assalamualaikum wbt...
idea tersekat... so, beralih pada penulisan blog...
banyak yang aku belajar daripada melihat gelagat orang lain... antaranya:
jangan suka komplen atau cakap tak suka apa2 sahaja yang di post kat facebook, blog, or wat ever (cara kasar, suka hatilah nak tulis apa pun kan???)... sebabnya, secara sedar atau tidak kita pun akan terikut2 jugak... bila peratikan, aku perasan adalah segelintir orang yang dulunya meletakan status lebih kurang begini...
'aku tak paham sungguh orang letak status yang tah apa2... gambar pun sama, letak gambar anaklah, letakkan status or gambar yang lebih berinformasi sikit'...
tup tup, dia tiga menjak ni, aku tengok... rajin pulak dia update status dia bosanlah, dia ngah makanlah, dan macam2 lagi status dia tulis... yang aku rasa, takdelah berinformasi sangat pun... tak suka orang letak gambar yang bukan berinformasi termasuk gambar anak2.... tup2, dia pun letak gambar anak dia....
ada jugak yang memperli atau meng'sarkastik' bila salah seorang kata, pesbuk ni macam diari harian, apa kita buat, kita kat mana etc... maka dia pun balas komen member dengan berkata
'baik pos status, hari ni aku pakai spender warne merah, kuning etc'...
aku tak nafikan, dia ni jarang jugaklah nak update status, sebab tu kata camtu... so, aku takdelah kisah sangat dia cakap camtu. tup2, ada dua tiga hari, tetiba keluar status dia, 'harini sorg... takde sapa teman...', esoknya, post lagi status dia...
sebab tu aku selalu nasihatkan kat diri sendiri, tak suka mana pun orang pun, kalau boleh, aku taknak komen kat tuanpunya akaun atau apa sahaja... biarlah aku cakap tak puas hati kat aku sendiri jek... sebabnya, aku tak pasti samada aku akan buat atau tak benda yang aku cakap tak suka... at least, kalau aku tak zahirkan apa yang aku tak suka and tetiba aku buat takdelah aku macam percikkan air kat muka aku kan?????
tuanpunyablog: maaf kepada sesapa yang terasa... sekadar mengingatkan diri sendiri...
No comments:
Post a Comment