mood aku pagi2 ni, tiba2 terasa hilang untuk membuat segala kerja yang di rancangkan (kununnya banyaklah dirancangkan). mana taknya, pagi2 ada yang bertanya kepada aku tentang pembangunan objek pembelajaran (alah, yang macam dorang upload kat youtube tu, pastu ajar camana nak buat something lah, contohnya, cara2 nak buat kek, cara nak pakai tudung, cuma untuk ini, kita ajar lebih kepada subjek akademik...).
Jef... Jef... I nak cakap ngan u something ni...
Ha, boleh... kita sembang kat bilik ni lah (yelah, takut rahsia besar kerajaan kan)...
ni, I nak Tanya you ni. ada orang kata you terbitkan learning object (LO) tapi you suruh student buat, and then, you guna dalam kelas?
sapa yang kata?
alah, ****************************
aik, apsal dia cakap macam tu pulak?
tah. sebab tulah I nak tau dari you sendiri. btol ke you buat macam tu?
erm... pasaipa plak saya nak amik student punya LO, lepas tu saya mengaku saya yang buat? saya ni kak X, bukanlah jenis yang suka mengaku hasil kerja sendiri walhal orang lain yang buat. erm... camanalah dia boleh kata macam tu... saya mengaku, saya dah berkali2 disuruh hantar LO tu, tapi saya saya antara orang2 yang engkar arahan. lama lepas p bengkel ritu bulan 12, sampai lah ke bulan mei saya tak hantar. last2, saya buat yang simple2, lepas tu hantar kat **** sebab depa nak sangat.
ha, tulah I nak Tanya you sendiri. sebab I kenal you, sebab tu nak clarification ngan you. tapi you jangan aim dia pulak, sebab dia mmg cakap direct macam tu... you hantar LO tu thru sapa?
eh, takdelah nak aim dia. sebab saya pun tak kisah sangat. lagipun LO yang saya hasilkan tu, maybe mmg kebudak2an, dan bukan kepensyarah2an. sebab tu dia kata saya amik student punya LO. lagi satu, mungkin sebab saya buat dalam BM dan hantar ke admin dia. dan mungkin jugak admin dia salah tafsir ayat saya... saya cakap dalam email tu;
"Maaf kerana mengambil masa yang lama untuk menghantar LO bagi ELC yang telah ke Langkawi.
Ini sebagai permulaan (menggunakan bahasa melayu) dan saya akan cuba untuk menghasilkan LO yang lain".
ha, mungkinlah kot dia ingat student yang buat. student kan kebanyakkan buat dalam bahasa melayu.
la, salah ka?
salah lah... you p buat BM, nanti tak compliance dengan SETARA, ISO, COPPA yang kata semua kursus kita menggunakan English.
bukan taknak buat, tapi paham2lah English saya camana. kalau saya buat dalam English, saya explanation saya akan sangkut2. tau2lah software tu akan captures terus apa kita buat kat skrin dan apa yang kita cakap... so, kalau tersangkut2, sat g, orang kata apa plak... alamak, tak sedap hati pulak saya ni... saya dah bagi bad impression kat dia, walaupun benda tu saya tak buat. aci dak nak antar email bagitau perkara sebenar?
tak yah... la ni, you buat balik dalam English. pastu hantar kat dia by hand, and bagitau you hantar yang updated version. so, dia tau, yang lama tu dia punya. email ni, karang payah. orang tulis elok2, katanya tulis marah2... orang gelak hehehe, kata perli...
erm... yelah, nantilah saya buat,... argggghhhhh.... tak puas hati ni kene tuduh...
--------------------------------------------------------------
kehadapan ************************:
LO tu memang saya buat. adakah kerana saya menggunakan bahasa melayu, LO itu dikatakan student punya? adakah kerana saya tidak memaparkan muka saya sewaktu merakam LO tersebut, dikatakan LO tersebut hasil kerja student saya? adakah kerana suara saya ala 'remaja (alamak, nak termuntah aku), saya dikatakan mengambil hak rekacipta student? adakah kerana saya masih belum memuat naik video tersebut kerana ditakuti student tersebut akan menyaman saya atas pelanggaran hakcipta? adakah kerana... adakah kerana.... adakah kerana....
----------------------------------------------------------------
arghhhhhh.... manusia penuh dengan pelbagai persepsi... huhuu
tuanpunyablog: kesedihan dalam kedemaman...
1 comment:
nice blog!!<3 keep up the great work!!<3 xx peach
momomoworld.blogspot.com
or
justalittlekitten.blogspot.com.au
Post a Comment