Sunday, 19 February 2012

Widgets

sejak aku sampai diUK sehingga setel vivaku (apa punya tajuk daaa)

assalamualaikum....

pekabo? harap2 kalian semua berada dalam keadaan sihat walafiat... sedang berada di rumah cowok2 ganteng ni... menumpang kasih sekejap... alhamdulillah, ada gak umah2 bujang tuk aku berteduh daripada angin sejuk yang mencengkam tulang peha, pankreas (ada tulang ke???) serta tapak kaki aku...

cerita apa pulak kali ni? erm... ada org request tuk aku buat pasal proses viva (read as vaiva or waiwa)... insyaAllah, tengah nak buat lah ni... tapi, just to share sahaja, bukan nak tunjukkan bahawa aku ni berpengalaman luas atau tak... apapun, bagi aku, setiap orang, lain caranya vivanya... so, pengalaman aku ni, takleh nak jadikan kayu ukur untuk korang pulak... bak kata examiner aku, mana leh compare apple ngan pear... biased... even nak compare apple ngan apple sendiri pun takleh... lebih2 lagi bila apple tu berasal dari pokok yang tak sama... tapi kalau sama pun, takleh compare jugak kan??? sebabnya, maybe apple hat tu, dapat banyak cahye matahari, hat lagi satu ni, tak dapat banyak cahaya... sebab tu, satu sedap, satu kurg sedap... dalam adik beradik pun, lain2 perangainya... even kembo... macam izzah ngan iffah, beza jugak dorg... erm... tetiba rindu plak kat dorg... lagi2 ilham yang banyak sangat cakap la ni...

nway, enough of that crap (tetiba bleh terspeaking)... la ni, nak cerita pre, on, and post viva aku... tapi aku buat pakai point jelah ek... nak tulis macam novel, nanti hangpa baca, ralit plak (ceh!!!! macamlah best cerita aku) kan???

------------------------------------------------
PRE-VIVA

- sebelum berlepas pada 11 haribulan tu, dari kedah balik 9 haribulan, terus ke banting, sebab lagi dekat KLIA ngan banting. jumaat, balik ke damansara, jumpa mak ayah, mintak restu ngan doa... sampai kat umah, taktau nak cakap camana aku punya exam (cuma cakap kat mak, p UK balik sebab nak periksa) kat mak aku... almaklumlah, orang2 season kan... pk punya pk, alhamdulillah... dapat dah idea nak senang pahamkan mak aku...

"abg p sana, periksa sehari jek... abg kan buat buku (thesis), pastu nanti, periksanya bukan menulis... dia macam intebiu... dia tanya pasal buku abg tulah.. tanya buat apa, pastu camana proses buat buku tu... macam2 lah dia tanya... abg kene jwab lah soklan dia... sebab tu periksanya sehari jek... pukul 2 start... pastu kalau ada pembetulan, kene buatlah... kalau sikit pembetulan, dia bagi 4 bulan paling lama... kalau banyak, dia bagi setahun... tapi tak payah balik sana dah... abg pk, kot2 leh sempat habiskan pembetulan kat sana, tu yg amik 2 minggu lepas abis periksa tu..."

11 haribulan aku bertolak ke epot... daripada start naik belon lagi aku dah memikirkan, camanalah aku mengheret beg aku ni ke rumah hakim... nak kenenaik dua bas jugak... dari T4, nak kene ke T3, amik bus U3 or A10. pastu nak kene tukar bus lagi... erm... takpelah, tawakkal jek...

sampai kat heathrow T4, sejuk giler, dalam bangunan lagi tu... sampai kat imigresen, fuiyoooo... panjangnya barisan. kaunter ada dekat 20, bukaknya, tak sampai setengah... maybe sebab sabtu kot... maka, berdirilah aku dalam barisan tu... 2 jam lebih jugaklah aku berdiri sebelum di entertain oleh pegawai imigresen tu. sampai kat dia, tanya sikit2, pastu bila gtau datang nak exam (sebut viva nanti, takut tak paham lak), terus dia wish good luck...

dalam pada berdiri tu, aku cuba bukak hs maxis aku, nak hantar msg kat zah kata dah mendarat... simkad tak detectlah plak... dahlah simkad tu tersepit kat dalam... takleh keluar dah... maka, digoncang, ditekan2 simkad tu, supaya masuk... oklah sekejap. sempat jugak terima msg dari abg kubib, kata nak amik aku.... tapi, biasalah... melayu kan, penuh dengan adat sopan... nak, tapi malu.... saja nak tgk ke'insist' an abg kubib... betul2 ke nak amik aku (jangan marah ek abg kubib kak ina)... alhamdulillah, Allah hantarkan bantuan jugak tolong amik... masukkan jugaklah simkad sini (mujur ada dua hs), takde line pulak... erm... macam2 dugaan..

setel imigresen dekat dua jam, p pulak nak amik baggage... ingatkan dah tunggu lama tu, bveg dah sampailah... tgk2, kene tunggu lagi... dekat dua jam menunggu, sampai takde orang kat corousel (betul ke aku eja ni)... tinggal aku dengan sorg cina pompuan dari malaysia jugak... tunggu punya tunggu, takde jugak... aku dah risau dah... habislah putu mayam kak ina... kot2 sesat ke beg aku... berkali2 dah beg yang sama aku tgk kat corousel tu... takde jugak beg aku... pastu, ada sorg mamat cina (malaysia kot), cakap, try tgk kat hujung tepi tu.... maybe dorg dah letak kat sana... alhamdulillah, bila tengok, rupa2nya, mmg dia dah turunkan awal2... sebab nak bagi laluan tuk beg2 dari india turun... ceh!!!! buang masa sungguh... tapi takpelah, by the time aku dapat beg tu, abg beib pun baru lepas antar member dia kat T3. so, takdelah abg beib tunggu lama...

hari isnin - rehearse tuk viva dengan sv. alhamdulillah, berjaya jawab dengan kompiden semua soklan yang sv kemukakan... dekat dua jam jugaklah... berasap kepala otak... dan alhamdulillah, tetiba leh laju bercakap omputeh... yang mana sebelum ni, gagap tegar....

hari selasa - jumpa Dr Razamin n family kat uxbridge... sebab nak tunjukkan dia mana nak cari umah2 yang ok, termasuklah agen2 yang ada. masuk semua agen yang ada kat uxbridge tu, malangnya, tak de yang kosong. jalan2 pulang, benti jap jat kedai, tgk2 ada iklan. double bed, n o ne bed rooms tuk disewa... cakap ngan kak min, suh amik jek dua2 bilik tu... boleh anak dia stay kat bilik single tu... dah set appointment, suh kak min tepon landlord salah sorg student malaysia, Aida n abg Jai... sebab rumah2nya semua murah... tepon2, landlord tu kata, rumah tu nak kene pebaik sikit. sebab dah teruk. lepas tepon, terkejut bila aida gtau, landlord dia datang umah dia, tanya2 macam2 kat abg jai... huh!!!! rasa bersalah pulak. so, suh kak min kol balik landlord tu, kita jumpa terus. alang2 nak ke umah aida tumpang solat... mujurlah bilik yang kak min nak sewa tu, available bebila n boleh keluar bebila, bila view umah yang landlord aida tu pun ok, cuma bleh masuk lambat sikit, maka aku suh kak min amek jek dua2 tu... bilik tuk sementara tunggu umah siap pebaik... murah tu, 2 beds 600pounds... mana nak dapat dalam london ni? studio flat hat takde bilik kecik macam bilik stor tu pun pun almost 750ppounds minimum... alhamdulillah, setel kakmin punya umah...

balik dari tu, bukak email brunel, cakap aku kene bayar tuk examiner... terkejut... hilang terus mood nak study... tapi alhamdulillah, lama kelamaan, benda tu, takde lah jadi isu sangat... sebab aku mampu tuk bayar. tapi, aku mintak jek dia forwardkan invoice tu kat KPT, tgk KPT support ke tak.. kalau tak support, aku bayarlah... cuma kene meminjam lagilah nampaknya ngan adik aku...

Khamis (sehari sebelum viva) - baru nak bukak thesis baca balik semuanya... sebelum tu dah buat ringkasan dah... tapi bak kata kak min, kene bukak jugak, baca balik... sejak hantar, aku tak penah pun bukak balik thesis aku tu... teruk kan??? nak kata bz takdelah sangat... sesambil tu, buat2 nota n telinga kat tepi thesis aku tu, macam dalam gambar kat bawah... konon2nya... nak bagi senang nak selaklah kalau examiner tanya... kalerful tu... lagi satu, nak menunjukkan bahawa aku dah sedia (masih tak bersedia lagi sebenarnya)...


telinga thesis aku yang bewarna warni... pestaim ni buat...
------------------------------------------------
VIVA

pagi - tepon mak aku, mintak bacakan yaasin tuk aku,... terus mak aku terdiam... tanya balik kat aku, ko gering (sakit, banjar slanga) ka? aku gelak... cakap, mintak keberkatan tuk dapat jawab periksa nanti... pastu mintak doakan sekali...

try jugak menyoal diri sendiri dan jawab sendiri... secara tiba2, english aku jadi gagap... banyak words yang mudah aku takleh nak terkeluar... masa tu, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku... mulalah gelabah...pastu, tak berlatih sorang2 dah... takut lagi tensen... banyakkan selawat... sambil2 belek thesis, cari gambar examiners, pastu baca ayat2 yang diberi oleh kak Iza, hembus pada gambar examiners, biar lembut hati... nak buat camana kan... tu jek caranya, sebab bila dah berdepan, takkan nak hembus depan dia... kan????

pukul 12 mandi, sesiap... kol 1 kuar umah dengan hakim... masa ni, mmg takde apa2 perasaan dah... mix feeling bak kata omputeh... debar, risau, takut, kompiden, semuanyalah... decide p jugaklah jumaat, sebabnya, sv pun suh p jumaat dulu... bukan apa, sebab dalam email tu, admin tu gtau, kene lapor diri kat opis EJ setengah jam before viva... viva aku start kol 2... bila p EJ nak lapor diri, tutup plak opis.,.. opkoslah, time rehat kan... tak bgtau, terus aku ke netball court... pk, Allah dulu, kalau nak fail, tetap fail... waima apa reason pun...



bukan sebab perut dah gemuk okeh, tapi sebab tangan yang aku masukkan dalam kocek tu, telah membuatkan baju kat dalam tu macam terkeluar sikit... tambah plak angin tiup kuat... (menjawab soklan pada mereka yang kata aku dah gemuk kembali)

lepas solat, terus menunggu kat atas... EJ seminar room. sampai kol 2 suku, masih takde orang lagi. ketuk pintu pejabat admin tu, tanya, viva kat mana? takut salah bilik jek... sebab takde org lagi (tetiba teringat pasal mimpi aku datang lewat terus fail phd).... dia kata kat atas... pukul 220, still takde apa2 tanda... aku dah mula risau. betul ke bilik ni??? ke dekat bangunan lain... nak cek email, takut depa sampai lak... sebab lab jauh nak p... tawakkal jelah...

pukul 230 baru examiners nya sampai... alhamdulillah... betullah bilik tu... depa masuk bilik tu dulu, sebab ada pre-discussion before viva... kol 245 kalau tak silap, baru sv aku datang.. pastu, terus dia tanya kat examiners, are we ready now (otai sungguh sv aku ni... slamber rock masuk2 suh terus mula)? maka masuklah aku dalam bilik tu... terasa macam diawangan jek... sampai lupa nak baca bismillah hi tawakkal (ila akhirul ayat)....

selepas diperkenalkan diri aku oleh sv aku pada examiner, aku dijemput duduk. soklan pertama examiner tanya;

"so, you ready? alrite... my God, you have many significant study..."

dengar jek benda tu, uiks... biar betul dia ni... macam akan takde correction jek (penah berangan suatu ketika dulu, biasalah aku ni kan)...

"so, you want to brief you research to us, or we just go for the questions?"

"I go with the questions.."

maka bermula lah soalan2nya,... hat yang dia kata significant study tu, bolehlah diabaikan sekarang... mmg banyak sangat tak kena... ada jugak yang aku tafsirkan integrated care tu, dia tak setuju. sebab dia kata, ada term2 yang lebih seswai untuk digunakan... nasiblah aku, mmg examiner aku ni, betul2 kene ngan bidang yang aku buat, integrated care n modelling... ada jugak perkataan yang aku digunakan tak seswai... pada pandangan dialah... tapi pada pandangan aku, seswai ajek, sebab aku kan lidah belachan...

examiner aku ni, since aku go with the questions, maka dia go through satu persatu muka surat. i mean, takdelah semua... mana2 yang dia tanda...

soklan pertama dia tanya, terus aku jadi gagap... takleh nak jawab... gugup giler,.. blank.,.. kemudian aku pandang kat examiner, chair... aku cakap,

'sorry... just give me a seconds...'

'its ok... take you time to calm down...' examiner cakap..

aku pandang bawah, selawat banyak2 pastu baca al-insyirah... kemudian baru aku sambung bercakap... alhamdulillah... lancar balik apa aku cakap... biarpun kengkadang, aku taktau apa aku cakapkan, sebab cakap terlalu laju (tetiba leh jadi laju bercakap)

banyak yang dia argue pasal LR. ada yang tak kenelah, ada yang tak perlu masukkan lah... pastu ayat2 or term2 yang digunakan tak kenalah... ada jugak yang dia kata, study aku ni pada teknik2 yang lain, tak menyeluruh... biased. lagi2 bila kene ngan paper dia (aku kritik cakap model dia tak cukup lengkap). ingatkan masukkan paper dia, nak jet dia... masalah aku... kene jugak aku... hat ni mmg tak terjwablah aku...

ada jugak soklan menguji...

'this is silly question.. you put here in lean technique, there is one tools called 5S. what is that?'

'It something like reorganizing things... I forgot the whole 5S, but it is something like sort... erm... erm... sorry, I really forgot... just remember sort only... '

manalah nak ingat kan... yang aku ingat, melayunya... sisih, susun... apatah lagi... alhamdulillah, dia tak tanya lagi... saja nak menguji akulah tu kot... paham ke dak...

banyak jugak dia komplen sebab ayat aku banyak 'jargon' words, merujuk pada benda yang sama, tapi guna term yang berlainan... contohnya, integrated care, aku tukar pada continous care dalam LR. ada jugak yang sistem tu dah takde, dia tukar sistem lain, tapi aku tak elert...

aku bagi alasan (tu pun kene angkat tangan sebab nak jawab, kalau tak, dia asyik cakap jek);


'I reviewed in the NHS website, in mid 2008. I don't know they have change the system..'


nampak sangat aku tak alert ngan system semasa... buat lagi kes kat UK... kan dia tahu... kalau buat kat malaysia, kompom tak tanya banyak... mujurlah dia bleh terima alasan aku,...

cuma dia kata,


'then you have to make some point in there... so we know what time you reviewed it..'


ada jugak dia tanya, samada framework aku ni boleh jalan ke tak? aku cakap, mmg boleh jalan, sebab aku dah developed model guna hybrid. pastu, dia mintak tunjukkan camana aku run simulation tu. masyaAllah, masa tuk, badan aku dah menggigil dah... habislah aku, mmg cari nahas sebab aku based pada prototype model yang aku bangunkan... jenuhlah aku kalau nak kene bangunkan balik, dahlah buat dulu member yang tolong... masa tu, taktaulah muka aku berubah atau tak... sebab, bila aku cakap aku dah try buat, jadi, terus dia kata,


'show me.. i want to see it'
sambil senyum (mesti dia bajet aku menipu)...

huh!!!! teruk lah kalau aku kene buat balik, kalau software SIMUL8 takde kat UUM, hat SD pulak dalam laptop aku satu lagi, ilham pakai...


bila aku tanya, aku nak tunjukkan camana, sebab semuanya bertulis,


'do i need to show you all the outputs?'
muka dah merah padam dah, tapi still senyum buat muka kompiden... harap2 dia tak perasan lah...


"I don't want to see a long list of figures and numbers, just make it simple..."


tetiba, alhamdulillah, Allah berikan aku idea camana nak buat. aku pun tunjukkan kat dia, salah satu result hybrid teknik, compare ngan single teknik, dalam thesis aku...


"owh.. ok, you have done it... good... but try to show how you said it is the output is in stable manner... just like this... you have the copy of all the outputs right???"


"yes... I have... I think (sambil senyum)'
... padahal, aku tak save pun... mmg kene run balik ni.."


tu jelah soklan yang membuatkan aku terus rasa nak pengsan... tapi alhamdulillah, syukur sangat ke hadrat Ilahi, Allah berikan ilham aku untuk menjwb soklan tersebut..


rasanya, selama 2 setengah jam aku dalam tu, external examiner yang banyak bercakap... aku nak menyampuk tuk menjawab soklan dia, or argument dia, sampai satu tahap, aku ngangakan mulut, semata2 nak bagitau aku nak jawab... ada jugak satu ketika, aku ngan dia bercakap serentak, mujur dia berenti, aku teruskan bercakap... yelah, based pada experienced org lain, kita kene jawab apa yang dia... aku ada argument aku sendiri, dah include dalam thesis. tapi sebab dia baca lompat2 maybe, maka, aku yakin, dia tak baca keseluruhan argument aku. ada jugak yang aku angkat tangan sikit,

'sir, can I answer your question (hat ni mmg kompiden lah aku leh jwab)?'

bab contribution, dia cuma komen,

'I think this is not contribution, because you based on your LR, it's not contribution... so removed it.'

daripada 5 yang aku senaraikan, dua dia suh buang.. erm... ikut jelah...

kesimpulannya, I can say, external examiner aku yang banyak bercakap dari aku... tapi bagusnya, aku respect sangat ngan dia... sebab dia boleh terima penjelasan aku, tanpa banyak soal. even aku kritik paper dia, tapi dia kata, takleh biased lah.


'doesn't mean that you want to use that techniques in the first place, you critic unprofessionally to the other techniques...'

aku senyum jelah bila dia cakap camni...

internal??? huh... syukur alhamdulillah...hanya 4 ke 5 soklan yang dia tanya... tu pun, sebab aku penggunaan ayat yang kurg tepat, tak tally awal ngan akhir (introduction ngan conclusion) and ada dua tiga ayat, dia kompius...

-----------------------------------------

setel dah semua, dekat kol 515, aku diminta keluar oleh SV aku... untuk depa berbincang sekali... ingatkan sv aku pun keluar, tengok2 dia pun join sekali perbincangan tu.... maka menunggulah aku dengan penuh senyuman di bibir...

bukan sebab aku yakin aku bleh lulus, tapi bagi aku, beban yang aku tanggung sebelum viva dah lepas... aku mmg bajet akan dapat major correction, based pada soklan2 n jwapan aku tadi, ditambah pulak macam hangat jek perbincangan sebelum aku viva n selepas viva... boleh dengar suara...

'i don't understand what he was doing... bla... bla... i don't agree with his statement... bla... bla...'

mmg masa tu, aku cuba pekakkan telinga (walaupun terdengar jugak)... jalan2, duduk, jalan2, duduk... dalam hati, cuba berdoa n positifkan diri... what ever the result is, this is the best for me... major pun major lah... MPhil (bwah PhD) pun, MPhil lah...

without correction???? lupakan jelah... kalau dulu, aku kata, kalau aku dapat major, aku rasa macam kecewa ya amat... tapi lepas viva tu, mula pk... lantak p lah... orang nak kata apa... janji aku habis, dah viva... bleh hidup tanpa pk lagi pasal ni... lagipun, result ni based pada human judgement, bukan macam exam biasa...

RESULT:

hampir setengah jam jugaklah depa berbincang... bila sv aku bukak pintu, muka dia senyum jek... tapi aku tak berani bajet lagi, sebabnya, dia mmg suka senyum,...

chair viva tu pun berkata:

'OK Jafri, based on our discussion, we awarded you with PhD subject to correction. we give you 4 months to do it...'

'is that mean that pass with minor correction??? ' lagi mau tanya...

'yes... so after this, your sv will give you the list, because he has to type it, and then, after you finish, submit to you internal.. '

so, are you happy now???

owh, thankyou sooooo much!!!!! sambil salam ngan examiners, sv aku (smbil dia ucap congratulation DR Jafri) ngan chair (pengerusi viva tau, bukan kerusi, ate, giler nak bersalam dengan kerusi) sekali...

examiner masa nak keluar dari bilik tu cakap;

' make sure you focus only one thing to do, one problem at a time... don't say that you want to solve everything. just include in the thesis relevant information...'

---------------------------------------------

huh!!!! syukur alhamdulillah... lepas jugak akhirnya... terus kol zah bagitau dah lulus. nak kol mak aku, kompom tdoq dah... kol 1 lebih...

balik2 lepas solat maghrib n qada' asar (mujur p jumaat dulu tadi) sebelum keluar tuk makan, saiful ajak, abg bat belanja, terus buat press conference kat FB berbunyi (kalau aku dapat major pun, aku mmg tekad akan bagitau kat FB, sebab taknak orang tanya... lagipun, aku tak kesah, janji aku habis... major pun, lulus jugak apa... cuma kene banyak sikit keje);

"after 2 1/2 hours struggling in a chill room, expected to get MAJOR correction, but with kind heart of the Examiners, supervisor, as well as du'a from my family members (especially my wife and my mothers) and friends, alhamdulillah... manage to get a PhD subject to MINOR correction...

Dear families and friends, WITHOUT your prayer and du'a, I will not be able to have that result... thank you soooooo much... only Allah can repay all your kindness... (sorry for the broken english)... speechless.... "
bagi aku, doa daripada mak ayah, isteri, keluarga dan kawan2 lah yang membuatkan aku berjaya... bukan sebab doa aku... of course, aku berdoa... tapi tak sama nilainya dengan doa orang lain terhadap saudaranya... sebab tulah, bila orang tanya aku bila nak viva, aku akan bagitau... bukan sebab nak gtau aku dah nak habis, apalagi tuk berlagak, walaupun nak bagitau tu, rasa tertekan, sebab takut...
dengan doa mak2 serta isteri, anak2, adik beradik serta sahabat2 semua, alhamdulillah.. berjaya juga menggengam apa yang sepatutnya... terima kasih isteriku, ibu2ku, adik beradikku, serta sahabat2ku kerana sentiasa mendoakan aku... aku sungguh2 terhutang budi dengan kalian semua... sangat2 terharu....


sambungan entri disini

tuanpunyablog: sorry ye, panjang lak kali ni...

11 comments:

Anonymous said...

k.sham org pertama yg baca..ye ye ye

suesue said...

fuh,boleh imagine mcm mn prasaan nervous sume tu..pngalaman yg menarik utk dikongsi..wish u gud luck for future undertaking..amin ya Rabb :)

Anna said...

Aduh Jeb..... betul2 saya tabik la boleh lepas viva. baca cerita semasa viva tu, saya pula yang kecut perut... ni belum apply PhD lagi nih. Apa2 pun tahniah sekali lagi.

Anonymous said...

tahniah. macam takot je nak lepas pHd. master pun tak amek lagi ni. hehe

mizz jujet said...

tahniah Dr Jafri! Hehe dah naik pgkat dah. .

Jepri Zulkepli said...

Ksham: hehehehe... siap buat tanda lagi tu... heheheh
Sis Suesue: hehehehe.... tau takpe... tapi biasalah, nak mati nanti pun lebih teruk rasa nervousnya... thanks sis...
kak anna: ala kak ana, bukan sebab saya terer pun... tapi sebab doa2 org2 terdekat, termasuk kak ana kan... share phd ni ngan kak ana sekali... :D
Sis Repunzel: thanks... insyaAllah, bila kita amek, kita akan berjaya... jangan takut sebab kita tak alaminya lagi... :D
Miss jujet: heheheh,.... buang Dr kat depan tu.,.. rasa macam geli plak dengar. kalau dulu, bolehlah... sebab termasuk dalam doa... :D

Arenis said...

Alhamdulillah...
Dr Jafri, doakan untuk sahabat awak ni jugak ya.
Semoga terus sukses. Syukur Ya Rabb.

Jepri Zulkepli said...

Dr Awanis: thanks... wish you all the best too... moga dipermudahkan Allah semuanya... aaaaamiiiinnnn

KHALID said...

Congrats dr. Moga terus berjaya di masa akan datang! :)

Jepri Zulkepli said...

Thank Tuan Khalid. Moga tuan juga sentiasa berada dalam lingkungan kejayaan dan lindungan Allah selalu dan selamanya...

Musi said...

Seronok baca cerita dr...