assalamualaikum,
alhamdulillah, ilham dah start sekolah minggu lepas. daripada tahun lepas lagi, si ilham ni sebuk nak sekolah... nak sekolah... nak sekolah...
silap aku tak hantar dia masa kat UK dulu. bulan 9 2010 dulu, kalau ikutkan, ilham dah boleh sekolah kat sana, tadika... sekolah main2, dari kol 9 - 11, kalau tak silap. tapi, bila memikirkan dia pun dah tak lama dok kat UK tu (bajet nak balik dalam bulan 12 2010), maka, tak sekolahlah dia... lagipun, time tu, dok sebuk ngan bakal kelahiran kembo... so, takut jadi kelam kabut lak, sementelah, aku masa tu, sorg2 jek kan???? (alasan semata2)
masa memula zah antar dia, alhamdulillah... tak menangis walaupun, kebanyakkan budak yang dihantar masuk situ, menangis... jenuhlah mak pak depa p pujuk... tapi aku kagum ngan muallimah aka ustazah kat situ, sebab depa leh handle budak2 menangis tu... siap habaq kat mak pak depa,
'takpa... biarkan je, lagi kita layan, lagilah depa menangis...'
maka pulanglah mak pak depa sambil pandang belakang sesekali....
macam tulah zah masa hari kedua (jumaat)... semalam elok jek, rini pulak menangis bagai nak rak. sebabnya, zah tak bagi bawak pistol kat sekolah. ilham ni biasalah, kalau boleh, semua dia nak bawak p sekolah or p memana... jenuhlah nak pujuk dia supaya tak bawak... menangis jugak... siap berlari ke pintu pagar dok ngejar zah... sib baik mualimahnya pujuk... taktau apa jadi lepas tu... sebab mualimah ilham suh zah balik jek... depa bleh handle...
wah, kagum aku ngan depa... sib baiklah aku ngajo bebudak beso... matang semuanya walaupun ada jugak yang tak matang... memikirkan hak sendiri, sampai terlupa nak tunaikan hak2 ibubapa dan orang2 sekeliling...
nak dijadikan cerita, bila zah amik ilham, mualimahnya bagitau, dah ok sikit, pastu ada budak dok buli dia... taktau lah buli camana... tapi, sebab sebelum tu dia dah nangis, bial kene usik sikit, nangislah jugak... ala, bebudak... biasalah kan... jangan mak pak masuk campur jugak sudahlah kan???
tapi, kalau jadi seperti kat link sini, kenelah mak pak masuk campur jugak... malas nak bukak? meh aku ringkaskan kat sni. sorang kanak2 umur ....... (tak ingat pulak berapa, malas nak baca balik) jadi pemangsa kepada 12 budak tadika yang lain... abis digigitnya bebudak2 tadika yang lain sampai lebam, berdarah etc. mak kepada kanak2 pembuli tu, siap bagitau, anak dia tak salah, so dia tak benarkan orag lain amik tidakan terhadap anak dia... susah jugak kalau ada mak pak yang rasa, anaknya tak buat salah kan...
cerita pasal pembuli kanak2 ni, teringat pulak masa aku kecik lagi... dok pindah umah, tapi kebanyakkan anak2 kat kejiranan tu, semuanya dok buli aku... kengkadang tengah jalan, kene baling batulah, kene baling ngan dakwat penlah sampai rosak baju aku, kene tembak ngan kacang ijaulah ('senapang straw')... isk, macam2 jugaklah... suffer jugak aku... dalam dua tiga bulan... sampai phobia nak kuar rumah.... peliknya, mak pak dorg tak pulak marah ek...
ada pulak dua jiran aku ni dok bertekak sebab anak2 bergaduh... dua2 dok ngata, anak masing baik, tak pukul orang, tak buat orang... walhal, bagi aku, anak depa tu, dedua sama... two time five, lima kali dua... dua2 kaki pembuli... dok buli aku dan adik2 beradik aku yang lain... termasuklah 'membuli' rumah aku (dahsyat tak??? rumah pun kene buli).... baling pasir kat dalam umah, baling cawan kaca dalam pagar umah...
ingatkan anak2 jek yang kaki pembuli... rupanya, orang tua2 pun sama... hehari dok sumbat longkang umah aku... terbongkok-bongkok menyumbat longkang. mak aku keluarkan batunya hari ni, esoknya, dia letak balik.... mak aku keluarkan, dia letak balik... mak aku keluarkan, dia letak balik...
tu blom kisah pasal jiran bawak mulut, jadi pengadu domba... mak aku jugak yang jadi mangsa... dok p jaja cerita kat A, kata, mak aku dok bercerita kat dia (pengadu domba ni), si A ni solat tonggang tonggek, tapi perangai macam setan... hampir satu kediaman dia buat cerita yang sama, sampailah mak aku dipulaukan dek kerana cerita pengadu domba ni...
camana mak aku tau cerita ni?
bila mana mak aku p kat sorang2, tanya, kenapa bila nampak mak aku, depa takmo senyum apatah lagi nak tegur.... maka, terbongkarlah segala rahsia.... sian kat mak aku...
erm... tak tau nak cakap... donia... donia....
tuanpunyablog: bukan niat untuk mengaibkan orang lain...
No comments:
Post a Comment