Monday, 2 August 2010

Widgets

dah ada desktop kat umah

salam...

tapi kat umah ni... maklumlah, dah ada desktop yang best... tapi, mesti bergaduh ngan iman, asal aku guna, dia pun sebuk nak guna desktop ni... sebab dia dah biasa guna laptop, maka, jari2nya dok meraba2 kat meja... pastu marah2 kenapa cursor tak bergerak2... hempas2 tikus yang kat depan mata tu... org suh guna laptop, sebuk jugak nak guna desktop... dah cakap ngan dia, kalau dia guna desktop, kene pakai tikus ni (cakap mouse, dia tak paham... maklumlah, anak melayu jati), tapi taknak dengar jugak.. satu lagi masalah kalaudia pakai desktop ni, dia kan kidal... pastu nak pegang pakai tangan kanan, manalah dia reti sgt.. kekok jadinya... dah cakap, tapi nak jugak desktop ni... sanggup dia jadi tarzan menjerit2 nak pakai desktop ni jugak... nyesal sungguh aku beli satu jek... kalau beli dua pun bagus jugak, dahlah murah... tapi, masa antar email cakap nak beli skul punya pelupusan pc (4 tahun sekali, kaya btol skul, tapi nak sponsor conference, alahai, kedeng btol), terpk jugak... mana aku nak letak sebiuji lagi kalau aku beli dua? bilik kecil ni dah penuh ngan barang2 bakal insan2 baru yang akan hadir dalam hidup kami... gedabak jugaklah satu2 barang tu... maka, amiklah satu jek, dan berlakulah jeritan batin si iman ni... erm... nak wat camana, dia kan boss... camanalah nanti aku nak naip keje2 aku kat umah ni (berangan lagi), nak pakai laptop tak best....

pasal pc ni pulak, hat lelain ok... walaupun harddisk dia bagi kecik jek (dalam 80GB), tapi tetap best... yang mahal tu, sebab monitor flat skrin, 19 inch... ni pun kalau beli kompom dah kene kuar at least 50pounds... mana nak cekau duit??? cuma keyboard bengong sikit, tekan key lain, benda lain yang kuar... nak kene tukar jugak ni... hat ni, bagi kat imanlah... bio dia menaip yang tah apa2 naipnya...

kejap jek kan dah masuk bulan ogos... menghitung hari jugaklah aku ngan zah ni... kalau ikut tarikh sebenar, 19 oktober, sangat lambat lagi... tapi bila baca info2 pasal kembar ni, semuanya kata kemungkinan bersalin awal tu akan tinggi... DR tak bagi lelama... asal cukupo matang, akan disalinkan dengan segera... kalau ikutkan info2 tu, minggu 28 lagi dia kata dah kene start packing barang2 yang nak kene bawak kat spital... alhamdulilla, masa sebelum minggu 24, aku berdebar2 sebab kebarangkalian anak2 survive, rendah... masuk minggu 26, lega sikit, sebab chances makin tinggi after 26wks... la ni, lega berlega lega lah (bahasa baru menunjukkan kelegaan yang terhingga, bukan tak terhingga ye, hat ni, lega infiniti, ada ke dalam kamus kehidupan seseorang lega infiniti????), sebab chances survive, insyaAllah, tinggi... cuma kalau lahir dalam minggu ni (29 wks), maka akan duduklah kami di wad neonatal intensive care (NICU), sebab baby kecik... hat ni pun sebenranya, aku risau jugak... takut lama pulak kat spital tu, sebabnya, kalau boleh, biarlah anak2 kami ni, lahir cukup matang, supaya senang kami nak jaga, n senang nak bawak balik malaysia... ikutkan tarikh lahir jangkaan, dalam pertengahan bulan 10, plan nak balik, pertengah bulan 12, so, ada lebih kurg 2 bulan jek depa kat cni... so, mmg doa sgt2 agar depa lahir dalam keadaan yang cukup matang dan sehat (walaupun adakalanya, tak sabar nak tunggu depa).... tarikh jangakaan tu, kalau cukup 40 minggu, artikel2 yang aku baca, kalau identical, insyaAllah paling lama DR benarkan tuk depa dok dalam rahim, sampai 34 minggu jek... paling lama, 37. kalau 34, kompom lahir elok2 pas raya... silap2, raya kami kat spital... maka jadilah nama nya iman nur hadil, iman nur fitrah (kalau gabung, maka, jadilah eidul fitri, sempena eidulfitri)... cadangan jek ni... tetiba jek terlintas kat kepala aku ngan tetaip ni... kalau 37 pulak, bagus jugak, coz leh jugak mak ayah aku dok tolong tgkkan iman kat umah ni... takdelah aku nak nyusahkan sesapa tolong tengokkan iman yang sangat 'baik' ni... risau sebenarnya, yelah takut dia ber'main' ngan anak2 org yang aku mintakkan tolong jaga iman... pepepun, doa aku, agar biarlah semuanya selamat dan dipermudahkan... insyaAllah, perancangan Allah akan tiba membantu aku bila tiba masanya.... kan.... dah banyak kali jadi macam ni... so, bak kata hati aku, biar dulu... jangan pk sangat, sebab bila tiba masanya, Allah akan ada memudahkan segalanya.... aaaaaaaaaamiiiiiiiiiiiiiiiiiinnnnnnnnnnnn.......

risau jugak sebenarnya ni... coz aku masih lagi tenganga2 nak buat ayat yang mantop2 dan hebat2 tuk tesis aku ni... dalam otak dah ada benda nak nulis... tapi asal nak tulis jek, mesti ilang balik... peliknya, idea mesti datang time2 aku especially kat toilet... geram btol... pastu, bila dah ada depan pc, maka hilangnya berterbangan ditiup gelombang mikro (lapo pulak, makan roti bakar sedap jugak kan...). tapi tulah, bak kata aku yang sebelah kanan ni, salah sendiri, sapa suh enjoy dulu sengsara kemudian... erm... nak wat camana, aku ni, payah btol nak cari gap (bukan gap kedai baju tu ek)... hopefully, by end of this month, aku dapat tunjukkan sesuatu yang boleh mengimpresskan sv aku... seminggu ni down btol bila tgk progress report yang dia tulis (gatal p mintak balik report tu wat pe,kan dah kene)... TOO SLOW.... huhuhuhu.... tulah, biasa sgt makan manisan, kan dah termakan asam keping... btullah pujian cepat membuatkan kita alpa remeo... you doing well, maka cuti ber'well' lah aku... seminggu dok berangan nak buat apa pastu... baru berangan, pas berangan, plan pulak seminggu, pas plan, catat2 mana yang penting, sebulan amik masa... bila masa tah nak siap... huhuhuhu

erm... banyak cerita nak stori mori the morning glory ni... sementara budak hero tu tak bangun, bolehlah aku naip bebanyak kat sini... tapi kita bukak tajuk lain pulaklah ek... baru best nampak cam aku banyak topik bulan ni... compare ngan bulan lepas, 1 jek... sian kat org2 yang rajin membuka blog aku ni yang ntahapaapantah ni... merapu jek lebih... bukak lin blog aku, citer sama... bukak, citer basi... bukak, gambar katak... eh... terlanjur sebut pasal org2 yang rajin bukak blog aku ni, aku masuk jek akaun aku tadi, tetiba kat dashboard aku, ada sorg follower... isk... camanalah dia leh suka ngan kemerapuan aku ni... kompius... nway, hati peminat kene jaga... so, aku kenelah jugak ucapkan terima kasih kat dia sebab tetiba jek jadi follower aku...

"mekaseh.... btol ke suka ngan saya punya blog? ke tertekan follower secara tak sengaja? ke kene pakse sampai kene ugut bunuh supaya jadi follower saya ni?"

manalah tau kan?????? semua kemungkinan tetap ada...

tuanpunyablog: ngantuk... tapi kene tahan, coz tak elok tdo pas asr... poyoyo jek aku ni...

No comments: