Sunday, 7 June 2015

Alhamdulillah... Jodoh kami masuk tahun ke 10.

Assalamualaikum...


Alhamdulillah... hari ni genap sembilan tahun usia perkahwinan aku dengan isteri tercinta... Aziszah Selamat. Syukur kehadrat Ilahi kerana mengurniakan kami dengan empat orang cahaya mata yang pelbagai ragam dan perangai... yang sentiasa membuli umminya kalau aku takde... erm... sifat keibuan kan... sentiasa bagi apa yang anak2 pinta... nway, saja jelah nak cerita kisah kami berdua dari mula berkenalan sehinggalah hari ini...

====================================================================

Boleh ceritakan detik perkenalan? 
Aku merupakan senior zah di UUM, specifically, di Kolej (sekarang dikenali sebagai Dewan penginapan Pelajar - DPP) EON, walaupun kami sebaya. Semetelah, aku lepasan matrikulasi UUM Cwangan Kuala Nerang, zah pulak STPM. Mula perasan zah masa zah ikut sekali program anak angkat di Pedu. masa tu aku jadi bidan terjun pengarah (kes sponsor dan pengarah projek lari, dan2 aku kene amik alih). masa tu tengah gotong royong ramai2, kemudian dia dan "adik beradik" angkat dia cerita pasal masalah dorang. so, masa tulah aku nampak akan "keayuan" zah. aku memang sejak dulu lagi suka memandang wanita yang bertudung labuh. tah... tak tau kenapa... :). Bila aku ceritakan yang aku suka melihat zah pada salah seorang kakak yang sama2 join projek dalam EON Motivation Club (EMC), dan2 akak tu terus mengkenenkan aku dengan dia. diktambah pulak dia berkomplot dengan salah seorang kakak yang baik jugak dengan zah, maka jadilah komplot dorang. 

Pernah keluar dating? 
Biasanya aku keluar ramai2 dengan geng. borak2 macam biasa, sehinggakan orang taktau kami sebenarnya ada apa2. yelah, amsa tu aku pun cuma suka melihat zah... tak lepas pandang... sejuk je mata memandang... kalau pun keluar berdua, aku dan zah akan pastikan bahawa akan ada orang lain yang akan ikut. itupun, takat keluar makan dan kami tetap berborak bertiga/berempat... seolah2 takde apa2 yang berlaku. Cumanya, aku akui, dalam satu sem tu, nak nampak kami keluar bersama tu, memang payah. dalam satu sem, hanya sekali atau dua kali sahaja (seingat akulah). yang lain, banyak join2 projek. Kalau nak tepon pun, zaman dulu mana ada sangat penggunaan henpon ni. cuma sms sahaja. itupun, jenis menyampaikan lagu melalui henpon. pasang lagu inteam (kasih kekasih), pastu tepon, dia angkat je kol, terus psang lagu tu. dah habis lagu, tutup henpon. punyalah teruk aku ni... btw, saja nak cerita. aku pernah ajak zah dan seorang kakak yang rapat ngan zah (yang kenenkan aku ngan zah) ke Sungai Petani. Plan nak g umah Ustaz Mastor, ustaz yang lama btol aku tak jumpa. Balik malam kol 12, kene tahan ngan Pak Guard. Kene soal siasat, tau2, masuk record. Padan muka aku... tapi kesian kat zah ngan kakak angkat dia tulah... tak pasal2... pernah jugak aku bawak zah (dengan beberapa kawan aku seramai 5 orang, kira penuhlah kancil) ke kenduri kawin kakak aku di Batu Gajah. sempat jugak aku kenalkan zah dengan mak dan pemili aku...

Sepanjang berkenalan, ada bagi hadiah?
erm... biasanya time besday dialah... benda pertama aku bagi kat dia, ialah, baju kurung warna biru cair. cantik baju tu. kebetulan aku ngan dia suka warna biru. kakak yang rapat ngan aku tu, pernah tanya... 

"Jep, kenapa bagi baju kat dia? Hadiah pertama tu???"
"Kenapa Kak XXX?"
"takdelah... orang2 tua penah cakap... pestaim nak bagi hadiah, jangan bagi baju atau benda yang boleh pakai. nanti tak kekal..."
"erm... ye ke? takpelah Kak XXX. kalau ada jodoh, adalah. kalau takde, takdelah..." aku senyum...

Selain baju, ada jugak makanan aku bagi. cuma yang paling aku ingat ialah, roti telur yang aku masakkan masa dia nak balik kampung. kebetulan masa tu dia tak posa... kisahnya di sini... 


Sepanjang berkenalan, pernah putus?
Time tu aku dah habis study dan sedang praktikum. dia dalam semester keenam. masa ku dah duduk jauh dengan dia, aku rasa, macam aku tak boleh nak jadi pakwe yang baik untuk dia. dahlah jarang kol, jarang sms. seolah2 aku macam menyiksa dia... setelah lama berfikir, aku terpaksa berterus terang dengan zah. ayat pertama aku ialah, "berkata benarlah walaupun ianya pahit." kemudian, barulah aku berterus terang padanya... zah? sedih... sampaikan terkunci bilik sendiri... selepas tu kami berdua senyap seribu bahasa (kalau tak silap aku, or adalah berbalas sms, tapi sebagai kawan biasa)...

So, bila sambung balik?
Aku start di offer jadi tutor UUM bulan 11. menumpang sekejap selama sebulan di bilik Pres Kolej EON waktu tu. masa aku nak berjalan ke kelas untuk kelas tutorial, aku terserempak dengan dia. manisnya tetap macam dulu. kami terserempak, tapi hanya senyum (ke masam? alamak, lupa plak) sahaja kami berdua dapat berikan. sebab kelu lidah untuk berkata. sementelah masing nak cepat kan... kemudian, sejak tu, aku dan zah mula berbaik semula. aku cuma katakan pada dia, yang kita mulakan balik sebagai kawan. sebab dulu, macam "terpaksa". yelah, macam kene paksa je (Sorry Kak MK dan Kak NS). masa tulah berputik kembali rasa suka pada dia. sehinggalah aku sambung master di UTM dan kembali ke UUM untuk mengajar dan zah dah grad. tapi aku, as usual, memang jarang tepon or sms dia. bertapa kejamnya aku... huhuhu



So, plan untuk hidup bersama?
Suatu ketika bila aku ke KL ditahun 2004, kerana ada urusan, aku singgah sebentar rumah zah. aku sendiri tak tau kenapa aku punya kekuatan untuk kerumahnya. sampai kerumahnya, aku terus berterus terang dengan mak dia.

"Makcik, saya bukan nak main2kan anak makcik. Makcik bagi saya tempoh dua tahun untuk saya kumpul duit. Sebab la ni saya baru je bekerja. duit tak cukup lagi. tahun depan insyaAllah saya masuk meminang, tahun 2006 kahwin. Maaf makcik, saya nak tanya... berapa makcik nak letak untuk wang hantaran dan sebagainya?" 

honestly, aku taktau yang ini adalah merisik. bila aku cerita dengan mak dan kakak aku, semua marah kat aku. erm... 

Aku tak ingat apa mak dia ajwab. cuma aku ingat mak dia kata, "takpelah. berapa pun makcik terima. makcik bukan nak jual anak..Jep ajak mak ayah datang sini. senang nak bincang..."

Masa tunang ada keluar bersama?
Sangat2 jarang. boleh dikira dengan jari. seingat aku, keluar pun masa nak nikah sebab nak bei barang2 hantaran. alhamdulillah, masih ditemankan dengan adik zah... 



Apa perasaan masa nikah?
Terus terang aku katakan... dan ketika inilah berbondong2 syaitan datang kepada aku... hati aku mula ragu2... khutbah nikah yang disampaikan, entah kemana. hati aku terus berperang... yang paling aku takut ialah, aku tak dapat jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang suami.. masa nak akad nikah, mulut aku seolah terkunci. mak aku duduk dibelakang aku, cuba membacakan sesuatu. aku? tok imam suh tenangkan diri sebentar sambil disuruh selawat... alhamdulillah, pada lafaz kedua, aku sah menjadi suami kepada Aziszah Selamat. Waktu ni, kelegaan terus datang dan ragu2 terus hilang... alhamdulillah... 

Ada cerita pelik berlaku masa akad nikah tu?
Masa akad nikah takde apa. tapi selepas kami balik kerumah masing2, zah dan maknya cuba mengira duit hantaran. sepatutnya, duit hantaran adalah sebanyak RM 6000, tapi tidak cukup beberapa ratus. Kakak aku meletakkan duit tersebut dalam album gambar yang boleh melekat tu, tapi setelah dibelek berkali2, tetap takde. Dipendekkan cerita (cerita panjangnya di sini), akhirnya duit itu cukup RM 6000. Cerita ni pun aku tau selepas beberapa lama kejadian tu berlaku. 

Camana mengharungi zaman-zaman perkahwinan jarak jauh (PJJ) ni?
Selepas berkahwin tu, aku kembali ke UUM. zah pula masih bekerja di Batu Caves. Dua (ke tiga???, alamk, lupalah) bulan kemudian, ketika zah sedang mengandung anak kami pertama, aku mintak zah berenti kerja,. sementelah, dia bekerja pun selalu tension dengan boss dia. alhamdulillah. zah berenti kerja. Kemudian, tahun 2007, sewaktu dalam pantang, zah dapat offer untuk interview menjadi guru (yang mengajar dipedalaman, dan kursus masa cuti sekolah). malangnya, surat tersebut tak dapat kepada kami kerana dimasukkan dalam pigeon hole students (time ni aku jadi Felo Kolej EON). sedihnya zah. aku cuba applykan zah KPLI. bermula dengan Ujian, kemudian interview, alhamdulillah, zah ditawarkan KPLI pada tahun tersebut. 




Dan aku pulak, mendapat offer ke UK untuik sambung PhD. aku terus ke UK tanpa zah untuk setahun, Bermulalah episod PJJ kami. Nak masuk tahun 2009, ketika zah habis KPLI, kami memohon ke KPM untuk menangguhkan posting. alhamdulillah, 11 kali turun naik KPM, diluluskan. Maka kami kembali duduk bersama untuk 2 tahun berikutnya. Tahun 2011 zah kembali ke Banting dan posting di SK Dengkil. Aku pula, masih di UK untuk menghabiskan sisa2 cuti pengajian. Aku kembali berkhidmat di UUM pada Julai 2011 dan bermulalah kembali episod PJJ kami sehinggalah tahun ini, 2015. 

alhamdulillah... berkat doa semua, kami duduk sebumbung sekali lagi... Camana mengharungi zaman2 PJJ tu? apa yang aku selalu cakap kat zah dan aku sendiri ialah... 

"Jangan sesekali mendengan bisikan syaitan yang suka melihat rumahtangga berantakan... menanamkan rasa curiga akan pasangan dan macam2 "fitnah" yang ditanamkan dalam diri... so, fikir yang itu sahajalah bila perasaan itu datang termasuklah perasaan nak marah"... 

Apa yang dapat dilihat dalam diri Aziszah Selamat?


Secara jujurnya, aku merasa beruntung mendapat dia. pengorbanan yang dilakukan especially ketika mengandungkan anak kembar kami. dengan alahan yang teruk. kemudian, bila mereka dah lahir, berusaha untuk menyusukan anak2 walaupun ada ketikanya, dua2 menangis. 

aurat yang sentiasa dijaganya dengan rapi termasuk bertudung ketika ipar duai berada dirumah, menjaga anak2 ketika demam. 

dan yang paling aku hormat dengan dia ialah, sentiasa melebihkan keluarga aku, terutamanya mak aku sebelum melebihkan keluarga dia sendiri. aku teringat, masa aku berada di UK, hari raya, dia sendiri yang ingin beraya dengan keluarga aku, tanpa aku suruh. alasannya, sebab aku takde, so, kuranglah nanti rindu mak aku kat aku. dan sepanjang kami berkahwin, tidak pernah sekali pun dia beraya dengan keluarganya (kecuali raya haji) pada malam dan hari raya pertama (tapi, setiap kali raya pertama, aku pasti membawa mak dan ayah aku ke rumah dia). Aku sangat2 hargai pengorbanan. Sungguh, aku sendiri tak mampu nak buat apa yang dia buat untuk aku. 

Selamat ulang tahun perkahwinan kita yang ke sembilan, dan terima kasih atas segalanya wahai Isteri Sepenuh Masa dan Kesayanganku, Aziszah Selamat. 

--------------------------------------------------
tuanpunyablog: sunyi rumah bebudak takde. La ni jadi terbalik pulak. asal cuti sekolah, depa balik kampung...