hari ni dah masuk 5 hari semenjak setelnya simposium aku takde mood nak buat pepe keje... dahlah rini nak jumpa ngan Dr Tillal, apa ye aku nak cakap ngan dia???? mintak2lah ada idea apa yang aku nak bincangkan ngan dia...
ramai jugak yang tanya camana dengan presentation hari tu.... aku cuma mampu menjawab, erm... bolehlah... jawapn klise kan... tapi dalam pada tu, memana yang melihat akan presentation aku pada hari itu, kebanyakkan yang aku temui, semuanya mengatakan 'good'... dan tak kurang juga yang mengatakan 'very good' termasuklah superbaizor aku sendiri... sehinggakan aku habis present hari tersebut, terus ibu jari tangannya diangkat sambil menunjukan kepadaku... ermmm... aku berbelah bagi sebenarnya perasaan aku ketika itu.. hakikatnya, kengkadang aku terasa.... dan merasa... serta terrasa... dorg ni paham ke apa yang aku cuba sampaikan????
bukan aku tidak hargai pujian yang diberikan, tetapi aku merasakan bahawa pujian tersebut melebihi daripada yang sepatutnya aku dapat... aku tgk org lain semuanya kerja keras... berbaloilah dengan pujian yang mereka dapat... tapi aku, takdelah keje keras sgt pun, walaupun hehari mai skul, tapi adakalanya, bukan wat pepe pun... contohnya, menulis blog ini... maybe org memberi pujian hanya kerana ingin memberikan semangat... alhamdulillah... terima kasih aku ucapkan... really appreciate it... apapun, .................................................... argh!!!!! lupa dah apa aku nak cakap... abaikanlah ye....
semalam baru jek sebis kete... pestaim... aku nak suh dia adjust aku punya clutch ngan minyak tu... bukan main payah aku nak terangkan yang clutch tu camana condition nya... pk punya pk, lantak p lah... aku main belasah jek perkataan2 yang keluar daripada mulut aku tu... janji dia paham (paham ke dia?????)....
hari ni, insyaAllah satu keluarga akan pulang kembali ke Malaysia. sedih tu taktau nak cakap... tapi bila pk2 balik, insyaAllah, akan bertemu lagi kembali di malaysia nanti... bukan nya kembali ke alam baqa kan... takpelah... kita doakan yang terbaik sahaja untuk keluarga tersebut... sedih tu jangan cakap lah.... maklumlah, bila dah selalu bersama lagi2 dengan takde keluarga kat sini, rasa macam sedih ya amat... tapi apakan daya, mungkin itu yang terbaik untuk mereka. aku hanya mampu untuk mendoakannya...
tuanpunyablog: wahai idea untuk mengelentong superbaizor, datanglah engkau kepadaku agar lancar berbicara dengan nya nanti... huhuhu
No comments:
Post a Comment