assalamualaikum...
lepas aku tulis pasal kerjaya pensyarah tu, ada seorang kawan kakitangan kerajaan sedang berada di gred X bertanya di FB secara personal....
dalam entri tu, nampak macam aku meng 'exaggerate' tugas pensyarah tu, sampai orang kata aku merungut. erm... takpelah. terpulang pada yang membacanya. tujuan sebenar aku nak SHARE PENGALAMAN, tapi kalau dah dibaca seperti rasa aku merungut, aku takleh nak kata apa2. bak kata aku dihadapan cermin di dinding,
"takyah nak marah2 Jep. ko yang tulis, ko tanggunglah akibatnya... sapa suh tulis?. telan jelah apa orang nak cakap. padan muka!!!!"
kalau dalam mengajar system dynamics, selalu pesan kat student aku, kata, bila buat model SD tu, nak cari faktor2 yang terlibat, jangan tengok yang buruk2 sahaja. kenelah tengok yang baik jugak. sama jugak, jangan tengok yang baik sahaja, sampai lupa yang negatif. bila dah senaraikan yang negatif tu nanti, bolehlah prepare apa yang perlu kita lakukan untuk kurangkan side effect tu. alah, samalah macam makan ubat. makan ubat X, side effectnya mengantuk ya amat (
sekadar contoh, takdan nak cari references or buat research nak namakan ubat apa, side effect apa. sebab tu namakan sebagai X).
takut dikatakan kerjaya pensyarah tu susah atau dikatakan entri sebelum ni aku merungut dengan keje yang banyak (
walaupun kat bawah sekali dalam entri yang lepas dah gtau, hanya nak bagitau apa yang dibuat selepas 6 jam pengajaran tu dan tak katalah keje pensyarah ni bz berbanding dengan profession lain- AKU sahaja ok, bukan meliputi semua pensyarah), so, kali ni, nak gak SHARE ngan kengkwan, bukan kenalan dan adik2 didik, tentang best dan tak bestnya menjadi seorang pensyarah. cuma nak lah aku tekankan kat sini,
YANG NI SEMUA BERDASARKAN PENGALAMAN AKU DAN KAWAN2 DISEKELILING AKU, DIBIDANG AKU, DI UNI TEMPAT AKU BERTUGAS (
baru 7 tahun bertugas, setelah ditolak cuti belajar).
as we know, dalam dunia ni dan malaysia sendiri, ada beratus2 bidang pengajian dalam universiti dan dalam malaysia ni sendiri, ada 20 IPTA yang berbeza cara pentadbirannya. so, janganlah samakan dengan uni lain, bidang lain, profession lain, atau apa2. agak2 nak mengata aku, silalah kembali ke tulisan HURUF BESAR (
menunjukkan ayat penegasan dan pengukuhan) kat atas ni ye, bagi mengingatkan apa tujuan tulisan aku ni. {senyum}
kita mulakan dengan bakul pertama - pengajaran
YANG BESTNYA : entri lepas dah buat tentang susahnya membuat soalan kan? erm... BAGI AKULAH, kalau mengajar ramai2, bolehlah dibahagikan kerja membuat soalan tersebut. kalau 10 orang mengajar subjek yang sama, maka, sorang buat satu soalan. dah siap, bentang, vetting, edit, combine. kalau mengajar seorang (
3 semester pernah mengajar seorang) pun, lagi aku suka, sebab tak terikat dengan rakan2 yang lain. ada masa, terus buat. takyah nak bincang2 nak buat soalan macam mana. as long as we know the question is university level. hantar terus untuk penilaian sahaja. cuma bila datang idea bentuk soalan nak buat tu, bukan dalam keadaan kita bersedia. kadang2, masa tengah drive. kadang2 masa dalam toilet. doalah supaya kita masih ingat lagi soalan tersebut. ada jugak soalan2 daripada buku2 yang boleh kita gunakan sebagai assignment dan quiz. tapi tu dululah. la ni, payah sikit nak amik soalan tersebut, nak kene edit, as part of intellectual property (IP). silap2 kene saman.
kemudian, dari segi student pulak, alhamdulillah. aku akui, mengajar student uni ni, bak kata seorang rakan, ngajar orang2 yang nak belajar. marah sekali, esok lusa tak buat dah. paham dengan segala tindakan pensyarah terhadap mereka. agak2 geram dengan perangai dorang, bolehlah penalize (
lambat hantar assignment contohnya) dengan potong markah (
aku buat dengan student aku). tak dinafikan jugak, since yang masuk uni semua yang nak belajar, maka mmg senanglah kita nak ajar. kebanyakkan student uni ni, menghargai kita. Ingat sampai matilah kot (
aku ingat lecturer aku. ingat sebab dialah satu2nya lecturer yang pernah marah aku sepanjang aku kat UUM. tak tegur bukan sebab marah, tapi segan nak tegur dia- teruk sungguh aku ni). waktu konvo, bila kita jalan sebelah student kita masa perarakan masuk kakitangan akademik, nampak kita, senyum, pastu salam (
lelaki jelah), cakap terima kasih kat kita. tak ke rasa best tu???
pastu, tak kira lagi buat surprise birthday party (
dah 2x student aku buat - sementelah dah masukkan tarikh birthday kat FB. sebab segan, la ni, tak masukkan dah, sebab rasa bersalah pulak depa susah sebab aku). bila habis semester, jumpa kita, mintak kita halal kan ilmu, doakan depa berjaya jawab exam dan sebagainya. mmg appreciate dan hormat kat kita.. best thing is, bila mengajar students yang lambat sikit nak pick up dan yang repeat paper, cuba jugak sedaya upaya ngajar bagi paham, ubah cara pengajaran, bila dia berjaya menjawab soalan exam tersebut dengan baik, rasa macam tak sia2 ajar depa. bila keluar keputusan, sms bagitau terima kasih banyak2. appreciate dengan pengajaran kita.
|
terpaksa crop kepala, sebab taknak masukkan gambar students kat situ. karang kene saman sebab gunakan picture dia tanpa kebenaran - kurangkan risiko ok... |
Pastu bolehlah jugak mohon untuk mengajar secara part time yang memerlukan khidmat kita. boleh jugaklah dapat income sikit. bak kata sorang teman, lepas minyak sebulan.
TAK BESTNYA: pelajar uni jugak manusia. so, banyak jugak ragamnya. ajar orang2 yang berpendidikan tinggi ni, perangai pun berpendidikan tinggilah jugak. time kita mengajar kat depan, tido perkara biasa, cakap2 kat belakang, perkara biasa, mintak entend dateline hantar assignment, selalu. kalau dalam kelas lab komputer, tengah mengajar kat depan, FB yang di bukak. tak bagi bukak kat PC/laptop, dibukaknya kat handphone. bila berjalan sambil mengajar, terussssss disembunyikan handphone bawah meja. pernah juga diperli dan dipersalahkan sebab katanya KITA yang fail kan dia sampai dia takleh nak grad pada tahun sepatutnya. kelas jarang hadir, suh jumpa taknak jumpa... kita jugak dipersalahkan... kes jasad takde, tapi attendance bertanda tangan pulak, setiap semester mesti berlaku. bila tanya masing2 tak mengaku. dalam kelas, kalau boleh nakjadi kan two way communication, supaya terbuka sikit minda. tapi bila tanya, semua membisu. panggil nama sorang2, bahu yang diangkat. meniru dalam assignment? banyak jugaklah. mujurlah ada software turnritin tu. bila kata kene potong markah sebab meniru assignment, dijawab balik kata tak sepatutnya kene potong markah,sebab tu bukan kelas bahasa. higher level punya thinking kan.
masa jadi felo, tertangkap seorang pelajar berdua2an dalam kereta pada pukul 12 tengah malam, katanya dah kawin, kita punya percaya, sebab bila tepon kawannya, kawannya kata dah kawin. bila soal siasat, mana ada kawin. peliknya, bila kita tanya, kenapa tak mengaku, dengan selamba dan senyum sumbing dia menjawab "saja". tahan jelah sabar masa tu.
kalau student international, lagi ganas. tak puas hati, bukan ke dekan, tapi terus ke NC buat laporan (
seorang rakan dari uni lain cerita). yelah, depa bayaq mahal. concept yang depa pegang, "customer is always right".
zaman sekarang ni, demi nak jaga rating uni, lecturers pun kene nilai ngan students. so, takleh nak marah2 sangat, takleh nak denda2 sangat, markah takleh nak kedekut sangat, karang dapat markah sikit. mulalah dapat surat dari uni suh improve teaching. kadang2, mengeluh jugak pasal students ni. dah masuk uni, tapi macam taknak belajar pulak. ada masalah, bukannya nak cerita ngan kita. tak datang sampai kene bar exam (
kol tak angkat, tanya kawan2, taktau dia dimana), lepas tu, muncul tetiba, mintak tarik balik bar exam tu baru nak cerita ada masalah. dah buat surat mintak tarik balik bar exam, tau2, kita pulak yang dapat surat amaran dari pihak atasan, mintak berhati2 dalam melaksanakan tugas (
nilah aku namakan sebagai lilin membakar diri). kalau tak bar nanti, attendance kosong, berpeluh jugak menjawab soalan auditors ISO, kenapa tak ikut rules uni (
kurang 80% attendance, kene bar). nilah masalah bila kita kesiankan student. tapi, student akan jawab "ada aku kesah?????"
banyak juga kes yang best dan tak best yang nak cerita. tapi lupa, almaklumlah, STML (
short term memory lost). karang dah post entry ni, baru teringat...
bakul kedua: research
YANG BESTNYA: time idea mai nak nulis proposal, fuh!!! dua tiga proposal siap untuk dihantar dimana2 geran yang ditawarkan. bila dah dapat, alhamdulillah. dengan buat research nilah, ilmu makin banyak kita tau. lagi2 bila kita buat collaboration dengan bidang lain atau uni lain. banyak jugak ilmu yang diperoleh. mulalah nak teroka bidang tersebut sampai jadi pakar rujuk. kadang2 kita belajar dengan research team yang buat research sekali tu. free jek blajaq, takyah nak amik courses lagi. bila dah ada ilmu dalam bidang baru, kita teroka, idea mesti datang nak buat proposal baru. pastu buat team baru. selain tu, bolehlah jugak paham bila orang cerita ngan kita. nak bagi idea pun, senang. dengan research ni jugak, kita boleh menjadi supervisor untuk master atau phd. tau2 dapat dah students. ha, kan dah boleh memenuhkan KPI yang kene ada penyeliaan pelajar sarjana dan phd. otomatik boleh ada.
TAK BESTNYA: orang yang passion dalam membuat research ni dan pandai menulis, mmg takde masalah. yang jadi masalah, bila tak reti nak menulis proposal yang menggunakan ayat yang 'catchy' (
macam aku), mmg masalah besar. yelah, macam aku cakap dalam entry sebelum ni, geran research semua di'park' kan dekat MOE. nak kene berebut dengan orang lain. kemudian, kata seorang pengomen dalam entri yang lepas, dapat geran mmglah best. penuh KPI. tapi, nak dapatkan student untuk bantu buat research tersebut jadi masalah. walaupun dah announce melalui rakan-rakan, akan dibayar elaun, tapi jenuh jugak nak dapatkan student tersebut. tu blom masuk student yang di bawah kita tu melarikan diri sebab dapat kerja lagi bagus atau tensen sebab nak siapkan projek kita tu (
kesian kat kawan aku sorang tu. terkontang kanting nak setelkan projek dia bila student dia lari sebelum sempat siap).
bakul ketiga: penerbitan
YANG BEST: as I said in previous entry, bakul ni nak penuhkan agak mudah jugaklah especially yang dah ada research ni. pastu, carilah conferences kat luar negara atau dalam negara. kalau rezeki, terkena dengan bidang kita, bolehlah merasa p luaq negara dengan pembiayaian geran penyelidikan yang kita dapat. Jangan kata langkawi, JB, Singapore, negara2 dalam benua Asia atau sejauh benua Afrika, Antartika (
eh, ada ke yang penah sampai sini), Andalusia, Australia, New Zealand, US dan sebagainya, bolehlah kita buat lawatan sambil belajar. lepas conference kat sana, bolehlah jalan2 tengok negara orang. bila lagi kan? free plak tu. dari penginapan, penerbangan, sampailah ke yuran penyertaan, semua free. DENGAN SYARAT (
kelulusan ketua jabatan pun kene ada, kalau ketua jabatan tak lulus, takleh nak p jugak), duit kat geran penyelidikan tu tak habis lagi. kalau habis atau takdak geran, maka, kenelah apply kat uni untuk pergi conference. kalau macam kami di sini, ada certain peratusan daripada keseluruhan bayaran yang kami kene bayar sendiri dan uni bayar baki peratusan tersebut bergantung kepada gred. yelah, kesian jugaklah pada mereka yang tak dapat geran, tapi nak kene gak fulfill bakul penyelidikan ni.
daripada bakul research nilah jugak lahirnya pelbagai penerbitan jurnal, pengkomersilan, pengantarabangsaan dan sebagainya. kalau kat uni aku ni, mmg ada insentif khas bagi mereka yang berjaya menerbitkan jurnal. ada juga uni yang tawarkan hadiah wang tunai kalau dapat pingat emas atau perak atau gangsa dalam mana2 exhibition (
uni mana, tak pasti, sebab aku kedengaran sahaja). kira ilmu kita dapat, nama kita dapat (
dalam jurnal atau penerbitan lain), harunmkan nama uni, insentif kita dapat dengan hanya research yang kita buat. Insentif tersebut bagi menggalakkan lagi penerbitan jurnal tersebut, sebab kita dah macam menaikkan nama universiti (
nama kita dan alamat kita ada dalam jurnal tersebut). secara tak langsung, akan ada potential student yang cari kita untuk buat phd. sort of marketing yang kita buat untuk uni lah. so, since kita dah promote uni, maka uni akan bagi insentif lah pada kita... ha, lebih kurang camtu... dalam masa yang sama, mungkin jugak ada govt yang cari kita bantu dorang buat research dan perundingan (
macam seorang rakan aku dapat perudingan untuk buat sistem .........). kan dah gelemer tu? taknak gelemer? so, dengan research sahaja, banyak KPI kita boleh achieve. btollah kata seorang pengomen dalam entri yang lepas yang kata kerja lecturers ni boleh jugak jana income. ada member aku cerita, sorang prof di tempat dia bekerja, jurnal prof dalam setahun tu, dah hampir cukup cover untuk satu KPI uni. hebat sungguh...
TAK BESTNYA: yang best kat atas tu, semuanya BERGANTUNG KEPADA UNIV MASING2.. ada sesetengah uni TAK bagi apa2 insentif, lagi2 kalau penerbitan tersebut takde impact factor, ISI, SCOPUS, Q1, Q4 dan sebagainya. of course lah, nak ganjaran, kenelah keje kuat. since penulisan tersebut memerlukan pelbagai references, maka jenuh jugak nak perah idea nak menulis. macam aku cakap, kalau tulis ikut hati dan perasaan, senang jek. tapi bila nak menunjukkan kematangan fikiran dalam akademik ni yang agak payah nak perah (
alah, santan pun nak perah payah woooo). tulis lima baris, padamnya empat setengah baris. tulis lima muka surat, padam2 tinggal dua muka surat. bila nak siap???? member aku, siap tanya,
"jep, camana nak dapat idea menulis ni???"
jawab aku, "kalau tulis blog, aku boleh bagi tips, kalau tulis jurnal, ko tanya ngan orang yang salah..."
bila dah tulis jurnal, hantar, JARANG sekali nak accept terus. paling bagus pun, kene ubah mengikut komen yang diberi. kene reject, jangan ceritalah (
hat ni tak dikira sebagai KPI ye)... banyak kali (
pengalaman kawan aku ye, aku baru tulis dua, tu pun taktau apa cerita). dahlah jenuh nak amik masa menulis, bila kene reject, terus down giler. merajuk taknak tulis dah. tapi merajuk kejap jelah, nak taknak, kene jugak tulis, ate, dah termaktub dalam buku KPI. ikut jelah... kalau aku punya markah untuk jurnal ni, mmg kosong. takpe, tampung dengan benda lain. monograf ke (
tak edit lagi ni, tak reti nak jadikan bentuk monograf), chapter in book (
baru separuh muka, aiyaaa.... lembab btol aku ni), LO (
banyak dah ni, tapi semua bahasa inggeris yang hanya di fahami oleh AKU sendiri, almaklumlah, english masih gagap tegar). walaupun tak banyak yang dikira untuk KPI, takpelah, janji ada. daripada kosong je kan????
bakul seterusnya: khidmat masyarakat:
ok, yang ni takdelah masalah sangat. rasanya bila buat khidmat masyarakat ni, memang kita yang nak kan... koman2 pun, jadi AJK peringkat pusat pengajian. so, aku takde bahan nak cerita. sebab nampak, bila buat khidmat masyarakat ni, semuanya best (
sebab aku suka)
bakul akhir: pentadbiran
YANG BESTNYA: mengajar kita menjadi seorang pemimpin dan dalam masa yang sama, bolehlah masukkan dalam CV tuk kenaikan pangkat. selain dapat elaun untuk jawatan2 utama uni. menambah jugak contact2 person dalam buku telefon kita.. senang kalau tetiba kita ada apa2 perkara, masalah ke kan, adalah orang kita nak rujuk... takdelah terkontang kanting sorang2 selesaikan masalah sendiri. {senyum}
TAK BESTNYA: nak control manusia ni, amat100x lah payah. kadang2 kita buat keje, dia kata kita tak buat keje. nak bagi arahan yang kita sendiri tak berkenan, kita sendiri yang dapat arahan tersebut. bukannya tak fight dengan pihak atasan, tapi, pihak atasan pun dapat arahan daripada pihak atas lagi. bila orang bawahan tak buat, kita jugak kene bambu ngan pihak atasan kita. sebab tu, kalau boleh aku elak nak jadi admin jawatan utama uni ni. kita kat tengah2, kene lenyek dengan orang 'bawahan' dan juga orang 'atasan'... huhuhu... mujurlah depa consider juga admin untuk jawatankuasa2 pusat pengajian. amik yang ni pun dah ok. eh, saja nak gtau. alhamdulillah, kawan2 aku yang berada di "bawah" aku, semuanya ok2 belaka. mintak tolong, laju je jalan kejenya... {senyum}
------------------------------------------
ada jugak yang aku nak cerita secara umum ye... best ngan tak bestnya menjadi pensyarah.
Sambung belajar
YANG BESTNYA: kalau gov staff yang lain, bukan main payah lagi nak cuti sambung belajar dengan full sponsorship dan gaji dibayar penuh. Rasanya, pensyarah je kot (
sori, kalau ada yang lain dapat skim yang memudahkan untuk sambung belajar) yang ada skim macam ni. pernah jumpa dengan salah seorang staff yang jaga bahagian HLP, katanya, budget untuk pensyarah sambung study, takde limit (
dia kata, okeh, bukan aku). ate, dah mmg kene sambung belajar. dahlah dapat elaun macam2, bergaji penuh pulak tu. lagi best, bila dapat sambung kat ober d c. dapatlah belajar sambil merantau tgk negara orang. ate, dah memang kene sambung belajar, especially PhD.
TAK BESTNYA: proses nak dapatkan kelulusan tu, agak ketat jugaklah bergantung kepada uni dan KPT. kadang2, uni yang kita mintak tuk buat phd tu, bukan ranking terbaik, dah kene reject application kita. kene mula balik proses nak establish connection dengan potential SV yang lain. kadang2 IELTS tak lepas, dah kene amik berkali2 (
aku kene amik dua kali, baru lepas, itupun kali kedua tak lepas dengan preferred uni aku. terpaksa go for second preferred uni - ni yang terbaik kan?? ada pulak sorang member aku, EMPAT kali kene amik. tu pun tak lepas gak syarat KPT nak).
tu proses nak buat phd, masa buat tu, jangan ceritalah. lagi banyak dugaan, onak, ranjau dan durinya (
kalau nak cerita pengalaman, perlu satu lagi entri lain). taknak buat, mmg kene buat, so kenelah harung jugak kan segala proses tu...
Kenaikan pangkat
YANG BESTNYA: dapat phd, terus naik kanan (gred 52). TAPI, bergantung jugak kepada admin universiti dan sokongan ketua jabatan masing (
ada member dari uni lain, dapat phd setahun lebih dah, tapi tak dapat lagi kanan, pulak tu, bukan kira dari tarikh dianugerahkan phd, dikira dari tarikh meeting senat uni).
TAK BESTNYA: KPI bertambah berat. ate, dah gaji beso, workload keje pun kene besorlah. semua kene ada dalam peratusan yang berbeza. dari pengajaran, penyeliaan (
pelajar praktikum, master dan phd), penyelidikan, penerbitan, kepimpinan dan pentadbiran, pengiktirafan akademik, seminar, perundingan sehinggalah kepada sumbangan kepada uni serta masyarakat. kalau dari 45 nak naik ke 52 tanpa phd, agak payah sikit. ada sorang lecturer yang senior, nak naik ke 52, amik masa berbelas tahun sebab takde phd. nak aim prof madya, lagilah kene banyak penerbitan. susah senangnya penerbitan, bacalah kat atas balik.
orang kata, apa susah nak naik 52? buat jek phd, dapat terus kanan. kalau nak tau betapa SENANGNYA buat phd tu, cubalah buat. jangan tanya kat orang perseorangan, tak seswai, sebab phd ni, lone ranger. SV hanya tunjuk jalan sahaja. yang lain, semua dari kita sendiri. macam2 dugaan. aku??? alhamdulillah, dipermudahkan dalam phd. tapi dugaan dalam bentuk lain pulak.
Waktu kerja
YANG BESTNYA: kalau kat tempat aku ni, waktu kerja adalah fleksibal. janji masuk kerja. kira sekali jelah touch in. kalau nak touch out pun, boleh jugak. reason nya, keje lecturer bukan waktu mengajar sahaja, ada yang nak kene buat perundingan kat luar, ada yang kene buat khidmat masyarakat kat luar, bagi ceramah kat luar, kene jaga exam waktu malam, buat proposal tak kira waktu, marking assignment, seminar kene hadir, kelas malam dan sebagainya. kalau dulu, masa aku amik kelas waktu malam (
3 jam direct seminggu), memang aku datang lewat sikit. mujurlah jadi felo. so, bolehlah balik umah sat, sebelum g kelas. again, it depends on the uni.
TAK BESTNYA: nak kene kuat iman dan pegangan. keje mesti buat, jangan datang touch in, pastu terus balik. duit gaji tak berkat. jenuhlah nak peringat diri sendiri.
persekitaran kerja dan hal-hal lain (ke lain2 hal???)
YANG BESTNYA: bergantung kepada uni juga, setiap pensyarah ada bilik sendiri. so, bolehlah bawak sepersalinan baju. kot2lah nak mandi lepas aktiviti ke kan... pastu, agak2 pening kepala, tutup sat pintu bilik, pastu rehatkan diri. agak2 demam, takleh nak mc sebab ada kelas, bolehlah berehat sekejap sebelum dan selepas masuk kelas. ada jugak uni yang bekalkan laptop seorang satu untuk kegunaan pengajaran dan sebagainya bagi pensyarah. best thing is, aku sentiasa membayangkan bahawa kerjaya pensyarah ni sebagai salah satu multilevel pahala. ilmu berkembang biak melalui pengajaran, penyelidikan dan penerbitan. bayangkan student yang kita ajar tu menggnakan ilmu kita, kemudian dia ajar pula pada yang lain... dan seterusnya... cara tu jelah nak dapatkan pahala free, ye dak? macam sedekah...
TAK BESTNYA: erm.... erm.... macam takleh nak pikiaq apa tak bestnya... erm... erm... apa ek? tahlah... setakat ni, aku suka jek ngan keje ni... maybe sebab tu aku takleh nak pikiaq apa yang tak bestnya...
tulah serba sedikit catatan ringkas (
katanya) yang tidak menggunakan sebarang references melainkan pengalaman yang sedikit dan bila berborak dengan kawan2 sepensyarah... aku MOHON MAAF banyak2, kalau tulisan aku ni, ada yang tak kena dimata kalian, terutamanya, pensyarah yang tak sama pendirian ngan aku (
aku rasa senang, dia rasa susah). aku pun, bukan bertujuan nak menunjukkan aku ni ilmunya tinggi (
intellectual level katanya), tapi just nak share susah senang best tak best jadi pensyarah ni based on my OWN OPINION. kalau ada yang nak buat nasi tambah, silalah komen.
harap2, bila dah senaraikan best dan tak best ni, orang tak misread aku punya cerita tentang kehidupan ni. takkan nampaklah aku merungut, sebab aku dah bagitau best dan tak bestnya jadi pensyarah ni... mehlah ramaikan komuniti pensyarah ni.... baru adil bila cerita best dan tak best sesuatu kerjaya, kan????
tuanpunyablog:
kalaulah idea aku menulis buku ngan buat proposal serta penulisan research macam ni, kan bagus... huhuhuhu...