Thursday 20 May 2010

Widgets

scan lagi...

salam...

semalam g scan sekali lagi... minggu ke 18.

setiap kali nak scan, mesti aku jadi berdebar2... pastu bila cik sonogeraper tu tunjukkan ada heartbeat, barulah lega hati aku... alhamdulillah masih panjang umur anak2 kami... sebab tu selalu aku tanya ngan zah, baby ada gerak tak? belah mana yang gerak? banyak ke geraknya? bila zah kata ada gerak, alhamdulillah... yelah risau kan...

lagi2 terlebih risau bila salah seorang adik kami (adik junior satu kolej EON UUM dulu) kehilangan anaknya yang dalam kandungan... lebih kurg 8 bulan dalam kandungan dah... due to abnormal kromosom lepas buat scan 4d. takziah buat dia sekeluarga, sedih bila kami baca gambar kat profile dia... tapi yang aku kagum, semangat, serta hati dia sangat2 tabah... kalaulah jadi kat aku, taktaulah camana... teringat masa kakak aku yang sulung, kehilangan anaknya ketika masih dalam perut, 9 bulan, sebab terlilit tali pusat... gambar kat profile dia semalam, mengingatkan kepada anak kakak, merangkap anak sedara kami yang pertama... seboleh mungkin aku tahan air mata aku untuk tidak di alirkan depan kakak aku (arahan daripada mak aku), tetap mengalir jugak... hati aku kan berbunga2... sensitip... huhuhuhu.... apapun, doa kami agar adik kami sorg tu, sentiasa tabah dan berhati waja... amiiiinnnnn....

nway... lari topik plak aku (eh... bukan selalu ke tajuk ngan isi ko sentiasa berbeza ke jep????)... sebenarnya nak cerita pasal scan semalam... alhamdulillah... insyaAllah kembar kami merupakan kembar pompuan... paling sonot, zahlah... sebab dia mmg ngidam pompuan... dah ada sorg lelaki... aku pulak, takdelah kisah sgt pun... lelaki ke, pompuan ke... sama jek... cumanya, kunun2 nak break the recordlah... kalau dapat kembar lelaki or sepasang, kira aku lain sikitlah daripada group kembar kat fsk tu (campur aku, kira ada 5 org staflah yang ada anak kembar dan semuanya lahir pompuan)... tak lahir pun lagi... excited je lebih... risau jugak kengkadang... ingat dulu masa memula tau zah ngandung anak pes, aku dok bajet anak pompuan (nak jadi ahli nujum tak bertauliah berdasarkan tarikh conceive) tapi dalam hati nak anak lelaki... so, bila dapat tau gender tu dalam bulan ke lima, lelaki... terus aku suka... yang ni pulak, aku dok bajet lelaki... tapi dalam hati, dok pk, kalau dapat pompuan bagus jugak... completelah jugak... complete hidup keluarga aku, complete sebelah keluarga zah (cucu mak 7 lelaki 7 pompuan), dan complete keluarga belah aku (cucu mak ayah 4 lelaki, 4 pompuan)... tup.. tup... pompuan... alhamdulillah.... nampaknya, lepas ni (kalau panjang umur), kene bajet lain daripada apa yang aku nak lah nampaknya.... ihiks....

sebenarnya, aku pun tak berani nak kata pasti lagi... yelah, manalah tau pandangan sonogeraper tu tak berapa clear lagi kan... macam uri lah... memula scan masa 12 minggu, katanya, 1 uri, dua karung (monochrionic, diamnioatic (salah eja jgn marah, malas nak tgk kamus)... udahnya, aku kene bwak zah jumpa Dr selalu... tapi, bila tgk repot scan semalam, terus jadi dua uri, dua karung (dichrionic, diamniotic)... tapi bagus jugak bila tau ada dua uri ni... sebabnya, kemungkinan untuk berlaku twin-to-twin transfussion syndrome (TTTS, twin satu mnyedekahkan darah miliknya kepada twin yang lagi satu, akibatnya, sorg kurg darah, sorg lagi terlebih darah), insyaAllah takkan berlaku... yelah, dah lain2 plasenta, n sambung tali pusat jugak tak berlaku... cumanya, taktau samada twin tu seiras atau tak... sebabnya, kalau masa conceive, telur yang dah bersenyawa tu terbelah antara hari pertama hingga ketiga, maka, akan terbentuk plasenta baby tu tersendiri... so, la ni, taktaulah samada seiras atau tak... tapi bagi kami, tak kisahlah... janji babynya sehat2 belaka.... yang bestnya, perkembangan fetus twin lagi cepat daripada yang single... dari segi panjang, ukur lilit kepala, panjang kaki etc... so, apa yang aku boleh buat kesimpulan, kejadian Allah amat amat amat cantik... sebabnya... kan kebanyakkan baby twin akan lahir cepat daripada waktu yang sepatutnya... so, maybe dengan cepatnya perkembangan baby tu, bila dia lahir kurg bulan, potensi untuk hidup, amat tinggi compare dengan yang lahir sebagai single baby. in fact, after 24wks (lepas minggu kritikal), kira kalau lahir, chances baby twins tuk survive amat tinggi... bilangan hari dalam perut after 24wks, berkadar secara exponential dengan survival chances (ada paham tak???)... cantik kan ciptaan Allah itu... subhanallah...

terer kan aku mendescribe pasal twin ni??? boleh jadi pakar sakit puan (specialist dalam multiple pregnancies)...

sebenarnya dok baca artikel2 kat cni, http://www.babycentre.co.uk/ (kene bagitau, sat g, aku kene saman, jenuh aku nak bayar). banyak jugaklah input yang aku dapat dari sini... so, bila baca tu, bolehlah nambah pengetahuan sikit yang dah mmg sikit jek ni... takyah mintak ngan nurse...

ramai jugak yang mintak nak tgk gambar baby kembar camana... semalam aku try mintak jugak, tapi dia kata, dia takleh nak amik gambar sekali dua dalam satu frame... kene amik satu2... so, tak dapeklah kami nak nulung kasi tgk camana baby kembar tu (in fact, masa dia scan tu, aku pun takleh nak gambarkan camana... sebab aku pun blur bila tgk skrin tu... cuma dia tunjuk, sorang tertelentang, sorg lagi tertiarap)...

tapi takpe... sebagai menghargai pertanyaan rakan2 yang perihatin tu, aku cilok gambar ni daripada website kat atas tu... boleh jugak digunakan sebagai panduan untuk tgk baby kembar camana...



*ni gambar ketika berumur 20 menggu... kalau ikutkan yang ni, memasing ada plasenta.. bezanya, kembar ni, satu belakang, satu lagu depan... hat kembar kami, setakat semalam, sebagaimana yang diterangkan oleh cik sonogeraper tu, satu bawah sebelah kiri, satu lagi, atas kanan...

terlebih excited plak aku ni... hopefully semuanya akan selamatla... amiiiinnnn...

tuanpunyablog: lupa nak habaq... pasal kes ritu... alhamdulillah... takde pepe pun melanda kami... mekaseh atas doa semua...

5 comments:

Anonymous said...

teruja bila baca entry kau kali ni....semoga semuanya selamat...amin...liza j

Areej Torla said...

wahh abg jepp dah jd pakar twins tuh!!! :) thnx byk info yg sy dpt.

tuanpunyablog said...

liza: amiiiinnnn.... thanks atas doa... risau gak sebenarnya ni... akan hari2 mendatang....

areej: hahahahaha... tau takpe... nak tunggu depa bagi penerangan, lambat sgt... study sendiri lagi senang... sib baik ada basic biOLogi dulu... hehehe

~syamim~ said...

abg jep leh amik medic la pasni!!!haha..terer nye describe pasal twin=)

-mimi-

tuanpunyablog said...

mimi: minat plak membaca... sebab tu kot jadi pakar sekejap.. hehehe... abg link ek blog mimi..