Thursday, 30 April 2009
prosedurlah kunun2nya....huh!!!
last story before menutup buku untuk bulan ni...
bulan lepas, aku ada antar performance appraisal n aku ada antar email beberapa minggu lepas tu untuk tanya sama ada benda tu dah sampai ke blom... UUM kene antar 6 bulan sekali, hat KPT setahun sekali. since performance appraisal tu sama jek KPT ngan UUM punya daripada isi kandungan (penilaian, atribut untuk penilaian etc, kecuali muka depan n logo yang berbeza) maka aku antar kat bos besar satu jelah. . takkan nak antar dua2 borang padahal untuk isi sama jek... sat g, sv akan kata kenapa kene isi benda yang sama, potostet jelah... sat g, nama uni sendiri yang busuk sebab suka sgt menyuruh kita buat keje 2x... so, untuk nak elak benda tu berlaku, aku cuma antar kat bos satu jelah, iaitu KPT punya.
hari ni baru dapat jawapan email daripada UUM pasal progress report tu. aku tanya jugak boleh ke tak aku guna KPT punya borg untuk antar ke UUM jugak, tak perlulah aku nak antar banyak2 kali kat bigboss... pastu, inilah yang dia jawab...
---------------------------------------------------------------------
secara umumnya memang boleh dikatakan maklumat di dalam borang performance appraisal UUM tu lebih kurang sama dengan kpt punya borang....
untuk makluman, performance appraisal (UUM) akan disimpan di dalam fail peribadi. performance appraisal (UUM) juga digunakan pada masa akan datang di masa en jafri memohon peperiksaan PTK kerana di sepanjang tempoh pengajian, kerana en jafri tidak dinilai menggunakan borang penilaian prestasi.
oleh itu borang performance appraisal KPT yang hantar tidak boleh digunakan untuk tujuan seperti dimaklumkan di atas.
maaf atas kesulitan.
---------------------------------------------------------------------
angin jugak bila aku baca... aku tak salahkan org yang tulis email ni. tapi aku marahkan org yang buat polisi macam ni... betul2 menyusahkan... kunun2 prosedur, tapi betul2 menyusahkan...
nak dapatkan balik borang ni bukan main payah. asik kene tanya jek bila nak siap borg tu kat bigboss... tu takpelah sebab satu borang, n 6 bulan sekali... tapi kalau dah kene isi dua borg yang sama daripada isi kandungan, bukan ke menambah keje yang tak sepatutnya????? silap2 angin bigboss tak kene, mau kene sembur kita... apa lah salahnya kalau terima jek borg KPT tu sebab bendanya sama jek???? huh!!!! geram pulak aku... banyak btol songeh... rasa macam nak antar jek email balas... GERAM!!!!!
tuanpunyablog: hangin satu badan ni!!!!!!
baiknya tuanpunya kedai itu...
baru balik dari lepas menghantar sebis kete... nak buat alignment... ritu antar, dia kata takleh bukak, sebabnya, aku punya tie rode (jgn tanya, aku pun tak tau sgt benda ni.... nama jek ada kete, tapi benda2 dalam kete bukan aku tau pun...failed!!!!) kene ganti, sebab dia payah nak bukak... katanya terlalu lama... masa tu, aku tanya berapa kene kalau aku tukar... pastu dia kata, lebih kurang dalam £80 termasuk labour charges. erm... not bad... bolehlah kalau nak tukar... tapi sebab time tu aku tak berduit, maka aku tangguhkan dulu... aku g kedai ni pun sebab org2 cni ramai yang p kedai dia... murah... siap boleh tawar menawar lagi reganya... maybe sebab dia muslim... n nak perniagaan nya diberkati Allah, tak menipu kan...
la ni, bila kete aku asik bergegar jek bila benti kat traffic light atau kat memana, tanya ngan org, katanya masalah ngan alignment. aku pun antar rini... dalam pada bawak kete tu, biasalah aku... kalau nak bercakap kat ngan org2 cni, aku akan cipta skrip dulu dalam kepala otak aku supaya tak jadi macam semalam (going home, going back... huhuhu)...
sampai jek, terus aku cakap ngan dia according script yang aku dah ciptakan... alhamdulillah, dia boleh paham... pastu aku tanya jugak, berapa dia bajet tuk buat alignment tu, termasuk tukarkan tie rode tu tuk kete ferrari aku tu... dia pun kol member dia...
"jhfjdfhjsdh bsdjjsdioaeoiwiefuriwjn yfweufeuwlnxwuyf uyrlomadueyf yfew8uy8ui", kata boss kedai tu... (manalah aku paham dia cakap, nak kata arab, bukan arab, english jauh sekalilah... sebab tu aku tulis camtu... huhuhuhu).....
lama jugak aku tunggu dia... pastu, bila dia abis tepon, dia pun cakap bahasa yang aku paham n dia paham... english lah pe lagi...
"if u want to change the tie rode, it's very expensive. £90. excluding the services charge n other charges", kata dia...
"£90 for 2 tie rode or just one?" balas aku.
"for two. nevermind, i'll find someone to fix your problem. maybe can use the heat, n try to open the screw... it's very expensive," balas dia...
"ooo... is it? nevermind... it's ok for me, any option. as long as you can do the alignment," jawab aku...
"ok... don't worry about it. i'll do the best for you. you can take your car around 7 today or tomorrow morning. can you parking the other side and give me the key?"
"ok, i'll take the car tomorrow morning," jawab aku. lepas aku alih kete n bagi kunci kat dia, aku terus jalan kaki nak nuju ke bus stop. dalam perjalanan ke bus stand tu, aku terpk dalam hati aku... erm... mahal ke £90 tu? bagi aku oklah tu. sebab sama macam aku sebis kete kat malaysia, kene ratus2... aku bajet pun buat alignment dalam £200++... ala, macam RM200 lah jugak... alhamdulillah, aku jenis tak meng'convert' duit... sebab bagi aku, kalau convert, sadin setin pun akan dikatakan mahal... bukan berlagak kaya, tapi itulah hakikatnya... bak kata karam "dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung, minumlah susu cap junjung (wah!!!! sesuka hati aku jek menambah!!!!)... buat apalah nak convert kan... anggaplah duit tu macam duit RM... kan??? sama jek...
dalam pada tu, aku respek lah ngan tuan punya kedai ni... rasanya, mmg betul kawan2 aku cakap... pekedai yang baik hati... tak nipu... kalau dia nak nipu, aku rasa, takdelah dia suggest kat aku takyah beli benda tu... penah jugak sorg member, tuan kedai tu siap bagi diskaun lagi, sebab duit kat tangan dia ada banyak tu jek... huh!!! baik sungguh... compare kalau kat certain kedai2 kete yang penah aku pegi, tak kiralah kat uk ke, malaysia ke, memana ke... kalau niat dah menipu... mmg akan kata, itu rosak, ini rosak, memacam lah... semua rosak... tapi alhamdulillah, dapat kedai kete yang baik ati.. no wonderlah aku tgk kedai dia banyak kete yang dihantar... biarpun tgk kedai dia macam tak semenggah jek (huh!!! jahatnya mulut!!!!)
tuanpunyablog: duit halal, berkat dan tak kedekut, kalau sedikit pun, tetap akan terasa banyak dan sentiasa cukup, tapi duit banyak berjuta2 pun, kalau tak berkat, halal ngan kedekut taik idung masin, tetap akan terasa sikit dan tak penah cukup... kan?????
Wednesday, 29 April 2009
tanggungjawab sebagai warganegara selesai... lega..
alhamdulillah... berjaya jugak aku menyetelkan borang cukai pendapatan aku tu.... terima kasih aku ucapkan kepada xhosmetku sejak daripada tutor kat changloon, ke skudai ke changloon kembali sampailah dia melangkah ke alam rumah tangga... kalau dia tak bagitau aku, alamat aku pun tak hengat langsung nak isi (walaupun selalu tengok iklan afdlin syauki ngan vaneeda imran yang pasal nak g spital memacam hal berlaku tengah jalan)... mekaseh ye incik izwan nizal mohd shaharanee a.k.a. terungceweng, kerana telah mengigatkan agar mengisi borg BE tu... bukan sekadar tu, siap bagi info lagi benda2 yang aku taktau termasuklah basic gaji... sib baik gaji aku ngan dia lebih kurang...
jenuh btol aku nak isinya, dengan lembabnya... dengan aku tak cukup info, dengan kalut semalam nak setelkan report tuk tunjuk kat bigboss (tunjuk rajin kunun2nya....)... pastu, asal nak antar jek, hang... bukak balik... antar jek... hang... arghhhh!!!! tensen... balik terus... sib baik rini setel dan dah antar...
orang kata senang jek nak isi borg tu... btul... mmg senang... tapi yang susahnya, nak isi sebab nak elakkan daripada kene cukai... pusing sana, pusing sini...... ahaks!!!! teruk btol aku sebagai warganegara malaysia... huhuhu
tuanpunyablog: apalagi nak cerita sebelum menutup buku tuk bulan ni??????
going back, going home... erm....
balik2 daripada jumpa superbaizor tadi, on the way nak balik ke opis atau work station dan dia pulak on the way balik kerumah (rasa aku ketika ni, sebab bertentang arah), tetiba terserempak dengan rakan sepejabat, bernama zahran... daripada jauh dah senyum... almaklumlah, aku ni peramah... sampai jek terus aku tanya dia...
"you going back?" kata aku sambil tersenyum... memang aku tau dia nak balik aku rasa, sebab tadi jumpa dia jugak masa aku nak g jumpa superbaizor, dia pulak baru lepas jumpa.
"no, i'm going home..." balas zahran...
dalam ati aku terus tertanya2, aku salah cakap ke? apa bezanya going back ngan going home? bukan ke maksdunya sama????? isk... teruk betol english aku... makin lama bukan makin bagus, tapi makin teruk... huhuhu
sampai jek opis ni, terus teringat kata2 zahran tadi...
"after you met your sv, u don't do anything... take a break..."
so, sebab tulah, aku tak buat apa2 lepas jumpa sv... amik nasihat si zahran tu, maklumlah, kene amik break jugak kan (ala jep oiiii.... ko tak jumpa sv pun ko relax hehari... so, bilakalanya ko buat keje haaaaa??????poyoSSSSSSS!!!!!)...
tuanpunyablog: huhuhu... asik salah jek aku buat ni... apalah nak jadi ngan research aku ni... sob... sob... sob...
Friday, 24 April 2009
............... aku????
tajuk entri kali ni lain macam sikit... tah, tetiba tergerak hati nak nulis macam ni...
jahatkah aku kalau aku memanggil zah GEMFOL (akronim untuk gabungan perkataan daripada gemok dan rofol)??? sebab zah selalu kata dia dah gemok, tapi aku tgk biasa jek... tak gemuk tak kurus pun.... menten jek...
terukkah aku kalau aku gelarkan iman dengan gelaran TEMFOL (akronim untuk gabungan perkataan daripada tembam dan rofol)???? sebab semenjak dua menjak ni, makin tembam pulak aku tengok iman compare masa kat malaysia dulu... suka sangat makan pizza kot, sebab tu cepat tembam...
dannnnn... last but not least,
PERASANKAH aku kalau aku menggelarkan diriku dengan KURSEM (akronim untuk gabungan perkataan KURUS dan HENSEM?????? (huh!!!! nak muntah darah ijau aku rasa.... uweeeeeekkkkk!!!!!)
notakakiayam: rofol = rambut kerinting tapi taklah kerinting sangat, dalam kata lain, ikal
tuanpunyablog: sekali sekala kene gak mengangkat diri sendiri, ye dak????
Wednesday, 22 April 2009
luahan hati iman...
amacam??? ok tak wajah cerita merapu aku la ni? ada perubahan tak??? (ala, kalau korang kata tak lawa pun, aku pedulik hape!!!! blog aku... sukatimakbapaklakimaktakdetiri akulah... )
ooo... ya... saja jek letak gambar kenkwan iman tu... nampak muda sikit, almaklumlah, aku kan masih muda remaja tak sedar diri... so, letaklah gambar kanak2 sikit... terlanjur dah letak gambar teman2 iman, aku perkenalkanlah satu2 ye... karang marah plak iman sebab tak kenalkan kengkawan dia ketika dia susah mahupun senang... nak redakan kemarahan iman, aku suh dia intoduce sendiri lah yek...
ok iman... silakan... walid bagi peluang... cepat kenalkan kengkawan iman...
mekaseh walid, sebab bagi peluang iman cakap bahasa jerman + jawa+ kantonis+ bahasa cacamerba... semua tak paham apa yang iman cakap.... napa yek??? takpelah, iman kenalkan jugak kengkwan iman ni...
kenalkan....
teman iman yang kalerful tu, yang dok belengkau sebelah kanan tu kalau mengikut pandangan dari depan, ni ummi iman yang belikan ketika walid iman berada kat KL kerana mencari lebihan rejeki yang halal... ummi ngan iman tak ikot, lagipun, ummi iman telah ditemani oleh pelajar2 kolej EON... masa ummi beli, umur iman kalau tak silap dalam 5 atau 6 bulan... lupa pulak... eh, nama kwan yang pes iman ni, ULAT... lama jugak iman kawan ngan ulat ni... selalu kalau tidur ke, main ke, nangis ke, iman mesti cari ulat ni... kalau takde, rasa macam sunyi jek idop iman... jadinya, dialah peneman iman dikala sunyi dan dikala tak sunyi.... semenjak dah berumur dekat2 dua tahun ni, iman boleh dah panggil dia... tapi bunyi LAT jelah... walid pun iman panggil LAT jugak bunyinya... tahlah,rasa macam takleh beza pulak walid ngan ulat... sama jek bunyinya... huhuhu
yang kedua....
yang wane pink, atau dalam bahase melayu, wane merah jambu air yang sedap... nama dia, rebbit... iman selalu panggil rebbit jek... yang ni, kawan ummi merangkap student walid masa jadi felo dulu yang bagi... namanya, sharifah noorshida bin syed jefri almashoor... masyhur sungguh namanya ngan nama walid.... kan???? kawan ummi bagi masa kami jumpa dia kat megamall kat bangsar... masa tu umur iman baru jek menjengah setahun. ala,lupa pulak nama megamall tu... mula2, iman taknak kawan ngan rebit ni.... sebab dia tak pandai langsung nak bergaul ngan iman..tak peramah langsung.... sampailah suatu hari, tetiba rebbit bersuara kecik macam kanak2 ribena... suka iman dengar... sejak tu, iman jadi rapat dengan rebbit ni... ulat???? erm.... ulat dah tak best dah kawan ngan dia... iman dah ada kawna yang lagi best... tapi, iman tetap sygkan ulat... ulat tetap iman bawak masa tidur... sebab,da biasa kan peluk dia... sampaikan ngiler (air liur basi meleleh) kat ulat,ulat tak penah pun marah... sebab tu iman sayang sgt ngan ulat... rebbit pun iman sayang gak...
then last but not least....
yang wane ijau, mata kuning tu... namanya frog... ni walid yang belikan masa jenjalan kat portobelo... frog pun dah mula baik ngan iman... biarpun dia pendiam, tapi frog tetap menjalankan tugas2nya membawa iman kemana2 iman nak pegi... iman suka sgt naik atas frog, sebab bagi iman, frog tugasnya membawa iman berjalan dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain dengan selamat (walaupun hakikatnya,kaki iman yang menggerakkan frog)...
frog sayang ketiga2nya... eh... silap... iman sayang ketiga2 kawan iman, yaaaani... ulat, rebbit ngan frog...
la ni kan, walid ngah mencari kawan lain untuk iman... kot2lah jumpa... kalau jumpa badak sumbu ke, pooh ke, beruang kutub ke, ikan masin ke, cimpanzi ke, walid kata akan belikan untuk iman... iman mintak jugak kwan yang boleh bergerak sendiri, muka cam iman, atau muka cam ummi, atau muka cam walid, atau muka cam cina, atau muka cam jawa, tak kisahlah lelaki atau pompuan, tapi nak tau apa walid jawab???? walid kata.....
tunggggggggggggggggggggggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!
sudahnya... kawanlah iman dengan 'mereka2' yang masih tak bleh bercakap tu... huhuhuhu
anaktuanpunyablog: numpang kejap buat luahan rasa hati naluri peribadi yang unggul...
sambal petai.... yum... yum....
ikan dilaut
asam didarat
dalam periuk
bertemu petai... ahaks!!!!
huhuhu.... syoknya.... dah lebih seminggu aku makan sambal petai jek... takyah ada sayur pun takpe... mujurlah jumpa kat china town 2 minggu lepas... pe lagi,borong sakanlah... rasanya, stok tuk sampai 2 bulan kot... kalau tumbuh daun kat petai yang dia dah kopek ni,bagus gak... leh gak aku tanam dalam pasu, pastu bila tumbuh, takyahlah aku sesusah payah nak mencari petai ni... (beranganlah ko tu jep oiiii.... takkan sempat punya ko nak merasa petai tu....) pelik jugak ek kat cni... semua benda senang ajek nak tumbuh... walaupun letak dalam bakul.... bawanglah, ubi kentang lah, sayurlah.... bagus gak... zah tanam pokok daun sup, menjadi pulak menggunakan kaedah hidroponik... subur menghijau pulak tu...
mekaseh isteriku yang baik hati kerana telah menyediakan makanan yang enak sekali untuk dibawa kesekolah... lagu ini kutujukan khas buat teman sehidupku selepas bernikah (mati taktau lagi bila, so takleh letak teman semati dan sekubur...)
isteri mithali isteri yang sejati
kasih sayangmu kasih yang suci
pengorbananmu disanjung tinggi
jasamu tetap disanubari... (ulang banyak2 kali, penat aku nak naip)
jemput makan kengkawan.... :D
tuanpunyablog: berjaga pulak ku malam ni semata2 nak tunggu subuh... kene ubah jadual tidur ni... maklumlah, subuh makin cepat.... mampukah aku???? huhuhu
Tuesday, 21 April 2009
luahan hatiku ketika ini... huhuhu
rasa burink pulak nak menulis apa2 hari ni... so, aku buat luahan perasaan jelah rini... abang khir ajak p tgk kete untuk abang suzari... hajat di hati nak ikut... tapi rasa cam malas pulak... duduk kat cni, at least, aku leh membaca sikit kan (yang penting niat, praktiknya, takpe kalau tak buat... kan???? kan????)...
dua tiga menjak ni, bila lepas jek jumpa pakwe, terasa macam sesak jek napas aku... sakit dada... taktaulah kenapa... setiap kali jumpa, aku paham apa yang dia nak... cumanya, bila aku nak terjemahkan kepada perbuatan, aku pasti akan stuck... jalan2 tadi on the way ke opis, terasa macam ilang dah segala mood aku nak buat phd ni... aku tak kata susah, tak adil pada mereka yang baru bercita2 nak buat phd ni... tapi, erm... tahlah... susah nak luahkan pada kata2... huhuhu... pakse jugaklah diri ni, sebab kebanyakan org2 yang dahulu dan selepas aku mendaftar, semuanya dah kutip data... aku ni??? terkontang kanting macam tu jugak... dahlah semalam aku kelentong pakwe aku dah dah buat semua yang dia nak, konklusi pada chapter LR, tapi aku buat dalam pikiran aku jek... huh!!!! teruk btol aku ni kan... tapi tulah, aku takde idea nak borak apa ngan dia... so, mulalah aku create drama swasta... cerita memacam... huhuhu....
nak cerita lain sebenarnya... aku nak ubahlah layout blog aku ni... sama jek warna ijo... burink... dah dekat setahun sama jek design nya... tdk blog zah, lawa plak... tak aci... kene ubah jugak ni... bila????? just wait n see...
tuanpunyablog: speechless....
cerita pasal jalan2 area uk ni...
aku dah start bawak kete semenjak semalam... sejak oyster kad diskaun untuk pelajar dah abis ebulan... rasa macam nak topup lagi, tapi bila pk2 balik, rasa macam payah jugak. mujurlah kat sini ada sorg malaysian yang tempat parkingnya aku bleh tumpang. kalau parking kat dalam uni ni, kompem aku kene bayar parking. mahal lak tu. limaplohsen untuk sejam jek... jenuh aku nak bayar kalau nak stay lama kat opis ni...
dulu ada banyak sebab kenapa aku malas nak bawak kete. rasa macam ok jek bila naik bus. tapi semenjak terasa lama jek tunggu bus, rasa macam lebih baik aku naik kete jek.. lagipun, kete nak pakai 2 tahun jek kan... lebih baik aku lenjan abis-abisan. so, nanti bila sampai kat tangan org lain kete tu bila aku nak balik nanti, takde terkulat sgt aku nanti sebab kete tu sampai kat tangan org lain dengan kondisi yang baik... huh!!! jahat betol aku... paln aku, kalau aku dah abis, kete tu aku nak lepas jek kat sesapa yang nak. free op caj... baik hatilah kunun2nya... hakikatnya, kalau kete tu rosak, aku takdelah terkilan sgt... sebabnya, aku bagi free jek kete tu kat org... kan????
cerita pasal bawak kete ni kan... aku rasa macam takut jek nak bawak kete kat uk ni... dahlah jalannya kecik sgt, kete plak sesuka hati letak tepi jalan, kene sagat baru tau... org2 cni kata, org2 uk ni berhemah bila bawak kete... kunun berhemah... suka bagi jalan... jarang bunyikan hon... cet!!!! penipu lah... aku berapa kali kene hon... pastu kene pandang sleght plak... pastu jarang bagi jalan kat aku bila nak masuk... lambat sikit kat traffic light, kene hon... apa menda nya berhemah kunun... huh!!! sama jek... ada yang ok ada yang tak ok... bukan semuanya ok... kengkadang, nak jek aku marah kat dorg tu... apa, dia ingat jalan ni dorg punya??? huh!!! eksen btol...
dua hari lepas, pestaim aku ke london central bawak kete... g ke greenwich... ala, yang dulu masa sekolah belajar permulaan tempat tuk tetapkan masa... erm... jalan nya, masyaAllah... sungguh mecabar minda, fizikal, ketahanan, kecekapan dan kesusilaan... dengan banyak trafficnya, dengan aku nak kejar kete abang beib, dengan aku nak kene ikut tomtombak... dengan nak tgk kiri kanan kot2 org kat sini melintas sesuka hati, dengan aku nak jaga brek ngan clutch serta minyak takut mati sebab tak biasa lagi... huh!!! memenatkan... sama macam aku bawak kete p wales ritu...
tepi gunung, dalam gunung, tepi tasik, atas tasik, bawah jambatan, tepi jambatan, tengah hutan, dalam hutan, semua lalu... sampaikan lereng2 bukit yang jalannya hanya muat sebiji kete jek, bawahnya gaung sedalam dan sebesar alam pun kami lalu... masa tu, mmg aku tak pandang bawah dah... gayat... takwakkal jugaklah... tu belom masuk lagi jalan nak ke travelodge... tomtom kata 'you have reach your destination'... tapi berentinya kat tepi highway... malam pulak tu... dengan jalan gelap gulita tanpa cahaya lampu2 neon... sama lah macam nak balik ke rumah sendiri... ikut tomtom, alamat aku tak sampai... dahlah highwaynya banyak sgt, bercabang2, bersimpang siur, jalan pulak banyak tutup... masa tu, hanya Allah sahaja yang tau... dengan penat, dengan gelap, dengan kete aku jek yang tinggal (org lain semua dah jalan kedepan), pastu bila benti sikit kat lampu isyarat, kete aku bergegar macam nak tercabut semua badan kete tu... huh!!!! hanya Allah sahaja yang tau macam mana perasaan aku ketika tu... nak wat camana kan... terpaksa tempuh jugaklah jalan macam tu... kalau tak, tak sampailah kami kat umah... sampai umah kol 2.30 pagi tu, lega ya amat... ingatkan nak berjaga sampai ke subuh, tapi tak larat ya amat... tido jugak... bangun2 jek pagi tu tuk subuh.... masyaAllah, penin sgt kepala aku... malam tadi pun masa tido, kepala otak aku penat memikiokan camana nak keluar daripada highway tu... sebab tu bangun2 terus sakit kepala macam kene migrain... huh... dugaan btol...
cerita pasal bawak kete kat uk ni, mmg mendebarkan... selain daripada bapak polisi, banyak benda aku kene pk bila bawak kete... mujurlah, sepanjang bawak kete ni, takde pepe yang berlaku... takat kene hon tu, aku dah mangli dah... kat malaysia dulu, tak penah pun kene hon, sampai sini pulak kene hon, kene jeling, kene maki... sib baik aku tak balas balik maki dorg.,.. kalau aku maki pun, aku akan maki pakai bahasa melayu.,.. hah!!! lantak korglah paham ke tak.. aku pedulik hapa!!!!!!
tuanpunyablog: bila nak start menulis balik ni????? malas btol...
Friday, 17 April 2009
surat untuk syarikat 'tutttttttttt'
rasanya tidak terlambat untuk mengucapkan takziah kepadamu kerana telah berjaya menghilangkan seorang pelanggan yang dirasakan menipu syarikatmu. jangan kau keciwa sekiranya selepas ini, kau tidak akan ada bisnes lagi, kerana kurang meletakkan kepercayaan kepada pelangganmu sendiri. sungguh berlagak dirimu itu... apa kau pikir, aku menipu syarikatmu?
ko pikir syarikatmu bagus sangat? aku pun, sebenarnya berbelah bagi untuk membeli laptop tersebut. ko ingat, aku HADAP sangat ngan ko punya laptop? ko ingat, ko punya laptop tu, bagus sangat? murah sangat? huh!!!!! tak heran.... ada banyak lagi kedai yang menjual laptop yang bagus2 dan menawarkan harga yang rendah.... huh!!! tak hadaplah ngan laptop ko tu...
last but not least, ko ingat aku ni, khususnya, dan orang2 yang bukan daripada negara ko, tak mampu nak beli barang2 yang besar2 ke? aku beli beli tv sebesar alam kat sini, boleh jek guna kad kdt malaysia.... aku beli pinggan mangkuk ayun boleh jek pun pakai kad kdt malaysia... ko tu yang sumbunk, belagak, kunun takut aku menipu... huh!!! sepanjang aku idup, seingat aku, tak penah aku menipu dalam segala pembelian yang aku buat.... aku tau halal haram... huh!!! geram pulak aku....
tolong sikit yaaaa.... ingat kami tak mampu... huh!!!! eksen! belagak! angkuh! sumbunk! bio ko lingkup bisnes, takde langsung bisnes... lagi2 tengah gawat... aku jadi org pertama yang akan gelakkan ko guling2 kalau ko lingkup bisnes... padan muka... muahahahahahahahahahahahahahah (gelak jahat sambil menyumpah)
yang benar lagi membenarkan;
pelanggan ko yang ko kata menipu ko...
tuanpunyablog: paling tak suka kalau orang kurang mempercayai aku... huhuhu
Wednesday, 15 April 2009
'kereta' untuk iman...
aku sambung cerita semalam...
aku cakap aku taknak beli apa2 kan untuk iman... taknak manjakan dialah kunun2nya... tapi tulah, kasih seorg walid terhadap anaknya... huhuhu...
godek2 pc semalam, melayari laman web argos... terus mencari toy... akhirnya, pencarian berakhir.... takyah aku tetiap minggu nak ke carboot Denham yang besarnya bagai sebuah lapangan terbang (huh!!! sekadar nak gambarkan betapa besarnya carboot ni).... alhamdulillah, jumpa jugak basikal kecik yang lama dah aku idamkan untuk belikan iman... sib baik jumpa yang murah... dalam £15... takpelah, janji iman tak kacau ummi nya buat keje2 kat dapur... kalau tak, memacam nak dibuatnya, mintak sudiplah, mintak mangkuklah, mintak kualilah, pastu, ketuk2 kuali tu buat kompang... huh!!!! ada jek akalnya... kali ni, hoppuli dengan adanya beskal tu, takdelah dia nak ngacau aku, atau zah buat keje atau menonton telebisen dengan selesa... ahaks!!!!
beskal apa yang aku belikan??? ha... nilah dia...
kalerful kan? seswai sgt ngan iman yang terlalu 'kreatif' tu... cerita pasal kreatif ni, aku mmg serender kalau bab2 nak memasang benda ni... aku bajet, dia datang dengan terus, tapi rupanya, dah dipecah2kan menjadi butir2 yang kecil, supaya senang dibawalah kunun2nya... ingatkan senang nak pasangnya, rupanya... very2 complicated, bak kata seorang reviewer kat website argos tu... sib baiklah ada zah yang begitu bijak melihat gambaran2 pemasangan tersebut... so, banyak dialah yang pasang... aku???? tukang pegang jek.... kalau aku yang pasang sorg, sahih sampai kesudah tak abis2 lagi pasangnya... komplikatedlah katakan... pastu, dengan iman yang sebuk jugak nak 'tolong pasang', lagilah aku tensen.... mujur bleh terpasang macam yang ada dalam gambar tu...
tapi tulah aku cakap dalam entri sebelum ni... dah namanya ilham, so ilham nya sungguh banyak... sejam pertama, handle dia iman cabut, pastu tempat duduk tercabut... pastu, tempat letak barang tu iman cabut.... sib baiklah boleh pasang balik.... ni yang payah bila belikan iman mainan... (ke kami yang tak reti pasang bebetul, sebab tu senang tercabut????) bukannya aku tak beli... tapi sebab terlalu kreatif... samalah macam aku beli kete kontrol tuk dia masa mula2 sampai sini (pestaim beli kete kontrol woooo.... kecik2 tak mampu nak beli... telan ayor lior jek bila tgk anak2 org kaya main... huhuhuhu)... sejam pertama, ariel patah, sejam kedua, tayar tak berjalan, sejam ketiga, semua takleh jalan... sudahnya, elok2 kete tu guna kontrol, tak terpaksa tolak sendiri... camana???? takpelah kan, kecik2... nanti mana tau jadi dokter... boleh cipta pelbagai ubat kan... amiiiinnnnn.....
cerita pasal beskal ni, teringat aku masa darjah dua dulu... selalu nyanyi lagu ni...
papaku beli kan kereta, kereta kecil warna merah, bolehku bawa ke sekolah... huhuhu
oklah, tu jek nak cerita... bapak manalah yang tak sayang anak kan....
tuapunyablog: dah dua minggu ni takwat pepe... pakwe nak jumpa minggu depan... tapi apa nak aku cerita??? takkan cerita pasal belikan anak mainan kot????? idea... idea... idea... huhuhu
Tuesday, 14 April 2009
genap 2 tahun jadi bapak orang... alhamdulillah...
sedar tak sedar, arini genap dua tahun aku menjadi walid dan zah menjadi ummi kepada iman nur ilham.... tahun lepas aku tak tgk dia membesar... yelah, sebab berjauhan kan.... tahun ni, alhamdulillah, dapatlah aku melihat dia membesar didepan mata... satu rahmat Allah yang paling besar untuk aku...
menelusuri umur iman yang dah makin meningkat ni, akalnya makin panjang... ada jek benda yang dibuatnya... kengkadang angin jugak aku... yelah, semuanya nak buat sendiri... kalau pandai, takpelah jugak... ni makan pun tak berapa betul lagi, pastu sebuk nak suap sendiri... sudahnya, abis nasi berterabur... org kata, biarlah dia belajar makan sendiri... mmg aku bagi dia blajar sendiri, tapi, bukannya dia makan... abis dilenyeknya... pastu ditaburkan kat kapet... angin jugak kenkadang tu... membazir jek nasi tu... org tanya ngan aku... kenapa taknak makan nasik yang dia tak abiskan tu... huhuhu.... camana aku nak jawab... bukannya berkira... tapi, mak aku selalu pesan... jangan sesekali makan atau minum bekas anak... takut nanti dia akan pijak kepala dia... sayang macam mana pun, jangan sesekali makan bekas anak, lagi2 bekas picikan atau kacauan tangan dia.... biar dia yang makan bekas kita... supaya hati dia lekat ngan kita n selalu hormat ngan kita... aku pegang kata2 mak aku... sebab tu, selalu kalau lepas dia tak abis makan, aku akan buang... memanglah membazir, tapi nak buat camana kan... terpaksa... kemudian, kalau aku tak bagi nasi dia dalam pinggan, mulalah dia kacau kami makan... pegang2 nasi kami... payah btol nak makan... nak suap, dia takmo... maka, nak senyapkan dia, bagi jelah dia nasi berlaukkan kicap (bukan dia makan punggggg)...
dulu kalau dia tak dapat benda yang dia nak, mulalah hentak2 kaki... aku taktau dia belajar daripada mana... cuma sekarang ni dah kurang sikit perangai suka hentak2 kaki dia... agaknya sebab selalu kene pukul kakinya tu... la ni kurang dah hentak kakinya... dapat pulak perangai baru... tak suka, habis dihempasnya barang2 yang ada kat tangan dia... angin jugak aku kengkadang... sib baiklah angin aku sejak kebelakangan ni dah kurang sikit, maybe sebab dia pun dah jarang memberontak... kalau tak, asik kene marah jek... sian jugak kat iman... ate, dah perangai nya memacam... aku pun manusia jugak... cuba sedaya kontrol marah aku ni... tapi tulah, aku ikut petua yang mak aku bagi... anak ni, kalau tak di marah, tak dipukul, nanti bila besar dia akan naik kepala... kita jugak yang susah... bak kata org2 lama, melentur buluh biarlah dari rebungnya... ramai jugak org kata aku garang... tapi tulah, lain org, lain pandangan kan... lain anak, lain cara belaan nya... aku pun takleh nak salahkan orang nak kata aku ni garang sangat... pendapat orang... sapalah aku nak kata btul atau tak pendapat orang... nama pun pendapat kan.... ada betul ada tak betul... bukannnya fatwa... semuanya btul...
nway, rasanya, macam cepat masa berlalu... dah dua tahun aku jadi bapak orang... pestaim masa tgk nama aku tertera kat mykid iman, rasa macam syahdu jek... hat tu blom lagi masa aku azankan iman, sampai jadi terbalik2 azannya... yelah, syahdu, plus sedih, plus terharu... n satu lagi, plus tak sangka dah jadi bapak orang... pengalaman yang paling aku takleh nak lupakan... kali pertama mengazankan anak sendiri...
kemudian, masa nak letak nama tu... aku dari sejak zah mula mengandung, aku mmg kepingin nak letak nama aiman... atau iman... taktaulah kenapa... tapi, rasanya, banyak dipengaruhi dengan iklan 'aiman tak kisah' kut... tapi zah kata... elok letak nama iman nur.... aku ikut jek... kemudian aku nak tambah ikmal atau ilham... ada dua nama yang aku rasa macam best jek nak sebut... bila saat zah nak melahirkan tu, aku kata aku nak letak nama ikmal, sedap sikit... zah kata dia tak kisah... tup2, bila iman dah keluar, terus aku daftarkan nama dia ngan nama iman nur ilham... sekejap jek boleh berubah nama kan... maybe sebab pengaruh nama daripada salah sorg student aku kat kolej eon dulu, namanya ilham firdaus... sebab tulah aku berkenan sgt ngan nama ilham ni... makan jadilah iman nur ilham... sudahnya, iman ni, makin banyak pulak ilhamnya... memacam dibuatnya... angkat mejalah, angkat kerusi lah, masak saljilah, memacam hal... sampaikan aku nak ubah nama dia jadi ikmal balik, supaya tak banyak akalnya... huhuhuhu.... boleh?????
aku tak buat apa2 majlis tuk iman.... cukuplah aku bacakan yasin untuk iman, sambil doakan kesejahteraan dia sepanjang umurnya... bagi aku, itu lebih baik... kalau nak buat majlis pun, tunggulah dia besar nanti... nak ajar dia, supaya bersederhana... sat g, kalau buat sekali, tahun depan nak kene buat lagi... pastu tahun depan lagi, nak kene buat lagi... takleh dibiasakan... karang, kalau di biasakan... payah pulak nak kontrol... takpelah kalau orang kata aku ni kedekut ke, tak kisah ke, tak sayang anak ke, apa ke... lantak la... pendapat dorg kan... aku nak sangkal camana... hakikatnya, hanya kita yang tau apa yang terbaik untuk anak kita...
apa lagi aku nak cerita pasal iman????? erm.... oh ya.... bila aku cerita pasal iman yang makin panjang akalnya tu, pastu suka memberontak tak tentu pasal, ada orang kata suh bagi iman adik... huhuhuh.... aku senyum jelah... aku tak sangkal pendapat tu... betullah apa yang orang cakap... cumanya, bagi aku, buat sementara ni, biarlah dia sorg dulu... maklum sajalah, kalau zah bersalin kat sini nanti, aku jugak yang payah nak jaga nanti... yelah dulu, mak aku banyak tolong.... sebulan lebih mak aku dok ngan aku kat kedah tolong aku ngan zah jaga iman... aku rasa, kalau aku sorg, rasanya tak terdaya nak handle semua... tapi, kalaulah rejeki Allah nak bagi, aku terima jek... alhamdulillah... rejeki Allah kan... takkan nak tolak... tolak2 nanti tak dapat terus, aku jugak yang susah nanti... huhuhu....
aku selitkan sikit gambar2 iman kat bawah ni....
gambar ni aku gunakan kamera video sebenarnya... silap beli... aku ingat nak beli kamera sekali ngan yang boleh amik video sekali, rupanya, dia sesuai tuk amik video jek... megapixel pun tak besar, tiga lebih jek. no wonderla gambar tak lawa sgt... ni gambar iman masa umur 3 bulan lebih... baru jek pas cukur rambut.... baru tak barulah jugak... pesen rambut lambat tumbuh... huhuh
ni aku amik gambar dia masa tengah tdo... ahli pemikir sedang tdor... sebab tu berkerut jek mukanya... ngah pk masalah negara kot...
dari kecik, sampailah ke besar... mata suka sgt menjeling... aku taktau mewarisi perangai daripada sapa suka menjeling orang... iman... iman...
ni gambar aku amik masa kat airport... iman baru jek berumaur lebih kurang 8 bulan... aku nak berlepas ke london... tanpa yang tersayang... huhuhu... sedih tu, hanya Allah sahaja yang tau... tapi, org kata, berkorban tuk masa depan... terpaksalah kan... org kata, manis akan timbul jua akhirnya.... huhuhu
terapi iman untuk belajar jalan... ingat lagi zah citer masa iman nak start jalan... bagi penyapu kat dia, pastu otomatik dia akan menyapu sambil berjalan... huh!!! rajin sungguh menyapu... kenan ngan ummi dia kot... masa ni umur iman, hampir genap nak masuk setahun... mujurlah zaman sekarang ni teknologi canggih, boleh jugak aku tatap gambar iman selalu....
dah macam terminator plak lagaknya... takpe, ajar dia supaya utamakan keselematan nak naik kenderaan... huhuhu
apa pandang-pandang????? ada utang????? huh!!! garang sungguh!!!!
ni gambar aku amik masa iman umur 14 bulan... masa aku balik sekejap ke malaysia... erm... orang2 kata muka iman sejibik muka aku... tapi... yang aku peliknya, tak nampak pun samanya... rasa cam tak sama jek... apa yang samanya ek????
ha... ni gambar before masuk umur 2 tahun yang aku amik... ngah sesiap nak g jenjalan... la ni, kalau nak g memana, dialah yang paling sebuk nak siap cecepat... nak kuar umah cecepat ajek.....
apapun, semoga iman menajadi orang yang yang beriman dan berilham serta berakal tinggi... akan sentiasa hormat kan walid ngan walid serta org2 yang lebih tua daripada iman... serta akan sentiasa menyanyangi orang2 yang lebih muda daripada iman, terutamanya adik2 iman nanti.... insyaAllah.... kalau ada rejeki...
Saturday, 4 April 2009
erm... tajuk apa nak letak ek????
erm.... awal btol aku dapat gaji untuk bulan 5 dan 6, semalam masuknya... bagus jugak... tapi, adakalanya tak bagus jugak, sebab takut tersalah guna, n tersilap bajet...
sekarang ni, aku dah makin kekurangan dana... almaklum sajalah, banyak benda yang aku beli masa 3 bulan lepas... maybe sebab tu duit aku cepat kering... sib baiklah pembantu akauntan yang uruskan elaun tu katanya nak masukkan duit elaun keluarga untuk bulan 5 dan 6 minggu depan. bolehla aku tarik napas lega sikit...
erm... ahad ni nak jenjalan jauh sikit daripada tempat kediaman aku ni... rasa seronok plak sebab kali ni pergi secara konvoi, 4 biji kereta.... takdelah nak takut sgt sebab kalau sesat, semua akan sesat... tapi hoppuli, semuanya akan dipermudahkan lah hendaknya...
takde duit sebenarnya aku ni... tapi, bila pk2 balik, bila lagi nak jenjalan... lagi2 ramai2... kalau nak harapkan aku p sengsorang, aku rasa, kiamat pun blom tentu lagi aku p... aku ni pengecut tahap gaban... lagi2 nak bercakap ngan org2 kat sini... tak paham apa yang dorg cakap... biasanya aku antar email jek kalau nak komplen pepe...
jadinya, dalam keadaan gawat tu, aku tetap p jugak jenjalan kat area wales... tu jelah aku tau sebut... kalau org tanya p mana... kalau dia tanya wales tu kat mana, aku jawab... ala... dalam england jugak... kalau orag tanya bahagian mana, maka jawab aku... silalah beli peta n lihat dimana wales itu.... huhuhuhu.... tanya lagi... sapa suh... aku ni bukan terer sgt (bengong pun) pasal geografi ni.... subjek paling aku tak suka selain daripada sejarah, english (sabit pun bengong english), matematik, biologi, kimia, BM, fizik serta hampir kesemua subjek yang ada dalam senarai SPM. sib abiklah dulu amik 10 subjek jek n bukan sijil terbuka... kalau sijil terbuka, sahih aku amik 5 subjek jek... teruk kan aku... satu subjek pun aku tak suka... huhuhu
sib baiklah ada rakan2 yang perihatin memberi pinjaman jangka pendek kepada aku... antaranya, kak sha, am, kak ina abang kubib (kamera pusing2)... rasanya, kalau dorg tak jadi along sementara, tak merasalah aku jenjalan...
nway, dah kol 5 lebih dah ni... nak baliklah, nak packing barang untuk dibawa berjalan... huh!!!!semangat btol... walaupun g sana ahad ni, tapi yang penting, semangat, jati diri, keinginan, kejayaan, keazaman dan tak lupa juga kehendak yang melampaui batas2 pokok kat kebun, lebih penting daripada segala2nya... yeahhhhhhhhhhhhhhhhhhh......
tuanpunyablog: mekaseh kengkawan yang sudi memberi pinjam kepada pacar yang hina ini... sob... sob... sob... (sedih terharu)
takde...
memulakan bicara diawal bulan ini... dengan sajak yang bertajuk: takde...
takde mood
........ untuk membaca
takde idea
......... untuk menulis
takde tertulis apa2
......... dalam bab seterusnya
takde duit
......... dalam akaunku
takde perasaan
......... ketika ini
takde kekuatan
......... untuk melawan malas ini
takde menda
........ untuk aku katakan....
sekian, terima kasih....
tuanpunyablog: bilalah aku nak insap ni????