Sunday, 18 September 2011

Widgets

inilah kisahnya....

assalamualaikum wbt...


pa habaq? harap2 sehatlah hendaknya yek... aku pun baru jek baik daripada demam on off... atau aku sebut dulu, demam kure-kure. selalunya, kalau demam camni, petandanya nak tambah ahli keluarga... tapi, kali ni, mmg la yumkin lah... tidak mungkin.... camana aku tau? isk... aku taulah...


nway, sejak balik sini ritu, hati berkobar2 nak menulis pasal peristiwa yang btol2 membuatkan aku jadi phobia... sementelah, banyak btol yang bertanyakan ngan aku apa jadi dengan zah sebenarnya... erm... kalau nak dikenang, rasanya, saat2 yang paling menakutkan. yelah, aku tak pernah merasa saat genting sebegitu rupa... tup2, terus diuji... biarlah aku cerita dari mula sampai akhir...


kami beraya buat pertama kalinya di Jitra, umah kami. alhamdulillah. hasrat zah nak beraya disni tercapai jugak akhirnya. maklumlah, sejak umah siap tahun 2008, tulah kali terakhir dia menjejakkan kaki ke sini... sampai ke jitra pada 25 ramadhan, kemudian raya kedua baru kami balik ke ki il.


sampai ke ki il (rabu), aku terus ke banting untuk beraya bersama keluarga zah. kemudian, since adik beradik aku yang lain semuanya balik, esoknya (khamis) petang, selepas kenduri kat umah zah, kami kembali ke damansara untuk beraya ke rumah maklang aku pulak. esoknya (jumaat) aku kembali ke rumah zah, untuk meneruskan program beraya dirumah adik beradiknya termasuklah umah besan2 mak. since banyak sangat umah nak kene lawat, sebuah rumah kami bajet dalam 25 minit sahaja... dalam pukul 11 malam, akhirnya, habis semua rumah adik beradik zah kami raya... alhamdulillah. misi tercapai akhirnya....


dalam pada tu, zah aku perasan, asyik menyedut inhaler dia jek... nampak sangta semputnya. aku ingatkan dia mmg penat. so, bila sampai jek kat umah, tu, aku buatkan susu anak2, pastu aku suh dia terus tdo. sian aku tgk dia. aku pun terus tertdo, maklum sahajala, esok aku dah nak balik ke kedah...


pagi esoknya sabtu, along suruh aku bawak zah ke spital melihatkan keadaan zah makin susah nak bernapas, termasuk badannya yang kurang sehat. sampai di hospital, zah terus masuk ke wad kecemasan hospital untuk pesakit2 asma. aku terpaksa menunggu di luar bersama ilham. sampai pukul 830 pagi, pukul 12 zah masih tak keluar lagi. since ilham tak boleh masuk ke bahagian dalam tersebut, aku terpaksa gagahkan diri tinggalkan ilham sekejap kat luar (bahagian menunggu wad kecemasan) untuk tgk apa terjadi pada zah. alhamdulillah, Allah mudahkan. Ilham elok aje duduk kat luar tu, tanpa menangis dan pergi ke mana2... makin paham anak bujang aku tu....


zah bagitau ngan aku dia kemungkinan kene admit. bila aku tanya ngan Dr/Nurse kat dalam tu, mmg btol kene admit. bila tanya, suspect ada sedikit kuman dalam paru2... sebab bila bagi gas 3 kali, kadar oksigen yang masuk dalam paru2, kurg daripada yang sepatutnya. so, depa saspek ada kuman kat dalam paru2...


petang lepas zah admit, aku bali sekejap untuk amik barang2 zah. dalam hati aku berdoa, agar zah takdelah sampai terus sangat. dalam pada tu, aku bercadang untuk amik cuti sehari demi sehari sampailah zah discharge. nak amik cuti sekaligus, cuti aku takde banyak dah. tinggal dalam 7 hari jek lagi tuk sampai akhir tahun ni. ilham aku tinggalkan dengan zah, katanya nak dok ngan ummi. malas nak bergaduh dengan dia, aku tinggalkan je. zah pun tak kisah...


lepas zohor, aku kembali ke sana, dengan membawa mak, along ngan kembo. penat ngusung car seat dorg. bawak dorg sebab zah kata nak bagi susu kat dorg. tak lama mana pun kat situ, sebab ddua meragam nak tdo dalam buai. dalam kol 4 kami pun balik umah. ilham yang mulanya nak balik, tetiba menangis macam kene dera takmo balik... nak dok ngan ummi katanya. dia mula dah buat perangai macam masa zah bersalin kembo kat london... terpaksalah aku cepung dia, angkat, masukkan dalam kete. dia siap meronta2 dalam kereta, bergoyang2 ketenya,... aku buat tak peduli jek... sebab kalau di layan, lagilah dia buat perangai.

petang tu, lepas asar, selepas puas dok tunggu ilham tdo, aku kembali ke hospital. risau dengan keadaan zah sebenarnya... yelah, aku tgk dia pun makin pendek napasnya... tuk menyedapkan hati aku, aku tanya ngan dia... dah ok sikit blom? bila dia kata, dah ok sikit, aku pun lega... tapi, sebenarnya, aku tau, dia masih stryggle tuk bernapas... bila angah alen linda dah balik, tinggallah aku sorg jek dengan zah. zah amik kesempatan tuk mandi. peliknya, lepas dia mandi, makin sesak napasnya... pakai oksigen pun macam takde kesan. dia mintak aku urutkan belakang dia, katanya sakit. aku pun urutlah dengan minyak panas sekejap, sebelum di halau oleh mak guard yang kawal pintu...


'waktu melawat dah habis ye... waktu melawat dah habis ye...'


aku pun kemas sesikit nak balik... segan plak bila kene tegur dengan mak guard tu. zah? masih tercungap2 lagi aku nampak... taktau nak kata ada kurg atau tak... tapi katanya makin susah nak benapas... aku suh dia baring jek....


pukul 9:30 lebih kurang... aku tengah borak2 dengan mak sampai main2 ngan iman2 aku... tetiba terdengar bunyi telefon kat dapur. tgk2, adik aku yang kol...


'abg... ni hospital kol... dia kata kakzah tengah tenat kat spital. dia suh abg p sekarang...'


jantung aku mula berdegup kencang. amik kunci kete, bagitau ngan mak hospital kol cakap zah dah tenat, terus keluar. masa kau bawak kete tu, mulalah memacam yang terbayang kat kepala aku ni... apa akan jadi ngan aku kalau zah pendek umurnya... anak2 aku camana? sian anak2 aku, lagi kembo... dan berdoalah aku agar zah dipanjangkan umurnya...


sampai kat spital, aku tgk alen ngan linda dengan suami masing2 dah ada kat depan ward pompuan hospital banting tu. tertanya2 jugak.... camana leh sampai dulu ni? depa cakap, mak tepon, bagitau kak jijah dah nazak... aku terus masuk ke dalam sambil bagitau ngan guard tu, isteri tengah tenat. hospital kol...


masuk je ke dalam tu, aku tengok zah tak sedar... dalam mulutnya, berjarutan wayar termasuklah satu tiub yang besar yang di masukkan kedalam mulutnya. sesekali aku melihat dia seperti meronta2 untuk bernafas, sesekali jugak aku melihat dia seperti ayam kene sembelih... terangkat2 badannya... sebabnya? entahlah... taktau nak cakap...


doktor yang merawat zah katanya... condition zah makin teruk. so, dia suspect kuman yang berada dalam paru2 zah dah merebak dengan cepat. dia tutup lubang2 pernafasan. tapi dia dah bagi pelbagai ubat termasuk ubat tidur... sebab bila dah masukkan tiub tu, sakit... takut kalau dia tak tdo nanti, dia akan akan tarik tiub tu... aku tanya ngan Dr, tak boleh ke sedut kahak dia tu? dia kata, kami hanya boleh sedut takat bawah leher jek... bila dah masuk paru2, kami takleh buat apa2... aku terdiam....


aku tanya jugak... camana pulak kuman tu boleh merebak? katanya, kahak dia takleh keluar, so dia dah spread kat paru2 tu... kami tgh usaha tuk pulihkan dia... kat sini takde ICU yang khas tu respiratori, so, dia terpaksa hantar ke mana2 hospital yang terdekat... kita cuba kelang dulu, kalau takleh, kita hantar ampang ke, pjaya ke, tgk mana yang ada n yang paling dekat...


aku tak kata apa2... cuma duduk disisi zah sahaja... kengkadang kesian melihat dia seperti meronta2 untuk berebut oksigen... fikiran aku ketika tu, cuma kosong... aku sendiri taktau apa yang ada dalam pikiran aku ketika tu... dalam pada tu, ada jugak nurse cakap kat aku... 'sabar ye cik, kami tengah usaha ni... selebihnya, semuanya terserah pada Allah...'


aku pandang ja nurse tu sambil tersenyum...


'en, kami hantar dia ke hospital kelang...'


mujur ada kekosongan... 'saya ikut ambulan sekali ke nurse?' aku tanya....


'encik kene follow kat belakang lah... ambulan tak muat... rasanya, kalau encik p sekarang pun ok jugak, ambulan laju... takut nanti takdan nak kejar....' kata nurse tersebut.


aku terus mengemaskan baju2 ngan beg zah... main sauk jek... nak cepat punya pasal.


dalam perjalanan ke hospital, macam2 yang bermain difikiran aku. terasa seperti aku naik kapal terbang sahaja... bergoyang2... terasa jauh pun ye jugak. sesambil tu, aku try tgk2 kat belakang, kot2 ambulan dah sampai. mujurlah jalan tak berapa jem sangat...


alhamdulillah, elok sahaja aku sampai kat kecemasan hospital kelang tersebut dalm pukul 12 lebih, ambulan pun sampai. lepas cari parking, aku terus masuk ke wad kecemasan tersebut. memula ditahan oleh mak guard, katanya, takleh masuk. kemudian abang joe (abg zah) terus keluar dari wad tersebut, cakap kami tukar org untuk masuk dalam wad tu... mak guard tu tak bagi... katanya 'hanya yang rapat dengan pesakit tu jek boleh masuk...' aku terus cakap, saya suami dia... mujurlah dia bagi...


masuk jek kat wad tersebut, dada aku berdebar2... wayar2 kat badan zah semuanya blom dipasang lagi... aku cuba tanya ngan Dr yang ikut dari hospital banting tu... camana ngan zah?


dia cuma kata, 'should be ok by now. kami dah bagi ubat, kalau ikutkan dia makin ok lah...'


lega aku dengar. lepas ditermuramah oleh Dr yang ada kat wad kecemasan tu perihal zah, aku diarahkan keluar dan tunggu dekat bilik waris menunggu. katanya, kalau apa2 hal, depa akan panggil. zah? erm... buat masa ni, taktau nak cakap... aku dok bayangkan, mesti dia tengah mimpi main kat taman ke, main ngan anak2 ke... yelah, macam drama2 cekikrama tu...


aku pun keluar. kalau aku duduk lelama pun, bukan aku boleh buat apa2... debaran demi debaran aku rasa. lagi2 bila terdengar tombol pintu yang menghubungkan wad kecemasan dengan bilik waris menunggu tu dibuka... dekat pukul 2 pagi lebih, barulah aku dipanggil.


'waris aziszah selamat?'


'saya..'


'encik ikut pintu sebelah ni, naik ke wad 5c. isteri encik dah dibawak ke sana.'


'wad 5c? wad biasa ke?' masa ni mmg aku mengharapkan agar zah dipindahkan ke wad biasa, lagi2 bila aku tgk org2 lain, semuanya masuk wad biasa....


'bukan wad biasa... ICU'...


berderau terus darah aku. aku terus melilau kat dalam hsopital tu mencari kat mana wad 5c. jenuh jugaklah sebab tak pernah naik ke wad camtu. sampai aku tanya balik ngan org2 kat wad kecemasa tu, camana aku nak p ke sana...


sampai je kat wad ICU tu, aku terus nak masuk. dihalang oleh mak guard... katanya, u kene tunggu DR panggil, baru boleh masuk. aku cakap, wad kecemasan yang cakap isteri saya masuk sini, saya nak tgk camana ngan isteri saya. mak guard tu kata, tak boleh... kene tunggu DR panggil baru boleh masuk.


masa tu, mujurlah ada sorg nurse lalu nak masuk ICU tu. dia tanya ngan aku.... encik tunggu siapa ye?'


aku pun cakap... 'aziszah selamat. wad kecemasan cakap dia dah bawak naik ke sini. so, saya nak tgk dia camana...'


'encik tunggu Dr panggil yek. wad ni mmg tak boleh masuk sesuka hati... Dr marah.'


maka terpaksalah aku menunggu. sesambil tu, aku msg ngan ajib, biras aku, suh dia, abg lan, am, abg joe balik... sebab macam takde keputusan jek... lama dah menunggu... ajib reply, katanya, pukul 5 nanti depa balik... sian pulak aku ngan diorang menunggu macam buah tak gugur...


sambil menunggu tu, aku terus update FB zah, FB aku... msg kat semua kawan2 zah...


tak senang duduk aku... nak tdo takleh... tempat duduknya kurg selesa. nak bergerak ke surauy, takut Dr panggil pulak. aku cuba berjalan2 sekitar wad tersebut... rupanya, ada satu bilik waris menunggu rupanya... tgk dalam bilik tu, adalah 4 orang tengah tdo dalam tu. agak selesa jugaklah, dengan toilet sekali disediakan. aku pun masuk lepak sekejap... tertdo sekejap aku...


pukul 4 lebih, aku terjaga dari tdo dalam bilik waris menunggu ICU tu... terus aku keluar. guard tu tanya aku, mana p? aku cakap, saya masuk bilik menunggu... Dr nak jumpa katanya... aku pun dibenarkan masuk...


bila tgk zah, aku hanya berjumpa dengan nurse sahaja... mmg ICU btol, setiap pesakit, satu meja tuk nurse tersebut pantau... aku tanya ngan nurse tersebut, keadaan zah camana... dia tak berani nak cakap... katanya, kene tunggu Dr. aku pakse jugak dia cakap... kalau based pada mesin2 tu, nurse nak cakap camana? dia kata, kalau based pada tu, dah stabil. lega sikit aku dengar. nurse tu cakap, kalau takde apa2 aral, pagi esok, tiub besar tu boleh cabut dah... dia pun dah ok... legilah lega aku dengar.,..


aku kembali keluar... dalam pukul 5, Dr panggil aku masuk. bila aku tanya, kalau boleh saya katakan isteri saya stabil, doktor setuju tak (udah jadi macam mahkamah pulak jadinya)?


'Encik pun tau. ni wad ICU. semuanya pesakit2 sini kritikal. kami taknaklah bagi high hope kat encik. tapi so far, tgk ada perkembangan baiklah. cuma saya tak berani nak kata lebih2... kita tgk jek camana... kuman tu pun dah merebak banyak tempat... tgklah camana encik...'


hati aku kembali bergolak lepas dengar penerangan dari Dr. aku sokong apa yang dia kata... aku pun taknak terlalu tinggi harapan... tapi.... erm.... tahlah... taktau nak cakap...


lepas solat subuh kat surau hospital, aku kembali ke atas. sedang duduk kat luar wad ICU tu, terserempak dengan Dr yang bagi penerangan pasal zah tu. nampak aku, terus dia tanya...


'Dr ada jumpa pagi ni?'


'takde lagi...'


'owh, jap lagi dia jumpalah kot. tapi kami dah bukak tiub tu. isteri encik pun dah nampak ok sikitlah. tak berani nak kata ok banyak...'


'owh, alhamdulillah...' hanya syukur yang mampu aku ucapkan...


pagi tu, lepas pukul 10 pagi, aku dibenarkan masuk sekali lagi. sedang aku bercakap2, tetiba aku tgk zah sedar... alhamdulillah... syukur sangat2... dia pun dah tak pakai tiub pernapasan tu lagi... satu perkembangan yang baik nampaknya.... lega sikit... pagi tu, aku update berita pasal zah dengan mak zah, mak aku, kakak ngan adik aku, serta semua kulaan dan kenalan aku... aku beruntung sebenarnya, terlalu banyak org yang mengambil berat pasal kami... hatta, anak2 aku pun, mak ngan adik beradik zah tolong jaga.... sementelah aku berada dihospital tuk jaga zah... aku tau, aku dok hospital pun bukan boleh buat apa, tak boleh masuk pun melainkan waktu melawat... tapi, aku taknak jadi macam hospital kat banting tu... sangat2 phobia...


waktu melawat tu, ramailah yang datang... alhamdulillah... waktu tu pun, zah dah sedar... cuma aku rasa, saki baki ubat2 yang ada dalam badan dia, masih ada lagi... cuma tegur sekejap2 sahaja... aku pun, masuk tak lama... bagi peluang kepada org lain tuk masuk... takpelah, kenelah berkorban sikit kan... ramai sangat yang sayang ngan zah... bukan aku sorg jek...


panjang dah aku cerita. hangpa pun mesti cemuih nak baca... dipendekkan cerita, hari isnin petang tu, zah dipindahkan ke wad biasa (almost 2 days kat wad ICU).... hari rabu tu, katanya zah dah boleh keluar esoknya, khamis... tapi, bila check, katanya, oksigen tak cukup lagi... sedangkan pakai tiub pun baru 95%, kalau balik takut tak cukup oksigen pulak. lama sangat kat spital, kami mohon jugak nak balik. so, Dr tu test tuk bukak tiub oksigen zah.,.. alhamdulillah... bila check, 95% jugak... maknanya, ada perubahan... cumanya, bila bernapas, masih lagi bunyi... petang khamis tu, zah dipindahkan ke wad kelas satu. bolehlah aku temankan dia tdo. kalau tak, mmg terpkasa aku balik... kalau dulu kat wad ICU, boleh jugak aku tdo kat bilik waris menunggu tu...


jumaat tu, alhamdulillah... zah dibenarkan keluar, selaps kami merayu tuk zah keluar... mujurlah Dr senior tu bagi zah keluar... kalau tak, bermalam lagilah kami kat wad...


alhamdulillah... bila dah jadi kejaidan camni, banyak hikmah yang aku temui... termasuklah dengan secara tetiba aku menjadi kenal rapat dengan kwn2 sekolah zah... sekurang2nya bolehlah mintak depa tengok2kan zah kat sekolah tu... sementelah aku takde disisi zah... syukur alhamdulillah....


semoga kalian semua diberi kesihatan yang baik hendaknya.... aaaaaamiiiiiiiinnnnnnn


tuanpunyablog: seteruk-teruk zah, ada yang masuk ICU klang tu dari temerloh, pahang... hospital ke 8 dalam senarai... sian...

4 comments:

Anonymous said...

Salam,

Semoga isteri saudara cepat sembuh dan semoga Allah SWT memanjangkan umur beliau untuk terus bersama keluarga tersayang. Amin.

tuanpunyablog said...

tuan/puan anonymous:
aaaaamiiiiinnnnn.... thanks for the prayer... really appreciate it. walaupun tak kenal, saudara/i sudi mendoakan keluarga saya... doa yang sama juga buat saudara/i... aaaamiiiinnnnn....

che kam said...

"Ya allah jangan la kau beban kan sahabat ku ini dengan ujian yg berat.sebaliknya kau berilah rahmat dan barakah kepada mereka sekeluarga.sesungguhnya mereka dari orang2 yg baik dan beriman kepadamu ya Allah"..moga tabah atas segala ujian Allah. tumpang sedih dan terkejut apa yg terjadi pada hang sekeluarga.

tuanpunyablog said...

aaaaamiiiiiinnnnnn.... thanks Dr Kam. dugaan yang banyak sangat pengajaran dan hikmahnya... :D

alhamdulillah...