dah ramadhan ni... takut amal tak cukup...

sang isteri: seronok abg leh buat amal ibadat banyak2. saya ni, kat umah kene jaga bebudak. teringin jugak nak solat jemaah macam dulu2... (aku tak pasti dia perli atau tak... tapi tgk pada nada, macam bukan perli, lebih kepada keluhan dan kecewa sebab tak banyak amal yang boleh dilakukan dek kerana sebuk dengan urusan rumahtangga...)

lama jugak sang suami mendiamkan diri... fikir jawapan yang terbaik kot...

sang suami: takyah lah nak sedih2... sepatutnya awak gembira... senang2 awak dapat pahala. yelah, jaga anak, jaga rumahtangga... takyah sesusah buat amal ibadat. tu pun dah kira awak buat pengorbanan yang besar. saya ni, kene kuat buat amal ibadat, sebabnya, saya sangaaaaaaat susah nak masuk syurga. sebab tu, saya kene ligan (kejar), lagi2 nak masuk 10 terakhir ramadhan ni. awak jangan risau, saya tetap akan TARIK awak bila saya masuk syurga nanti... tapi, kalau awak yang masuk syurga nanti, dapat ke awak tarik saya masuk syurga sekali? ingatkan, suami masuk syurga amat payah, masuk neraka amat senang, isteri masuk syurga amat senang, masuk neraka amat susah... jangan sedih2 k... Allah kan Maha Adil.

tuanpunyablog: seandainya aku seperti suami itu....

No comments: