rajin pulak menulis. kalaulah menulis thesis serajin ini, kan bagus... semalam kechoh pasal kes mahkamah... di jalan duta dengan sebuah universiti. bezanya, sorag tidak disabitkan kesalahan, sorg lagi disabitkan kesalahan. nway, bukan itu yang aku ak cerita. aku tak berani nak ulas panjang2 lebih2 lagi pasal mahkamah jalan duta tersebut, takut ianya menjadi fitnah....
semalam juga aku sempat berchatting dengan salah seorang sahabat aku... biasanya, kalau aku bercakap dengan dia, pasti isu2 semasa antara tajuk perbicangan kami, selain daripada kenangan2 lama...
dia kukenali dengan sifatnya yang suka berbincang, tapi senang menerima pendapat orang lain, dengan syarat, dia boleh terima degan akal fikirannya, berdasarkan kepada hujah2 yang bernas (opkos kalau ayat2 Quran, hadis,ijmak ulamak, dia takkan tolak). satu ciri yang aku rasa, amat payah nak dapat dikalangan masyarakat masa kini. ada, tak jarang jumpa... sebab tu adakalanya, aku lebih suka menjadi 'atas pagar', bukan burung pegar, tapi atas pagar yek... lagi2 kalau bertemu dengan orang yang terlalu taasub dengan seseorang individu, benda, dan sebagainya...
perbincangan kami berkisar tentang kisah seorang pelajar uni yang telah digantung pengajiannya selama tiga semester.
hijau adalah aku, merah adalah member aku...
----------------------------
tak patut budak tu digantung pengajiannya... apalah sangat salah dia... setakat menurunkan bendera... pastu menuntut hak2 bersuara sebagai pelajar...
memanglah tu hak dia... tapi bagi aku, salah jugak tu. uni rasa memalukan tindakan dia memalukan uni... orang mesti tanya, eh, budak tu belajar mana ye? samalah macam orang mencuri or buat jahat... depa tak tanya, sapa yang buat... depa akan tanya anak sapa... tak ajar anak ke???
tapi dia cuma menuntut hak dia sebagai pelajar. bebas bersuara. hapuskan AUKU. rasa macam peraturan tu mengongkong dia sebagai pelajar.
aku nak tanya ko boleh?
pedia...
ko sokong pemecatan pakar motivasi tu daripada parti dia?
sokonglah. apsal ko tanya?kenapa ko sokong pulak?
owh... tu lain... tokoh tersebut dipecat sebab melanggar peraturan parti...
so, apa bezanya dengan pelajar uni tersebut? apa bezanya dengan orang yang menjatuhkan hukuman tersebut? bagi aku lah kan... ni pendapat aku lah... takde bezanya... pelajar tersebut digantung pengajian sebab melanggar peraturan yang telah dibuat oleh manusia. tokoh motivasi tu pun, dipecat kerana melanggar peraturan parti yang telah dibuat oleh manusia juga. walaupu hakikatnya, mereka masing2 bercakap kerana merasa diri serta pedapat mereka benar. cumaya, bertentangan dengan peraturan2 yang telah dibuat manusia itu... bagi akulah, kalau ko cakap tindakan memecat tokoh motivasi tu sebagai betul, walhal ko kata tindakan menggantung pengajian budak tu salah, ko tak tak berkredibal untuk menjadi hakim. nasib baiklah ko tak jadi hakim...
apsal lak ko cakap camtu?
yelah... nampak sangat double standard ko... bila sesuatu yang ko sokong, ko kata apa yang dibuat semuanya betul. tapi, bila ko tak suka pada sesuatu, ko akan bangkang habis2an. kalaulah ko jadi hakim, katakan keluarga ko yang terlibat dalam satu2 kesalahan yang melanggar peraturan dan undang2 yang telah dibina, nauzubillah lah kan, rasanya, mesti ko akan kata bahawa keluarga ko tak bersalah... kan???
ada orang kata, buang jek... memalukan nama uni, tapikan, to be honest, kalau akulah jadi antara ahli lembaga disiplin uni tersebut, aku pun takkan buang dia. sebabnya, dia tu muda lagi... aset negara... sebab memikirkan masa depannya nanti camana kalau dia dibuang uni. budak bijak pandai...
eh, mana ko tau dia bijak pandai?
aku assume orang2 masuk uni kan pandai2 belaka dan matang2 belaka... cumanya, ada segelintir mereka yang agak kurang matang... tak memikirkan masa depan... pikir masa sekarang sahaja.
----------------------------------------
aku bukan menyokong mana2 pihak, tapi, bila aku nyatakan bahawa aku lebih suka berada di atas pagar, ada yang menegur aku kerana aku tidak tetap pendirian. umpama lalang. bagi aku, aku hanya memihak pada yang kuRASAkan benar, tanpa perlu aku nyatakan secara direct. biarlah aku seorang sahaja yang tahu aku dimana...
tuanpunyablog: orang yang matang, sentiasa memikirkan nasib orang lain, tapi, orang yang kurang matang, sentiasa memikirka nasib diri sendiri sahaja... (takde sapa2 cakap... ni aku yang cakap).
3 comments:
aku suka dgn pendirian bahawa..jika benar katakan benar jika salah katakan salah walaupun ia memakan diri/parti/organisasi itu sendiri..sbb itu yg di ajar oleh Islam.
Tapi bg aku, hang ada pendirian apa..pendirian hang kebenaran..kekadang yg kita sokong secara terang itu juga lakukan kesilapan..maka kita sokong yg sebaliknya..
manusia ini tidak perfect..kita bukan Nabi/wali yang tak akan buat dosa/kesilapan..kita ni manusia..penuh dgn nista/bias/kesilapan..kadang2 kita ni terikut2 dgn ideologi barat 'perfect world' ni pun susah jugak..
apa pun moga Allah sentiasa beri petunjuk dan hidayah dlm kehidupan kita ni..salam
my 2 cent..
Satu bicara yg baik. Dulu sampai skrg, aku cukup minat dgr kau berbicara. Terserlah gaya kau sbgi pensyarah. Rasional,. Pergh,
Kam: thanks for the thought... totally agree with you...
hafidz: alhamdulillah, thanks for the compliment.. really appreciate it. segala yang baik itu dari Allah, danb segala yang kurang itu, datang dari diri aku sendiri, yang kurang arif dalam segala hal...
Post a Comment