Monday, 6 February 2012

Widgets

salju didanau hatiku...

assalamualaikum...


lama jugak tak menulis.... rindu rasanya nak mencoret sesuatu... idea banyak, tapi kekangan kesihatan yang kurang memungkinkan aku untuk terus menjadi penggiat sastera dan seni (hatttuuuuuiiiiiiihhhhhhhh!!!!!!!)


lama menunggu untuk mendapat tarikh viva, akhirnya kompom jugak, insyaAllah pertengahan Februari ni... alhamdulillah... rasa takut jugak nak habaq ngan org bila tarikhnya... tapi bila aku habaq kat fakulti, masyaAllah... ramai sungguh yang mendoakan aku tuk viva tersebut... rasa macam terharu pulak... orang kata, elok bagitau, sebab nanti ramai yang akan mendoakan... doa seorang sahabat pada sahabatnya yang lain, kan makbul... lagi2, kalau didoakan secara senyap... so, kesimpulannya, tak perlulah yatakan secara terang korg doakan aku k, cukup hanya korg dan Allah saja yang mengetahui... :D


sebenarnya, perasaan aku ketika ni, masih berbelah bagi... aku pikir the worst case scenarios... kengkadang terbayangkan jugak, kalaulah tak dapat apa yang sepatutnya dapat... camanalah keadaan aku nanti... risau jugak... sekarang ni, tengah mempositifkan minda, untuk terima apa sahaja keputusan masa viva nanti... but yang lebih penting, pk apa result terburuk, membayangkan apa yang akan terjadi pada aku...


sebut pasal ni, teringat kisah masa aku amik result UPSR, PMR, SPM, presetation masa final projek degree n master...

masa amik result UPSR:
dari rumah ke sekolah, aku cuba membayangkan kalaulah aku dapat 4A, mesti aku jadi gelemer sekejap... mesti aku pengsan, pastu ambulan mai... yelah, budak underdog n kampung, takkanlah boleh dapat 4A kan... lainlah kalau subjek agama.... padahal, dalam hati aku, kuat menyatakan bahawa aku cuma dapat 2A sahaja... tup2... kuar result, cikgu panggil... Jafri.... 2A... aku pun senyum amik result....


masa amik PMR:
samalah, dari umah ke SAMTTAJ naik bus 222 dari bustand KL, aku membayangkan aku dapat 9A. pastu, bila dapat result, semua terkejut sebab aku kan kelas Badar, kira kelas kedua... aku pun pengsan... tapi bila dapat jek slip tu, cikgu kelas aku, 'ha, jafri... 5A 4B jek? erm... oklah tu...' satu-satu subjek dia bagitau dapat apa. senyum jugak amik result... eh, target aku sebenarnya, sama seperti hati aku nyatakan...


masa amik SPM:
dari habis SPM, sampailah nak dapat result, berangan jugak... dapat 10A1, atau aggregate 6, atau 7, atau paling banyak 10. tapi, sejak aku masuk form four kelas sains (kelas 16 org jek), aku mmg bajet aku cuma leh dapat bawah 18 aggregate, atas 15 aggreaget. nak dapatkan bawah 15 tu, mmg macam payahlah... yelah, kita kan kenal diri kita... tapi, aku kan suka berangan, tetap nak berangan... tup2, bila amik result, dapat 16... takdelah kecewa, sebab bawah 15 tu hanya angan2 jek...


masa presetation projek pektikum degree:
kene teruk ngan supervisor masa presentation... lagi2 bab final repot pektikum (sistem) yang telah dibuat... padahal masa sebelum present tu, bukan main kompiden lagi aku leh present yag terbaik... hampir nak pengsan jugaklah... cuma tak terpengsan...


masa presetation dissertation master degree:
kene hentam kaw kaw punya... aku baru jek present tak sampai 5 minit, udah kene hentam sistem yang dibangunkan... dekat 10 minit jugaklah depa tanya soklan aku takleh jawab... sudahnya, aku kene preset balik bila sistem tu dah diperbetulkan... huh!!!! I HATE PROGRAMMING even though I'm from IT background... apa??? ingat hat blajar IT tu semuanya terer programming ke????????


teringat masa aku mempengerusikan sesi presentation master dissertation untuk salah seorang student school aku... banyak jugak aku plan nak tanya ngan dia, n banyak jugak rasanya dia macam incomplete (kalau bab2 kritik ni, laju ajek)....

tapi, bila pk2 balik... kata2 sorang teman,


'kalau kita mudahkan keje orang, insyaAllah, Allah akan mudahkan keje kita nanti...'


terus, terkubur hasrat aku nak tanya banyak... tanya sikit2 sahaja... tu pun, banyak examiner yang tanya... aku cuma angguk2 kepala sahaja... nak tanya jek, aku ingat ayat atas tu... nak tanya jek, ingat ayat atas tu...


tapi sebab nama aku pun akan appear dalam dia punya dissertation nanti, kompom aku terbabit jugak... manalah tau, orang akan tanya....


'ni sapa chair ni... sapa check ni... tak betulkan ke salah ni...'
kan nama aku jugak yang akan tidak berbau wangi (alasan nak komen org). Logik kan????

viva PhD ni, maybe academic presentation yang terakhir buatku... harap2 sangat, ia tak jadi seperti dua kes presentation yang kat atas tu... biarlah ia jadi seperti tiga kes amik result diatas... biarpun berangan dapat TERbaik, tapi dapat baik pun dah syukur alhamdulillah....


bukan seperti dua kes diatas... bajet dapat buat yang TERBAIK (over confident), tup2, dapat hentaman terbaik... huh!!! serve me right!!!!!!


apapun, semoga Allah membuka kan hati aku, untuk terima apa sahaja yang diputuskan kerana hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang terbaik untukku...


tuanpuyablog: apa motip letak gambar aku ngan ilham dalam snow tu? ate, dah tajuknya salju didanau hatiku... :D

7 comments:

Zuhrizad said...

All the best Abang Jep. Semoga viva dapat dilalui dengan tenang dan lancar. Semoga Allah mempermudahkan urusan Abang Jep itu. Bak kata boss saya,
"You do your best, Allah take care all the rest"... InsyaAllah... (^_^)

Arenis said...

Dr Jep, suka dengan statement awak tu... Kita mudahkan kerja orang, InshaAllah Allah akan mempermudahkan kerja kita.
Serahkan segalanya pada Allah.
Sesungguhnya DIA perancang yang MAHA HEBAT.
Semoga kamu berjaya melaluinya!
Dr Jafri, visualkan apa yg anda mahu.. Moga menjadi kenyataan hendaknya.
Memang ramai yang mendoakan untuk awak....

muslihah said...

Good luck Jepp..semoga dipermudahkan semasa viva...

Anna said...

Insya Allah, Jeb akan dapat lalui viva itu. Semoga Allah mempermudahkan urusan tersebut nanti. All the ebst.

tuanpunyablog said...

zuhrizad: lama tak dengar kabo berita ek.... yag tau, dah jadi suami org jek... hehehehe... aaaaamiiiiinnnnnn... mekaseh...

Dr Arenis: aaaaaamiiiiinnnnn... thanks DR. nak visual kan apa yang dikehendaki, tapi tulah, takut jadi sebaliknya... based pada experience lah... hehehehe

Dr Muslihah: aaaamiiiiinnnnn... jazakillah atas doa tersebut...

Pn Anna: although i don't know who r you and you don't exactly know me (i guess), but you still pray for me... such a good muslimah you are... mendoakan saudara muslim yang lain... alfun syukran... all the best for you as well, here and hereafter... aaaamiiiinnnnn...

Unknown said...

hahaha.. kelakar laa ko ni jepp.. apa2pun good luck laa yer.. samada berangan atau realiti.. semoga ko terbaik selamanya...

Suzylilawati said...

Good luck abg jep..semoga dipermudahkan segala urusan..^_^