assalamualaikum....
seorang pensyarah sedang berjalan-jalan melihat pelajar-pelajarnya khusyuk membuat latihan lab menggunakan software. oleh sebab pensyarah tersebut masih kurang arif tentang penggunaan software tersebut, pensyarah tersebut telah mengfotokopi (photostate dalam BM apa ek?) bahan pengajaran lab tersebut melalui sebuah buku yang telah dibelinya semasa berada di sebuah negara.
kemudian, seorang demi seorang pelajarnya bertanya... dan satu demi satu pensyarah tersebut menunjukkan apa yang pelajar2nya musykil.
kemudian, seorang pelajar telah bertanya soalan tentang output yang diperolehi;
'Encik, camana saya nak tengok graf macam ni?' tanyanya tentang graf yang diletakkan dalam satu figure.
'erm... saya rasa dia guna version lama ni. kalau version baru ni, maybe takleh nak tengok graf sekali, dalam satu figure. so, apa yang awak boleh buat, awak cuba tekan ikon ni...' terang pensyarah tersebut satu persatu, apa yang perlu dilakukan...
begitulah keadaan nya... hampir lima enam orang yang bertanya soalan yang sama (kelas ada dalam 42 orang, siap ada yang share kerusi sebab tak cukup kerusi... sapa tah curi). kemudian, jawapan yang sama juga pensyarah tersebut berikan.
kemudian, seorang pelajar mengangkat tangan ingin bertanyakan soalan...
'encik, kenapa graf saya tak sama dengan yang ni?'
mata pensyarah tersebut terus tertumpu kepada graf tersebut. dalam hatinya berkata;
'eh, camana dia boleh buat ni????'
tapi pensyarah tersebut tetap memberikan jawapannya,
'oh, mungkin ada benda yang awak masukkan, kengkadang output yang keluar, adalah berdasarkan input. so, maybe input awak yang masukkan tersalah sikit kot. takpelah, janji awak boleh buat n paham apa yang awak buat... dan boleh gunakan vensim ni... OK? cuba buat model ketiga pulak...'
pensyarah tersebut terus beredar selepas pelajar tersebut mengangguk paham. dalam hatinya terus tertanya2... camana dia boleh buat...
kemudian, seorang pelajar tersebut bertanyakan soalan yang sama, camana nak satukan graf yang banyak2 dalam satu figure... rasa tidak mahu terbeban dengan ilmu 'sesat', maka pensyarah tersebut dengan ada sedikit perasaan segan, terus bertanya dengan pelajar yang 'berjaya' membuat graf2 yang banyak dalam satu figure.
'macam mana awak buat graf ni boleh jadi macam dalam handout yang saya bagi?'
'owh, macam ni... amik satu variable, pastu, tekan shift, pastu tekan variable yang lain, pastu amik ikon graf ni...'
'owh, ok... thanks...' terus aku berlalu dan menunjukkan cara bagaimana untuk menggabungkan graf tersebut.
kemudian, pelajar yang lain pula bertanyakan soalan yang sama. maka, pensyarah tersebut terus berdiri dihadapan sambil berkata;
'ramai yang tanya camana nak gabungkan graf macam dalam handout ni. saya belajar sesuatu daripada kawan jugak rini. tu, yang dok kat sana... sapa nama???'
'...................' terlupa pula siapa nama pelajar ini....
'ha, dia yang ajar saya camana nak gabungkan graf jadi macam ni...' pensyarah tersebut pun menunjukkan caranya.... maka serentak dengan itu, pelajar-pelajar dikelas pensyarah tersebut pun, mulalah menunjukkan kefahaman mereka dengan menggangguk dan tidak kurang juga yang berkata....
' owhhhhhhhhhhhh.... camtu rupenye....'
----------------------------------------------------
pensyarah tersebut ialah aku sebenarnya. pada mulanya, dalam pikiran aku, aku takmo dedahkan dengan sapa aku belajar cara nak gabungkan graf tersebut. sebabnya, aku akan rasa malu dan EGO aku juga mengatakan;
'eh, takkan nak cakap kot... buat malu jek... kalau student tanya, jawab jelah cara student tu ajar. depa bukan tau pun dengan sapa ko blajar...'
tapi, mengenangkan satu kisah yang aku selalu baca dulu, masa sekolah rendah agama kg sg kayu ara, akibat tidak mengenang jasa guru. ceritanya lebih kurang begini;
'ada seorang yang sangat pandai menangkap pisau melalui mulutnya (apabila pisau tersebut dibalingkan kearahnya). lalu mereka yang terlalu kagum bertanya, dimanakah kamu belajar tentang ini?' jawabnya, 'aku tidak belajar dengan sesiapa pun. aku belajar dengan sendiri...' kemudian, orang tersebut terus menjemput orang yang lain pula untuk membaling pisau ke arahnya. maka, tanpa disangka2, pisau tersebut terus tertusuk kemulutnya, melalui pipinya.... kemudian, barulah dia teringat, bahawa, sebenarnya, dia belajar menangkap pisau tersebut adalah daripada burung helang yang sedang terbang dan dalam masa yang sama terus menjunam dengan lajunya lalu menangkap ikan dengan paruhnya... '
mengenangkan cerita tersebut itulah, aku merasakan, bahawa aku bertanggungjawab untuk memberitahu siapa yang mengajar aku tentang perkara tersebut (gabung graf). biarlah pelajar2 aku memandang rendah kepadaku hanya dengan sebab aku belajar dengan pelajar aku sendiri. bagi aku, kengkadang, tak semua kita tahu dalam dunia ni... Imam Hassan Al-Banna sendiri belajar sesuatu dengan budak yang berusia 9 tahun (betulkan aku kalau aku tersilap).
kengkadang rasa EGO tu lebih tinggi daripada RASA BERSALAH sebab tak nyatakan kebenaran yang sepatutnya orang tau. biarlah sekecik hal mana pun (seperti kisah diatas pasal burung tu), tak salah kan kalau kita letakkan ego kita dikaki sebentar, kan?????
tuanpunyablog: berkobar2 nak siapkan jurnal (kununnya)... tapi, habuk pun tarak... chet!!!!
No comments:
Post a Comment