Monday 16 April 2012

Widgets

lembu punya susu, kambing dapat nama....

assalamualaikum....

post ni adalah berkaitan dengan post yang sebelumnya...

------------------------------------

Di sebuah institusi pendidikan, telah diadakan satu mesyuarat untuk berbincang mengenai pembangunan aplikasi jadual waktu peperiksaan. oleh kerana student yang makin bertambah, pembinaan aplikasi jadual waktu peperiksaan secara manual amat2 meletihkan...

TP (Tuan Pengerusi): OK, saya mencangkan agar kita outsource jek aplikasi tersebut. sekarang ni, dah banyak sangat org bangunkan aplikasi tersebut. cuma agak mahal lah sikit...

SA (Sahabat aku): TP, saya rasa, apa gunanya kita di jabatan ini yang mahir dalam pembangunan aplikasi... saya rasa, daripada kita membazir, lebih baik kita bangunkan sendiri. kita dah ada banyak jugak open source yang boleh kita gunakan. jadinya, boleh juga kita menjimatkan duit kita. dan boleh juga apply sebagai research...

TP: bagus juga tu. apa kata, saya tugaskan awak dan beberapa orang yang boleh membantu awak untuk bangunkan aplikasi tersebut...

SA: OK... insyaAllah saya akan laksanakan....

setelah ditugaskan, maka bermulalah pembangunan aplikasi tersebut dengan SA ini sebagai salah seorang ahli kumpulan. fasa pertama berjaya dibangunakan, dan gunakan di salah satu fakulti sebagai prototype.

tidak lama kemudian, SA terus menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi DALAM NEGARA. kerana sudah dapat SV yang mengoffer diri untuk menjadi SV nya, maka pelawaan SV tersebut tidak di tolaknya...

pada suatu hari, SA menerima satu sms daripada salah seorang rakannya yang bekerja difakulti yang sama dengan SA tersebut. Sms tersebut berbunyi seperti berikut:

'TAHNIAH ENCIK SA. SISTEM YANG SA BANGUNKAN TU, DAH DIGUNAKAN DISATU UNIVERSITI...'

maka, SA pun terkejut. macam mana pula dia tidak diberitahu tentang perkara tersebut sedangkan sebelum ini, dia terlibat secara langsung dalam pembangunan aplikasi tersebut, daripada pencarian, pembangunan sehinggalah pemasangan. risik punya risik, rupa2nya;


- SISTEM TERSEBUT TELAH MEMENANGI (EMAS) ANUGERAH INOVASI PERINGKAT NEGERI
- AHLI TELAH BERTAMBAH DARIPADA 4 ORANG MENJADI 8 ORANG, TIDAK TERMASUK SA INI...
- SEMUA YANG TERLIBAT (TIDAK TERMASUK SA) TELAH MENDAPAT PELBAGAI INSENTIF, TERMASUK KENAIKAN GAJI, PANGKAT, SURAT PENGHARGAAN DSB...


SA cuba mencari sebab kenapa namanya digugurkan daripada senarai tersebut... maka jawapan yang diperolehi ialah....

'....... kerana tidak MENYUMBANG DAN TERLIBAT DALAM PRESENTATION semasa pertandingan inovasi tersebut....'


persoalan yang bermain diminda SA;

1. bukan sambung mengaji kat luar pun... dalam jek, cuma berbeza negeri...
2. kenapa tidak dipanggil padahal tau dimana SA berada... bukannya zaman dulu, nak kol pun payah sebab ada fixline jek... la ni, HP dah macam kepeluan, bukan simbol kemewahan...
3. kalau dipanggil, confirm dia akan pergi turut serta...

-------------------------------------------------

buat SA, aku doakan kau agar sentiasa dalam rahmat Allah dan menjadi yang cemerlang... semoga dengan dugaan ini, akan memudahkan jalan untuk kau berjaya dalam pengajian ko.... sungguh, aku sangat2 simpati terhadap ko... apa yang aku boleh katakan, sabarlah... biarlah mereka dengan rezeki mereka yang 'melimpah ruah' itu... kerana, aku yakin, rezeki yang diperolehinya itu, akan habis dalam sesaat.... bak kata seorang sahabat, sahabat kepadanya, bergaji lebih daripada 10ribu sebulan, tapi masih merasa tidak cukup...

risau juga sekiranya aku terlibat dalam perkara2 sebegini... lebih2 lagi apabila kita berada di 'atas'... tak berani nak cakap aku akan bersih untuk selamanya (tapi sentiasa berharap), sebab bagi aku, bila duit dah ada depan mata, hati akan lebih banyak pengaruhnya daripada iman kita yang senipis kulit bawang ini...

teringat kisah seorang teman suatu ketika dulu... masukkan duit RM 100 melalui kaunter (dulu kan takde CDM), tapi bila cek balik buku akaun, jumlah yang dimasukkan adalah RM1000. dan ketika itulah suara iman makin perlahan. mujurlah kaki digerakkan kembali ke kaunter, menyatakan bahawa tersalah masuk... dia sendiri menyatakan, sib baiklah 1000 tu tak rasa banyak sangat, kalau masuk seribu, ditulis 10 ribu... dia sendiri tak tau boleh lakukan (jujur) atau tidak...

buat orang2 yang suka makan hasil atas usaha orang lain tu, nak tanya sikit boleh?

'TAK RASA BERSALAH KE BAGI MAKAN ANAK BINI DENGAN DUIT TU????'

tuanpunyablog: gambaran mereka yang lupa diri.... masa memula hidup susah, apa kita nak makan harini. bila diberikan sedikit rezeki, bila kita nak makan hari ni? dikurniakan lagi rezeki, kita nak makan kat mana hari ni? dikurniakan lagi rezeki, dengan siapa kita nak makan hari ni? dan apabila rezeki yang diberikan melimpah ruah... SIAPA KITA NAK MAKAN HARI NI... ~(with some modification) credit to Ustaz Ghazali Ibrahim, Dikir Zikir~

4 comments:

iesya zuhada said...

-assalam-

begitulah bila dunia di agungkan,akhirat di abaikan..tiada lagi rasa tanggungjawab terhadap insan lain...

cik syue said...

simpati dengan ST (sahabat tuan) hehe. takpelah...masing2 dah ditetapkan rezki. mungkin terkilan bila usaha jadi sia sia tapi redha lebih baik. Allah tahu, kita tahu, biarlah kuasa Allah tu yang membalasnya... untuk ST, sabar banyak2. -ps. mesti kecewa gila kalau terjadi kat diri sendiri. mohon dihindarkan. amin

Jepri Zulkepli said...

iesya zuhada: waalaikumussalam... tulah sebab dunia ni syurga buat yang lupa.... semoga kita bukan daripada golongan mereka...

sik syue: aaaaamiiiiinnnnn.... biasalah, manusia kan. bukan boleh kita control. nak buat camana kan,...

3AAA said...

Sy pernah mengalami nasib sebegini. 100% aplikasi sy bangunkan sendiri tapi.. tapi org yg naik stage.. org yg menerima faedah dan org yg mendapat nama adalah org lain..