Monday, 7 March 2011

Widgets

cerita pasal anak2 pulak

assalamualaikum...

minggu yang sungguh sebuk dengan penulisan. alhamdulillah, kalau idea nak mai tu, dapat banyak jugaklah tulis. tapi kalau tak datang tu, nak dapatkan satu ayat yang cantik pun payah. so, jalan penyelesaian nya, menulis kat blog... ada gak bahan bacaan tuk org ramai... tak kisah berapa ramai, nak baca silakan... taknak, cheq tak sughuh pun naaaa...

nway, entry kali ni nak cerita pasal anak2 pulak... nama pun cerita tentang kehidupan kan... nak cerita pasal ilham dulu... menurut reporter tetap aku, si ilham la ni dah pandai dok lepak kat kedai kopi aka warung aka kedai sembang2 kat umah sebelah... umah sebelah tu dok bukak kedai time pepetang. so, si ilham ni, agaknya sebab ada 2 3 org bebudak kat kedai tu, dia pun melepak sekali kat situ. memula macam tak caya zah cerita, tapi bila tgk gelagat ilham ni, ngan dia, apa2 pun leh jadi. kalau takde org kat kedai tu, dia dok ngintai2 dari laman depan umah, disebalik pokok2 tu... kalau dah ada org, barulah dia p. kengkadang tu, bila dah sampai, dok melangut dok depan meja warung tu... sib baiklah makcik jiran sebelah tu ajak dia duduk, n amikkan apa dia nak. biasanya, jajan, air, pastu kalau ada pau, makan pau. sampai bila? selagi tak dijemput oleh makwan nya aka mak zah, alamatlah dok situ sampai kedai tutup. hehari, abis jugaklah dua tiga hengget. takpelah, dia beli benda makan pun, bukan mainan ye tak? sib baik jugaklah makcik tu rajin melayan n bagi jek apa dia nak. nanti kalau makwan nya takde duit, ummi dia jadi mangsa kene p bayar. tapi sebab ummi dia malas nak keluar, maka duit tu bagi kat ilham jek, suh bayar kat makcik tu. erm... boleh ajar dia beli barang jugaklah kan, walaupun tak reti kira lagi...

kengkadang sian jugak, sebab aku rasa, dia p warung tu, sebab nak berkwan kot... kawan tak ramai, kalau sepupu sepapat belah zah balik, barulah ada peluang nak memain. tu sib baik dok banting, bayangkan kalau duduk kat damansara, alamat jadi perintah berkurunglah jawabnya...

*ni gambar latest masa bru balik dari warung. beli jajan ngan air sarsi. abis dua hengget. yang tak tahan, gaya over. ngan shpek itam lah, ngan cap thomas dia lah... selipar jek gajah... mana tah p selipar dia yang kecik tu...

sikembar lak, alhamdulillah... dah mula belajar tuk meniarap... sungguh lambat. tapi takpelah, as long as depa ada perubahan n boleh buat apa yang biasa kanak2 buat, walaupun lambat, tak kisah. sebab perkembangan kanak2 bukannya sama, ada yang lambat ada yang cepat. so, aku takdelah risau sgt. sebelum balik cni lagi, izzah dah mula nak meniarap (ada org yang dah 'lama' dok london, sebut 'menyarap' :D). cuma takleh jek. aku tolak bontot dia pun takleh jugak. la ni, alhamdulillah, boleh dah. lima bulan, baru leh meniarap. wondering jugak, umur berapalah nanti boleh berjalan???? penatlah ummi ngan walid nak berdukung jek... umminya bukan larat sgt nak dukung. kene walidnya jugak. tapi masalah kalau walid kene dukung sekali dua... mau kurus (gemuk balik kot sebab topup 2x ganda) dibuatnya... nak bawak stroller yang sebesar bagak tu pun, nak kene pk 2 3 kali. lagi2 kebanyakkan pasaraya payah nak jalan ngan stroller sebagak tu... ermmm... izzah... iffah... cecepat jalan ye.... senang sikit walid ngan ummi nanti...

*boleh beza tak? alhamdulillah, dapat gambar ni, aku still leh bezakan mana satu izzah mana satu iffah. iffah kepalanya kecik sikit berbanding ngan izzah. so, mana satu iffah mana satu izzah ni? tekalah sendiri yek...
tuanpunyablog: alhamdulillah... semalam takde hasil, at least rini dapatlah beberapa muka surat...

No comments: