Friday, 24 July 2009

surat buat galaxyku....

kehadapan galaxy ku yang ku sayangi dan yang ku adore selalu,

maafkan aku kerana mencoretkan sesuatu buat rakan-rakan ku buat pengetahuan mereka semua....

ketika pagi yang hening pada hari ini, kau mesra seperti selalu... seperti biasa, aku tidak ketinggalan untuk membacakn bismillah untukmu sebelum aku menghidupkan mu... berkat bismillah yang selalu ku bacakan untukmu, alhamdulillah... kau nampaknya telah sehat sepenuhnya... biarpun keraguan masih bersarang, sampai bilakan hayatmu akan tamat... namun, aku selalu berdoa ke hadrat Ilahi, agar kau tetap sehat sehingga sekurang2nya sehingga aku menghabiskan sisa-sisa kehidupanku dan keluargaku di sini...

namun, hatiku tiba2 terasa seperti sesuatu akan berlaku kepadamu... sementelah, aku merasakan seperti ketika dirimu sakit ketika aku berenti sebentar distesen minyak untuk membeli air kira2 seminggu yang lepas.... mujurlah ketika itu, sakitmu hanya seketika, setelah kucuba berkali2 untuk menghidupkanmu... andai dirimu tau, ketika itu, cuaknya aku hanya Allah sahaja yang tau, kerana ketika itu, aku perlu cepat dan dirimu baru sahaja berjumpa dengan DR. takkan kau sakit lagi kot, kataku berfikir...

benar telahan hatiku... ketika aku sampai sahaja ke tempat dirimu diparkirkan untuk aku pulang kerumah, di tempat belajarku, aku cuba menghidupkan dirimu berkali2... namun, kau tetap juga tidak dapat bangun... apalah dayaku lagi ketika ini, hanya doa yang aku panjatkan pada Ilahi. andai kau tidak boleh bangun dirumahku, boleh juga aku melihat2 keadaan dirimu, dan boleh juga aku cuba untuk menghidupkan mu ketika aku lapang. namun, kau berada dalam tempat pembelajaranku, apalah dayaku untuk membawa dirimu ke tempat tinggalku...

dek kerana cubaan ku berkali2 untuk menghidupkan dirimu masih gagal, maka aku ambil keputusan untuk meninggalkanmu. maafkan aku andai aku terpaksa meninggalkan dirimu tanpa ada teman, aku pasti, ketika ini, kau bersendirian... kesian kat kau wahai galaxy ku... dan kesian juga kepada diriku (selfish sungguh ko ni jep oiiiiii!!!!!!) kerana terpaksa menapak kira2 500meter menuju ke stesen bas yang membawa aku kembali kerumah ku... apalah dayaku... ketika ini, pelbagai perasaan menerjah kebenak ku. apalah salahku kini terhadapmu, yang membuatkan kau merajuk sekali lagi... erm... mungkin dosaku dengan org lain, terutamanya dengan penjual serena binti nissan itu, masih belum pudar, kerana jahatnya mulutku menipunya dengan mengatakan bahawa ku tinggalkan serena bukan kerana aku tidak suka, tetapi aku hanya inginkan duit, kununnya sesuatu yang amat penting perlu ku langsaikan... hakikatnya, tujuanku hanya satu, semata2 ingin bersamamu... maka duit yang ku dapat, aku gunakan untuk mendapatkan mu, walaupun dirimu merupakan pilihan sampinganku.... inilah 'berkat' aku menipu, dan aku akan cuba selepas ini, untuk tidak menipu, biarpun aku kini menjadi mangsa penipuan.... apalah dayaku kini.... huhuhuhu

galaxyku,
seandainya hayatmu tidak lama, maka aku redho kau pergi untuk selama2nya... aku akan hantarkan dirimu ke tempat asalmu, cuma yang kuharapkan, agar kau dapat kuhidupkan esok hari. doa aku agar kau masih lagi kuat sekurang2nya sehingga aku berjaya memindahkan segala barang2 dan pindah daripada cengkaman minah ronggeng yang berada dibwah telapak kakiku ini... harap kau dapat sembuh buat sementara, agar mudah juga aku membawa dirimu kembali kerumah ku... mudah untukku menguruskan urusan pengkebumian mu, seandainya, dirimu mmg nazak.... aku redho kau pergi buat selamanya...

Ya Allah, sembuhkanlah galaxyku sekurang2nya sehingga aku habis memndahkan barang2ku ke rumah yang bakal aku dan keluargaku diami... amiinn amiinn ya rabbal 'alamiiinnnn....

tuanpunyablog: memacam jadi lately. dah takde perasaan dah... huhuhuhu

Wednesday, 22 July 2009

selesai review ku... alhamdulillah...

salam....


semalam bukan main semangat aku nak jumpa sv aku... almaklumlah nak review tuk naik tahun kan (naik tahun jek, tapi improvement langsung takdak... huhuhu)... since opis aku ditutup dek kerana depa nak pasang cable balik, maka aku taklah p opis semalam... dengan harapan dan doa, dia akan buat macam tahun lepas... tangkap jek sesapa tuk dijadikan korban sebagai panel independent reviewer aku... meeting aku ngan dia kol 4:30, which is, jarang2 sekali dia setkan appoimen aku diwaktu petang... aku pun tak berapa suka dia setkan waktu petang... kalau boleh, nak jumpa pepagi jek... sebab at least, takyah pk pepe lepas jumpa... n lepas jumpa leh soping2 barang2 dapur sambil mencoci mata yang semakin rabb un ini... huhuhu...


since aku takleh masuk opis, maka kol 3ptg aku dah kuar daripada rumah. kali ni, naik bus. saja buang tebiat. sebab nak parking, cam jauh pulak daripada bilik pakwe aku tu... baik naik bus jek. bajet bila sampai ke bilik dia, aku akan terus lepas sambil bukak pc kat phd area, kebetulan mmg depan bilik dia... senang aku nak tgk dia dah balik dari konvo atau tak... tunggu punya tunggu, sampailah kol 530 baru aku terdengar suara dia yang mesra alam tu... pas abis borak, terus dia nampak aku... sambil tegur...


"Hi jafri... why are u here? do we have a meeting today?" aku terus angguk... dalam hati aku, dia mula dah... lupalah tu... kalaulah tak kerena aku review hari ni, takdenye aku nak tunggu dia sampai sejam lebih (oklah tu kan, org lain tunggu sampai berejam2, kan kak sha????)... ada sekali jek yang dia mai lambat, aku tak tunggu... tersu antar email cakap mintak setkan tarikh baru... tapi nak buat yang ini, payah jugak, sebab kalau aku tak buat review hari ni, bila lagi? nak masuk bulan 8 dah ni... pulak tu, minggu depan aku dah tak wujud kat cni, insyaAllah... takkan nak batal camtu jek...


"R u sure we have meeting today? because i don't think that i written in my diary," tanya dia lagi...
"yeah... 430. i have review today." jawab aku cuba nak pulihkan ingatan dia...
"u sure? ooo... you wait for a while." aiiii.... janganlah lupa lagi...


tak lama lepas tu, dia mai dengan sorg lagi lecturer... pas amik kopi, dia suh masuk bilik dia (detailnya aku citer kan... bayangkan cepat!!!!! bayangkan!!!!)


masa masuk bilik dia tu, berdebar jugaklah... sambil pk, apalah yang dia nak tanya ni. taknak buat cam tahun lepas ke??? tangkap jek sesapa tuk jadi bidan terjun independent reviewer... sign jek borg aku tanpa banyak soal... huhuhu.. pas aku duduk, dr tillal tanya aku lagi...


"u sure we have meeting today????" aiyakkkk... dia ni.... tak caya tgk diari tu...
"oh ya... we have today... sorry.."


erm... berdebar gak ni... tapi menten cool... lecturer ni cam banyak jek nak tanya... pas aku bagi aku nyer report kat lecturer sorg tu... dia pun baca... pastu bulat2kan ayat yang aku tulis... garis... bulat... pastu garis... huh!!! banyaknya... sahih bahasa aku yang terlalu 'mantap' tu sampai dia pun tak paham apa aku tulis... senyum jelah...


"so, actually, what is ur problem u want to tackle?" tanya independent reveiewer tu...
"i've put in the report... here, this one," aku pun tunjuk... huh!!! sib baik aku nampak apa yang aku tulis... n kebetulan yang aku tunjuk tu, betullah pulak... alhamdulillah... nak menunjukkan kekompidenan aku terhadap research aku, aku pun citerlah sesikit... laju pulak aku cakap... alhamdulillah, Allah tolong aku... syukur sangat... pakwe aku???? erm... tak tolong pun aku... takpe... bagus gak dia tak tolong... at least, aku leh berdiri di atas kasut aku sendiri....


"when u start?" bila aku gtau jek jan 2008, terus dia terkejut... sahih dia kata aku, lembaaaaaaaabbbbbbnyaaaaaaa budak ni!!!!!!

"but it is good. you have the problem. i seen some student still finding their problem. but u're good. nway, u have to work out with your language... try to write more frequently... bla.. bla... bla..."


agak dah komen pasal writing aku tu akan keluar... ada banyak jugak cadangan dia yang aku dah buat sebenarnya... tapi, aku nak bela diri macam payah sikit... gagap tegarlah katakan... bak kata sorg member, bila org bagi cadangan jangan cakap banyak, cakap yes jek... takde banyak soal nanti...


tak berkelip mata aku pandang dia... nak tulis apa yang dia bagi input, pen aku kat dia pulak... dalam hati, tengah bertarung ngan minda, cuba translate apa yang dia cakap... sesambil buruk sangka dalam hati, mesti dia kata aku ni belagak pandai... taknak tulis apa input yang dia bagi (nak tulis camana pun, pen aku kat hang....) huhuhuhu...


abis dah komen2 yang diberi n penerangan yang dia bagi, aku keluar. apa yang merisaukan aku sekarng ni ialah... borang progress report aku, borang pink tuk naik tahun, sv report ngan independent review report aku semuanya kat sv aku... dia kata dia akan hantar balik kat emma... tu yg paling aku risau... sebab takut nanti dia letak memana... pastu lupa nak antar... nak antar email kat dia remind kan benda ni, takut kurang ajar pulak... erm... risau btol bila kluar daripada bilik dia tu...


nway, takpelah... apa suratan yang telah termaktub kat luh mahfuz, aku terima... nak wat camana kan... tawakkal jelah...


tuanpunyablog: packing barang for two reasons... syok nyeeeeeeeeeeeeeeeee..........

Tuesday, 14 July 2009

looking forward this end of summer...

salam...

ada beberapa perkara yang aku 'looking forward' (atau dengan kata lain dalam melayu, tak sabar, tak nyempat) sepanjang bulan ni dan bulan 8...

1. review tuk naik tahun
cam tahun lepas, kene review tuk naik tahun. kalauy tahun lepas, waktu dan ketika ni, aku dah siap pun review. tapi, tahun ni, lambatlah pulak... silap aku jugak, aku tak push pakwe aku tu suh wat review cecepat. kalau aku push dari dulu kan bagus... la ni, aku pulak yang jadi takut, takut dia buat review aku akhir bulan 7 ni... kalau tak, burnlah perancangan aku nak p jenjalan... harap2 menjadilah review pada 21 aribulan ni. tu pun, dia kata dia dalam keadaan bz yang amat sangat... dengan konvo lah, ngan seminar dia kat turki lah... aiseh... payah jugak kalau ada sv yang bz giler ni... sib baiklah tak bz macam sv orang lain, yang jumpa student dia, sampai lupa nama student dia sendiri...(bayangkan berapa lama tak jumpa baru jumpa, sebab bz sangat... or maybe dia lemah daya ingatan kot.....) erm... abis jek yang ni, masuk fasa baru dalam phd aku... yang yaaaaaaaa'ni, fasa... erm... fasa apa ek... alamak, lupa pulak perkataan yang seswai (tak masuk fasa apa2 pun, sekadar naik fasa tahun tiga, org lain dah sampai kebulan, aku barui nak cipta roket cap ayam, yang tak pasti leh sampai ke bulan atau tak)...

ada yang tanya ngan aku,

"normally, berapa jam kene abiskan masa tuk phd sahaja, macam membaca, menulis etc?"

"depend kat orang... ada sesetengah, 24 jam tak cukup, ada yang ikut opis hours, ada jugak yang takat memabaca satu artikel dah cukup... macam aku yang pemalas ini, takat 2 jam kat opis, baca setengah jam, tak paham tutup terus, pastu buat keje lain yang takde kaitan, pun dah cukup...." jawab aku selamba badak...

"isk, ko ni, bio betul jep... camtu, boleh ke ko abis dalam masa 3 tahun????" tanya dia balik...

GULP!!!!!! telan ayaq liuq... killernye soalan... terus off ym, buat inbisibel.. huhuhu....

2. nak p skutlen
memula tu, nilah yang paling aku tak looking forward. sebabnya, kete aku tu masih lagi meragam.. risau jugak aku bila terpikirkan apa akan jadi kalau aku bawak kete tu... yelah, kita taktau apa akan berlaku kan... sampaikan, malam tadi aku mimpi naik beskal p skotlen, gila ke apa ni????? pk punya pk, bincang ngan kak lip, baik amik kete sewa jek... takde nak pk2 kete mati tengah jalan ke, kete rosak ke, apa ke... sekurang2nya, kalau pepe berlaku, tepon jek tuanpunya kete sewa... suh dia ganti lain... opkoslah kos akan bertambah, tapi bila pk antara dua persimpangan, antara kuar duit lebih sikit untuk kesenangan hati atau simpan duit jek tapi hati tak berada senang nak bawak kete tu???? so, kesudahannya, amik jek kete sewa... sib baiklah leh share, kalau aku kene bayar sorg2, parah jugak... so, bila dah tempah kete tu, rasa macam eager, tak sabar, tak nyempat, dan sebagainya tuk p skutlen... mintak2 takde apalah benda buruk berlaku sepanjang perjalanan kami ini, amiiiiinnnnn....

3. pindah rumah
rasa macam dah terbayang2 umah baru... terbayang2 aku ajak org reramai datang umah, dah takde fobia melanda hati lagi... senang hati sikit... kalau tak, nak ajak org datang umah, mesti pk seratus kali (tipu aaaa... takkan sampai satus kali pkiaq)... jangan kata nak ajak orang datang umah, setiap kali dengar bunyi ketukan, hati aku jadi berdebar2... macam pencuri nak masuk pulak... harap2, bila dah pindah ni, aku takkan alami kejadian yang serupa lagilah... amiiiinnnn... tensen kalau asik kene tegur jek...

4. duit elaun masuk. sebab apa, aku leh langsaikan semua hutang piutang aku kat orang lain. takdelah takut mati tetiba tak dan nak bayaq utang... sapa yang susah??? anak bini aku yang susah.... banyak pulak tu... abang mahadi utang 2k, kak sha, 1.2k, huh... dah jadi macam broker pulak... utang berjuta2... gali lobang, tutup lobang... gali lobang, tutup lobang... nak senang punya pasal.. huhuhu

tu jelah kot antara perkara2 yang aku eager, tak sabar, tak nyempat dsbnya...

sekian...

tuanpunyablog: nilah kerja seharianku kalau aku takde mood nak membaca, menulis, atau mengarang...

jiwa kacau

Salam…

Kengkadang rasa penat dengan masalah kereta ni. Rasa macam nak buat jek macam dulu, takde kete, p memana, naik bus, naik tube, atau jalan kaki jek kalau nak jenjalan kemana… dulu, mmglah aku rasa takpe kalau takde kete, lagipun bak kata orang lain2, ala, takat anak sorang jek, takyah pakai kete pun takpe… bukan susah pun… erm… memula tu mmglah rasa macam tu. Tapi sejak dah pakai kete, maka, macam patah kaki kalau takde kete… nak p memana pun rasa susah, pelagi nak beli barang2 dapur… biasanya, aku p lepas p skul, so, senang sikit nak cari barang2… nak bawak pun senang… walaupun dulu beli n mengangkut barang2 yang banyak, boleh jek, tapi rasa sekarang ni macam patah kaki jek sejak kete buat hal.

Entahlah… orang kata, takyah pakai kete, kete tu menyusahkan… tapi orang yang kata tu pakai juga kete… takpelah, maybe bercakap bagi pihak yang mempunyai experiences kan… takpelah, perkataan selalu aku guna tuk pujuk hati kalau terasa…. Telan jelah apa orang cakap… dah sipat n perangai orang kan… nak wat camana… biarpun sesekali terasa juga dengan orang lain, tapi pendam jelah… tulis kat pasir pantai, agar badai laut akan menghapuskan tulisan tu... harap2 esok2 akan lupa segala apa yang orang lain cakap, supaya hati ni tak menyimpan segala perasaan yang kurang elok… amiiiinnnnn….

Tapi tulah, bagi aku yang tak berapa pandai pasal kete ni, kete kene jugak ada… aku selalu terbayangkan, kalaulah kete takde, time memalam aku sakit ke, zah sakit ke, atau yang lebih penting, iman sakit (lelahnya makin teruk pulak bila dok sini, harap2 tak apa2lah… amiiiiinnnn), camana aku nak bawak dia g spital? Nak tepon kengkawan lelain semata2 mintak tolong bawak iman? Tak sanggup aku nak susahkan orang sampai ke tahap tu…selalu gak terbayang kat benak aku ni, katakan kete takde, iman pulak tetiba kurang sehat, maka aku akan berlari dari rumah ni, terus menuju ke hospital, kala malam yang sejuk beku. Tapi mungkin orang akan kata pulak, apa susah, panggillah ambulan… erm… kata aku pulak… tak merasa lagi, memacam boleh cakap… cuba bayangkan.... katakan family orang yang suka amik mudah akan masalah orang lain, tetiba family dia sakit… tetiba aku akan cakap, alah, biasalah, sakit… dah namanya manusia, mmglah akan sakit. So, jgn risaulah… semua orang akan sakit… senang kan aku cakap macam tu, sebab aku tak alami nya… dan orang yang familinya sakit tadi, mesti akan kata, tak lalui, senanglah cakap… cuba kalau kene batang idung sendiri… baru tau langit tu tinggi ke rendah… erm... maybe aku jugak pernah buat orang macam tu, so kene baliklah kat aku… sapa tau kan… hidup ibarat roda… kejap kita atas,kejap kita kat bwah… erm… typical ayat nak pujuk hati yang berkecai, perangai manusia kan… nak wat camana…

Sebenarnya, aku la ni dah jadi fobia bila nak mula start enjin kete… sejak apa yang berlaku pada aku khamis lepas… tapi tu ok lagi… aku masih boleh senyum lagi. Tapi yang paling menakutkan, yang menjadikan aku semakin fobia, semalam… masa majlis BBQ tengah berjalan, aku tgk air tak cukup. So, aku p lah naik kete p cari air mineral kat tesco yang berdekatan. Usai membeli, sampai jek kat kereta aku, tetiba terdetik kat kepala aku, kete ni mesti takleh hidup… sekali, bila aku start, mmg takleh hidup. Cuak giler aku masa tu, mula panic (sebelum ni, takdelah panic sgt, even masa tersadai kat highway, otw balik dari warwick dulu)… takkanlah aku nak kol org suh amik aku kat tesco tu… so, cuba jugaklah… sekali, takleh… dua kali, takleh jugak… tekan2 minyak, tekan2 clutch… kali ke3, Alhamdulillah… baru boleh start. Sejak dari tu, even nak p skul rini, masa nak start, aku masih fobia lagi… taktaulah kenapa… rini, aku p antar sebis kete tu walaupun kete tu baru jek sebis… antar kat ford, no kete tu takde dalam system… maybe sebab dah lama kot kete tu, so data2 tu dihapuskan… aku agaklah… so, aku antarlah kat tempat yang biasa aku sebis… harap2 lepas kete ni disebis, aku akan boleh gunakan kete tu tanpa ada masalah sekurang2nya sehingga aku abis blaja kat sini… amiiiinnnnn.... harap sangat, sebab aku dah banyak berhabisan duit tuk kete jek… sampaikan terpaksa berhutang keliling pinggang… duit pounds tak cukup, utang pulak ngan duit RM… sampai rasa macam taktau dah nak cakap apa, nak cerita apa kat orang lain (lebih suka tulis daripada cerita mulut, sebab sekurang2nya tulisan boleh edit, kalau mulut, kompom takleh edit, atau tarik balik)… Erm… dah jadi macam phd aku… bila orang tanya, aku akan jwab, next question please!!!!!! Samalah macam kete tu, bila orang tanya, what happen kete? So aku akan jawab, erm… taktau nak cakap camana… takyah tanyalah…sian jugak bila orang tanya aku pasal kete. maybe kurang ajar, tapi bagi aku, itu lebih baik daripada aku menambahkan rasa tensen kat hati aku… maafkan aku wahai sahabat2 yang perihatin... dikala aku tengah tensen, memacam benda tak elok boleh berlaku... jiwa kacau kan...

tuanpunyablog: seharian tak wat keje... memacam kene pk... kan syok kalau hidup smooth jek macam dolu2... uhuhuhu

Saturday, 11 July 2009

pahit akan manis jua akhirnya...

salam....

setiap perkara tu pasti akan ada hikmahnya... erm... alhamdulillah, tak lama jugaklah aku nak jumpa hikmah disebalik kejadian yang menimpa aku bertimpa2 ni... kengkadang tu, rasa macam give up jek... yelah, bayangkan kete aku baru jek beli minggu lepas, kemudian minggu ni, takleh start pulak. mmg genaplah seminggu aku pakai. taktaulah kenapa... maybe silap aku sebab aku tak gunakan alarm untuk aktifkan mobiliser (kengkadang terlalu sekuriti ni, mmg memenatkan dan menyusahkan... huhuhu) tu... kengkadang tu terpikir jugak, maybe inilah dugaan aku dalam phd. orang lain maybe dengan masalah sv nya, masalah ngan kesihatannya (ada yang kene kanser terus bila wat phd, kagum btol aku, tetap teruskan jugak), ada pulak yang masalah ngan nak kutip data... aku???? masalah ngan duit.... bayangkan, dalam masa seminggu jek, dekat 2k aku ilang macam tu jek... macam tabur tepi jalan... erm... well, org kata, no pain, no gain... u got some, u lose some, dan paling mudah org kata, sabar, setiap perkara ada hikmahnya... cuma datangnya lambat atau cepat sahaja... kronologi keretaku yang rosak bermula semalam;

Hari Khamis;

9.00pg : bangun awal kol 730 pagi. sebab ada appoiment ngan Dr Aisha, dia mintak tolong untuk transcribe information from paper to document (ayat Dr Tillal masa antar email mintak tolong daripada aku ngan khaleed, student bawah SV yang sama). aku dok pikirlah camalah keje tu... payah ke, senang ke, atau camana... bila start kete, takleh... start lagi sekali tak leh gak. tgk pulak manual, cuba buat apa yang disuruh, takleh jugak... dekat setengah jam, sebab takut lambat sgt, naik bus ajek p skul. nak wat camana... sampai kat pejabat Dr Aisha tu, kol 10 tepat. terus cari bilik dia. tapi dia tak mai lagi. aku p tunggu depan bilik DR Tillal. lambat sgt, aku antar sms kat Dr Aisha tu... tak sehatlah pulak, tak mai opis... aiyak... aku bukan main tergesa2 p skul, sampaikan terpaksa lari 300m berhalangan semata2 nak kejo bas, sampai2 dia tak mai... tunggu pulak Dr Tillal mai, untuk bagi keje tu kat kami. sampai Dr Tillal, dia pun bagi kami keje tu... erm... istilah baru rupanya... very2 high standard term... transcribing paper to computer, rupanya data entry... saja jek bagi kompius... masa isi tu, ya Allah, payahnya nak baca tulisan dorg... macm cacing kerawit (alah, macamlah tulisan ko tu lawa sangat!!!!)... jenuh kami nak baca... bukan kami jek takleh baca, Dr Tillal pun takleh baca... sib kata lagi, this person don't know how to write!!!

1245ptg: balik terus amik bus. malas dah masuk opis. la ni pk kan kete jek. sib baiklah tersadai kat umah jek. kalau kat tengah jalan, jenuh gak. tepon abang beib, mintak dia tgk2kan... godek2, takleh gak. aku tepon pulak abang sofi, godek2 immobiliser tu, tak leh gak, sebab aku takde kunci nak de-activate benda tu... so, dia suggest aku kol mobile mechanic. p tempat dia, dia takde pulak... so, esok baru mai... petang tu, terpaksalah abang sofi amik kami sekeluarga untuk ke rumahnya... sian btol... betul2 menyusahkan orang aku ni.... huhuhuhu

Jumaat:
9.00pg: aku tepon omputeh tulen tu. huh!!! payah btol nak paham cakapnya... laju btol... sampaikan aku terpaksa cakap, can u talk slowly, coz i'm not english person... barulah dia slowkan cakapnya... masalah aku pulak, aku nak bagi direction ke rumah aku... aiyak... napalah dia takde tomtom, kalau ada, senang sikit... aku bagi jek direction, as long as dia paham... mula2 nak mintak abang sofi amik dia, tunjukkan jalan, tapi, bila aku cuba terangkan jugak biarpun gagapnya tahap melampau, dia bleh tangkap dah aku kat mana... alhamdulillah, sib baik... kalau tak kene susahkan org lagi (tak abiskan menyusahkan orang... huhuhu). aku dok tunggu dalam kete sementara tunggu dia sampai... dia sampai, godek2, suspect ada benda tak betul, p beli kat kedai, cuba start, takleh jugak... cek lagi... godek2 lagi... suspect benda tak betul, p kedai beli lain... takleh jugak start, so cuba matikan immobiliser... takleh jugak... terpaksa panggil kawan dia... tapi katanya lambat sikitlah... so, bila tanya rega, berapa kene (takleh btolkan kene bayar jugak... erm... nak wat camana... semua kene duit kan... ), pastu dia kira2, barang2 yang dia tukar tadi, satu lebih kurang 20pounds... mahal btol!!!! padahal kecikjek bendanya... taktau apa yang dia tukar... aku ni bab kete2 mmg fail.. pandai bawak jek... huhuhu... so, jumlah yang aku kene bayar termasuk labour charges, 85pounds... kopak lagi duit aku... aku bayar 50pounds jek dulu, duit cash takde... so, nanti aku bagi lagi bila dia mai ngan member dia tu betolkan lagi... sib baik dia kata boleh btolkan, tapi kene guna kmputer... ikut jelah apa yang dia kata... dia expert kan... sat g, takut gak kene marah sebab menunjuk pandai (pernah aku bagitau mekanik apa yang mungkin rosak, pastu mekanik tempelak aku balik.... ni nak btolkan ke tak ni????? kalau tak nak bawak balik ajeeeeee!!!!! katanya dalam slange jowo... ingat sampai sekarang woooo...huhuhu).

200ptg: aku p skul. ada banyak benda aku nak setelkan, termasuk tolong bookingkan travelodge tuk org baru yang akan sampai sept ni. lepas setel buat semua benda tu, pomen tu kol aku, kata kete dah bleh jalan dah... la tu jugak aku cakap alhamdulillah (dah terbiasa kan... lantaklah, bukan dia paham pun apa aku cakap), n then, aku cakap aku akan ke kedai dia sebab aku kat uni sekarang ni... so, dia kata, dia akan pegang kunci aku... aku tanya jugak, ada additional charges, so, dia kata kene tambah 45pounds, tambahan sebab panggil member dia p kat kete aku tu... so, kalau ikut keseluruhan, terbang camtu jek 130pounds... buta2 ilang... dugaan kan... nak wat camana... janji aku masih leh guna balik kete tu... sayang btol, sebab baru jek pakai... pastu barang2 kat dalam tu semuanya masih elok lagi... kalau scrap pun, berapa sgtlah aku boleh dapat... takpelah... nak wat camana kan...

330ptg: setel semua keje, aku ke west drayton, ke kedai pomen tu. turun dari bus, aku singgah kedai filipina, taktaulah kenapa kaki aku melangkah ke situ... auntie kat situ pun peramah jugak... sib melambai2 lagi bila aku masuk... pastu, TERtengok iklan kat luar tu... teringat kak ina, katanya, dia tgk iklan umah tuk disewa tu kat situlah... so, bila tgk, ada 2 iklan kat situ... satu share house, satu lagi 2beds ground floor flat.... tgk rega kat situ, 850pounds... aku try jugak tanya ngan auntie kat situ, agak2 org tu leh bagi kurang tak. pastu dia kata, takpe... dia akan phonekan tanya... baru jek nak kol, tetiba tuan punya iklan tu masuk kedai... pe lagi, terus lah aku tanya... kat area mana umahnya... rupanya, tak jauh dari umah aku sekrang... kira satu jalanlah... dia suh tgk dulu umahnya, baru leh bincang berapa boleh kurang... aku cakap, aku akan datang petang ni tgk umah tu...

4.30ptg: setelkan bayaran lebihan pomen tu, aku balik naik bus. lama dah tak naik bus... lompat2 bus pulak tu... sampai umah, terus aku cari kawasan umah yang tadi... alhamdulillah, jumpa pun... bila masuk umah dia, waaaaahhhhhh... ana taa'jub lah... manyak taa'jub... cantik... sangat cantik... so, bila bincang2, dia tanya aku, berapa aku nak letak... aku bab2 bargain ni, bukan reti sgt. so, aku main letak jek, aku cakap 775, if possible... pastu dia kata, dia sebenarnya banyak kene bayar, even umah tu pun tak abis bayar, dia taknak jual, eventhough dia nak ke kanada for good, sebab tak dapat banyak... lagipun, dia ada jugak tunjukkan aku yang agent2 nilai umah dia kalau sewa lebih kurang 975pounds... so, dia letak 800... aku agak dah... aku setuju terus.. daripada aku susah payah cari umah ngan ejen.... insyaAllah, aku mampu bayar sewa umah tu. lagipun, semua dah tersedia. termasuklah dengan BT line gan sky. so, aku takyah buat banyak keje sgt. senang deal ngan tuan rumah terus. cuma lepas ni, sebab dia ke kanada, aku taktaulah camana... hopefully, semuanya oklah... katanya dah tukar banyak benda dah dalam umah tu, since dia nak sewakan... so, aku percaya lah ngan dia... dengan dia senang sikit nak bawak bincang, maybe sebab sesama asia kan, aku malaysia, dia filipina... even aku kata nak bayar deposit separuh2, pun dia tak kisah... saja aku menduga, tgk dia ok ke tak... padahal, tak plan pun nak bayar separuh2, sama jek elaun yang masuk kan... huhuhu... before balik tu, as a hold fees, aku bagilah dulu 50pounds, sebab time tu, tu jelah yang ada dalam wallet aku... lebih dah bayar pomen tadi... tapi alhamdulillah, dia pun tak kisah, nak bagi berapa pun hold fees tu... bagus btol...

alhamdulillah, nilah hikmah yang aku dapat daripada kete rosak tu... kalau tak rosak, takdelah aku p west drayton, takdelah aku masuk kedai filipina tu, takdelah aku ternampak iklan tu, takdelah aku dapat umah tu... dan kalaulah tak rosak kete tu, rasanya, aku masih lagi mencari umah2 untuk disewa... alhamdulillah.... pahit akan manis jua akhirnya, bak kata UK's.... la ni masih terbayang lagi umah tu... lepas ni, aku tak rasa ralat lagilah nak ajak orang datang umah aku lagi, tak rasa bersalah lagilah kalau org nak tumpang umah aku dan yang pasti, umah ni, sesuka hati aku nak buat... harapan n doa aku, agar2 jiran2 sekeliling, baik... takde sebuk2 nak tegur, bising lah, itulah, inilah... amiiiinnnn..... huh!!! rasa tak sabar nak pindah awal ogos ni... selamat tinggal minah kerek yang berada dibawah telapak kakiku ini....

tuanpunyablog: nak buat BBQ ahad ni, macam tahun lepas, harap2 cuaca mengizinkan... alhamdulillah, takde konflik lagi tahun ni... ramai yang tolong aku... alhamdulillah... syukur atas kurniaan Nya...

Thursday, 9 July 2009

tak abis lagi cerita tentang kereta...

salam...

keretaku meragam lagi...
keretaku takleh start lagi...
taktaulah nak kata pe lagi...
tak abis2 dengan masalah kereta...
agaknya
kalau beli bas lagi senang kot...
huhuhu

sabar... sabar... sabar....

tuanpunyablog: apalah nak jadi ngan aku ni... huhuhu

Wednesday, 8 July 2009

tak abis lagi tragedi aku ni rupanya...

salam...

suatu pagi di hari isnin dalam pukul 11 pagi, aku menerima sms daripada zah. ketika tu, aku berada di skul, konon2nya sedang menyiapkan keje2 terbengkalai, almaklum sahajalah, esok aku perlu mengadap bos besar aka pakwe aka supervisor aka bapak segala ilmu... zah menyuruh aku menelefon nya, katanya kdtnya wes entek (habis, ngomong jowo). zah kata, aku kene telefon national recovery manager tuk setelkan kete lama aku yang bernama megane scenic bin renault tu. zah pesan jugak suh aku tepon secepat yang mungkin, sebab takut nanti makin banyak pulak kos kene tanggung sementelah kete aku disimpan di garaj dia. sat g kene bayar kos tuk stor pulak.. aku mmg menunggu saat ni, sebab sebelum ni, katanya akan kol aku untuk setelkan kete tu, tapi seminggu aku tunggu, tak kol langsung. yang aku dapat cuma sms, suh aku kol dia. mangkuk ayun betul, camanalah aku nak kol dorg, no phone pun tak bagi langsung kat aku, pastu suh aku kol... so, aku ignore jelah... lagipun, mmg aku nak dorg lupuskan jek kete aku. harapan aku, dorg tak kol sebab dorg akan dapat cover kos tu dengan jual bahagian2 kete aku tu. rupanya, lain jadinya... so, bila dah sampai notis suh dia kol, baru aku kol dorg... sib baik, dalam notis tu bagi no phone tuk aku kol... kalau tak, mmg BOD Oh sungguhlah depa ni (geram sebenarnya ni!!!!!)...

"Hi there, my name is Jafri. On 29th July, my car was broke down. and your staff have taken my car to the save place, as he said. he said also, that somebody will call me the next day. but, no one was called me, as i waiting almost every day, to hear what happen to my car. i did ask your staff to dispose the car, so, since no one called me, i assume that there is no need for me to pay your service. and one day, if i not mistaken, on thursday, i received the text, asking me to call your company, but, they did not include the phone in that text. so, how am i going to call you????? and today, i just received your notice asked me to call you, luckily the put the phone number. so, i'm afraid that i've to pay for the storage, since that is not my fault," terang aku panjang leybo... tetiba boleh lancar pulak cakap...

orang yang jawab panggilan aku tu pun, tanyalah memacam termasuk no kete aku... tapi sebab bahasa dan bunyi yang berlainan dengan aku, maka no kete yang aku bagi dia tak dapat detect. maka, dia suh aku bagi reference number dia punya. since aku kat opis, maka aku takleh nak gtau dia. maka, terpaksalah aku balik, tgk notis tu, senang... kot2 dia nak tau apa2 lagi daripada notis tu... dia suh aku kol balik, n mintak pas kat dia, senang sikit, sebab dia dah tau kes aku... otw nak balik, baru aku dapat sms, kata suh kol dia sebab service yang bawak kete aku ke tempat yang selamat, aku kene bayar. kali ni baru dia serta kan phone number sekali. BENGONG!!!!!

sampai umah, aku kol dia balik... operator lain yang jawab, aku mintak dia pas kat orang yang entertain aku tadi, namanya bobby (taktau pulak pompuan ada nama bobby ek...)... so, bila aku tepon balik, n dia pun cek kesahihan cerita aku termasuk sms yang pernah dia hantar suh tepon tapi takde no phone, dia kata, dia akan kol aku balik... sebab nak bincang kes aku ngan team leader dia, n manager dia... samada boleh dikecualikan bayaran stor tu atau tak. dalam pada tu, since aku nak lupuskan kete tu, dia suh aku buat surat n hantar ari ni jugak. termasuklah geran kete sekali, kene hantar kat dorg. aku pun, cakap terus terang...

"you know what, actually i am not good in english, so i need to ask my friend to check my grammer. so i think it will be take some time," kata aku gagap...

"well, it's ok then. do you need a translator because i can get one. so easy for you to understand," dia reply. "Which language do you speak?"

"Oooo...ok, that will be very helpful. My home country is Malaysia. So, the language is Malay."

"Hold on a second. i search for you. Is it Thai?"

"No, not thai. its Malay." tah mana tah dia dapat malaysia cakapnya thai.

"oooo OK then. i will call you again."

tak lama lepas tu, dalam 5 menet, dia kol balik... syoknya, ada interpreter, senang sikit aku nak terangkan masalah aku.... nak cakap tak adil kalau aku dikenakan caj tuk storage sebab semuanya bukan salah aku...

"Mr Jafri, we have interpreter here," dia cakap... tetiba aku dengar sore pompuan lain jugak bersuara...

"dfgjyscbfusfkncjdsfhucsfkrfchruefheufhjafgcebyruecfw."

"erm... bobby, i think you get the wrong language. i speak malay, i from malaysia," jawab aku bila terdengar pompuan sorg tu cakap TAMIL daaaa. dia pun mintak maaf. so, dia kata akan kontek aku sekali lagi, asking for interpreter. actually, aku tak kisah sgt, boleh jek cakap ngan dia, coz dia ni, cakap sebijik2, so senang aku nak tangkap... bukan macam typical englishman.... cakap macam ketapi lajunya... sepatah haram aku tak paham... lima minit lepas tu, dia kol sekali lagi... dia kata takleh nak cari interpreter. aku pun jawab, aku sebenarnya tak kisah, aku leh paham dia cakap, cumanya, takut dia yang tak paham aku cakap... maklumlah, aku punya malaylish, dia pulak englandish... kan.... kan... kan... so, since dia kata dia paham maka aku pun teruskan 'doing business' dengan dia... aku tanya, berapa yang aku kene bayar... aku tau, tang service dia bawak kete aku ke tempat selamat tu, opkos aku kene bayar, 135.70pounds. takpe, aku paham. tapi bila dia kata, dia dah bincang ngan bos dia, so, bos dia glad to reduce hari storage, daripada 7 hari, kepada 3 hari.... dia pun kata, sib baik bos dia reduce kan... kalau tak, lagi kene bayar seminggu. so, aku reply balik ngan dia dengan budi bahasa yang sungguh tinggi (geram jugak sebab kenapa aku yang kene bayar???? salah dorg kan!!!! ke mmg nak makan duit org buta2 camtu???? PERAMPOK!!!!)

"Bobby, i just wondering. and need clarification, why i should pay for the storage cost, obviously, that was not my fault, it's yours right, since you don't give a me a call. almost every minute i am waiting for your call," kata aku kat dia, dalam nada yang sederhana.

pastu dia pun kata, bukan decision dia, ketua dia, kalau ikutkan dia, mmg dia kata takyah bayar storage tu. tapi, nak wat camana, katanya... pastu, dia kata, kalau aku nak bawak court pun, boleh, takde masalah, tapi akan jadi panjang lagilah kes ni, sebab makan masa yang lama. takut kalau kalah, aku jugak kene bayar kos storage tu lagi lama... erm... bila dengar jek dia cakap camtu, maka terpaksalah jugak aku mengalah... malas nak bercakap banyak ngan dia... agaknya, dah mmg dasar PERAMPOK, mmg makan duit org... nak taknak, terpaksalah aku bayar jugak sebanyak 214.19pounds, termasuk duit service bawak kete aku ke tempat selamat (storage depa), duit storage per day selama 3 hari, dan caj kad kedit (nak bayar pakai debit kad, balance insufficient... huhuhu). setel dah bayaran tu... tapi,hati aku tetap tak puas hati... kenapa aku kene bayar???? sedangkan aku tak salah... bayangkan, org yang noticenya kononnya telah dihantar, tapi salah address (notis orang lain suh amik kete kat storage, tapi suratnya dimasukkan sekali dalam sampul yang dihantar ke rumah aku)???? camana pulak jadinya... sahih, lagi banyak yang dia kene...

aku ingatkan hari ni aku nak antar email ngan bobby tu balik... cakap ada notis yang disalah hantar. tapi bila terpikir, kalau jenis makhluk yang mmg suka makan reta orang lain dan jenis makhluk yang mendakwa umatnya dan rakyatnyalah yang paling bertamadun tapi perampok dan penipu besar, aku pk balik. dah taip email ngan bobby, dah siap scan notis amik kete org lain punya tu, tapi... bila terpikir, sat g, nanti tak pasal2 salahkan aku pulak, sebab aku lambat bagitau ngan dorg, tak pasal2 aku kene bayar jugak, atau memacamlah dorang akan buat… semata2 nak makan duit aku yang sikit ni… kan???? Manalah tau… so, aku pk2 balik, lantaklah… takyah hantar… biarlah org tu setelkan sendiri ngan recovery manager tu… aku tak nak campur… kesian, mmg kesian, tapi, ada ke org nak kesian ngan aku… sebab tu ada setengah orang akan cakap, kengkadang, kita perlu jugak pentingkan diri sendiri…

kesimpulannya:

1. Bulan ni mmg aku pakai banyak sgt duit. Bayangkan untuk kete jek, aku dah abiskan dekat 1.7k, termasuk rugi beli kete serena tu, caj bayar kat perampok, dan caj2 yang aku tak nampak… penat lelah aku serta susah payah orang tolong aku… sudahlah bulan ni aku akan keluar daripada rumah aku ni… erm… dugaan btol… duit melayang camtu jek…
2. Lenkali, kalau kene tarik kete,amik tepon dorg cecepat. Jangan tunggu dorg kol… mmg jenis perampok betol. Geram btol aku….
3. Kengkadang nak niat nak jadi org paling jujur, akan bertukar menjadi orang yang paling tidak beruntung… niat nak tolong orang, rupanya, diri sendiri jugak yang akan merana… banyak kali dah jadi kat aku ni… erm… nashibbbb….
4. Banyak sangat kesimpulan, sampai aku sendiri tersimpul kepala otak aku ni… uhuhuhu… banyak sangat pk…

tuanpunyablog: harap2 habisah cerita tentang kereta ni... tak larat nak memikio dah.. la ni, nak pkio pasal umah pulak...

Sunday, 5 July 2009

sambungan tragediku...

salam...

baru aku perasan ek, yang aku eja tragedi kat entri bawah ni silap rupanya... erm... nak wat camana... bengong masa tu... dengan macam2 pk... sabit pun aku rasa macam lain macam jek bila aku baca balik... tapi takle nak detect salah kat mana... almaklumlah, lidah aku dah jadi lidah pizza la ni, bukan lidah belacan (hattttttuuuuuiiiiihhhhhh!!!! cakap omputeh pun macam gagap tegar.... ada hati nak berangan... piiiiiiiiiiraaaaaaaahhhhhhhhh!!!!!)

nway, aku nak sambung cerita entri kat bawah ni... sebenarnya, ada lagi tragedi yang berlaku pada aku.... aku start dengan pagi aku mencari kereta dengan abang beib...

30 Julai 2009

10.00pg : aku bertolak kerumah abang beib dengan berbekalkan senarai kereta yang aku cari malam tadik. jumpa satu kete yang sejibik macam kete lama aku... sampai kat rumah abang beib, aku tanya pendapat dia... sebab dia banyak tau pasal kete... harapkan aku, pandai bwak ngan isi minyak jek... basuh??? lagilah jangan harap... sampai mak aku selalu perli aku sebab kete cantik sangat... takpandai nak jaga barang elok2... huhuhu.... bermula dengan pilihan aku, kete yang sejibik dengan kete aku tu... tepon2, dia berada di luar london... tanya jugak ko2 sesapa yang aku leh kontek instead of dia, pastu dia kata, kete tu dia tengah bawak.. erm... takde rejeki... pergi pulak beberapa pilihan aku yang lain... kali ni, aku tak tepon... aku pakai sms jek tuk mintak poskod... kali ni aku aku go for toyota previa... kat area hounslow... sampai sana, ada beberapa benda yang aku tak berkenan ngan kete tu... antaranya, adio takde, pastu yang paling penting, dia tak terima bank transfer... dan yang paling aku tak suka, cakapnya, berlagak giler... bila aku tanya reganya berapa, terus dia kata, you know the price... cet!!!!! salah ker kalau cakap reganya berapa... pulak tu, taknak terima pulak bank transfer... manalah aku nak cekau duit cash banyak tu... kalau sehari aku leh kuarkan 300pounds jek...

11.40 pg: aku teruskan pencarian ngan abang beib... kebanyakkan kete2 yang murah, semuanya jauh2... tak tergamak aku nak p sana... ni pun dah banyak menyusahkan orang... lagi2 abang beib... abang beib bawak aku ke kedai kat area hayes, nak ke southall... besar jugak ketenya... alhamdulillah, kedai ni terima segala mak nenek kad.. senang sikit... akumasih mencari kete megane scenic, sebab aku rasa sedap pakai kete camtu... jumpa, tapi mahal giler, 2.6k pounds. mana aku nak cekau duit... kalau nak pinjam pun, takkan sampai 2k kat orang kan... so, tengok pulak yang lelain... jumpa zafira (bin apa aku tak ingat, aku bukan tau sangt pasal model2 kete ni), tapi mahal jugak... sampai 1.6k. lagipun, dalamnya masih lagi kotor, dengan macam wayar tercabut... aku nak guna kete tu rini jugak... so, bila bincang2 balik ngan tuanpunya kedai, dia tawarkan aku kete nissan serena... 1250pounds... katanya kete akan sampai dalam masa 5 menet lagi... tuan kedai tu kata, enjin dia bagus sangat... guna diesel. 8seat. aku cakap ngan tuan kedai tu, nanti aku datang lagik... aku ngan abang beib nak kesekolah sat, antar abas... sementara tunggu abg beib antar abas, aku tepon kak sha, pinjam seribu... alhamdulillah, kak sha bagi pinjam (sedih aku... banyak betol aku nyusahkan orang... huhuhu)...

1.00 tghhari: aku teruskan pencarian, kali ni kete yang abang beib jumpa kat tenet... berpandukan tomtom, kami mencari alamat yang dimaksudkan.. kali ni kete picasso (kalau tak silap lah... lupa pulak model apa... huhuhu)... sebenarnya, kalau private ni, aku payah sikit... sebab aku takde cash kat tangan... tu yang menjadi masalah tu... sampai kat owner kete tu, bila tepon, katanya pukul 7 baru ada... sebab dia tengah keje... erm.. takde rejeki lagi... takut lambat sgt kol 7 tu... aku pun plah balik ke kedai yang tadik, amik nissan serena. bila tgk nissan serena tu, hati aku berbelah bagi nak amik ke tak nak... tapi sebab dah terdesak sangat, maka aku amik keputusan amik jugak nissan serena tu... lama jugak tunggu, sebab dia nak siapkan roadtax... mujurlah MOT ada lagi.... senang sikit nak siapkan roadtax...

3.30 ptg: kete siap... dia basuhkan lagi... lawalah nampak... tapi menyerlah sangat, sebab warna oren... pestaim bawak, aku rasa macam bawak motobot jek... taulah motobot bunyinya camana... dengan clutch yang panjang... huhuhu.... sepanjang jalan, aku rasa tak sedap jek bawka kete tu... dan bila sampai rumah, zah kata, takpelah... takyah pk2 lagi, janji dah dapat... aku pun cuba pujuk hati aku, takpelah... bukan nak pakai lama pun... 2 tahun jek lagi... kejap jek tu... lagipun, guna diesel kan... so, jimat sikit minyak... 8 seat pulak tu... oklah... leh ajak lelain kalau nak p memana... memacam ayat tuk aku pujuk hati aku ni.... tapi, tetap tak best jugak rasanya...

1 Julai 2009

6.00 pg: aku bertolak ke warwick dengan 'motobot' ku... alhamdulillah, kete tu tak meragam... tapi, sepanjang jalan aku rasa sunggggggggggguuuuuuhhhhhhhhhhh tak best!!!! taktaulah nak gambarkan camana... hanya orang yang pernah alami sahaja yang tau apa yang aku rasa... enjin besar, bunyi kuat,macam dalam bus HBR, kalau cakap pun, mau kene menjerit baru dengar suara... huhuhu... sampai kat warwick, kebanyakkan org2 melayu kat sana, semuanya tanya... caman kete???? uiks... cepat betol tersebar berita.... prihatin btol.. sampaikan bila syerry tanya aku, kete dah ok??? aku cakap aku masuk kan gaung... pastu dia tanya lagi, abis tu, naik apa rini??? aku terus cakap naik motoBOT... saja melawak.. dalam kelas tu, aku rasaaku dah lost dah... 1, sebab dia dah banyak masuk cacing2 (aku paham DES tu guna gambarajah2 jek).... 2, sebab aku masih berpk camana aku nak tolak balik kete tu kat tuanpunya kedai tu... alasan tu ada dah... aku akan cakap aku perlukan duit sesangat... aku taklah expect dia akan bagi sepenuhnya, at least dapat seribu pounds pun dah cukup...

1.00 ptg: lepas waktu lab (aku ingatkan dia ajar camana nak guna software, tapi hampeh!!!! dia tak ajar langsung... cuma bagi arahan, pastu ikut jek arah tu... pastu interpret... huhuhu.... lagilah aku tak paham. dengan berkuapnya bilik tu...panassssss sepanas hatiaku ketika ini, lagi2 bila pk pasan serena binti nissan tu), aku makan bersama2 mereka2 yang lain... aku yang paling senyap... sebab tak berapa kenal ngan geng2 NATCOR (peserta2 kursus operational research) tu kan... pas makan, aku terus ke dewan kuliah balik.... pk dua tiga kali, aku terus tepon dengan tnpunya kedai...

"hallo, hi there, my name is jafri, the person who took your nissan serena yesterday, still remember me???"
"yeah... jafri... assalamualaikum... how are you... how can i help u?"
"actually i need your favour... i have a big problem now."

aku pun cakaplah yang aku masalah kewangan n terpaksa tolak balik kete tu... pastu, dia suh cakap kat anaknya... aku cakap kat anak dia, aku tak expectlah nak dapat semua, aku paham nilai kete tu dah turun sebab tambah satu owner... pastu dia tanya, berapa yang aku perlukan... aku cakap 1k. lega hati aku bila dia kata, bleh tu mmg boleh... cumanya, registration card kete tu dia dah antar ke DVLA (JPJ). maknanya, aku takleh nak buat pepe... pastu, aku cakap... i have a plan... aku akan bincang ngan dia samada rini, esok, atau pas aku abis kusus ni...

2:00 ptg: aku masuk balik dewan kuliah tu... alhamdulillah, lega sikit hati aku bila dah boleh tolak balik kete tu... tapi, terasa menyesal jugak, sebab aku cakap yang aku tak expect akan adapat nilai yang aku bagi kat dia... huhuh... takpelah,janji dia leh terima balik kete tu tanpa banyak soal... setengah jam selepas tu, aku amik keputusan nak balik... makin blur ikiran aku... makin tak paham apa yang dia ajar... kak siti ikut aku balik... ada gak peneman aku naik motobot tu... bajet aku sampai kat rumah dalam pukul 430, so, aku ada masa lagi nak p kedai tu... tapi, sebab jem, maka, sampailah kol 6 lebih... dekat 4j pejalanan instead of 2h... esok mmg aku plan taknak p dah... sebab bila tanya kak siti, kalau tengok jadual kelas tu, semuanya akan masuk pure maths ngan stat... so, mmg aku tak p lah... aku nak setelkan kete serena tu dulu...

2 julai 2009

3pagi: dek kerana penat sangat, aku tdo lepas maghrib... sedar2, zah kejut, dah pukul 3pg... huh!!!! isyal aku tak solat lagi... subuh masuk dah... maka, terpaksalah qada'. abis solat, aku cuba pejam kan mata aku... aku masih ingatkan kete tu... takut sgt kalau dia tak terima...manalah tau dia berubah pikiran kan... pastu, takleh tdo, aku pun carilah kete2 yang aku rasa aku leh dapat dengan sibu pounds... banyak rupanya, siap leh dapat 7 8 seat... kebanyakkan model2 kete, semuanya ada MPV yang reganya kurang daripada sibu pounds... dapatlah dalam 8 biji kete, yang bila aku tgk, jatuh hati terus... tapi, dalam pada tu, ikut jugak nasihat abang beib... tgk MOT, ngan miles berapa banyak dah diguna... bila tengaok2, kali ni, aku bagi priority aku nak yang mana...

930pg: berbekalkan doa yang panjang, aku pergi ke kedai tu... sampai kat kedai tu, bila aku perkenalkan nama aku jafri, terus dia tanya... so, what is your plan? aku pun tegagap2 nak cakap (eh, bukan ko mmg gagap ke cakap omputeh ni????)... dia tanya jugak, berapa yang aku nak? aku cakap, kalau boleh aku harap dapat balik berapa yang aku bayar... tapi, dia kata taklehlah camtu sebab dah tambah satu owner... so, dia bagi sibu... ooo... OK, jawab aku (daripada dia berubah pikiran, lebih baik aku amik jek offer dia, ilang 300 pounds lah jugak)... alhamdulillah, tak lama bincang ngan dia... dia suh mai ptg karang, sebab dia takde cash... aku buat alasan, aku nak sgt guna duit tu... so, dia bagi aku cek... sambil tulis cek tu, dia ada gak tanya, samada aku akan amik balik kete tu atau tak? agak2 bila aku akan ada duit balik... aku pun cakap, taktaulah akan amik atau tak... sebab aku pun tak tau bila duit aku akan dapat... dia tanya jugak... sebab aku tak suka ke kete tu? terus aku jawab... NO!!!! its money matter... i really need that money... dapat cek, terus aku cabut... aku janji ngan dia, sampai jek registration card kete tu kat umah, aku akan terus antar kat dia... i promise... tetiba jek dia senyum... sebelum ni tak senyum pun... huhuhu....

11.00pg: aku tepon kak ina, cakap nak pinjam kad kedit dia kalau jadi aku beli kete rini... at least, takdela aku pinjam kak sha banyak sangat... plan kalau dapat kete rini, aku nak guna cash separuh, kedit card separuh... nak guna kad kedit aku, takde pin no plak... alhamdulillah, kak ina bagi pinjam... huhuhu... susahkan orag lagi aku ni..... sedih.... kembali ke sekolah dengan bus... lama tak naik bus...

12.00pg: aku keluar dari skul, lepas buat appoimen iman ngan kenek, pas masukkan cek, aku tepon satu kedai tu... tuk tgk kete ford galaxie.. kali ni, aku cari yang kurang miles, ngan otomatik... senang sikit kalau jem... aku janji ngan dia nak p kol 1230... jem pulak kat yiewley, so bus pun lambat... dia kol, kata, sebab aku lambat, dia nak keluar... tak baca ke iklan yang dia tulis, by appoiment jek kalau nak beli kete... erm... melepas lagi... takpelah, takde rejeki...

1:30ptg: pastu, aku tengok pulak yang lagi satu... ford galaxy jugak... tapi miles tinggi, manual... takpelah, tanya jugak... antar sms tak berjwab, pastu aku terus kol... tanya lokasi dia kat mana... dia pun bagi poskod... cari2 tempatnya, aku taktau ceruk manala kene masuk... tak jumpa signboard langsung... rupaanya, dia buat atas tanah persendirian... siap ada hanjing lagi... nampak jek hanjing tu, aku dah risau, takut kete tu hanjing tu dah duduk... erm... kalau tak jadi jugak, aku anggap takde rejeki lagilah jawabnya... esoklah pulak cari (erm... kalau esok cari, terpaksa susahkan abang beib lagik.... wawawawawawa)... bila tengok jek kete tu, pesting aku tanya ngan abang beib, ok tak ketenya... dia kata ok... enjin ok... omputeh pure tu pun tunjuklah segala service record kat aku... wa, yang paling latest... satu owner sejak 9 tahun yang lalu... terus aku amik... aku cakap ngan dia, aku nak pakai kete tu sekarang jugak... tapi aku cuma ada 300 pounds jek... nanti aku datang balik... bawak lagi 600 pounds... suh dia betulkan enjin yang bunyi tu (abang beib suh aku cakap ngan dia, aku pun taktau boleh betolkan camtu jek atau tida sebab bunyi cam bingit sikit bila keluar kete), n idopkan roadtax tu rini jugak... otw balik tu, abang beib nak amik kak ina dari skul.. lagipun, aku nak pinjam duit kak ina jugak... tak cukup jugak, so aku pinjam abang jai pulak... mintak transfer ke akaun kak ina... masih tak cukup lagi... tepon helmi, dia pulak dah balik surrey... pastu aku tepon kak siti, nak pinjam cash... alhamdulillah... dia ada... suka nya aku... syukur sangat... Allah permudahkan keje aku... banyak dah nyusahkan orang ni....

2:15 ptg: aku kembali ke kedai tu... sebelum tu, bila aku tepon, aku agitau aku akan datang sekarang, suh dia siapkan roadtax tu, siap aku terangkan aku yang amik kete ford galaxy dia... pastu boleh dia kata, kete tu dah dijual... takyah p pun takpe... aku terangkan balik, no, i'm the person who bought the car... pastu dia jawab, it's sold already... sorry sir... aiseh!!!! tak paham btol apa aku cakap (ke aku yang cakap tak betol????)... pastu bateri hphone aku terus abis... cakap ngan abang beib, takpelah, kita p jek... sampai kat sana, aku terus tanya, roadtax dah siap ke blom... dia terus tunjuk kat cermin depan kete tu, uiks... impresive, very fast... aku cakap... dia pun angkat bakul, kata mmg dia buat keje cepat... masa bayar tu yang paling aku ingat... aku bagi kat dia 10 keping 50pounds, ngan 10 keping 20pounds... dia kira2, pastu terus kata ok... aku tanya dia, berapa baki aku lagi, dia cakap 600 jek... hohohoho... aku pk2 balik, rasanya aku bagi dia 700 pounds, kenapa dia kata betul... pastu, aku cakap aku nak kira balik... ok, no problem... dia kira balik. pastu dia kata why u give me extra money??? dia kira balik.. pastu dia kata, correct... 600 pounds... duit tu dia letak kat tepi... aku masih tak puas hati lagi... aku suh dia kira balik... kali ni dia kira asing2... ha!!!!!!! sahih terlebih seratus!!!! haru btol!!!! sib baik aku suh dia kira balik... kalau tak, melayang seratus macam tu jek... bukannya nak bagi balik duit lebih tu... bukan aku tak tau dia mmg dah tau aku bagi terlebih seratus, pastu, buat2 betul pulak jumlahnya... huh!!! alhamdulillah... sib baik...

230 ptg: aku bawak balik kete tu... alhamdulillah, best btol bawak kete tu... enjin pun senyap, airconn kuat, radio ada, leh bukak bumbung, sebijik macam bawak toyota innova aku dulu... alhamdulillah... Allah telah berikan aku kemanisan setelah mengharungi kepahitan. bak kata UK's, pahit akan manis jua akhirnya.. sampai kat rumah, tak abis2 aku memandang kete tu... sampaikan zah kata ngan aku, sian serena bang, abang takde pun kata keteku waktu dia sampai... aku senyum jek bila zah kata camtu... hakikatnya, aku syukur sangat sebab aku dah setel pasal kete tu... ahamdulillah jugak... tdo tak lena aku 2 3 hari yang lepas, aku balas balik lepas dapat ford galaxy tu... alhamdulillah... syukur sangat...

dikesempatan ini, aku amik kesempatan nak ucapkan jazakallah hukhairan kathiran atas segala pertolongan yang dihulurkan kepada keluarga aku, terutamanya, famili abang beib kak ina, abang jai aida, kak sha abang husni, kak siti, dan rakan2 aku yang mendoakan aku tabah menhadapi dugaan ni... juga tak lupa juga rakan2 sekursus NATCOR tu... perihatin sungguh... semoga Allah melimpah rezeki yang melimpah ruah buat kalian semua... amiiiiiinnnnn... sob... sob... terharu.... huhuhu

tuanpunyablog: ilang arah balik phd aku... bila aku masih tak leh nak catch up pasal simulation tu... erm... taktau nak cakap camana.... takde perasaan dah... huhuhu