Sunday, 22 July 2012

Widgets

sains pemutusan??? apa tuh????

assalamualaikum warahmatullah...

selamat berpuasa semuanya... harap2, ibadah bulan ramadhan di tahun ini akan menjadi lebih baik dan hidup korang sentiasa dalam limpah rahmat Ilahi hendaknya... aamiiinnnnn....

semenjak keluarnya keputusan UPU dua minggu lepas, adalah seorang bapa kepada bakal pelajar yang telah terplih untuk mengikuti program pengajian kat skul aku ni... i.e. sains pemutusan, telah menelefon aku... aku dah agak dah, sebab sebelum aku p ngaji, tahun 2006 atau 2007 kalau tak silap, bila lepas jek keluar keputusan UPU, adalah dua tiga orang yang akan tepon opis SQS (School of Quantitative Sciences) untuk bertanyakan apakah itu sains pemutusan. kengkadang jenuh jugak nak jawab berkali2... sebabnya, soklan yang sama dikemukakan... yaa'ani, apa itu sains pemutusan dan apakah kerjaya yang boleh diceburi kalau dapat sains pemutusan ni... disebabkan ramai yang bertanya (walaupun yang tepon aku sorg, aku rasa, lebih ramai lagi yang tertanya2 apa itu sains pemutusan... tak mintak, camana leh dapat? even yang menulis dalam pilihan UPU, UG22, pun tak tau apa itu sains pemutusan... main masuk jek sebab nak completekan 8 pilihan uni), maka aku memblogkan apa itu sains pemutusan. sekurang2nya, ni bolehlah jadi promo kepada kami, sebab setiap tahun, student kami, kebanyakkannya dipilih oleh kami... bukan mereka yang pilih kami... huhuhu... kesian kan????

oklah... nak mukaddimah panjang, karang ada pulak yang boring membacanya... back to the main topic...

sains pemutusan ni sebenarnya adalah maksud BM daripada perkataan English, decision sciences. kalau kita tgk makna tersirat daripada perkataan english tu, dah boleh tangkap apa tumpuan kursus ni... apa dia murid????

ya.... betul... pandai korang (tetiba leh terjadi macam cikgu pulak... padahal taktau apa yang korang jawab)... iaitu, sains pembuatan keputusan. tapi, bila kita translate betul2, nampak tak catchy pulak... sebab tu, amik sains pemutusan, dasar perkataan putus... alah, kita kan selalu guna kata putus... yang membawa maksud keputusan... so, jadila pemutusan. sapa yang beri nama ni?

berdasarkan sejarah yang sedikit aku ketahui daripada senior2, kursus ini merupakan kursus yang pertama ditawarkan di IPTA malaysia. kalau kat US, kursus ini dikenali dengan industrial engineering, atau management sciences. sebab apa diberi nama unik camtu?

sebabnya, nak cepat dapat kelulusan daripada KPT untuk tawarkan kursus tersebut... sekali hantar dah lulus, sebab namanya unik n takde lagi IPTA yang tawar program ni (alamak, kalau salah, jangan saman aku)... dulu, masa aku majoring pengurusan maklumat masa aku amik program IT, aku belajar jugak sains pemutusan ni. tapi, satu subjek jelah... terus jadi minat... daripada satu subjek, terus ditawarkan menjadi satu program pengajian. kursus ni start ditawarkan di UUM masa tahun kemasukan Jun, 2000, kalau tak silap aku... dah lebih sedekad kursus ni ditawarkan... mana pulak kursus baru... la ni, dengar cerita, ada jugak IPTA lain yang tawarkan kursus ni... tapi maybe nama yang berlainan. dengar2 jelah... taktau betul ke idok...

sebenarnya, program sains pemutusan ni, adalah program yang mengajar bagaimana kita boleh menjadi penganalisa setiap alternatif keputusan yang ada, menggunakan logik sains, iaitu, matematik, statistik, operational research (bidang yang glamer kat UK), ICT dan juga logik2 lain. kalau dalam management biasa, untuk pembuatan keputusan, biasanya kita akan gunakan kualitatif, iaitu berdasarkan kepada akal dan logik semata2, serta intuitif... tapi, kursus ini menekankan teknik2 yang digunakan untuk membantu manager kita buat keputusan.

ada banyak alternatif, kita guna teknik2 pembuatan keputusan, kemudian, kita cuba buat model dengan situasi yang sama dengan masalah tadi, kaji dan nilai alternative, bagi tau buruk baiknya setiap alternatif kepada bos kita, seterusnya, biarkan dia yang buat keputusan nak amik alternatif mana... ok? bleh paham takat ni?

contoh masalah yang perlu decision analyst seperti korang2 yang telah terpilih untuk masuk ke program sains pemutusan ni;

1. di satu-satu universiti, ada lebih kurang 2000 subjek ditawarkan setiap semester untuk diambil oleh lebih kurang 20,000 orang pelajar. macam mana kita nak pastikan, bahawa setiap pelajar tidak akan clash jadual waktunya sebab setiap pelajar ada yang amik subjek wajib uni, wajib skul, serta elektif?

2. ada 10 orang pekerja yang mempunyai kebolehan yang pelbagai. macamana kita nak assign pekerja2 ini, berdasarkan kepada kebolehan mereka dengan tugasan yang ada? camana nak bagi adil pada setiap pekerja?

3. macam mana kita nak pastikan bahawa posmen yang menghantar surat mempunyai jarak yang sama (supaya adil), kos yang rendah, jalan tidak berulang dan sebagainya?

4. macam mana kita nak pastikan bahawa berdasarkan sumber2 yang ada, berapa banyak kos yang dapat kita jimatkan serta kadar keuntungan yang akan diperoleh, serta macamanan kita nak predict demand sesuatu barangan yang telah dikeluarkan?

5. macamana kita nak enhance operasi sesuatu syarikat pengeluaran sekiranya mereka mempunyai sumber2 yang terhad?

6. macam mana nak susun jadual kelas sekiranya saiz sesuatu kelas, bilangan kelas bagi setiap subjek, jumlah pensyarah yang ada bagi setiap pusat pengajian berbeza?

rasanya cukup jek kot aku bagi contoh2 masalah di atas. banyak lagi sebenarnya....

antara subjek2 yang akan korang belajar, maths diskrit, aljabar (bukan mesin aljabar yek), kalkulus (subjek paling aku tak suka, sebab tu dapat C jek), statistik, probability, research methodology (opkos, nak jadi decision analyst, kenelah banyak buat research), programming (nak bantu korang develop system yang boleh sokong pembuatan keputusan), data mining (ada banyak data, senang sikit nak predict apa akan jadi masa depan), teknik2 pembuatan keputusan (banyak sangat teknik2 yang digunakan, jenuh aku nak nulis) dan tidak ketinggalan subjek2 yang wajib amik seperti kenegaraan, tamadun islam, keusahawanan, etc (supaya korang btol2 jadi 'orang')....

ni nak cerita pasal kerjaya dalam bidang ni pulak... sebab ramai beno yang tanya, takut tak dapat kerja... jawapan aku senang jek...

secara dasarnya, asal ada syarikat yang deal dengan masalah dan beberapa alternatif keputusan, bolehlah kita kerja kat sana (ada ke kampeni yang tak pernah ada masalah dan tak pernah deal dengan pelbagai alternatif keputusan.... kan????)...

kat banking boleh (risk managment terhadap pelaburan yang dilakukan),

kat insurans (cara nak jaga pelanngan supaya tak lari ke kampeni lain, risk management) boleh,

kat production kilang boleh (predict berapa banyak keluaran, keuntungan , kos, sumber etc),

IT based boleh (buat sistem yang menyokong pembuatan keputusan),

audit firm (pembahagian tugasan dengan orang perseorangan supaya adil) boleh,

kat JAKIM boleh (predict camana nak majukan ekonomi islam),

kat jabatan kerajaan boleh (camana nak nilai sesuatu polisi itu berkesan atau tidak, contohnya, pencen 60tahun),

kat sekolah boleh (camana nak susun jadual kelas, atau jadi cikgu maths),

kat tesco (camana nak pastikan line kaunter pembayaran tidak terlalu panjang nak elakkan pelanggan lari),

kat ptptn boleh (camana nak buat unjuran pendapatan supaya lebih ramai org leh buat pinjaman),

kat pejabat pos boleh (macam masalah kat atas tu),

dan banyak lagi... jenuh aku nak pk n taip...


tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......

kenelah pandai bawak diri serta promot diri sendiri... cerita apa yang telah dipelajari n camana nak apply pada satu2 masalah dalam syarikat yang kita pilih.

ini, kalau dah belajar sampai sem 6, bila tanya apa yang dah belajar, apa yang boleh apply, teragak2 nak cakap, camanalah nak dapat keje. even kalau lulusan medical DR atau pharmacist pun, kalau tak reti atau tergagap2 nak bercakap apa kesan ubat terhadap pesakit, camanalah hospital nak amik keje... kan????

sebab tu, aku selalu cakap pada student2 final sem...

masa nak buat resume n nak apply keje, cuba senaraikan projek2 yang telah dibuat, dari sem satu sampai sem 6... pastu ceritakan teknik apa yang korang buat, masalah apa yang korang buat... biarpun projek setiap subjek taklah sebesar mana, tulis jek (mana depa nak tau kan, kalau korg tak cerita).... ceritalah yang menampakkan bahawa kita ni, boleh bantu dia untuk macam2 perkara... termasuklah dalam pemilihan kopi untuk diminum dan pemilihan kertas untuk dibuat conteng2 (jimat sumber).... tu kalau takde idealah nak cerita apa itu sains pemutusan.

what ever it is, pasal kerjaya ni, nasihat aku, toksahlah nak pikiaq dulu.... ada 4 tahun nak blajar apa tu sains pemutusan... apapun, semuanya bergantung kepada rezeki kita...

kengkadang, orang yang ada engineering degree pun jadi pelakon... orang yang ada ada degree master dalam law jadi tukang masak... orang yang ada phd dalam construction pun jadi counselor... ada sorang x-student sains pemutusan, jadi producer la ni... antara terbitan video clip dia, najwa latif (hat ni jek aku kenal, hat lain, tak kenal)... ditanya aku, apa yang dia boleh apply sains pemutusan dalam penerbitan video? jawapan aku, ketelitian untuk cut paste, edit tu boleh apply dalam sains pemutsuan. kan belajar untuk jadi minda analitikal... so, tulah boleh apply (berkerut dahi aku apa boleh diapply dalam production house ni)....

bagi aku, agak2 kalau boleh apply apa yang kita belajar, apply lah... apa yang takleh, takyah pening2 kepala nak apply... mau jadi gila isim nanti...

ok tak penerangan yang diberi ni? harap2 ianya membantulah serta dapat mempromotkan sains pemutusan. so, tahun2 kedepan, takdelah orang tanya lagi...

"SAINS PEMUTUSAN????? APA TUH??????"

12 Julai 2017

entry ni aku edit sikit masukkan senarai nama jawatan dan company yang alumni kami bekerja. yelah, kenalah bagi bukti apa yang aku cakap ni. nak tunjukkan, graduan sains pemutusan boleh masuk dimana2 bidang dengan syarat pandai "jual diri".

kalau amik accounting, jawatan dia accountant, kalau amik medic, nama jawatan doctor, kalau amik engineering, jadi engineer. tapi... bila amik sains pemutusan ni, aku macam payah nak bagi nama jawatan khusus. sebab ada banyak sangat nama jawatan dan depends kepada department mana depa duduk.. jaranglah ada company buh nama jawatan decision scientist... masa nak kene jumud program ni (sebab tak ramai students mintak dalam UPU, nama pelik sangat kot???), geng2 kami terpaksa trace balik alumni kami. hasilnya... erm... rupanya, banyak jugak yang hebat2 kerjanya ek... alhamdulillah... cer tengok gambar di bawah...

nama company dan nama jawatan alumni SQS

aku harap dengan penerangan ni, ramailah akan appreciate "sains pemutusan" tu... harap2 lepas ni, takdelah kata, 

"gelap masa depan dapat program sains pemutusan ni"...


tuanpunyablog: terputus-putus keputusan yang telah kuputuskan untuk diambil...

28 comments:

Anonymous said...

Wah.. Banyak input yg didapati dari hasil karya dr jepp ni..
Bleh print wat attachment dalam resume..
Kot org tanya bleh crita mcm ni..
Tqvm for your valuable infromation..-amira shakira-

Anonymous said...

hahahha..pencen 60 tahun..sape2 dec science bole tlong buat analisis ni.. :P

tuanpunyablog said...

amira: banyak ke? rasa macam sikit jek ni.... nak print? isk... jangan dok buat gila... ni tulisan ala2 sekolah rendah... mau majikan tolak mentah2 nanti... heheheh

tuan/puan aninomus: dah ada yang buat. salah seorang pensyarah diSQS ni... kajian dia dalam phd... :)

Cetul^ La La said...

hahaha,, siapakah produser tersebut?? ;p

iesya zuhada said...

owh..baru taw apa itu decision sc..hihi..

dari prof engku: we observe, we model, we solve!

Anonymous said...

saya raser saya kenal la sangat dengan produser itu...dan salah satu kerjaya saya ade disebut diatas!! yeay... lalala.. ~ifah zuraifah~

Anonymous said...

SOALAN!!
sains PEMUTUSAN ni sama tak dengan sains MATEMATIK???
mna lagi bagus??

tuanpunyablog said...

tuan/puan aninomus: apa beza? saya taktau apa yang ada dalam silibus sains matematik... but i guess, it stress more on theoretical, rather than application... yang decision sc lebih kepada application...

Anonymous said...

erm..by the way sye cik anonymous,bkn pn/tn..^_^..sye tgh konfius nk choose btw sn matematik n sains pemutusan....sye tgh cri apa lebih n kurang both course...thats y sye tnye habis semua org..hehehe..tp pda pndapat TUANPUNYABLOG, sye patut choose yg mane ek??dua2 math n sye suka maths...pning2..~.~

tuanpunyablog said...

cik aninomus: rasanya kalau sains maths tu lebih kepada maths yang pure punya. kalau sains pemutusan ni, separuh pure maths, separuh lagi applications.

Anonymous said...

salam..sy bru dpt intrview bhgn pemasaran..ermmm if dorg tny hbngn pemasaran dgn sains pemutusan..apa y sy perlu jelas kn.. bantu sy..

Anonymous said...

Sya bru dapat tawaran sains pemutusan...tp boleh ke saya bekrja dalam bidang akaun jugak...saya diterima ke

tuanpunyablog said...

adik anonimus: tahniah sebab dapat kursus sains pemutusan. ikutkan kursus, mmg takleh keje untuk buat account specifically, sama jugak macam tak amik law, nak jadi peguam. tapi, sedikit sebanyak tentang pelaburan, risiko dan sebagainya, boleh dipraktikkan dengan pembelajaran dalam sains pemutusan. aspek pelaburan kan masuk dalam akaun???? :)

syahirah ahmad solihin said...

saya sedang amek degree in mathematics technology(operational research).. sains pmutusan ni sama ke mcm OR??? bidang kerja sama ke???

tuanpunyablog said...

waalaikumussalam.. ahah, sama... cuma sains pemutusan ni lebih broad bila kami masukkan elemen IT dalam kandungan kursus sekali...

Anonymous said...

mse kt middlesex univrsity ambk ape ye?

Jepri Zulkepli said...

tuan/puan anonimus;

saya bukan dari middlesex university. saya brunel uni, amik simulation, tapi bawah brunel business school.

:)

firdaus yakob said...

Terbaik Dr jeff..

razak husain said...
This comment has been removed by the author.
razak husain said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Saya xdpt utk upu utk smbung degree....tapi sya wat rayuan mntak kos sains pemutusan ni..mcm best lgipun sya suka bab2 mngira ni..dlu stpm amik eko..harap2 ada la peluang utk smbung degree...harap2 ada kosong lgi kos ni.... Nk sngt smbung blajar..������

Jepri Zulkepli said...

Cubalah. Saya tak berani nak kata ada kekosongan atau tak. Biasanya kekosongan tengok pada pelajar yg tak mendaftar masa hari pendaftaran tu.

saidatul shafini said...

Salam...kos sains pemutusan ni klau pljar bukan dari aliran sains boleh mntak x??

Jepri Zulkepli said...

boleh. kalau matrik, kami lihat pada subjek maths yang di ambil. at least B-. sama jugak untuk STPM sains.

kalau STPM kemanusian/sastera, at least ekonomi atau akaun B-. Dengan syarat SPM credit/kepujian dalam add maths. sebab subjek ni banyak jugak maths. kalau takde basic add maths, payah sikit nak bawa course ni...

saidatul shafini said...

Alhamdulillah ekonomi B- Tpi add maths spm sya lulus ja...klau math A- ...ada harapan x?? Huhu

Jepri Zulkepli said...

Tengok syarat dalam UPU tu. sebab saya tak pasti samada add maths kredit atau lulus sahaja...

saidatul shafini said...
This comment has been removed by the author.
Jepri Zulkepli said...

result rayuan mana keluar lagi. kekosongan tempat rayuan adalah berdasarkan kepada bilangan pelajar yang tak datang mendaftar di sesuatu Uni dan semuanya melalui website UPU serta keputusan akan keluar minggu kedua selepas pendaftaran.

jangan tanya saya camana member awak tu boleh dapat... sebab setahu saya, uum takde sediakan website khas untuk kemasukkan bulan 9.