Friday, 13 January 2012

Widgets

kini baru ku rasa

assalamualaikum warahmatullah,



aku dah kembali ke Brunel, untuk viva. pada hari yang telah ditetapkan, aku pun ke pejabat BBS tu, tuk menyerah kepada examiner2 yang bakal menyerang aku... tawakkal sahajalah... sampai dipejabat BBS tu, aku terus bertanya tempat untuk viva. sementelah, bangunan baru tempatnya (alah, kalau bangunan lama pun aku taktau kat mana biliknya)....

-------------------------------------------
'

Hi, just wondering. I'm having viva session today, but I couldn't find the room.'


'I tot it suppose to be in the morning. Let me check again...'


pagi???????? eh, dalam email bagitau kol 230 petang. apsal aku taktau apa2? mula dah berdebar kat hati aku.... Ya Allah... janganlah aku salah masa....


'Jafri isn't it? Your session suppose to be this morning. not afternoon. only you will viva today, that y i know it is in the morning...'


'What??????? So???'


'I am sorry to say, that you has failed your phd. we cannot assign another date for you. both examiner said, you have failed and if you want, you have to repeat your phd... requires another three years with different topic...'


aku terus terduduk kat situ...


tetiba....


'bang... bang.... bangun... subuh'
....


huh!!!! mimpi rupanya.... rasa macam nak luruh jantung aku kalau itulah kenyataan nya...


------------------------------------


suatu ketika dulu, aku selalu bertanya dan adakalanya sort of 'mempertikaikan' kenapa depa selalu senyap or taknak bagitau kalau depa dah habis phd... habis kat sini, aku maksudkan ialah, bila depa dah hantar... n tarikh viva depa tak nak bagitau...


sekarang ni baru aku rasa...


kalau dulu, selalu aku kata kat kawan2 aku yang bilamana aku tau dia dah submit,


'wah, dah submit... alhamdulilllah.... bestnya dah submit....'
'

best mendanya.... masih tak habis lagi... pasni nak viva pulak. dalam viva taktau apa cerita pulak... macam2 bole jadi...'


'yelah, sekurang2nya, lega sikit kan... sebab kira perjalanan ko dah hampir setel... insyaAllah, takde apa2lah viva tu,....'


'erm... insyaAllah, tapi tulah... taktau nak kata...'


sekarang ni, bila dah submit, yelah, takde apa2 viva tu... baru aku rasa apa yang depa rasa bila dah submit... la ni pun, dah berdebar2 siap mimpi2 lagi... macam mimpi kat atas... bukan main2 ni tau... in fact, mimpi tu aku alami sejak sebelum aku hantar lagi, sebabnya, aku kene betulkan sikit2, pastu sv suh hantar jek tanpa bagi kat dia balik untuk cek... sejak dari itulah, aku mula berdebar... kengkadang bila fikir, mulalah, jantung aku berdegup kencang. to be honest, tengah aku menulis ni pun berdebar2... tangan menggigil...


suatu ketika dulu, ada seorang teman bagitau kat aku tarikh dia viva. memula, reluctant (teragak) jugak dia nak cakap... tapi aku cakap kat dia,


'elok sebenarnya bagitau bila nak viva. sebabnya, supaya orang lain akan doakan kita... '


la ni, aku jugak terasa bahangnya... baru aku rasa, kenapa sesetangah orang taknak bagitau bila dia nak viva. benarlah perasaan seorang sahabat aku, dia kata,


'akak kalau viva, akak taknak gtau org. sebab, takut lagi tensen. nanti bila dah habis viva, baru gtau. sekurang2nya, kalau tak gtau bila viva, orang takkan tanya, lulus ke tak kan.,..'


betul jugak apa yang sahabat aku tu habaq... sekarang baru apa yang aku rasa... apa akan aku jawab, kalaulah ditakdirkan keputusan sebaliknya... nauzubillah...


tapi bak kata seorang teman,


'rezeki tu Allah yang tentukan. dapat phd pun, Allah yang tentukan. hang janganlah doa dapat phd tu, hang doa, supaya diberikan apa yang terbaik buat hang... sebabnya, kita bukan tau apa yang terbaik untuk kita. contohnyalah kan... contoh.... katakan hang dapat keputusan yang sebaliknya daripada yang hang harapkan, cuba pikir positif. '


apasal hang cakap camtu pulak? contohnya?


yelah, hang cuba bayangkan ek... kalau hang dapat DR, hang masuk kelas, bila ada student panggil hang cekgu, kompom hang akan terasa, isk... aku bukan cekgu... aku DR lah... bila student hang panggil hang Dr, pasti akan timbul rasa riyak serta angkuh dalam diri hang... bangga diri... kan? satu lagi, kalau hang dapat PhD, kompom hang mintak kanan. gaji pun makin besar. tapi hang yakin ke dengan gaji yang hang dapat tu, adalah sama rata dengan gaji yang hang dapat? betulke hang keje sepenuh masa sebagaimana yang telah ditetapkan waktu bekerja? ni hang keje sekerat hari dihari cuti pun nak mintak cuti gantian, sedangkan hang tak kira yang hang selalu balik awal, or tak buat keje dalam masa yang sepatutnya kita kerja? contoh, buat keje hakiki akademik n research, tapi hang dok buat blog, FB, etc... kan??? sebab tulah ada rezeki kita yang kengkadang tak pernah cukup, walaupun gaji 4 5 angka... sebab gaji tak berkat....



betul jugak sahabat aku kata tu. dulu pun, masa admin staf tanya nak buh nama apa kat nametag aku... aku cakap,


'tunggu dulu boleh tak? mana tau dapat DR dalam masa terdekat ni...'


cakap dengan perasaan ada sedikit riyak... astaghfirullah...


aku kene set dalam minda aku la ni nampaknya... apa2 yang terjadi, semua itu adalah yang terbaik untuk kita. kerana hanya Allah sahaja yang tau apa yang terbaik untuk kita.


sahabat2 sekelian, doakan aku agar mendapat apa yang terbaik buat diri aku,..


tapi, kalau tak dapat phd, nanti apa orang lain kata pulak kan?


'kalau kita pikir apa orang nak kata, sampai bilalah kita susah nak hidup... '


tuanpunyablog: sakit dada....

2 comments:

hAYAtie said...

InsyaAllah mudah-mudahan Allah permudahkan urusan En Jep..amin

Jepri Zulkepli said...

hayatie: aaaaamiiiiinnnnnn.... thanks... same doa goes to you...