Thursday, 14 January 2010

Widgets

sian kat orang ni...

bila tengok video kat atas tu, tetiba teringat satu kisah kawan aku semasa kami sama2 dok kat hotel, sedang menjalani satu kursus (kalau tak silaplah)...

biarlah ku namakan sahabatku ni, atey...

kami beramai2 (dalam 6 orang) nak naik ke lif. sampai jek pintu lif ni, kami pun tekan butang. kemudian, si atey ni pun terus ke ke pintu lif. kunun2nya buat gaya macam nak bukak pintu lif tu... kunun2nya nak jadi oranmg kuatlah, boleh bukak pintu lif tu. kami pun gelak2 jek lah ngan gelagat si atey ni...

nak dijadikan cerita, datang sorg pakcik ni, tetiba terus sentuh bahu atey ni (masa ni atey masih kunun2nya nak bukak pintu lif tu), sambil berkata;

"sabar dik, sabar, takyah bukak pintu tu, nanti dia bukak sendiri, tekan jek kat sini," katanya sambil tekan button kat luar lif tu...

atey terkedu dan kami gelak terbahak2 bagai nak rak... yang pakcik tu pulak, kompius jek mukanya... erm... kesian kat atey ke, atau kesian kat pakcik tu ke (sebab kene kelentong) atau kesian kat pintu lif tu (sebab pintunya kene pakse untuk bukak)...

tuanpunyablog: apa yang kita rasa, tak semua orang rasa apa yang kita rasa, sebab apa yang kita rasa, tetap berbeza rasanya bila org lain yang rasa... kan????

2 comments:

Anonymous said...

ahhaa..lawak la abg jep!!
dush2,saket perot je gelak..heh

-mimi

tuanpunyablog said...

mimi: baru ada kesempatan nak jawab... lagipun tak pasan msg...

mana satu yang lawak? org langgar pintu tu ke, atau org yang bercita2 nak bukak pintu lif? hehehehe