selamat berpuasa semua...
gambar hiasan: credit to pakcik gugul yang tolong carikan gambar ni...
ini kisah isteriku, roti telur dan juga bekas pakwenya (yang telah dialih tuliskan; cerita asal adalah dalam bentuk penceritaan mulut).
-----------------------------------------------------
kisah yang berlaku 13 tahun yang lalu....
sampai sahaja di stesen bas shahab perdana lebih kurang pukul tujuh pagi, aku terus menuju ke tandas kerana 'panggilan alam' telah bergema...
usai melunaskan segala hajat, aku keluar. agak tergamam, apabila keluar sahaja daripada toilet, mataku tertancap pada dua susuk tubuh yang amat ku kenali. pakweku dan juga kakak angkatnya... dia senyum kepadaku...
(aku: merah; pakweku: biru)
takdan nak kejo ko tadi... tau2, kak G bagitau, ko dah naik bas...
sori, sebab bus sampai awal pulak tadi. nak tunggu, takut tak dapat bas lain tadi...takut pulak terlepas bas balik kelang nanti...
owh, takpe... nah... roti telur... aku masakkan... tadi msg ko sebab nak bagi roti telur ni lah... tau ko takleh posa rini kan? nanti boleh makan kot2 lapar...
(senyum) nak makan kat mana? sat g orang pandang serong plak...
ala, dok tepi ngadap bas, orang lain tdo, makanlah.... (gelak)... takpun, p makan kat surau... bas ko pukul berapa?
8.30... erm... segan plak...
ha, p stay kat surau ke dulu... la ni dah tak ramai orang kan... semua dah habis solat... makanlah kat situ... jangan tak makan pulak... karang gastrik plak... penat wooo masak pakai periuk nasi lepas subuh tadi... mujur pau (rumetnya) tido... eh, oklah... aku takleh lama... dahlah pinjam kete orang ni... karang dia cari plak... jom kak G. kita balik...
ok, terima kasih banyak2 sebab bagi aku roti telur ni. susah2 jek.. tau aje kalau aku cuti ek... (senyum)
ok... hati2 balik... (terus berlalu)...
aku masuk kembali ke toilet kerana mataku berair... terharu... sedih... suka... berkecamuk... taktau apa perasaan aku kini... usai di toilet, dek kerana kelaparan, aku ke surau, seperti cadangan pakweku tadi... boleh juga makan sedikit. perut kosong nanti, jangan kata gastrik... migraine pun boleh serang aku...
Alhamdulillah, surau kosong... aku mengambil sudut yang agak terlindung, dan duduk ditepi sambil mengadap dinding... baru sekeping habis disuap, tiba2 seseorang merenung ku...
aku memandangnya dan terus berkata secara spontan;
saya tak boleh puasa hari ni...
dengan tegasnya wanita itu menjawab pertanyaan ku lebih kurang begini ayatnya;
alah, kalau boleh puasa pun, akan cakap macam tu jugak kan... isk, pompuan zaman la ni... dahlah TAKNAK puasa, makan dikhalayak ramai pulak...
aku terus berhenti menyuap kerana 'kenyang' dengan sindiran dan kejiannya...
berkata hati kecilku,
rasanya aku dah cukup berselindung, tapi dikata aku makan menunjuk2. takpelah, biarlah dia dengan sangkaan nya...
aku mengangkat beg galasku, terus keluar dari surau tersebut...
---------------------------------------
banyak kali isteriku menceritakan kisah ni... kesian isteriku...
tak jeles ke bila isteriku mengungkit kisah lama bersama pakwenya????
isk, kenapa pulak aku nak jeles, cerita ni boleh menginsafkan aku... sebab aku pun kadang2 tergolong dalam orang suka berprasangka... so, ini kira macam peringatanlah kepada aku yang selalu lupa diri ni...
lagi satu... pasai apa plak nak jeles lelebih???
lagi2 bila BEKAS PAKWE di atas tu adalah penaip cerita ni... ate giler apa nak jeles dengan diri sendiri????
kan?????
tuanpunyablog: manusia penuh dengan sangkaan... jangan mudah menuduh nya....
No comments:
Post a Comment