assalamualaikum,
musim euro ni, aku teringat satu kisah yang membuatkan aku rasa bersalah dengan salah seorang sahabat aku ni...
masa musim piala dunia dulu (tak ingat pulak tahun bila), sahabat aku ni sebuk menampal kat dinding rumahnya dengan jadual perlawanan piala dunia tersebut... maka aku dengan selamba rocknya, menegur beliau dengan berkata:
"Fuiyoooo... siap tampal lagi jadual perlawanan... semua siarannya pukul 3 4 pagi camtu..."
"saja jek tampal..."
"patutnya jadual ni kene tukar... tulis solat tahajjud kol 3 pagi, hajat, kol 3.30 pagi, baca quran kol 4.00 pagi...." kata aku sambil ada unsur2 memerli...
"amboi... hang, perli aku nampak... mentang2lah hang tak minat... aku rasa kalau hang minat, sama jugak macam aku... "
aku tergelak...
tak lama lepas tu, aku cerita kisah ni dengan salah seorang sahabat aku yang lain... sambil gelak2...
"ko ni.... tak elok ko cakap macam tu... ko tau ke apa yang dia buat sebelum atau selepas match tu? manalah tau dia buat solat malam ke, zikir ke... kan??? ko nampak benda yang buruk jek... benda baik takde pulak ko nampak. siap perli2 dia lagi???"
"dia tak tunjuk atau cakap... camana aku nak tau?" kata aku membela diri... sebenarnya dah rasa bersalah sangat tu...
"logiklah sikit ko ni... takkanlah nak bagitau satu dunia dia bangun malam nak tgk bola... sebelum tgk bola tu, dia solat malam n buat amal dulu... sekurang2nya, dia bangun malam tgk bola, mana tau dia buat solat malam... daripada ko, tak bangun langsung... walaupun ko tak tgk bola, tak bangun malam, manalah tau dia buat qiyam dulu kan... ko ni pun... lenkali, nak cakap, tgk2 dulu..."
betol jugak apa yang member aku cakap... aku pun silap jugak... dok tengok keburukan jek... sekurang2nya, dengan adanya bola tu, ada jugak orang buat tahajjud, hajat etc... dalam setahun ada jugak buat... hat aku??? NAN ADOOOO...
teringat kisah seorang sahabat yang sanggup berhabis duit sebab nak beli no plat... di letakkan dalam status FBnya... maka, ada seorang kalangan kawan2nya mengomen...
"daripada beli benda2 yang tak berfaedah, baik bagi duit tu kat golongan miskin, yatim piatu etc, dapat jugak pahala..."
kemudian komen berikutnya yang dipos kan oleh seorang sahabatnya yang lain (lebih kurang);
"biarlah dia nak buat apa pun dengan duit dia tu. kita bukan tau tah2 dah berjuta2 RM dia sedekah... cuma dia tak nak bagitau... karang bagitau, ada pulak yang mengata, menunjuk2, riyak etc... bagi kita, mungkin tak berfaedah... tapi bagi dia, puas hati bila dah dapat benda tu... samalah macam kita, beli kereta macam sebesar bas, handbag prada, gucci, etc, rumah sebesar alam, moto besar, ubah sana, ubah sini, sampai sanggup habis beribu berjuta ringgit... janji puas hati kita dapat benda tu... ikutkan rumah sekecil lubang kubur, kereta sekecil keranda, handbag plastik, moto kapcai pun dah cukup kan? tapi sebab kita nak hidup dalam kepuashatian, kita beli semuanya besar2 belaka... kenapa tak kita TAK SEDEKAHKAN jek duit yang kita gunakan tu, kan?
sangka baik bro... jangan cepat menilai orang..."
terkesima membaca pos komen sahabat kepada sahabat aku tu... sebabnya, pada mulanya aku pun sama seperti komen yang mula2 tadi...
komen orang macam2, tapi sebenarnya,
meludah ke langit, terkena muka sendiri...
tuanpunyablog: nak senang, tak nak kaya... kaya tak semestinya senang, tapi kalau senang, mesti kaya kan??????
Saturday, 30 June 2012
Friday, 15 June 2012
M (dot/titik) Kala
assalamualaikum,
dua minggu lepas (nak cerita lama dah, pastu, bz dengan macam2 kerja, terpaksa ditangguh sekejap), aku dengar sinar (biasalah, jiwa lama kan) masa on the way p keje. kisah yang dibincangkan pada pagi tu ialah pasal nama samaran. paling best aku dengar nama samaran, dobot. hasil daripada peninggalan seekor kucing. atuk dia yang panggil. nama bukan main sedap, pastu satu kampung kenal dia ngan nama dobot. tapikan sedap jugak nama tu... unik...
aku ni banyak jugak nama samaran... arwah atuk penah bagi... tapi tak melekat. bagsu jugak tak melekat, sebabnya, kalau orang cina dengar atuk aku panggil aku, kompom korang tergelak besar. sebab maksudnya jadi lain... tapi dalam banjar, maksudnya lain... lupa pulak apa maksudnya. apa atuk aku panggil? hanya aku dan adik beradik aku jek yang tau... nway, nama yang samaran yang melekat sampai sekarang, awi. aku taktau camana dapat nama tu... maybe atuk atau nenek aku bagi jugak kot. lupa dah mana dapat nama tu. kelakar jugak, sebabnya, aku teringat pasal nama awi nilah, ramai kawan2 aku yang masa datang umah aku untuk kenduri kawin, cerita...
"ingatkan dah salah rumah... sebab bapak ko kata, makan dulu ye, awi tak sampai lagi..."
aku sebenarnya nak cerita perihal seorang kawan aku ni... pasal nama samaran jugaklah. tah, bila dengar jek pasal nama samaran ni, terus ingatan aku pada kisah ni...
masa kami ditingkatan tiga (ada beberapa orang yang aku rapat sampailah la ni - dah hampir 20 tahun kami bersahabat baik), kami selalu jugak diundang oleh seorang abg ni untuk tidur dirumahnya. selalunya, masa bulan puasa lah... masa bulan puasa, kat SAMTTAJ mmg dibenarkan untuk balik setiap minggu. maka, hari jumaat tu pun, kami ke rumah abg tu... kami panggil abg tu, dengan panggilan kanda rofol. sebabnya, rambutnya yang ikal. biasalah, aku sendiri depa panggil burung, sebab kurus sangat... senang terbang katanya...
biasalah, bila nak kerumah orang tu, kenelah beli apa2 buah tangan tuk diberi kepada tuan rumah. jadinya, sampai ke kelang, kami pun singgah kat kedai buah untuk beli buah...
"kita beli buah epal ok tak?" tanya aku.
"kita kene beli buah yang kita nak makan..." jawab seorang sahabat aku.
"apsal pulak?" tanya aku balik...
"yelah, nanti buah tu dia akan hidangkan tuk kita jugak. kita jugak yang makan. jadinya, kene amik buah yang kita nak makan lah..."
Chettttt!!!!!! punyalah tak ikhlas nak bagi buah... biasalah, budak2 tak matured lagi... lelaki kan lambat matured...
selepas berbuka puasa, kami pun ikut kanda rofol ke surau belakang rumahnya... indahnya suasana kampung... suka sangat. lepas lapan rakaat (surau tu buat 20 rakaat) kami pun pulang ke rumah kanda rofol. sebelum tdo, kami dok sembang2 dengan kanda rofol. sahabat kami yang sorang ni, sedang membelek sekotak kaler kat atas meja tulis...
"M. (dibaca m dot) Kala (sebut kaler)??? eh, abg ............, adik abg yang mana nama MOHAMAD KALER?"
"mohamad kaler? eh, mana ada?" jawab kanda rofol.
"ni, kat sini tulis, M.Kala.."
"meh sini, aku tengok... " aku pun cuba amik kotak pensil kaler tu kat daripada sahabat aku ni...
"M.Kala... erm.... Magic Kala la... bukan MOHAMAD KALA. ni kan kaler magic.." kata aku spontan...
maka, terhamburlah gelak kami sampai berair mata... sampai sekarang, adakalanya, kami panggil sahabat tu dengan panggilan mohamad kala...
tuanpunyablog: sedih bila terdengar berita salah sorang sahabat kami kehilangan ayahnya pula... yatim piatu sudah sahabat aku sorang tu...

Posted by
Jepri Zulkepli
Subscribe to:
Posts (Atom)