Sunday, 19 June 2011

maaf, salah tempat ni encik/cik/puan

assalamualaikum....

makin gelemer plak blog yang merapu ni.... asal ada entri baru jek, pengikut bertambah... asal ada entri baru jek, pengikut bertambah... pes of all, mekasehlah bebanyak naaa... sebab sudi menjengah tulisan aku yang tak seberapa ni... aku bukanlah penulis tegar, bukan juga penasihat tetap, bukan juga penjaja cerita, tapi aku ni penglipurlara (akronim tuk penghibur hati dikala duka lara).... hati aku jek... hati hangpa, taktaulah cheq lagu mana....

nway, sesaja jek nak menulis benda ni.... ada kaitan jugak sebenarnya....

pagi tadi, bangun pagi, sesaja jek aku menilik blog aku ni... tengok sapa yang melawat, berapa yang melawat, sumber dari mana yang dorg melawat (en terungceweng sahabat lama, aku kene award hang ni sebab hang tolong menggelemerkan aku).... bukan nak tunjuk aku ni gelemer (hangpa tak baik bughuk sangka ngan cheq).... tapi nak tunjuk sumber mana depa bleh detech blog aku ni.... ada dua gambar dibawah... silalah tengok....




agak2 korg (tetiba leh jadi org Ki iL plak), kenapa aku letak ni?


tak dapat agak?


blur? takpe... takpe... sebab aku pun macam korang jugak...


meh aku nak ceritera (takmo gune cerciter, nanti ada org saman aku sebab plagiat) sikit....


cuba tengok kat gambar atas bawah sekali.... tak nampak? ok, cuba tengok gambar kedua (search keyword) yang bawah sekali tu.... nampak apa tertulis?????


kat situ tertulis 'kisah sex cikgu dengan murid sekolah rendah'...


tengok jek ni, terus aku tergelak beso.... aiiii..... manusia manalah yang mencari bahan ni... dan camanalah aku punya blog boleh tersesat dalam carian dia (aku rasa sebab entri aku cerita pasal ce'egu kot naaa).... mesti dia tension sebab bukak sambil berkata2 dan menyumpah (i guess)...


'ni cerita apa ni???? hampeh!!!! (aku cuba menyelami perasaan dia)'


maaflah encik/cik/puan (kene tulis semua, sebab taktau lelaki ke pompuan yang carik ni)... dah salah tempat dah ni... p cari kat tempat lainlah naaaa... mekaseh...


tuanpunyablog: sedang menahan telinga dengan sabar sebab laptop mengeluarkan bunyi2 yang mmg tak sedap langsung untuk didengar... isk... time2 genting camnilah dia buat hal....

Saturday, 18 June 2011

luahan hati seorang pelajar...

assalamualaikum....


tak lama lagi, nak balik dah... lima bulan yang lepas, hidup tanpa keluarga disisi, aku leh tahan... tapi, bila makin dekat ngan dengan tarikh nak balik, makin tak sabo plak... maka pujuklah hati ini dengan berkata, 'alah, takat 6 bulan leh tahan menanggung rendu, takkan seminggu dua pun tak leh tahan...' erm... maka, senyaplah hati seketika...


nway, bila ku cakap aku nak balik dah... maka ramailah yang bertanya.... wah!!!! dah abis dah... leh panggil DR dah.... nak habaq terang2 naaa.... aku balik ni sebab cuti blajaq aku abis dah... tiga tahun setengah.... malas dah nak extend, lagipun, dok sini lelama, bukannya leh buat apa pun.... dengan elaun takdak... gaji aku nak guna tuk bayar memacam... dok cni nak makan pe ye tak? org kata, at least, kalau dok cni, leh siapkan keje, sebab takde 'gangguan' sangat... bagi aku, sama jek kalau aku sambung kat malaysia... aku still jugak PJJ... famili kat banting... aku lak, kat kedah... sama jugak keadaannya kalau aku kat cni kan... leh jugak konsentret...


nway, saja nak habaq... sebab taknak orang asyik bertanya... habis cuti blajar jek, bukan habis study lagi... bila nak habis? tengok keadaan ngan nasiblah yek... untung batu tenggelam, untung sabut, timbul.... untung tuntung, tenggelam boleh, timbul pun boleh... mana nak????


nway, sebut pasal pertanyaan ni... saja2 nak buat FAQ atau dalam bahse melayunya, soalan yang biasa ditanya... so, buat mereka2 yang taktau camana phd ni berjalan, maka, selamilah hati perasaan kami ni.... hukhukhukhukhuk....


sebelum p blajaq orang akan tanya...
'napa pilih uni tu? tak gelemer pun... bukan ada rating pun dalam KPT...'

jawapan: buat phd ni bukan macam sekolah menengah, diploma, undergrad, master by course... ni lebih kepada one to one communication... kita pilih supervisor, bukannya pilih uni... jadinya, kalau lecturer yang kita pilih based pada bidang yang kita nak buat tu, kat uni tak gelemer, nak wat camana... kan????


masa tengah blajaq orang akan tanya...
'tahun satu - siap dah literature review? kene siapkan jugak, kalau tak, lambatlah abis...
tahun dua - dah siap data analisis?
tahun tiga - dah setel semua? bila nak viva?

jawapan: oleh kerana phd ni kebanyakkan nya blajaq sendiri, dengan bantuan dan tunjuk ajar supervisor... jaranglah supervisor nak menunjukkan camana nak buat reserach kita... kebanyakkannya semuanya kita sendiri, dia cuma bagi jalan jek... contohnya, kalau takleh, buat cara camni... kalau cara camni takleh, buat cara camtu.... disebabkan jugak one to one learning, maka, setiap org lain cara balajarnya, lain progressnya, lain cara svnya, lain tajuknya, lain coveragenya... kengkadang, bila kita dah siap LR, pastu nak masuk data collection, tetiba, terbaca jurnal, area yang nak kita buat tu, dah publish dalam jurnal... maka terpaksalah cari gap or problem yang lain.... setengah orang cari gap, macam cari gajah dalam hutan yang terang, setengah orang cari gap, macam cari semut hitam diatas batu hitam dimalam yang gelap dikala mata tengah rabun ayam (aku antaranya... sebab tu lembab sikit)..... so, kesimpulannya, takleh la nak samakan org tu baru tahun satu dah siap analisis, orang tu, baru setengah tahun dah siap nak viva (nampak beno nipunya....), orang tu dah tiga tahun topik apa nak buat pun blur lagi, lembab betol yek (aku termasuk dalam statistik ni)....


bila tak abis jugak dalam tempoh yang diberi:
'isk, tak abis lagi? buat apalah lama sangat blajar tu... agaknya, setahun dua tahun yang lepas tak buat apa2 kot naaa....'

jawapan: macam yang aku cakap tadi.... taklehlah samakan dengan orang lain.... setiap org berbeza... topiknya, svnya, areanya, caranya, pengalaman buat phdnya... semuanya berbeza... ada yang sampai nak giler kepala otak sebab tak abis lagi, ada yang rilek jek (dalam hati takde sapa yang tau betapa risaunya dia sebab tak abis2 lagi)....

bila balik tanpa apa2 (lebih2 lagi yang p dengan scholarship):
maka banyaklah mulut2 sinis yang berkata.... 'kerajaan bagi duit tuk blajaq, apalah dia buat sampai tak abis'... 'makan duit rakyat, tapi tak blajar tak abis'... dan macam2 lagilah...

bagi aku, kalau kita tak tau apa yang dialami oleh org tu, janganlah cakap yang bukan2... kesian kat org tu... boleh jugak dikira melemparkan fitnah... lagi2 kalau kita cakap, dia tak abis sebab berjalan jek kejenya... masalahnya, betul ke dia tak abis sebab dia berjalan jek kejenya? mana tau maybe dia blajar masa dia berjalan tu, or masa dia nak tdo ke... bukannya kita tau kan... maybe jugak sebab dia ada masalah lain yang melanda yang kita sendiri taktau sebab dia taki bagitau... dah usaha kuat, tapi bila viva, tak lepas....

phd ni subjektif... bukan macam degree, yang berpandukan pada exam jek... terkene dengan examiner yang tak suka kita, or, supervisor yang awal2 jek suka ngan kita, pastu bila dah bertemu muka, terus jadi bengis semacam, or, maybe dia dah berusaha, tapi ada satu ketika dia down sebab banyak masalah melanda, or macam2 lagi sebab yang adakalanya, kita tak leh nak jangka...

orang dedulu kata, phd ni bergantung pada tiga faktor tuk berjaya:

1. supervisor - dapat yang sangat2 ok, alhamdulillah. dapat yang tak OK, tawakkal jelah...
2. data collection/topik/area - ada yang senang nak dapatkan data, ada yang susah...
3. kita sendiri - erm... ni semuanya bergantung pada kita...

as for me, satu ngan dua ok dah... cuma yang no 3 tu ada masalah sikit... sebab tu lambat siap... so, kalau nak ngutuk sebab aku lembab ke, makan duit rakyat ke, mengabiskan boras kerajaan ke, itu ke, ini ke... silalah.... :D

tuanpunyablog: pasni nak cerita apa pulak????

Friday, 17 June 2011

ulasan entriS yang lepas...

assalamualaikum...

entri yang lepas, pasal TOC, LOT, LOF tu takde kene mengena kan dengan tajuk besar blog aku ni? erm... sebenarnya ada jugak, tersirat... omputeh kata, implicit... pe dia? ha... tersiratnya, kalau ada ilmu, jangan kedekut... ni pesan kat diri sendiri ni... supaya beringat... almaklumlah, LIFO kan...

pasal entri sebelum entri TOC ni pulak... adalah jugak beberapa orang yang tidak berpuas hati dengan dengan ceritera ni.. mintak maaflah bebanyak ye pada sesapa yang terasa hati dengan entri yang lepas... saja jek nak cerita tentang kehidupan... dah tajuk beso aku ni cerita tentang kehidupan, opkoslah aku kene kaitkan cerita tentang kehidupan... jangan kata sesetengah orang yang tak suka bila org yang berada di'bawahnya' bagi nasihat, kengkadang aku pun tedetik dalam hati berkata sedemikian... contohnya, bila seorang pelajar mengatakan, cara pengajaran aku salah.... kengkadang, terdetik jugak dalam hati... sapa cikgu sapa pelajar ni????? so, ni kira sebagai nasihat pada diri sendiri jugaklah...

masa dok belek FB kengkawan, ada seorang sahabat menulis distatusnya,


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."-Imam Hasan al-Basri

so, nilah argument aku kalau tetiba org cakap kat aku.... 'alah, macamlah awak tu baik sangat...'

tuanpunyablog: cheq masih hidup tau... blog ni pun masih hidup... cuma bz sikit dengan keje seharian... ada masa, cheq hapdet naaa...

Sunday, 12 June 2011

cara2 nak buat automatic TOC, LOT, LOF

assalamualaikum.

semalam seharian aku cuba cari penyelesaian camana nak masukkan Table of Content (TOC), List of Figure (LOF) ngan List of Table (LOT). dan alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak aku dapatkan jawapannya. hari ni pulak, cuba nak buat ala2 manual pengguna. nak share sedikit ilmu yang sekurang2nya memudahkan keje kita. bagi aku, nak buat TOC, LOF ngan LOT nilah yang paling leceh. sebab tu ada yang buat lassssssttttttt sekali, bila semua dah setel n takde editing later on. baru setelkan semua...

tapi, kalau nak buat camtu payah jugaklah kan??? ada member aku, lepas dapat feedback dari sv, katanya, nak betulkan balik TOC, LOT, LOF, katanya amik masa dekat sebulan jugaklah... tu blom betulkan page2 number lagi... gigih aku mencari penyelesaian, dan alhamdulillah, Allah kurniakan ilham kat aku... syukur sesangat... senang sikit pasni keje aku.. instead of kene amik masa seminggu nak ubah TOC, LOT, LOF, la ni, cuma amik masa seminit jek nak masukkan or nak update. kalau nak edit content thesis pun, sejam sebelum priont semua pun boleh buat.... no worries dah... :D

anyway, ni aku nak share step2 yang perlu korg buat.... cubalah... especially bagi mereka yang mempunyai chapter2 yang belambak, anak2 ngan cucu2 chapter yang melambak, pastu figure ngan table yang melambak... kalau ada masalah, silalah tanya kat komen ye... ada jugak softcopy dalam word, kalau korg nak, aku leh bagi... email jek kat aku, jep1305@yahoo.com.

semoga Allah mempermudahkan pengajian kita semua.... aaaaaaamiiiiiiiiinnnnnnnnn.....

--------------------------------------------

Kalau nak mudah, semua chapter dalam fail yang berasingan terlebih dahulu.



Kene buat level of chapter sebelum nak buat TOC secara automatic. Untuk nama chapter, contohnya chapter one, highlight keseluruhan chapter one, kemudian klik kat tab reference. Belah kiri sekali, ada bahagian untuk table of content. Klik add text, amik level 1.
Untuk ‘anak2’ chapter one, contohnya, 1.1 introduction, step yang sama jugak macam kat atas. Tapi kali ni add text untuk level 2 sebab yang ni level kedua.
Untuk ‘cucu2’ chapter one, contohnya 1.1.1 level of words, lanagkah yang sama kecuali add text tekan level 3. Dan begitulah seterusnya. Tapi sebaiknya, level tak boleh lebih daripada 3.


Menggabungkan semua fail.


Untuk memudahkan kerja supaya mukasurat tidak berubah, gunakan page break instead of tekan enter n masuk n page yang lain. Sebabnya, bila nak print or ada perubahan pada setiap chapter, chapter yang berada dibwah chapter yang telah berubah tadi akan lari kedudukannya. Satu lagi, kalau guna page break, untuk header n footer kita boleh ubah tanpa melibatkan perubahan pada keseluruhan chapter. Contohnya, untuk perbezaan header antara chapter one n two. Kalau ikutkan, semua header and footer akan sama sahaja. Do, gunakan page break n insert new file to text untuk kemudahan masa depan. Katakan lepas chapter one nak masukkan fail chapter two. Consider muka surat chapter one telah dimasukkan.


Amik ‘page layout’ amik page break, tekan next page. Cursor tikus akan masuk terus ke page seterusnya. Amik ‘insert text from file’, masukkan chapter two. Secara automatic, page number untuk chapter two sambung dari chapter one. Dan begitulah seterunya, sampailah ke appendix.

Configure List of table (LOT), List of Figure (LOF)


Untuk memudahkan memasukkan LOT ngan LOF dalam satu dokumen nanti, so kene buat step2 yang ini terlebih dahulu.

Selepas memasukkan table, klik kat table, biar semua select all. Klik tikus kanan (kalau yang kidal, klik kiri. Akan keluar seperti gambar diatas. Amik select caption. Akan keluar gambar seperti dibawah. Klik ‘insert caption.’
Klik new label. Masukkan tulis ‘table 1. (kene ada titik lepas 1 tu. Kalau tak, numbering dia akan salah)’. Klik OK. Automatic akan seperti dibawah. New label tersebut berdasarkan chapter berada table tersebut berada. Saya buat 2. menunjukkan table tersebut berada dalam chapter 2.

Masukkan tajuk table tersebut dekat ruangan caption. Pilih position mana nak letak caption tadi, samada atas table atau bawah table (drop down button kat position). Untuk table2 yang seterusnya, akan automatic jadi Table 2.2, Table 2.3 dan seterusnya.

Bagi chapter seterusnya (Chapter Two contohnya), numbering pada table akan berubah. Oleh itu, langkah a dan b juga perlu diulang. Cumanya, dalam new label, tulis ‘Table 2.’ bergantung kepada table tersebut berada dalam chapter mana. Jangan lupa tekan dropdown button untuk ‘position’. Samada bawah table atau dia atas table. Kalau nak tukar tulisan yang telah dimasukkan caption tu, tukar dekat font. Kalau nak edit later on, edit sahaja dekat deskripsi table tersebut.

Untuk list of figure, step yang sama juga perlu diikuti. Syaratnya, setakat yang diketahui, hanya gambar yang dimasukkan (paste) ke dalam word sahaja yang akan ada ‘caption’ bila gambar tersebut diklik kanan. Kalau gambar yang dilukis straightforward dalam word, dah cuba (walaupun buat group), bila klik gambar tersebut, takde caption. Saya menggunakan excel untuk melukis, dan kemudia tampal kat word. So, terpulanglah nak buat camana. Untuk LOF akan keluar gambar seperti berikut.



Step yang sama untuk buat LOT tadi. Amik caption, tekan new label, tulis kat ruangan new label tu, ‘Figure 1.’ (bergantung kepada gambar tersebut ada dalam chapter berapa). Pilih drop down button untuk position. Tekan OK.




Memasukkan TOC, LOT, LOF kedalam file thesis.


Letak cursor tikus kat atas chapter one. Amik page break. Automatic chapter one akan kemuka surat seterusnya.


Klik references, klik table of content kat sebelah kiri sekali, tekan automatic.

Automatic table of content akan keluar pada page atas sekali.



Memasukkan LOT dan LOF.


Untuk LOT ngan LOF, amik page layout, klik breaks, klik next page.






Klik kat tab references, klik kat insert table of figures, klik kat dropdown button ‘caption label’. Pilih figure/table mana yang hendak dimasukkan. Disebabkan kita nak masukkan semua table ngan figures tuk semua bab, maka, setiap ini perlu diulang berkali2. Cumanya, habiskan klik caption tersebut untuk table dahulu, kemudian, baru mulakan dengan figure. Terpulang nak buat yang mana dahulu.

Mengubah header n footer untuk bahagian2 atau chapter2 tertentu.



Klik kat tab insert, klik footer/header, amik edit footer/header. Akan keluar satu tab baru iaitu design. Nak tukar header, select semua header tersebut, klik link to previous (yang ni akan hilangkan pertalian antara muka surat sebelum dan muka surat selepas. Edit header tersebut. Contohnya, nak bezakan chapter one dengan chapter two. Edit sahaja, tapi pastikan ada tertulis perbezaan section break, iaitu section 1, section 2, seperti gambar dibawah. Kalau section tertulis sama (section 1 untuk kedua2 page), maknanya, anda tak buat page break tadi. Sila buat ‘page break’ terlebih dahulu. Untuk ubah footer, ulang langkah yang buat header tadi.



Untuk edit footer, step yang sama kene follow. contohnya, nak ubah muka surat (contohnya, muka surat TOC, LOF, LOT bermula dari I, ii, iii dans eterusnya. Disebabkan kita masukkan daripada atas tadi, maka keseluruhan muka surat untuk TOC, LOF, LOT perlud diubah). Caranya, Select all kat footer tadi, klik link to previous. Daripada tab design, amik page number (sebelah kiri sekali), format page number, klik kat format number, amik roman.



Klik kat page number, format page number, klik kat format number, amik roman.




Sekiranya ada editing yang dibuat pada file tadi, semestinya, muka surat akan berubah, termasuklah table ngan figure. Halakan cursor ke TOC/LOT/LOF, klik kanan, update field. Klik update entire table.


KES2 terpencil:


Kes 1:



Ada ketikanya, bila kita dah gabungkan, bila kita nak masukkan LOT, LOF, ada certain LOT ngan LOF yang tetiba takde. Contohnya, nak masukkan semua figure yang ada dalam dalam chapter 2. So, kene amik caption level Figure 2. Tapi bila click kat caption level, takde pun tersenarai figure 2. Kalau benda ni terjadi, kene buat balik untuk semua langkah yang berada bawah configure LOT, LOF tadi, iaitu memasukkan figure. Bezanya, bahagian ni tak banyak sangat nak kene buat balik. Kita Cuma buat satu sahaja, kemudian yang lain semuanya kita update. Caranya, highlight caption tadi (yang ada di bawah/atas table/figure), klik kanan, klik update field. Buat semua figure/table yang ada.

Kes 2:



Ada sesetengah Microsoft Word mmg takde button untuk ‘insert text from file’. Apa yang perlu dilakukan, klik kat dropdown button, yang berada atas sekali (customize quick access toolbar). Klik kat more commands. Klik dropdown arrow commands not in the ribbon. Klik add. Klik OK. Pastu akan ada satu image kat atas sekali dokumen.







--------------------------------------


Semoga dapat dimanafaatkan.

tuanpunyablog: ni entri kali kedua ni, untuk topik yang lebih kurang sama... ok sikit daripada yang lepas, sebab yang lepas tu takde gambo....

Wednesday, 8 June 2011

cerita tentang gambar ini...

assalamualaikum...




semalam dapat MMS dari zah... ni cerita tentang gambar di atas, melalui msg yang dihantar oleh zah...


'gambar ni sebenarnya ilham suruh zah pasangkan plug nasik tu. dia cuma masukkan beras dengan air selambak. masa tu, zah tak perasan pun. tetiba panggil zah suh pasangkan plug nasi. bila zah datang, dia terus cakap kat zah....


'ilham lapar nak makan nasi. tapi nasi dah abis. ilham nak masak nasi... ummi pasangkan plug boleh??'


si ilham ni, kalau time org makan, dia tak makan. waktu makan, waktu sesuka hati dia. dah biasa, bila dah naik atas tuk tdo, turun bwah balik kedapur, nak makan lauk kicap...


jangan salah paham ye... saya sekadar bercerita sahaja, tiada niat lain untuk mengatakan bahawa ilham ni itu lah, ini lah... sekadar berkongsi cerita... kadang2 saya pun tak tau dari mana dia dapat idea macam tu. dalam umur 4 tahun, macam2 unsangkarabel yang dibuatnya. tak penah terpk pun...


bila tengok n baca msg zah, rasa sedih pun apa... tetiba terbayangkan, kalaulah umur saya ngan zah pendek, apalah jadi ngan anak2 saya... harap2 biarlah mereka cepat dapat berdikari... pernah jugak membayangkan perkara ni, tapi tak lama lah... sebab jadi menitik pulak air mata... cepat2 pk benda lain...


jumpa lagi....


tuanpunyablog: jangan pelik... saja jek cuba panggilan diri... dari 'aku' ke 'saya'. tak baik pk kan aku ni buang tebiat tau...

Monday, 6 June 2011

antara layak dengan tak layak...

assalamualaikum...

hai, pekabo? penat ke baca entri sebelum ni? yelah, panjang berjela2... thesis pun tak panjang camtu kan??? tapi thesis boring baca, sebab mungkin takde kene mengena ngan idop kita kan (macamlah cerita idup ko masa kecik tu ada org suka baca jep oiiiiii)???

nway, kali ni nak serius sikit... terkesan sikit dengan beberapa perangai manusia sekeliling... aku cerita ni bukan nak tunjuk aku baik, tapi sekadar nak mengingatkan diri ini agar sentiasa beringat... yelah, manusia kan mudah lupa... lagi2 kalau jenis LIFO (kalau ikut account, standard meaning, last in first out, tapi kalau ikut definisi aku, LEAST IMPORTANT FIRST OUT), kan????

orang kata, nak selami hati orang, cuba kita berada dalam kasut depa, bak kata omputeh, be in other shoes.... cuba bayangkan beberapa situasi ni...

katakan seorang suami apabila disuruh menjadi imam solat atau imam tuk baca yaasin, maka, jawab sisuami,

'tak layak, sebab kurg didikan agama...'

oklah kan, bagi aku, aku leh terima alasan ni... tapi bagaimana pula kalau suami yang kata tak layak tadi, tetiba nak berpoligami, berkata,

'aku layak kawin lebih dari satu, sebab aku mampu dari segalanya...'

apa perasaan anda sebagai isteri kepada suami itu? marah? geram? why not pulangkan paku buah keras balik kat dia, dengan berkata,

'ai, bab2 nak jadi imam tak layak, pasal nak kwin pulak, tetiba layak pulak? mampu ke dari segi AGAMA nak bimbing isteri satu lagi?'

agak2 apa suami tu akan kata?

buat suami2 orang no offence ok.. aku bukan nak cerita specifically pasal tu... aku bukan anti poligami, atau anti suami poligami, atau lebih memihak kepada isteri... bagi aku, itu semua jodoh... takde sapa boleh tahan kuasa Allah... saja sebagai pembuka bicara... mungkin itu tak kene sangat dengan orang yang suka berubah 'hukum' apabila 'hukum' tidak memihak kepadanya, oleh kerana 'pembolehubah' yang berlainan...

cuba bayangkan anda sebagai seorang cikgu yang baru sahaja mengajar disekolah swasta.... aku bagi nama korang sebagai cikgu XXXY. XXXY diberi mengajar matematik walaupun dulu XXXY grad bukan dalam bidang maths tulin, contohnya, kewangan. tapi, pengetua kata, bolehlah dikira layak, sebabnya, dulu amik add maths, stpm amik math jugak... masa degree dulu pun ada jugak belajar maths. lagipun, guru maths kurang kat sekolah tu. so, kenelah mengajar... maka, XXXY pun mengajarlah subjek tu untuk beberapa penggal persekolahan.

bila tiba musim cuti, sekolah decide tuk buat tuisyen berbayar (dibayar pada cikgu yang mengajar. maknanya, dapat gaji dua kali gandalah, selain dari gaji basic)... target student takdelah banyak sangat... dalam 2 kelas jek. satu, sebab tak banyak permintaan. satu lagi, sebab sekolah kene bayar cikgu yang mengajar tu. maka, berlakulah satu perdebatan antara cikgu yang graduate betul2 dalam bidang maths dengan pengetua... kata cikgu pure maths tersebut;

'kenapa pulak mesti bagi kat cikgu XXXY tuk ngajar... dia bukannya layak sebab bukan grad dari bidang maths, setakat ajar tambah tolak campur, smua orang boleh ajar. tuisyen ni berbayar, so, kualiti yang pengajaran, mestilah kene ada. hanya mereka yang grad dalam bidang maths sahaja boleh mengajar dengan ada kualiti tersebut.'

aku pasti kalau korang yang jadi cikgu XXXY akan tertanya2 dalam hati.... kenapa tetiba tak layak pulak mengajar, sedangkan sebelum ni, berpenggal2 dah mengajar maths kat bebudak. tiba jek suatu musim, terus jadi tak layak... tertanya2 jugak dalam hati... sebelum ni, rasanya, depa pun ngajar tambah tolak bahagi darab jugak, takdelah sampai mengajar cerita bagaimana campur terjadi, apa sejarah campur tolak bahagi darab, camana simbol tersebut boleh keluar or macam2 yang takde pulak dalam silibus.... dan tertanya2 jugak... kalau tak layak, kenapa disuruh mengajar sejak berpenggal2 yang lalu? tertanya2 jugak, rasanya semua penggal bebudak bayar tuk blajar, bukan setakat kelas tambahan tu jek...

agak2kan, kalaulah kelas tuisyen tu tak berbayar, agaknya, keluar tak isu layak tak layak ni????

manusia.... manusia.... kerap berubah 'hukum' apabila 'hukum' itu sendiri tidak memihak kepadanya.... moga kita semua tidak tergolong dalam lingkungan orang seperti itu hendaknya.... aaaaamiiiiiinnnnnn...

tuanpunyablog: tidak ada kene mengena dengan yang hidup atau yang mati. sekadar peringatan untuk diri sendiri sahaja.... kisah diadaptasikan daripada hikayat pak pandir dengan dengan labu2nya...

Saturday, 4 June 2011

kebawah lorong memori (dlm BI: down memory lane)

assalamualaikum....

hai, kembali menulis lagi... nak sambung menulis thesis, aku stuck.,.. nak buat yang takde kene mengena ngan whole thesis macam acknowledgement, benda tu laaaaaaaama dah aku siap. in fact, sebelum dapat result lagi aku dah siap... siap buat amendment lagi... nak ucap terima kasih... wah, cam artis pulak rasa....

nway, takde cerita baru sebenarnya... macam aku janjikan, aku nak ulang siaran penulisan aku masa memula aku ber'repek' kat alam maya ni.... ekceli, ada lah dalam 10 entri aku kat blog prenseter tu... tapi disebabkan ada masalah masa aku nak post, maka aku bertukar pada blogger... oklah jugak... makin mantap... ubah topik lak....

ok... nak mulakan dengan cerita lama semasa kali pertama menyambut besday kat UK ni... setiap kali masuk umur baru, aku mesti ter'dejavu' kenangan lama.... tambah pulak bila dengar lagu2 lama.... lagilah menusuk kelbu.... entri kali ni panjang... so, agak2 kalau tengah masak tu, p tutup api dapuq dulu naaa... sat g hangit, aku gak yang dipersalahkan.... :D

ok... entri ni aku tulis pada malam besday aku, 13 May 2008 di Fleming Hall, Brunel University, London, UK... Layanzzzzz....

-------------------------------------

selamat malam semua… cewah…. malam ni aku tak leh nak tdolah plak… mata mengantuk sebab semalam tak cukup tdo, rasa cam bengong2 jek kepala aku ni… tapi, mata takmo nak lelap… kenapa tah… huhuhu… alang2 aku berjaga ni, baik jaga terus…. tunggu subuh kol 230 pagi… cepat btol subuhnya…

dua tiga menjak ni, aku jadi blues plak… teringat kenangan2 masa kecik2 dulu… ala2 macam dejavu jek… lebih2 lagi bila lepas tgk citer sutun 2…. huhuhu… tetiba jek teringat zaman aku masa moda2 dulu…. maka lepas jek aku abis nuntun citer tu, mulalah aku layan blues…. dgr lagu lama… lagu alikucing (alleycat), lagu ekamatra pusara dilebuh raya, lagu zaiton sameon kabut serangkai mawar (huh, lagu ni yang paling menyentuh perasaan aku), lagu karam zabarjad, lagu sudirman, lagu iklim, suci dalam debu (ingat arwah shahrizan), lagu khairul idlan aku yang kau panggil sayang, lagu massa, patahnya sayap malam, lagu CRK cinta dan air mata dan banyak lagilah…. yeeeeeaaaahhhhhh… tak terasa plak aku kat kat negara omputih… yelah, dok memerap jek kat dalam bilik…. dok layan jiwang sengsorg…. huhuhu….

org kata, kalau kita tetiba teringat selalu jaman2 kecik2 ni, erm… bahase saintipiknya, dejavu, katanya maut nak menjemput… erm… tahlah, tah betul, tah tak… tapi mmg tetiba jek aku rasa cam ni… agaknya sebab aku dah masuk jaman 30an kot… erm… kira ni hari pertama aku melangkah ke alam 30an lah kan…. erm…. dah tua rupanya aku ni…. tapi kenapa aku selalu merasa muda ek???? uweeeeekkkkk….. geli plak aku baca… huhuhu


erm…. nak citer sikit jaman2 aku muda2 dulu…. dari budak hingusan kebudak nakal kebudak skima kebudak alim (alim keRRRRR????) ke remaja skima ke remaja kurus keremaja gemuk kedewasa bujang kedewasa suami org kedewasa bapak org…. (erm… rindu kat iman… apa kabarlah dia kat sana dibawah jagaan ita… zah p kemping pandu putri maktab dia plak… sian iman… selalu kene tinggal… kuatkan semangat ye iman…. walid sentiasa doakna iman kuat semangat macam walid gak..kuat keRRRRR????.. huhuhu)


darjah 1 zuhal, kat sekolah rendah damansara utama, erm… apa yang aku ingat ek… tak banyak rasanya. dapat cekgu cina, tapi pasih cakap melayu.. anak dia siap satu kelas lagi ngan aku. ceh! tak aci sungguh!!! (ooo… dulu mana tau aci tak aci kan).. cam biasa, budak2 baru masuk sekolah… dengan aku yang tak pernah masuk tadika… tapi alhamdulillah, leh gak aku hapal abc dengan cepat… sebab dulu sebelum masuk sekolah selalu main cekgu2 ngan kakja (kakak atas aku)…. rasanya kalau dia tak jadi cekgu time tu, tak sampai aku ke tahap ni. disebabkan pestasi aku yang memberangsangkan (kunun nyaaaa), maka cikgu tho gantikan aku untuk menerima program susu sekolah hat yang free punya tu (nak beli tak mampu, so telan ayaq liuq jelah) dengan org lain… sebab budak tu selalu buat hal… hehehe…. ingat lagi muka budak tu camana… kalaulah dulu aku tau tak baik buat camni, sah2 aku akan tolak rejeki tu, sebab terasa plak macam gumbira diatas penderitaan org lain… cewwwwaaahhh!!! penggal 3 aku masuk plak sekolah agama…. kira pagi sekolah agama, ptg g sekolah kebangsaan…. g sekolah kebangsaan, terpaksa menyeberang sungai… sampai sungai, bukak kasut dulu, pastu seberang, pakai balik kasut, jalan dekat 3 km (eh, tak ingat plak berapa km, dulu mana reti kira) siap naik bukit turun bukit lagi… pagi g sekolah agama, selalu ikut jalan belakang umah… jauh gak, taktau berapa km. siap kene lalu lombong yang org2 tua selalu citer, memalam akan dngr org berkawat.. katanya kawasan jepun kene pancung dulu, so selalulah dgr citer askar takde kepala berkawat…. selalu gak aku kene kejar bila nak g sekolah agama ni. tak angsa yang kejar aku, itik, tak itik, lembu, tak lembu, kambing, tak kambing, anjing (ni paling aku takut)… semua binatang aku takut dulu..ayam jantan pun penah kejar aku.. pengecot btol… huhuuh… la ni kawasn tu dah jadi bandar utama pun… heheh… rumah sapalah yang dapat kawsan jamban kayu umah aku dulu… sian kat org yang dapat kawasn umah aku dulu tu…

masuk darjah dua, masuk kelas 2 marikh, pernah kene lempang ngan cikgu chombee (cekgu kelas) masa ujian lisan… sebabnya, aku taktau nak bezakan antara kapal2 yang disebutkan… ada banyak jenis kapal kat situ termasuklah sampan… kira pengangkutan lautlah… yang aku ingat, aku sebut kete kebal… pang!!! kenelempang… seddey… aku yang cengeng ni pun nangis…. sampai sekarang aku ingat…. la ni semua jenia pengangkutan darat aku tau… opkos lah… sebab dah masuk u kan… kalau tak tau mmg budak sindrom down lah aku ni… sekolah agama plak waktu ptg… kene ngan ustaz wahid, guru besar sebagai guru kelas… selalu nyorok dalam almari… alih2 satu hari tu, kene sebat ngan ustaz wahid (garang btol ustaz ni…) sebab selalu main2 dalam almari… kene sebat kat tapak kaki plak tu… huh!!!sejak tu, tak pernah nak men lagi dalam almari… lagi satu takleh lupa…. huhuhu…. aku tipu mak aku time posa…. aku dah minum pun air watekuler kat sekolah… alih2, lepas balik dari sekolah, aku pun mengadap hidangan seperti biasa macam betul2 org bukak posa… huh!!!sampai sekarang mak aku tak tau aku tak posa sebenarnya time tu…. teruk betol aku ni…. lupa plak, ada satu lagi pistiwa yang takleh kulupakan… aku nyaris2 lemas dihanyutkan sungai yang selalu aku seberang nak kesekolah tu… waktu balik dari sekolah, tgk air cam dalam, maklumlah pas ujan. pastu adalah makcik indon (sebab lalu kawasan dorg nak g skolah ni) cakap jgn seberang, air kuat… aku tak peduli, nak cepat punya pasal, sebab kalau ikut jalan lain, jauh giler… aku pun seberang… hampir tengah2 sungai tu, aku dihanyutkan… mujurlah kaki aku kuat lagi time tu. berjaya membuat tapak yang kukuh.. huh!!! air paras dada aku tuh!!! sib baik aku berjaya patah balik, kalau tak, tak jumpalah aku dalam blog ni…. panjang umur aku ek…

darjah tiga zuhal plak, kene ngan cikgu cina… cikgu tan… garang gak… penah kene marah gak, sebab aku kacau dia ngan wat kira2… bukan pe, tanya nak g tandas jek… pastu kene marah… huh!!!tak psl2 betol… last, aku g basuh tangan jek. takde mud dah nak buang ayo kecil (sopannyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr ayat….)kat sekolah agama plak, kene plak ngan ustzh yg garang gilerrrrrrrrrrrrrrrrrr…. asal salah, rotan, salah sikit, tarik tinge, salah sikit, diri atas kusi, salah sikit, ketuk ketampi. salah ajek, diri atas meja.. sib baik aku terer… tapi still kene marah gak, sebab…. sebab…. erm…. tahlah, sebab apa… sebab tulah aku kata dia garang gilerrrrrrrrrrrrrrrr…………

darjah 4, aku pindah umah, daripada umah papan setinggan, kerumah batu… pestaim ada letrik, ada peti ais, ada tepon… huh!!! time tu mmg jakun, asal seminit bukak peti ais (wpun kosong sebenarnya peti ais tu, saja gatal nak bukak, yelah, sejuk kan…) dulu masa umah pakai generator, kol 7 malam baru ada api… nak tgk citer suria pekasa itam, gaban, ottromen, oshin, meoro attack (betul ke aku eja ek), semuanya tak leh… sebab lambat sgt…. la ni, ada letrik sendiri, senang sikit nak tb… darjah 4 musytari, kene ngan cikgu india, cikgu devi… garanglah gak…. siap aku kene piat tinger masa peksa akhir tahun… sebabnya, aku lambat antar ketas jwapan aku… musykil aku sebenarnya, aku dah antar dah ketas jawapan aku, tapi bila cek2 balik… kenapa masih ada lagi ek????ketas sapa plak yang aku antar ek??? erm…. sekolah agam plak??? erm… cam biasa…. gelagat kene kejar tetap ada… kali ni anjing plak… ingatkan dah pindah leh selamat…. rupanya tak gak… huhuh

darjah lima musytari… dapat cikgu yang best giler…. dahlah lawak… hari2 buat lakonan, aktiviti yang paling aku suka…. sebab takyah belajo… tapi takleh lupa, bila dapat cekgu pektikal lelaki yang terang2 berat sebelah pada kaum adam… kalau pompuan, tertinggal alat lukisan takpe… lain kali jgn lupa bawak… tapi kalau lelaki, kenapa tinggal? kenapa tak bawak? kenapa tak der? pergi diri diluar kelas…. geng2 aku masa tu semua menyampah ngan dia… huh!!! tak de etika btol cekgunya…. harap2 zaman ni takde la ye… g sekolah plak pestaim naik beskal, nenek cina bagi… tapi yang paling tak tahan…. tetap kene kejar… kali ni anjing2 yang berada disekitar umah damansara utama tu…. kengkadang tu, sampai dua tiga kali kene kejar… sib baik naik beskal…. huhuhu… masa akhir tahun plak, ustaz (sekolah agama) buat rombongan p melaka… pestaim jenjalan…. sib baik mak aku benarkan… ptg, pas jenjalan kat area melaka tu, glah tanjung bidara… mandi manda… tak semena2, aku rasa ada org tarik aku ke tengah laut… argggghhhh!!!! aku lemas…. terkapai2 aku… dahlah tak reti berenang… sib baik arus tolak aku ke tepi… lama jugaklah… gelen gaklah air masin aku telan… pastu, tetiba ada org jerit, bagitau shahrizan lemas…. erm… kawan baik aku… lepas tu, maybe ajal dah sampai, maka tak dan nak selamatkan dia… sedih aku, sebab aku rasa dia yang tarik aku, sebab arus tarik dia kot… erm… panjang lagi umur aku ek… kalau tak, arwah dah aku ni… huhuhu

darjah enam musytari… dapat cekgu melayu, pn naimah… best gak cekgunya… amik upsr dapat 2a 2b… taklah pandai sgt… tapi yang bestnya, takde sapa yang leh potong aku terutamanya subjek agama… ada sorg budak ni, nama alena, anak seorg dokter, sekuat mana dia blajo, sekuat mana dia menelaah, tetap takleh kalahkan aku… berlagaknya aku… tapi subjek agama jelah… subjek lain, macam alam manusia, matematik, bm pelagi bi, aku jauh meninggalkan dia….eh… dia jauh meninggalkan aku…. bodo sikit aku time ni…. pastu time subjek agama plak, selalu amik upah tolong kengkawan tuliskan jawi…. teruk btol aku… takpe, tulun kengkawan yang tak sekolah agama kan…. so, jawinya lembab sikit….isk… tak baik aku ngutuk… masa hari sukan, cekgu kelas tanya pasal sesapa yang nak amsuk tarik tali… pastu, aku pun angkat tangan… member aku sorg ni pun angkat tangan…. dia nampak aku angkat tangan, dia pun tanya, eh… jefri, awak kuat ke nak masuk tarik tali tu???? wah!!! statement! sungguh berlagaks… pastu, aku turun balik tangan aku, time tu jugak aku doa…Ya Allah, jgnlah bagi sesapa menang sekalipun no 3 sekiranya aku tak masuk dalam pertandingan yang dianjurkan… tup2, makbul doa aku… banyak2 sukan yang dipertandingkan, yang menang 4×100m jek… tu pun no 3 n pompuan yang masuk… ha, amik ko… kutuk aku lagi… makbul doa org yang teraniaya ni (eh, jap, aku ni kira teraniaya ke ek????) ala, bolehlah kira teraniaya… cekgu pun pelik napa semua leh kalah, padahal bebudak aku kebanyakkannya semuanya wakil sekolah. huh!!! padan muka… sapa suh kutuk aku… huhuhu…. sekolah agama plak, dilantik jadi ketua pengawas… tensen, sebab hehari aku yang kene berdiri kat depan, baca doa… buat jadual tugas, semua ngelat… aku pun amik keputusan drastik, satu hari tu, aku nyorok kat library… pastu tak semene2 kantoilah plak ngan guru beso… dah kene sebat depan bebudak… huh!!!ketua pengawas paling brutal penah aku tgk… huhuhu…. lelain, bila dapat hadiah kain daripada GB sebab dapat SDE kedua terbaik bagi sesi petang….

bila ingat zaman sekolah rendah ni, aku terbayangkan seorang kawan aku ni… kawan dia dari darjah 2 sampailah darjah 6… namanya abdul manan othman. bapaknya dulu wakil rakyat pendang, othman abdul kalau tak silap… dulu masa bapak dia menang pilihanraya, siap dia blanja kami lagi satu kelas… best btol….. manalah dia ek… banayk yang aku utang ngan dia… yela, selalu dulu blanja aku makan masa rehat… org kampung kan…. mak aku bagi 3posen jek sehari, tuk dua sekolah… so, duit tu aku simpan tuk sekolah agama… hehari aku nempel ngan manan ni… hehari jugaklah dia blanja aku… huhuhuh… bila pk balik, rasa malu pun ada sebab selalu nempel nagn dia…. kgkdg tu, dia yang bagi, aku tak mintak pun…. kenkadang aku cakap pinjam duit dia, tapi tak pernah pulak aku bayo… huh!!! kalaulah aku mati ketika ni, taktaulah aku nak bayar balik utang2 aku ngan dia… lama gak aku mencari kengkawan lama, tapi tak jumpa pung..geng2 darjah lima ngan enam yang paling rapat… main sesama, beratur sesama, selalu sep tempat depan sekali dengan letak jelah batu ke, bekas air ke, kasut pun kami siap letak semata2 nak beratur kat depan…

sebut pasal beratur ni, tingat plak masa aku darjah lima. kene beratur dua2, dalam dewan… so, bila dewan tak bukak lagi, semata2 nak beratur kat depan, kami pun peganglah tangan sesiap, aku ngan kawan aku, sapa tah, lupa… khairul faizi kot… pegang punya pegang, bila bukak jek pintu dewan, kami pun berlarilah nak p lorong kami beratur… nak dijadikan citer, aku ke depan, yang partner aku plak ke arah lain… pelik plak, sepatutnya, sama arahlah kan, sebab satu kelas. tapi bila jek aku pandang sebelah kanan aku…. waaaaaarrrrrggggghhhhh!!!!! aku tak tau kenapa BUDAK INDIA POMPUAN mana tah yang aku pegang tangan tu… huh!!!! malu gilerssssssssss time tu… tapi takpe, bebudak lagi kan… tak sorg pun tau aku penah pgg tangan india semata nak beratur… takpe… takpe… pengalaman tuh… susah nak cari… huhuhu….


cari gak kengkawan lama ni… macam hasni zakry, hazim, manan, ahmad arif akil (sampai darjah 3, pastu pindah kedah)… nilah yang selalu aku betandang umah dorg, sebab umah org kaya2 kan… amik kokurikulum pun sesama…tapi sorg pun tak jumpa… yelah, aku masuk sekolah menegah sekolah agama, pastu behijrah ke kedah, mana nak jumpa kan…huhuhu… sedihlah, lagi bila ingatkan dorg… kawan2 sepermainan… cari2 gak, kot2 jumpa tapi sorg pun tak jumpa, kecualilah nabhan mahfodz… tu pun sebab dapat sekolah menegah yang sama…


sebut psl sekolah menengah, sebelum aku masuk SAMTTAJ (sekolah agama menengah tinggi tengku ampuan jemaah) shah alam, banayk gak karenah aku kene tempuh… memula, sejak aku belom amik SDE lagi, aku nak cakap ngan mak aku nak dok kat asrama… mak aku tak bagi… bila dapat tawaran, aku tanya lagi… mak aku tetap berkeras tak bagi… katanya aku kecik lagi, tak pandai berdikari..borg tu pun aku tak isi, aku pulangkan balik… tapi masa hari terakhir kat sekolah kebangsaan tu, tetiba jek mak aku cakap suh aku isi balik borang asrama yang aku mintak tu… erm… takde rejeki aku, borg tu ustazah dah bagi balik kat JAIS… tapi tanpa pengetahuan mak ayah aku, aku ada isi gak borg nak p sekolah jais lepas upsr tu guna borg yang ustazah sekolah kebangsaan bagi… ustazah sekolah tu suruh… aku pun isi lah… alhamdulillah, aku diterima masuk ke samttaj lepas mak ayah aku turun naik jais tu mintak aku dapat sekolah agama…. erm… meybe rejeki aku dah tersurat kat situ… maka masuklah aku kat sekolah tu….


panjang dah ni… aku pun ngantok… nanti de masa aku sambung lagi tuk part 2. untuk kenangan sekolah menengah.


kengkadang tu, rasa macam nak kembali jek kezaman kanak2 dulu…. sonok… takyah pk banyak benda.. dah keje ni, memacam plak kene pk kan…. tapi tulah, life goes on… wah!!! skiping plak aku ni…


jumpa di episod seterusnya… kalau aku ada masa lah ek…


~~~blog ini ditulis ketika penulis sedang melayan bluesnya dengan mendengar lagu2 zaman silam sesambil merenung kembali kezaman silam, pada pukul 230 pagi, 14 Mei, hari pertama penulis berada pada umur 30 tahun~~~~~

------------------------------------------------

sekian, boleh sambung keje2 hampa yang terbengkalai tu naaaa..... ilal liqaq....

tuanpunyablog: tetiba kepala jadi pusing.... napa tah....

Wednesday, 1 June 2011

salah tapsir...

assalamualaikum...

lama tak hapdet. sian kat peminat2 (hattttuuuuuiiiiiihhhhhhh!!!!!) bukak2, citer lama... bukak bukak, citer basi... bukak bukak, siaran ulangan (siaran ulangan pun kengkadang best jugak kan???).... amat sibuk sedikit buat masa ni... ni pun curi masa sikit nak menulis.... chewah!!!! sebenarnya, takde mood nak nulis... huhuhu.....

dah nak balik dah tak lama lagi.. agak2 dalam sebulan lagi... makin tak sabar lak nak balik... macamlah balik dah abis terus... huhuhu...

soklan biasa ditanya.... dah abis ke? erm... buat phd ni bukan cam undergrad or master by course... kalau kita balik, maknanya, kita dah abis terus... dah grad... dapat title DR. tidak sama sekali ye murid2 (tetiber!!!!).... mana2 yang masih taktau... aku balik sebab cuti belajar aku dah abis... tu pun atas ihsan majikan, bagi extend cuti selama 6 bulan lagi.... kalau tak, masuk start mengajar dah... nway, macam aku cakap tadi, balik ni sebab mmg kene balik. tak semestinya aku dah abis... bila abis??? erm... tohler... taktau nak cakap.... hampa doa2lah naaa.... malaikat aminkan 10x kalau kita doa tuk kawan2 kita... tak baik kedekut doa.... mekaseh....

nak cerita lain sebenarnya, tapi lebih kurg ada kaitan dengan yang atas nilah... seminggu dua lepas (tak ingat lak exactly bila, maklumlah, maklumat banyak sangat.... otak aku lak jenis FIFO, maka, maklumat2 lama n kurg penting maka aku pun terdelete dengan sendirinya), lepas terbangun dari tdoq petang (lama sangat nak tunggu asar), aku terus bukak email brunel. terbaca satu email... tertulis lebih kurg begini....

' ...... in congratulating .......... for her passes her viva..... with.... correction.'

terus, tanpa, berlengah lagi, aku bukak pesbuk dia, tulis kat dinding dia...

'congrate ......(nama takleh sebut)!!!!!... you deserve it!!!! I hope I will be like you one day'...

lepas tu, dia pun jwab, thank you. bla... bla... bla....

sehari lepas tu, aku p awal ke opis... bertugas jaga exam. ada sorg member aku datang jugak, si A. sampai jek dia, terus dia tegur aku, maklumlah, meja berdepan kan... si A terus tnya...

'baca tak email pasal ......... (budak yang baru lepas viva tu)?'....
'ahah, lepas dah dia kan... best btol.'
'semua org marah sebab lecturer tu post kat email.'
'eh, kenapa plak nak marah?'
'la, jep tak baca ke... MAJOR CORRECTION jep.'
'ha?????? major???? bukan minor ke? baca macam minor jek'
'major... cuba jep baca balik email.'

dalam kalut sambil menggigil, aku bukak balik email brunel tu, aku baca balik...

Ya Allah.... kenapalah aku tak baca betul2 email tu. mmg major... silap, aku p post kat wall dia, siap tulis you deserve it... masa tu, rasa macam bersalah sangat ngan dia... sebab aku nak kene jaga exam pagi tu, aku terpaksa jugak p. nak antar email ngan dia, nak cakap sorry pun tak sempat...

balik jek dari jaga exam, aku terus aku email budak tu... mintak maaf bebanyak... sebab aku btol2 tak perasan dia kene major correction... sian btol aku tengok dia... harap2 dia oklah hendaknya... kalaulah aku jadi macam dia... erm... tak dapat nak bayangkan camana...

in my defence (chewah!!!!)...
1. biasanya, kalau major, depa takkan publish kat email. kalau minor or without correction, baru depa announce. first case ni...
2. lepas jek aku post congrate kat dia, dia reply, macam takde apa2 yang berlaku.
3. baru bangun tdoq... mata pun keyrong lagi... tak betul...

apapun, aku tetap kesal dengan post aku tu... rasa cam bersalah sangat...

rasanya, selepas ni aku kene tanamkan dalam hati n otak aku ni... kene terima sahaja apa sahaja yang Allah takdirkan untuk aku... abis atau tak... sekurang2nya aku dah cuba untuk buat yang terbaik.... kene tanamkan dalam diri mulai sekarang... walaupun, aku masih gigih menulis... huhuhuh....

tuanpunyablog: bermula menulis dengan blog dari friendster. lepas ni, insyaAllah, kalau boring2, aku postlah benda2 yang lama ni... hampa kan suka buang masa dengan membaca tulisan aku ni... jangan marah naaa.... :D