assalamualaikum...
kali nak nak share pasal LASIK plak, sebab ramai beno (entri2 kali ni, banyak yang resp0n pada pertanyaan org ramai, cam gelemer lak... ahaks) yang bertanya dengan aku pengalaman buat LASIK tu. just nak tekan kan kat snilah, yang ni semuanya based pada pengalaman aku... bukannya semua org... sebab, lain org lain caranya, lain nasibnya, lain prosedurnya, lain tempatnya (sebab banyak cawangan), lain dokternya, dan macam2 lain nya...
aku buat ngan optim**... salah satu kampeni swasta yang mmg buat lasic selain daripada hospital mata yang lain. sebenarnya, sebelum buat kat sana, aku dah mmg berniat nak buat dah kat uk ni. tapi disebabkan harganya yang agak mahal, kalau aku convert ke RM, maka terus tak jadi... bayangkan, untuk dua2 mata kosnya lebih kurang £2700. giler kalau aku nak buat. camana terpengaruh??? erm... sebab dok selalu tgk tv, selalu sngt pasal iklan kat tv tu...
tengah2 dok sgsorg masa zah kat banting, tetiba aku terpk nak tgk kos berapa yang depa charge kat malaysia. aku pun tgk2 kat website, terjumpalah kampeni yang aku cakapkan tu. tgk kos dia, kalau aku amik yang paling advance pun, takdelah sampai rm10k. kira murahlah jugak. then, aku try tepon n buat appointment. esoknya, khamis, aku terus p sana buat cek up tuk tgk samada aku candidate yang seswaiu atau tak. dekat 2 jam jugaklah aku diperiksa. cek2, maka aku disarankan oleh Dr tuk amik .....LASIK (aku tak ingat apa dia suh amik, yang second paling advance, sebab mata aku katanya, agak teruk sikit, kosnya lebih kurg dalam RM3500 tuk satu mata)... lepas diperiksa tu, org kat kaunter terus tanya, kalau booking terus, dia boleh buat terus laser tu n dapat diskaun RM100 tuk satu mata... so, aku pun agree... maka keluarlah semua kad2 kredit termasuklah kad debit uk aku. sib baik depa leh buat pakai machine.
dalam sejam tu, aku dipanggil masuk. DR tu terangkan camana prosedur tu. lepas terangkan, terus masuk bilik bedah tu. nak start tu, dia kata machine tu takleh nak detect mata aku, sebab pupil aku terlalu mengembang. takleh buat, so, dia suh datang esok petang. dok pk jugak, sebab kalaulah dia buat la ni jugak, bahaya jugak. sebab aku tak bawak spek hitam, pastu aku pakai moto sorg. takde sapa nak bawak aku balik. masa depa cek mata tu, pandangan aku terus jadi kabur, tak berapa clear. kalau drive, mmg bahaya.
esoknya, dalam kol satu, aku dah sampai kat pusat tu. alhamdulillah, machine tu boleh detect mata aku tu. so, pembedahan pun berjalan. satu mata amik dalam masa lebih kurang 3 - 4 minit. termasuklah preparation dia nak lekapkan kelopak mata ngan plaster. so, takdelah berkelip masa laser tu berjalan. satu perkara, kene kontrol bola mata tulah, sebab payah sikit kalau bebola mata tu bergerak2 time laser. alhamdulillah, aku mampu kontrol bola mata tu. takde bergerak2 sgt... adalah lampu dia suh fokuskan kat situ. so, trylah fokus jek kat situ. dia buat mata kanan dulu, oklah. takde rasa ssakit sangat. pastu, bila dia buat kiri pulak, rasa sakit sikit. macam mata tu ditekan2... nak rasa camana, cuba tekan mata tu.... camtulah sakitnya. prosedurnya, dia bukak kornea aku, dia laser (taktaulah laser apa, bedah keliling kornea tu kot), bukak, bersihkan sel2 yang mati, letak contact lense, tutup balik kornea tu.
lepas bedah tu, bukannya boleh terus nampak sebenarnya. dia akan fluctuate. kejap nampak, kejap tak nampak. tapi, kalau pakai spek kompom lagi kabur. so, aku suffer jugaklah dalam seminggu. sib baik kete zah yang bawak. masa tu, nyesal buat pun ada, sebab payah nak nampak. dekat tak nampak, jauh kejap nampak, kejap tak nampak. masa dia pakaikan contact lense tu, mata aku langsung tak selesa kalau aku bukak lelama... last, aku banyak pejamkan mata, n tdo. mata tu macam gatal, macam ada benda dalam tu (mmg pun, sebab contact lense ada dalam mata). seminggu aku pakai contact lense tu... bila optometris tu kata, dah boleh bukak (kiri jek dulu), suka btol aku. lepas dia bukak, baru lega sikit mata aku... kanan takleh bukak, sebab dia kata, sel2 yang bawah kornea (kut) tak developed lagi. so, kene datang lagi 3 hari. aku tanya, kenapa takleh bukak contact lense tu, sebab aku tak biasa pakai contact lense sebab mata aku mmg cepat kering (walaupun dia bagi ubat mata tuk lembabkan mata). dia kata, kebanyakkan yang amik prosedur macam aku tu, mmg tak selesa. tapi kalau tak pakaikan lense tu, lagilah mata akan rasa sakit, merah, irritatating... so, baru aku paham kenapa dia pakaikan lense tu. 3 hari berikutnya aku p sekali lagi. optometris tu cek, dia kata, ada sel yang tak develop lagi... bahagian atas. dia try bukak, n then pasangkan yang lain. aku suh jek dia bukak, tapi aku taknak psang yang lain. dia panggil kwn dia, mintak second opinion. bila dah bukak tu, dia tanya ngan aku, bila aku kelip mata, ada rasa sakit tak? aku cakap, tak. member dia tu cakap, kalau ikutkan akan rasa sakit. tapi sebab yang tak develop lagi tu, kat bawah kelopak mata yang tak berkelip (bahagian atas mata), maka kurg sikit sakitnya. dia bekalkan aku dengan lense, dia suh pakai kalau rasa irritate... alhamdulillah, tak rasa apa2... aku nak mandi senang, nak wuduk senang... sebab sebelum ni, kalau mata aku kene air, aku kene lap dulu mata aku, baru aku leh bukak... kalau tak, nantikanlah azab kepedihan mata tu, macam masuk asap... sebab tu memula aku kata, aku sampai menyesal...
cek up sebenarnya, sehari lepas bedah, seminggu, dua minggu, sebulan, 2, 3, 4 dan 6 bulan. so aku sempat tuk sampai sebulan jek. dalam amsa dua minggu, aku baru berani bawak kete. nampaklah jugak, but not too far. buat masa sekarang ni, aku rasa mata aku blom sembuh sepenuhnya... bak kata opto tu kat aku, dia kata sel semuanya ada 6 lapis. kalau dah tumbuh semua, baru mata tak kabur, takde nampak tulisan double. sekrang ni, rasanya mata aku blom betul2 sembuh. sebab aku macam dah jadi rabun dekat lak (salah satu risiko). last check, rabun dekatnya 75. rabun jauh, dah alhamdulillah, ok dah. bolehlah nampk org dari jauh n tulisan takde jadi double lagi. sib baik, kalau tak, nak tgk laptop pun payah...
pengalaman ngan staf kat pusat laser tu:
opto ngan front counter oklah... friendly (maybe sebab nak duit kan???). yang aku kurg gemor, dengan DR nya... nak tanya soklan, kene pk banyak2 kali dulu... agak2 soalan bodoh, janganlah tanya. silap2 kene sembur balik (walaupun tak marah, tapi ayatnya sungguh berbisa). tak tengok lagi camana dia marah staff dia... aku dah kene tiga kali, masa sebelum kene bedah, masa kene bedah, n masa cek up... really2 tak patut.... macamlah aku tak bayar apa2... maybe silap aku, tapi bila aku kene ngan DR yang lain masa cek up, takdelah aku kene sembur (kompius antara short sightness ngan long sightness)... senyum jek sambil betulkan aku... masa sebelum kene bedah, aku tanya, camana plak kalau tetiba mata aku terkelip, dia jawab, mana boleh terkelip. cuma kontrol your punya mata, takkan tak boleh. masa nak kene bedah, dia betulkan kepala aku, aku bergeraklah sebab ikut camana dia buat. pastu dia cakap, jafri aaa, saya betulkan kepala u, kenapa kepala you ikut gerak jugak??? (aku ikut konsep kedai gunting rambut). yang ketiga, masa last cek up ritu. since aku cakap nak balik UK, aku takleh nak mai cek up lagi. pastu dia kata, every six weeks, go to any of optometrist, ask them to check your eyes, then fax the result to me... aku dengan selamba jek, how am i going to fax to you? nak tau apa dia jawab???
"Don't ask silly question. you're phd student." bengang jugak masa tu, tapi tahan. aku cakaplah, aku mana ada fax machine. pastu dia cakap, plah cari memana (in english). or, you can email it to me. but you must have scanner...
dalam hati aku, "ko ingat aku bodoh sangat kalau hantar pakai email tu kene scanner n ingat aku takde ke?" tapi aku jawab, ok, I'll email it to you. done. sib baik tak jumpa dia lagi pasni... aku ingat, aku nak p tempat lain plak, kalau nak cek... sakit hati lak bila kenang2 balik. macam lah aku dapat khidmat free jek... huhuhu....
satu lagi, depa ni tak bagitau pun kene charge masa buat check up tu... tau2, masuk bil... cuba bayangkan kalau aku takmo buat sebab mahal sangat, tak pasal2 kene charge rm200, lebih kurg. kalau kat UK ni, free lak dia buat. ubat sampingan pun kene beli. mahal lak tu... tak mainlah bawah RM30... kesimpulannya, kalau ikut kos sebenar, dekat RM8000 lah jugak. cam org kaya jek aku kan??? masa nak beli ubat tu, kenapa pulak kene bayar aku tanya ngan kaunter tu??? nak tau apa dia jawab??? dia kata, "ai, takkan 7K boleh keluar, takat rm40 takde???".... nasib sungguh aku kene ngan org2 yang agak kerek...
korek sana, korek sini, tuk masa depan... cumanya, masa depan nya, taktaulah akan kekal cerah atau jadi kabur balik... bak kata seorg member aku, member dia buat, dalam masa 6 bulan jek, jadi balik rabun nya... macam rugi jek... erm... nak wat camana kan... risikolah... masa consultation tu, opto tu ada gtau ngan aku... dia kata, mata akan jadi cembung balik, which is macam separuh bulat tu... tapi ada sesetngah org, tak jadi macam tu... dia akan jadi tak cembung... kalau jadi camtu (kalau tak silap pemahaman aku) kene buat sekali lagi... correction dan berbayar... dalam RM2k lebih satu mata... tapi dia kata, kebarangkalian tu rendah jek...
apa lagi aku nak cerita? risiko? erm... like i said... staf??? tak semua cam tu... maybe nasib aku dapat staf yang macam tu...
sembuh? depends... ada yang cepat, ada yang lambat. aku, dalam sebulan dah bolehlah nampak jauh2 sikit... sebelum ni, tulisan jadi double... masih kabur... ikutkan, aku ni lembab sikitlah sembuhnya... kalau ikutkan, dia bajet dalam masa sebulan dah ok dah...
tu jelah nak cerita... ada persoalan, silalah tanya ngan kaunter pertanyaan ye... :D
tuanpunyablog: dalam keadaan sejuk beku. tetiba heater takleh nak idop... aiyark!!!!
19 comments:
Aku baru je bca cite ko ni..camne dah ok dah ke mata ko? mak mertua aku ade buat gak. Semoga selamatt...-Reha
reha: alhamdulillah... ok dah... dah bolehlah melihat dengan baik. cuma kengkadang waktu malam, payah sikit... imej 'pecah"...
sy ada temujanji pemeriksaan pada 4/4/2013 dgn prof muhaya. klu pergi sorang diri utk pemeriksaan ok tak?
Puan Idah: ikutkan boleh aje, kalau p dengan public transport. sebab lepas cek tu, biasanya, matanya akan jadi sedikit kabur... ni ikut pengalaman saya lah. kalau rumah dekat, takpe lagi. takut jauh jek rumahnya...
ada hati nak buat tapi ngeri lak rasa..baca citer ko lagi rasa ngeri huhuhu
yg encik buat ni bukan lasik, tapi lasEk kan, yg kena pakai lense.
mmg beza sikit drpd lasik.
ye kot... tapi yang pakai lense tu sebab dia nak tumbuhkan sel2 semula kat kornea (kot???) kalau tak silap. sebab kalau tak pakai lense, bila kelopak mata berkelip, akan pedih mata tu...
alahai ngeri lak baca blog Jek ni...cadang nak buat ngan dr. muhaya 15 dis ni, hihiihii member smk seri kampar
Baru buat lasik 7 minggu lepas, mata masih sgt kering, penglihatan x sejelas ketika pakai spec, then driving malam sgt x best compared tu pakai spec dulu...
Did lasik in excelview midvalley..Vision is not good.. Night vision is terrible with glare, haloes and starbust. It is so real.. please share with others. Be responsible and spread love.
Saya baru buat sabtu haritu.. rasa nak nangis sebab vision x sharp and mcm berbalam2 mcm kt baru bangun tidur tu. So sekarang macam mana? Ok dah?
So hows ur vision now? Are u wearing specs for that problem? Just had my femtolasik few days ago.. im still putting hope.. sobss..
So hows ur vision now? Are u wearing specs for that problem? Just had my femtolasik few days ago.. im still putting hope.. sobss..
Saya baru buat sabtu haritu.. rasa nak nangis sebab vision x sharp and mcm berbalam2 mcm kt baru bangun tidur tu. So sekarang macam mana? Ok dah?
yang buat dengan dr muhaya tu boleh bagi testimoni?
sekrg penglihatan cmne? da normal?
Hai... now how ur eye after a few year do lasic? U do lasic at which klinic?
Bukak balik blog ni, baru perasan. Sorry pada yg bertanya. Alhamdulillah. Dah 11 tahun. Regular checkup once a year.. semuanya masih ok. Last checkup kat opti shah alam.. katanya ada rabun jauh sikit.. 75. Tapi tak pakai spek pun ok. Sbb dia kata dah tua. Kalau muda² mmg akan jadi cepat rabun balik. 😂
Hi guys, just nak share sy buat LASIK 2014. Mata masih kekal tak best. Saya terpaksa gunakan Scleral Lense untuk bantu kurangkan kesan rabun baru disebabkan LASIK. Spec mata hanya bantu sikit sahaja.
Post a Comment