Friday 6 April 2012

Widgets

kisah seorang cikgu

assalamualaikum,

suatu pagi yang hening, seorang guru sedang menerangkan pembelajaran pada hari tersebut kepada muridnya... sedang asyik menulis dipapan putih, tetiba;

'assalamualaikum... cikgu X?'

'ye saya... ada apa ye puan?'

'boleh saya jumpa sekejap?'

'ok murid2, salin soalan ni ye...'

cikgu X pun keluar menemui tetamunya....

'ni cikgu, anak saya mengadu semalam cikgu denda dia berdiri kat luar sebab tak buat kerja sekolah. cikgu tau tak anak saya tu penat. lepas tu, cikgu bagi anak saya kerja sekolah yang melambak. camana anak saya nak siapkan? pagi sekolah, petang sekolah agama... malam p tuisyen... bila masa pulak anak saya nak siapkan kerja sekolah dia?'

'puan, saya bagi kerja sekolah sebab saya nak dia pandai. kalau setakat belajar kat sekolah jek, tak cukup puan. pelajaran makin bertambah, masa tu belajar tu kurang. bagi saya, mungkin masa dia buat kerja sekolah, puan boleh bantu dia mana2 yang patut. sekurang2nya bolehlah mengeratkan hubungan kekeluargaan puan...'

'aik, nak mengajar saya pulak????' nada yang agak tinggi sehingga boleh didengari dari kelas sebelah menyebelah....

'maafkan saya puan... tak... bukan macam tu puan... saya cuma menjalankan tugas saya sebagai seorang guru atau cikgu, bukan sekadar mengajar saja cikgu. saya cuba jugak untuk mendidik...'

'kalau macam tu, cikgu ajar jelah... pasal nak mendidik, biar saya jek yang mendidik. saya pun bukan takat degree jek macam cikgu... lebih dari degree saya ada. anak saya tu pun, bukan tak pandai... pagi petang siang malam dia blajaq... lagipun, cukai yang saya bayar lagi banyak daripada cikgu, semestinya, ada bahagian cukai tersebut adalah untuk membayar gaji cikgu sekarang ni...'

'erm.... takpelah puan, kalau itu yang puan minta... saya akan tunaikan. harapan saya, anak puan akan menjadi seorang yang baik suatu hari nanti, dah cemerlang macam puan, lebih daripada degree ada. saya mintak maaf banyak2 kalau saya ada melakukan kesilapan pada anak puan...'

'bagusla macam tu.... lain kali, jangan sesekali mendenda anak orang. cikgu pun ada anak... apa perasaan cikgu kalau org lain mendenda anak cikgu? saya kat umah, jangan kata pukul, jentik pun tak... ingat ye cikgu...'

'insyaAllah puan, saya akan sentiasa ingat pesan puan tu...'

------------------------------------------------

di hari yang lain....

'ok, murid-murid, cikgu nak tengok kerja sekolah yang cikgu bagi semalam...'

sedang berjalan sambil membelek buku anak2 muridnya,

'kosong je ni... tak buat?' tanya cikgu X lembut pada seorang anak muridnya.

'tak cikgu,... saya penat.... lagipun, mama dah kata, cikgu tak marah kalau tak buat keje sekolah. sebab ritu, mama dah jumpa cikgu...'

'erm... betullah apa mama kata tu.... takpelah...'

barulah cikgu tersebut mengetahui anak wanita yang datang beberapa hari yang lepas. semenjak hari tu, dia tidak pernah menegur lagi apa2 kesalahan yang dilakukan oleh anak wanita berkenaan. kerja rumah tetap diberi, tapi apabila anak kepada wanita tersebut tidak menyelesaikannya, dia tidak ambil peduli. kalau murid lain yang tak siapkan, maka akan didenda murid tersebut.

bertanya aku kepada cikgu tersebut kenapa dia melakukan tersebut... sedangkan itu mmg tugas dia sebagai cikgu... lalu ini jawapannya;

'selagi mak bapak tak kompelin apa yang aku lakukan pada anak2 dorang, selagi itulah aku akan buat apa yang aku rasakan yang terbaik untuk anak2 dorang. tapi, bila mak bapak dah datang, dia cakap, biar dia sendiri yang mendidik anak2 dia, aku tak perlu campur, maka ketika itulah aku rasa itu dah bukan tanggungjawab aku... '

-----------------------------------------------------

any comment guys???

buat kawan aku ni.... aku doakan ko menjadi seorang guru yang cemerlang... biasalah, manusia kan... bila dah berada di atas, akan mudah lupa diri. bila dah mula marah, mulalah macam2 keluar dari mulut... kalau aku nak memberi komen, mengatakan kawan aku ni tak patut buat camni, camtu, begitu, begini, aku tak layak sebenarnya... sebabnya, hanya dia yang tahu keadaan sebenar. dia yang lalui, dia yang rasa... bak kata orang2 lama, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul... walaupun, kita pernah berhadapan dengan situasi yang sama, kita tetap tidak sama.... kita tetap berbeza. lagipun, sapalah aku untuk menasihatinya.... kan???

susah kan kerja cikgu ni... bila murid2 pandai, mak bapak yang dapat nama... tapi bila murid2 tak pandai, cikgu2 yang disalahkan... samalah macam kes seseorang.... marah btol dengan polis sebab menyaman dia... siap kutuk2 macam2.... tapi.... bila rumahnya dimasuki pencuri, tak malu pulak p cari polis suh siasat.... erm.... manusia... manusia...

masih teringat kata2 seorang cikgu aku yang mengajar subjek Biologi masa tingkatan 4 dulu, arwah cikgu Barizah,

'saya akan marah kamu, saya akan rotan kamu, saya akan cubit kamu, saya akan ajar kamu, sehinggalah kamu berkata pada saya, cikgu, jangan ambil tahu urusan saya... masa tu, jangan kata marah, tegur pun cikgu takkan buat...'

percayalah kata aku, apabila seseorang yang terlalu mengambil berat tentang diri korang, kemudian korang mengatakan, jangan campur urusan korang, maka tunggulah saat dimana korang akan merasa satu kehilangan yang amat berharga... believe me, because I have that experience...

tuanpunyablog: bebudak cuti, maka sempatlah aku membebel sekejap...

1 comment:

Anonymous said...

hai zaman la ni...

zaman aku pun sibuk jugak masa tengah sekolah. mak aku takde sampai pegi cikgu pun tak siap keje. kalau cikgu denda pun pandai tanggung sendiri.

alhamdulillah tu la pengajaran yang paling baik sbb manusia lahir dengan praktis

practice make perfect.