Thursday, 25 June 2009

Widgets

rindu... rindu serindu rindu nya....

salam...
tetiba jek terasa rindu...
1. untuk mengajar... rasa macam dah lama tak mengajar... erm... mmg aku lebih minta mengajar daripada buat research... kalaupun diberikan 4 kelas tuk mengajar, tanpa aku perlu untuk buat research, mmg aku suka yang teramat sangat... kalaulah untuk penilaian prestasi diberikan pada samada yang buat research atau yang mengajar, pasti aku akan amik slot pengajaran sebanyak mungkin... huh!!! berlagak sekejap... nway, bagi aku, bila mengajar, akan memebrikan satu kepuasan lagi2 bila tengok students naik pentas amik skrol... biarpun aku mengajar hanya satu dua subjek daripada seratus lebih subjek, tapi cukup membuatkan aku rasa sesak di dada... terharu... lagi2 kalau ada student jumpa aku, ucap terima kasih atas segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan... alhamdulillah... kalau dapat student camtu... menghargai apa yang telah diperolehi.... hakikatnya, ada jugak student yang sentiasa sahaja betul... adalah jugak yang salahkan aku bila dia dapat gred yang dia rasa tak sepatutnya dia dapat (target dapat lebih baik daripada apa yang dia dapat), ada jugak yang salahkan aku bila dia tak boleh menjawab soalan periksa terutamanya maths, katanya aku tak pernah ajar dis, sebab tu dia tak dapat buat, ada jugak yang salahkan aku sebab tak tolong bagi markah kesian kat dia... huh!!! nak cerita mmg banyak... yang paling aku tak boleh lupa, apabila ada x-student yang aku jumpa, bila aku tanya...

"ingatkan habis dah... bukan sem last ke ni?" tanya aku sekadar beramah.
"mana abis lagi... ada lagi satu sem... kene repeat maths... ai, lupa ke sapa yang FAIL kan saya sem lepas???? (tujukan kat aku lah tu)"

erm... dalam hati aku berkata, salah aku ke dia fail???? nway, pandangan dia kan... nak buat camana... pepe pun, dipihak aku ada jugak salahnya... mungkin aku ajar laju sangat, atau mungkin cara pengajaran aku yang tak kena dengan cara dia... takpelah... terima jelah apa jua org kata... bak kata org2 kaya, customer is always right... telan jelah apa student2 tu nak kata.... bila dia dah matang, taulah dia camana nanti hidup ni... teringat jugak masa mula2 mengajar dulu, dapat pulak mengajar statistik (bukan sepenuhnya bidang aku), setiap kali abis sem mengajar, aku akan mintak komen daripada dorg... alhamdulillah... semuanya baik... tapi, dalam pada baik tu, satu komen yang aku terkejut, ialah x-student tu kata aku mengajar syok sendiri, selalu buat lawak bodoh... mulanya, mmg marah jugaklah... tapi, bila keadaan emosi dah stabil, mula muhasabah dan muhasarawak diri... salah diri sendiri jugak... dah mintak komen, org komenlah... daripada situ aku blajar untuk menerima segala2nya, pahit atau manis, kesan daripada tindakan sendiri... kene terima, telan walaupun pahit... sebab sendiri yang mintak benda tu... alhamdulillah, setakat ni, aku masih boleh terima apa sahaja org kata pasal aku... kutuk aku ke, puji aku ke, apa ke, hasil daripada perbuatan atau penulisan aku... hak orang.... sapa aku nak marah kan... bak kata aku pada seseorang, kalau taknak merasa pahit, jangan buat apa2, cakap apa2, tulis apa2... dan yang penting, kalau dah tau pahit yang akan diterima, kenapa benda tu yang diminta??? huhuhu

2. rindu kat FSK... lama rasanya tak menjengah kat UUM tu terutamanya FSK... bilik aku yang complete ngan tikar, bantal, toto, kerusi empuk, dan tak lupa sedara2 yang baik hati yang tinggal diatas bumbung bilik aku yang suka merompak makanan aku ketika aku tiada, tak lain dan tak bukan, en tikus... huhuhu... selain suka mengajar, aku juga suka buat keje2 admin... 'menyibuk' buat keje2 TDA, buat jadual, assign kan jadual, pastu handle budak2 baru masuk, buat add drop subject tuk bebudak... syok buat keje tu... walaupun ada yang mengata aku buat keje sebab nak kipas org2 atas, takpelah... bagi aku, kita buat baik org akan cakap, kita buat jahat, lagilah org cakap... lantak lah... biarpun sesekali, terasa jugak... alhamdulillah... lali dah... namanya pun manusia, so, kenelah paham perangai memasing kan... lantaklah...

paling yang aku rindu saat aku handle pelajar baru... fisrt time handle sebagai pengerusi majlis, secara tak formal... takde skrip, takde teks ucapan awal, aku main taram jek majlis orientasi tu... siap kenalkan diri aku sebagai kerani fakulti tengah cari keje sebab baru grad, (selalu gak dok kat opis fakulti borak2 kalau bohsan dok bilik sendiri)... lawaknya, bebudak baru tu, siap percaya selama satu sem... rahsia terbongkar bila aku mengajar masuk kelas dorg... sampaikan ada yang tanya,

"eh, rasanya macam kenal en ni... bukan dulu kerani fakulti ke??? huh!!! suka aku dengar... leh act rupanya aku ni ek (hatttttuuuuuiiiihhhh!!!! perasan pulak!!!!)...

alhamdulillah, dekan, TDA, TDP tak kata pepe... memula risau jugak dengan lecturer2 senior yang tak boleh masuk dengan cara aku mengendalikan budak2 baru... adalah jugak kene tegur... tapi alhamdulillah, Allah kentalkan hati aku, untuk terima benda tu sebagai ingatan... dan pengajaran... mana yang baik... mana yang kondem tu, masuk kanan, kuar kiri... well, common ayat nak pujuk hati.... "dah namanya manusia jep... telkan jelah perangai dorg... ko pun bukan baik sgt"...

*2nd time ditugaskan untuk menjadi pengerusi majlis student2 baru... best btol bila jadi giler2 remaja ni... lagi2 bila tengok student2 ni terlopong bila aku bagitau yang aku ni cuma kerani cabuk jek... cari keje tak dapat2, walaupun ada degree... huhuhu

3. nak jadi felo kolej eon balik.... hat ni yang paling aku suka... yelah, boleh rapat ngan student2 yang aku anggap sebagai kawan, adik, dan keluarga aku sendiri... hakikatnya, aku mmg suka bergaul dengan dorg... sampaikan, memana yang dah lama sikit kenal aku, aku suruh panggil abang jep... nampak lagi mesra kata orang... start jadi felo daripada awal tahun 2005, bila ada orang offer untuk jadi felo kolej lama aku, kolej eon... mula2 rasa tensen, tapi, biasalah... lelama jadi seronok pulak... masa kemas2 nak pindah ke KL akhir tahun 2007, rasa sedih ya amat... mujurlah air mata tak keluar... sebab penat sangat kemas umah kot... huhuhu

*jamuan hari raya yang terakhir buat aku di Kolej EON... nilah majlis pertama yang aku kene handle... alhamdulillah, bebeudak yang tolong aku handle ni, semuanya boleh masuk dengan aku.. semua perancangan menjadi.. hasilnya, kami berjaya menghimpunkan lebih kurang 900++ pelajar kolej untuk jamuan hari raya ni... ada 8 hidangan yang dibahagikan mengikut blok... bestnya, sebab aku involve daripada awal sampailah akhir...

* JPPK yang pertama masa aku jadi felo... semuanya baik2... semuanya aku anggap macam adik (kecuali yang dok depan, sebab semuanya lebih tua daripada aku)... huh!!! kenangan manis masa silam... huhuh
tuanpunyablog: pemili tu jangan tanyalah... lagilah rindu serindu rindu nya... huh!!! jiwang karat btol...

No comments: