Thursday, 25 September 2008

beginilah nasib diriku yang malang oh Tuhannnn...

salam buat semua....

first of all, cheq nak mintak ampun dan maap lah kalau kehadiran blog cheq ni mengundang rasa kurang senang dikalangan teman2 cheq semua... erm... sebenarnya, tujuan cheq hadir dalam dunia blog ini, ada sekadar melepaskan apa yang cheq rasa sepanjang cheq hidup sampailah ajal cheq mengundang nanti... juga sekadar mengingatkan diri cheq, akan kesalahan yang dilakukan supaya cheq beringat, kalau kita tak suka org buat kat kita, kenapa plak kita nak buat kat org kan... cheq sedaq, cheq bukanlah yang terbaik dan cheq pun tak pernah kata cheq ni adalah yang terbaik... mungkin depa ingat, dengan cheq cerita semua ni, ingat cheq ni baik sgt... tak... sungguh.... cheq tak kata pun lagu tu... cheq cuma tulis, semata2 nak luahkan perasaan terbuku cheq... cheq ni bukanlah jenis yang suka cerita masalah cheq ngan org... cheq suka pendam ja... tapi, bila cheq dah geram, hat tu lah jadi meletup2 tu... tapi kan... bila pk2 balik..... salah cheq gak... barulah cheq sedaq... yang tu semua bisikan setan yang cheq suka sgt ikut... taktaulah, bila cheq ni nak berubah... susah btol nak melawan hasutan setan tu kan... erm... tahlah... harap2 lepas ni, cheq jadilah seorang yang baik dan membaik kan... tulah harapan cheq... harap2 berjaya lah naaaa.... jgn lupa doakan cheq naaaaa....

erm... nak dekat raya dah ni... syahdu nya cheq rasa.... rasa cam kesunyian... pulak tu, tinggal 2 hari lagi shah akan meninggalkan brunel ni... kembali bersendirian cheq ni... takpalah, bak kata org2 dulu, patah tumbuh hilang berganti, biarpun yang tumbuh tu tak sama ngan yang patah, dan yang berganti tu tak sama dengan yang berganti, cheq kene redho kan... sebabnya, cheq kene pikiaq, hat tu semua, hanyalah sementara... sekurang2nya, bila seorang ni, cheq akan lebih beringat... sebabnya, nanti lama kelamaan kita akan bersendirian jugak satu hari nanti... bila keluarga kita meninggalkan kita, bila kawan kita dah takmo kawan ngan kita, bila kita dah tua sebatang kara, lebih2 lagi, bila kita meninggalkan dunia yang penuh dengan dugaan ni... dok sgsorg dalam kubuq... apalah yang boleh kita lakukan kan... so, maybe itulah hikmahnya, Allah menjadikan cheq hidup bersendirian kembali... huh!!!syahdu kan ayat cheq.... takpelah... nak wat camana... hidup kat dunia ni pun, bukan selamanya kita akan hidup bersama, nanti bila tiba masanya, akan bersendirian jugak kita nanti... kan?????

taktau sebenarnya nak tulis apa... tetiba jek leh berubah jadi 'cheq' instead of 'aku'... takpalah naaaa.... sopan sikit, betui dak.... rini, cheq nak lampirkan satu luahan hati cheq masa cheq rasa tertekan suatu masa dulu... masa cheq muda2 dulu... tah camana leh tertulis benda ni... maybe sebab masa tu jiwa cheq betui2 kacau... cheq sorg2, takde teman... takde kawan... biasalah... cheq ni sumbunk sikit.... takmo share piling2 cheq ngan org len... erm... nak wat camana, cheq dah lagu tu orgnya... sebagaimana cheq bleh terima perangai org tanpa banyak soal, ampa semua pun, kene lagu tu lah jugak naaaa.... cam cheq... telan jelah apa yang manusia buat kat kita... cheq namakan apa yang cheq wat ni... sebagai... erm... tahlah... cheq pun tak tau nak letak tajuk apa... cheq bukan pandai pun letak tajuk2 ni... dulu, masa sekolah dulu, ada 2 3 lagu yang teman2 cheq reka tu pertandingan nasyid, idea yang cheq bagi tuk tajuk lagu tu, semua depa tolak mentah2.... sebab depa kata, cheq ni takdak seni... huhuhu.... sian kat cheq... takpalah... kalau tak suka... cheq bagi cadangan ja... oklah... terimalah kata2 cheq ketika jiwa cheq terlalu kacau ketika nulis ni...

---------------------------------------
taaaaaaaaaaarrrrrrrrrraaaaaaaaaaaa.............

Adat dipegang agama diisih
Cinta digengam keluarga terisih
Hati diturut bahagia tersisih
Mulut diikut rakan menyisih

Akal diturut bahagia terundang
Agama diikut iman mengundang
Nafsu diikat malaikat diundang
Sanubari berbisik bahagia bertandang

Sabar ditanam musuh menghilang
Infaq dijalan rezeki mendatang
Doa tawakal senjata menghalang
Daripada bahaya datang bertandang

Cinta abadi kasihkan tuhan
Kasihkan nabi syurga dijanjikan
Rindukan kedamaian hilangkan kesengsaraan
Kesengsaraan datang entah bila kan menghilang…..

--------------

tu jelah entri cheq tuk rini.... cheq mintak maap bebanyak naaaaa... kalau kata2 cheq menyinggung perasaan ampa semua... ampa kenelah terima cheq seadanya, sebagaimana cheq menerima ampa seadanya... manusia, mana ada yang perpek... semua ada kekurangan... tinggal kita sedaq atau dak ja kekuranga kita tu...

btw, jgn lupa doakan cheq supaya cheq sentiasa tabah menghadapi liku2 idup bersendiri nanti naaaa... amiiiinnnnnn......

Sunday, 14 September 2008

Istana hinggapku - selepas dan sebelum

salam...saja nak tunjuk gambar2 bilik baru kat Isambard Complex dan jugak bilik lama kat Flemming Hall. aku tujukan entri kali ni ada xhosmet UUM, UTM, UUM balik, izwan nizal mohd shaharanee... atau nama gelemernya, terungceweng... dulu dia ada mintak tunjukkan gambar2 sekitar istana hinggap aku... tapi aku cakap, kemere takde... sebenarnya, malas (mu ni jep, sokmo malas... bila tah nak rajin!!!!) nak upload gambo bebanyak.. la ni, aku rajin sikit...

walaupun korang rasa takde kene mengena dengan tajuk utama blog aku ni (cerita tentang kehidupan manusia), tapi aku tetap nak letak jugak. takkanlah hehari aku nak letak cerita pasal manusia kan... bila aku cerita pasal org, orang akan kata "ala, macamlah ko tu baik sgt...."... kalau aku letak cerita pasal aku plak, orang akan kata "ala, burinklah asyik cerita pasal ko jek".... kalau aku letak cerita pasal aku mengutuk diri sendiri plak, org akan kata "ko ni sewel ke apa? mana de org ngutuk diri sendiri... puji sesikit diri sendiri tu adalah... ko ni jep, macam mendoakan diri sendiri jek... apalah..."... apalagi kalau aku letak pasal aku puji diri sendiri, mesti org akan kata "ai, masuk bakul angkat sendiri nampak"...

cam biasa, apa2 yang dikatakan org itu, aku akan jawab dengan jawapan yang akan mematikan hujah mereka2 itu.... "ada aku kisah semua ituuuuuuuu?????? suka hati akulah nak tulis apa2 pun... kan????? huhuhu"

*ni gambar masa pertama kali aku jejak kan kaki masuk dalam bilik aku ni... letaknya, di Flat 75, Room 4, David Neave Hall, Isambard Complex, Brunel University, Station Road, UB8 3FG, UK. saja bagi alamat penuh... manalah tau kot2 nak tgk alam google map kat mana istana hinggap aku ketika ini kan. tak pun nak antar kad raya kat aku diperantauan ni ke... atau nak antar kuih yang jual kat param ke... kan...
tu gambar shahril, rumet sekejapku... saja suh dia jadi model sekejap... sebab aku tgh serabut bin kusut bin masai masa ari tuh...

*ni pulak pandangan depan pintu... kira2 lorong2 gelaplah nak masuk ke bilik aku. hat pintu warna putih tu pulak, letaknya bilik termenung termasuk bilik bersiram serta tak lupa juga bilik karaoke... hat pintu hijau tu, letaknya pintu masuk kedalam istana hinggap ku... wah!!! klasik sungguh bahasa aku...


*gambar ni pulak, setelah aku mengubahsuai bilik aku... aku letak meja study tu, kat depan tingkap... best sikit kalau aku tengah study (hattttuuuuiiihhhhh!!!! berangan jek nak study dalam bilik!!!) yelah kan, asik nampak dinding jek... mestilah buhsan... so, aku hadapkan mukaku kat depan tingkap. walaupun tak nampak pepe sebab bilik ku aras 3 kalau tak masuk aras tanah, tapi nampak langit yang mendung serta indah itu, memberikan seribu ketenangan kepadaku...


*katil yang semak sikit... sebab banyak sgt barang yang aku angkut dari Flemming Hall, hall lama aku...

*aku suka rak camni... banyak tempat n compartment... compare ngan Flemming, raknya panjang terus... nak letak brg pun payah, sebab panjang n takde cam pengadang.. rak ni best sikit... yang iyenye, sebab rak baru sebenarnya... sebab tu semua besh2 belaka...

*hat ni pulak pemandangan dari bilik aku... camtulah rekabentuk hall nya... kira Isambard Complex ni, kompleks penginapan pelajar terbesarlah yang ada kat Brunel ni... Studio Flat semuanya dorg letak tingkat paling atas, dalam setiap bangunan Hall yang ada. Bangunan Hall ada dari Block A - S, ada 4 tingkat, setiap tingkat ada 2 Flat, setiap flat ada lebih kurang 10 bilik. so, darablah ye (otak ngah beku ni... takleh nak kira)... tgk la ni, macam banyak lagi kosong, katanya nak letak semua student phd kat Isambard ni... tapi, rasanya, sebab banyak student phd yang dok luar, aku rasa, lepas ni kompom dia akan open... kan????

*untuk sampai kebilik aku ni, kene melalui banyak pintu... dan semua pintu2 ni menggunakan smart card...kat Brunel ni, sungguh tinggi securitynya... tapi, kengkadang security yang tinggi ni, adakalanya menyusahkan manusia jek... kalaulah tertinggal smart card yang dia bagi, kompom takleh masuk bilik... terpaksalah mintak tolong security bukak kan... risau jugak aku ni, sebab bila dah kalut, memacam aku leh lupa... ni kira pintu nak masuk Hall aku... ala2, macam blok yang dalamnya letaknya bilik aku... leh paham ke???? kene touch dulu, pastu baru leh terbukak pintunya...

*disebabkan aku dok tingkat yang paling 'rendah', maka aku terpaksa menggunakan lift untuk menaikkan diri aku ke blik aku... nak naik tangga, mau kene lelah aku ni (ala, alasan jek ko ni.. taulah ko malas nak naik tangga!!!janganlah nak wat statement membela diri plak!!!)... nak naik lift pun, kene touch dulu kad tu... hisy!!! very2 the menyusahkan...

*sampai dah flat aku... nampak kat, flat 75 tertulis kat situ... kene touch jugak... kalau tak, takleh masuk ni... sib baiklah guna satu kad jek, kalaulah guna kunci asing2, jenuh aku nak ngingat kunci mana yang patut aku guna... dahlah aku ni jenis yang cepat lupa... huhuhu

*tadaaaaaa.... aku dah masuk flat aku... gambar ni aku amik dari dapur atau org2 kat cni panggey kitchen... ada sepuluh bilik dalam flat aku ni... pemandangan macam dalam bilik2 kat hotel lah... siap ada karpet lagi untuk lorong2 ni... sejibik sejebon lah cam kat hotel...

*yeeeehaaaaaa..... sampai dah bilik aku... tapi sebelum masuk, aku kene scan dulu kad aku kat menda alah yang wane itam tu... pastu baru leh bukak kunci, atau kunci balik... hush!!! banyak betul prosedurnya...

*aku ngah memulas tombol setelah menye'ken' kad aku kat pintu tu... jenuh jugak... erm... mintak maaplah bebanyak, sebab model yang ada dalam gambar ni, tak de rupa macam model langsung... iklan turunkan berat, bolehlah masuk..huhuhu.... so, model tu, abaikanlah ye...

*oh ya.... lupa plak nak masukkan kichen flat aku (wah!!! sejak bila tah jadi hak milik aku)... alhamdulillah, complete semua termasuk peti ais... siap ada 3 microvawe... sapa punya taktau... guna jelah kan... bila tgk dapur ni kan, rasa semangat nak masak tu, berkobar2 setiap hari (POYOS!!!!!! ko demam ke masa ko buat statement ni jep????).... kat dapur ni pun, kene touch kad gak kalau pintu dapur tu tertutup... kalau da, kompom takleh masuk...

nak bagi gambar dobi plak...

kat hall aku ni takde loundry (btol ke aku eja ni???) room... so, buat sementara ni, aku terpaksa menapak jauh p hall yang ada dobi (aku guna ni lagi senang, tak malu kan kalau salah eja.... huhuhu)... ngah tunggu hall yang depan aku ni... mesin dah ada, tapi tak siap lagi kot... so, rini, terpaksalah aku ngan shah berjalan... walaupun cocanya sejuk beku, tapi kami dengan berlagaknya, pakai baju nipish jek p dobi tu... last2, menggigil bila masuk bilik...

*cam besa, kalau nak masuk, kene touch dulu... kalau tak, takleh masuk...

*ni mesin basuh bajunya... sekali basuh, kene letak 2pounds... dalah 30menet dia basuh. kalau nak super wash yang aku sendiri tak tau apa 'super' nya, maka kene tambah 20p. lama sikit basuhnya... jadi 45 menet... bolehlah, lama sikit aku dok bilik sementara tunggu kain siap dibasuh... kalau tak, tak berbaloi aku ulang alik p dobi semata2 nak p dry baju tu plak (pemalasnya ko ni jep oiiiii!!!!)... dulu, dok flemming, best sikit. aku melangkah dalam 20 langkah jek dah sampai dobi... dekat sikit... alah, tak kishah pun semua tu...

*selepas lepak sat kat bilik sementara tunggu kain siap, aku kembali ngan shah nak dry baju pulak... kalau nak jemur, aku nak jemur kat mana... heater dia tak bukak smpailah bulan 10 nanti... matahari, jarang memunculkan dirinya... kalau ada pun, masih sejuk lagi ya amat... lagipun, aku dok hall tingkat atas, so aku nak jemur kat mana... takkanlah aku nak main gantung jek kat tingkap macam flat pekeliling tu... isk... tak seswai langsung... org kata pakai dryer ni tak elok, pakaian cepat rosak.. pastu cepat kecut... abis tu, nak wat camana kan.. do i have any choice???? ceeeewwwwaaaahhhh!!!! ala, tak kisahlah rosk ke, tak rosak ke, aku peduli apa... janji, memudahkan keje aku... kalau rosak ke, kecut ke baju aku... takpe... aku kan kaya... beli jek kat primark... murah jek kat sana... 3 helai 5pounds sajork... huh!!!sungguh berlagaks statement aku tu...

---------------------------------------------------------------

ok... abis dah.... la ni nak tunjukkan skit bilik lama aku... sebelum aku kemas dan selepas aku kemas... kene kemas woooo.... kalau tak, sesia aku kene denda sebab tinggalkan bilik dalam keadaan yang tak memuaskan...

sebelum pindah...

*tengok!!! punyalah semangat nak masuk hall baru, seminggu sebelum dapat notis aku dah sesiap packing barang... serabut jugak bilik aku time ni... tapi nak wat camana kan... sebab manalah tau tetiab notis sampai suh pindah la tu jugak... tak ke kalut... dahlah tengah posa time nak pindah2 ni... huhu

*org gaji import sekejap.... tolong aku angkat barang p pindah... sib baik dia tolong... kalau tak, jangan harap aku nak tumpangkan dia dok dalam bilik aku... kenelah dia berkhemah kat luar tu, ala2 macam org tgh mogoks lapar sebab posa... muahahahahahaha... jahat sungguh aku... serabut kan tgk bilik aku time tu? ni masa ari jemaat, masa aku betul2 nak pindah... so... mmg nampak serabut betullah...

*tadaaaaaa..... siap dah aku kemas bilik lama... sebagaimana aku masuk bilik dulu, maka aku tinggalkan juga sebegitu rupa... siap kemas ni, ari sabtu yang lepas... sehari lepas aku masuk hall baru... pas sahur, tak tdo, terus kemas... siap vakum n basuh toilet sekali... karpet kat flemming ni kan, satu jek aku tak suka... sebab suka sgt benda2 melekat kat dia terutamanya bulu2 stokin... jenuhlah aku mencabut bulu2 stokin yang melekat tu... macam cabut rumput pulak. vakum, tak makan... so, terpaksalah guna tangan... last, kejap jek aku cabut rumput tu... malas... penat... haus... lapo... padahal baru kol 7 lebih... nak tunggu bukak posa, ada lagi 12 jam... jadinya, daripada aku mengabiskan tenaga mencabut rumput tu, baik aku rehat2 kat bilik baru yang seba indah...

*kembali seperti asal... berjaya juga aku siapkan keje ni sebelum aku pindah bebetul kat hall Isambard... penat... balik jek hall baru, terus aku mati tak sedo diri... bangun2 kol 10 lebih... tu pun sebab shah kol, sebab nak masuk bilik... kalau tak, aku rasa, mau sok pagi aku bangun kot... aku kan hantu tdo... tdo... tdo.... tdo.... nak wat camana.... dah sipat aku camtu... kan???? huhuhu

kisah pasal buang tebiat...

salam...

rajin plak aku nak naip rini... la, dah kol 12 tengah malam... baru jek usai solat isyak... erm... baru sampai libik kan, so, penat lagi... tapi, tah napa, ada benda aku nak naip... so, tahan mata jap nak semata2 nak naip....

pagi tadi, pas sahur, aku ngan shah mmg tak tdo pun... dok bajet, nak kuar awal lepas subuh, sebabnya nak amik sepupu dia kat airport... sepupu dia tu, blajo kat kota baru aka new castle... so, glah jumpa sat... tapi yang jadi masalah kami, ialah bus... bus plak mogok.... eh... bukan bas... pemandu bas... mogok selama dua hari takmo bawak bus... taktaulah sebab apa, maybe sebab gaji yang dorg dapat tu ciput jek kot... banyak gaklah yang tersadai... mujurlah ada 1 2 bijik bas ikyang tak ikut sama mogok... pk2, baik jugak dorg ni ek... tak semua yang mogok, at least ada gak bas kami nak p airport... kalau ikutkan, kene tukar baslah sebab naik dari Cowley road tu... nak p pekan, jauh plak nak kene berjalan... pepagi buta plak tu, kol 6 pagi... so, kami pun amik keputusan untuk kuar jalan ke cowley road tu, ikut pintu pagar hall isambard yang masih belum sempurna jadinya... biasanya, pagar ni, security akan bukak. tapi tak kenapa, pagi2 dorg tak bukak pulak kuncinya... so, pk2, daripada nak berjalan jauh ke pekan, baik buat jahat sekali sekala... ala2, macam budak asrama, kami kuar pintu pagar tu dengan cara kami lalu bawah pagar tersebut... angkat sikit, lepaslah... tapi masalah bagi yang berbadan 'kecil' cam aku ni... punyalah payah nak kuar ikut pagar yang bawah tu... sakit perut aku kene sagat ngan tar... tgk2 sekeliling... oh, takpe... org tak nampak... risau gak, kot2lah tetiba security panggil aku... tak pasal2 terpampang muka aku kat depan pejabat security brunel dengan tajuk "wanted!!!!"... eiiii.... na'uzubillah... masa kuar tu, tak berapa banyak kete yang ada... so, anggapkan misi berjaya....

balik daripada airport, singgah pekan terus... sebab nak beli buah nak bawak ke rumah hafiz untuk jamuan berbuka puasa.... rajin betul dorg masak untuk kami, 8 org semuanya... banyak pulak tu... dok kat cni, rasa cam meriah jek... sebabnya, selalu makan free... hehehe... senang ckit takyah masak kan???? (aku masak jugak ok... masak nasik!!!! dun see me without leg aaaaa)... cadangnya nak beli barang2 dapur, sebab banyak yang dah abis... tapi, bila jenjalan kat pekan tu... banyak pulak aku beli barang... habislah dekat 30pounds... tapi, tak kisahlah kan... sebab barang yang aku beli tu, aku mmg nak sgt2... laam dah cari... beli baju sejuk tuk winter ni, ngan beli kasut... balik dari pekan, kami turun kat tempat kami amik bus tadi... sebab, bus tu jek yang ada. hat lain, semua mogok... so, kami pun masuk balik tempat yang kami lalu bawah pagar tadi... alhamdulillah, kuncinya dah terbuka... shah pun tunjuk kat aku sambil cakap, "jep, ada CCTV lah rupanya... dia letak kat tiang2 lampu tu..." elok jek aku pandang apa yang shah tunjuk, aku terpandang guard yang tengah duduk kat kitchen salah satu flat tu... shah tak perasan... tapi, sepanjang jalan aku masuk sampailah dia tak nampak aku, dia asyik pandang jek aku... sah!!! aku rasa masa kami dok jalan bawah pagar tu ala2 macam askar tu, mmg dia ada... silap2 dia amik gambar kami ngah lalu bawah pagar tu... aiyaaaa.... risau gak ni... teruk betul aku rasa... kat asrama masa kat SAMTTAJ pun aku tak buat, kat cni bila dah jadi bapak budak pulak buat keje giler... macam curi kuar plak... sib baiklah, security tu tak kejar kami ni... kalau tak, malu gak ngan org ramai....

masa balik dari umah hafiz pun, kami seramai 6 org, masuk ikut lubang tikus... semata2 taknak jalan jauh... kalau tak, terpaksa menapak dekat 2 - 3 km... better masuk ikut jalan tikus tu... punyalah payah nak masuk dengan badan aku yang kecil ni... tapi, alhamdulillah, semuanya berjaya membolosi lubang tikus tu... lubang tikus ni, jalan yang aku ngan shah jumpa masa lepas kuar dari bawah pagar tu... bolehlah muat2... sib baik lepas jugak walaupun ada yang tersangkut tudung ngan terantuk besi kat celah2 pokok yang merimbun tu... kuar2, tgk2, ada CCTV gak... aiyaaaa.... payah btol dok brunel ni... lagi2, hall isambard ni... penuh ngan CCTV... silap2, dalam bilik pun dia letak CCTV.... risau gak ni... tapi, bila aku pk, kali ni, bukan aku sorg kene... ramai lagi termasuklah kak aida, kak siti, fendi, wawa, maka... takdelah rasa ralat sgt walaupun aku dah 4 kali kuar macam penjenayah jek... hehehehe.... ada shah amik gambar kami kuar dari lubang tikus tu... tapi, la ni, dia pun dah tdo... kesian plak nak kejutkan dia... takpelah... esok2 aku uploadlah ek...

saja nak tunjuk gambar kat bawah ni... jurukamera oleh shah...


*pelik kan tgk aku sewel macam ni? macam tak makan sepuluh hari sampai nak makan kasut... sebenarnya kan, aku mempraktikkan saranan2 org2 dulu... dorg kata, kalau taknak kasut tu makan tuan, macam sebab pakai kasut tu kaki melecet ke, luka ke, org2 tua kata, kene gigit kasut tu dulu sebelum pakai... maksudnya, kasut barulah... so, aku praktikkan ler... bukan percaya seratus peratus... tapi, saja jek gatal nak cuba... buang tebiat... lagipun, bila lagi nak buang tebiat kan... huhuhu

Saturday, 13 September 2008

Sungguh baik pakwe ku ini...

salam...

tadaaaaaa...... aku kembali menaip lagi setelah sekian lama tidak menaip... sebut pasal menaip ni, makin buruk pulak tulisan aku ketika ini. yelah, sebab lama dah tak nulis tangan... tlisan pun macam cakar ayam (ala, kalau ko rajin menulis pun, takkan cantik gak, sebab tulisan ko mmg buruk pun dari dulu jep oiiii.... usahlah nak lari dari kenyataan...)....

sedar tak sedar, lama jugak aku tak jumpa pakwe aku tu ek. yelah, sejak dia balik bercoti, aku mana penah kontek dia pun, email apalah lagi. sampailah Hassan menyampaikan salam nya, suh aku kontek dia... wawawawawawaw.... sian pakwe aku tu, dapat student yang hampeh cam aku... huhuhu.... apa nak buat, inilah aku sebenarnya...

semalam aku g jumpa pakwe setelah lama tidak bertemu... rindu plak rasanya (hattttttuuuuiiiiihhhhhhhh!!!!! geli plak aku baca)... kali ni aku jumpa dia, at least aku leh tunjukkan sumting kat dia. almaklumlah, progress pun macam takde menda nak tunjuk. so, nak cover, aku bawak borang progress appraisal UUM tu dia sign. biasalah, pakwe aku tu, mula2 tanya kabo, pastu camana progress.... aku pun jawab ala kadar jek... tahlah, taktau nak cakap atau borak panjang nga dia...
sebabnya, kgkdg aku lost perkataan yang aku nak tanya ngan dia (lost ke, sebab takde menda nak cerita sebab ko tak buat apa?????...) so, bila dah jadi camtu, aku cuma tanya dia sesikitlah.... cam biasa, kejap jek jumpanya... tak lama pun, sebab mmg itula kebiasaan nya... paling lama pun aku ngadapa dia, 15 menet... tu pun, aku banyak tak paham apa yang dia cuba terangkan... sian kan???? bukan kat aku, tapi kat pakwe aku tu... sebab dapat student yang sedikit lembab otaknya berpongsi... huhuhuhu....

nak cerita sebenarnya... sebenarnyakan, pakwe aku ni, bolehlah dikategorikan dalam kalangan org2 yang paling baik ngan student nya... sebab apa aku cakap camtu, sebabnya, aku rasalah, banyak2 komen yang dia tulis kat borang appraisal aku, semua nya aku macam tak caya... melambung plak pujian dia kat aku... padahal, aku rasa kontra dengan apa yang dia komen dalam borang tu.... erm... maybe dia perli kot????
mungkin jugak.... ada fakta kes di situ... sebabnya, dulu masa aku nak mintak sign untuk naik second year dia, boleh dia sound aku depan2 interview tu kata (lebih kurang cam nilah ek... english aku pepaham je lerrrrr)...
"I can't believe that you will go back to your hometown, just sixth months u are here..."...

aiyaaaakkkk.... terasa gak bila dia cakap camtu... samalah bila dia kata aku ni slow dalam reading masa dia tanya berapa artikel dah aku baca... tapi kan, oleh kerana ada sorg lecturer ni gtau yang dia ni ala2 mmg laser ckit, tapi, amat2lah ok sesangat... lega dengar bila Dr Syed kata camtu...
well.... aku pun tak kishah sgt... sebabnya, salah aku jugak... taknak amik inisiatip sendiri untuk balajo... org suh p kelas, monteng... org suh nulis, aku tdo... org suh membaca artikel, aku membaca lain... huhuhu.... erm.... pk2 balik, memang betul lah apa org kata ye dak... wt u gip, u get back... samalah cam kes aku ni...
sebabnya, aku dulu kan suka perli2 student aku... ha, amik ko... kan dah kene batang idun sendiri.... huhuhu... alah, tapi aku tak kisah sgtlah, as long, aku masih leh cpe lagi ngan dia... oklah so far, aku takde masalah sgt ngan dia... masih leh berborak seperti kawan2 (wah!!!!!nipu nampak?????) dan juga masih boleh bertanya apa yang aku tak paham... walaupun aku tak paham akan penerangan dia, tapi aku tetap maintain buat2 paham... kunun2nya aku dah baca banyaklah... betapa pendustanya aku ketika ini... huhuhuh

erm... back to the story mori the morning glory... aku sertakan sekali komen pakwe aku serta ulasan2 aku terhadap komen yang diberikan... wah!!! cam menulis literature review plak.. hehehe

Research Progress : (dia tanda) VERY GOOD
ulasan : tergelak beso bila aku tgk dia tanda very good ni... erm... silap org kot pakwe aku ni... aku ni, very good amenda, very slow adalah... problem pun tak specific lagi, camanalah dia leh letak very good... erm.. dekat setahun dah ni... kengkadang rasa takut jek meniti masa hadapan...

please comment: hardworking and able learn quickly. currently working and developing the problem...
ulasan : hardworking? isk... cam langit ngan bumi... aku ini easy working adalah... masuk opis pun, 2 jam sehari... tu pun, selang 2 hari sekali baru masuk opis... kalaulah dia tau yang aku ni sebenarnya tak hardworking... basap jugak tinge aku dengar dia perli ek... huhuhu

student rating :
i. commitment - excellent
ii. integrity - excellent
iii. dicipline - excellent
iv. work quality and efficiency - very good
v. overall perspective - very good
vi. ability to work independently - very good
viii. language proficiency - good
ulasan: banyak2 yang dia rating tu, satu jek aku percaya... languange proficiency... mmg patut pun dapat good jek... tapi, aku rasa, tu pun dah paling tinggi... rasa cam patutnya dapat fair jek... tak pun poor... huhuhu...

tapi tulah, hat lelain tu, semuanya aku rasa tak caya apa yang dia tulis... aku rasalah, dia silap tgk rating kot, dia ingat yang paling tinggi paling teruk... erm.... ada kemungkinan jugak kan...
takpun, perli aku supaya aku keje kuat lagi???? isk, tak baik pulak aku bersangka buruks ngan dia...

tapi, kalau tengok setakat ni, mmg nampak sgt pakwe aku ni, amat2lah baiknya... sebabnya, sentiasa tolong aku jek kalau aku ada masalah (sebenarnya bukan masalah pun, saja bangkitkan, sebab aku takde menda nak tanya...huhuhu)... buku pun siap bagi pinjamkan kat aku... carikan mana2 buku yang aku nak baca (aku suggest jek, based pada suggestion Linda... nak baca??? erm.... haraaaaammmmm.... artikel pun tak baca, pe lagi buku yang ala2 yellow pages tu)....
teringat pulak masa mula2 aku approach dia nak jadikan dia svisor... laju btol balas emailnya... rini aku antar, esok tu dah dia reply... ikutkan, aku dapat satu lagi kat Salford, satu svisor ngan Linda... tapi, tahlah, rasa macam aku lebih prefer ke Brunel ni, sebabnya....
erm... maybe sebab svisornya org Islam kot... alhamdulillah, oklah setakat ni... lagi satu kan, salah satu sebab aku amik Dr Tillal ni, sebabnya, kunun2nya dulu, aku beranganlah... nak blajar bahasa arab ngan dia, almaklumlah, org arab... pastu... nanti mesti org kagum ngan aku..
bukan takat phd aku dapat, tapi, english aku makin bagus, cakap cam air mengalir, pastu leh cakap arab lagi... aku jadi intermediate antara org2 arab yang nak sambung kat UUM tu dengan lecturer2 yang nak amik student...
wah!!!!!!!!!!!!!! angan2 kalahkan mat jenin!!!!!!!!!!
last2, semua aku tak dapat.... cakap omputih??? jgankan nak cakap cam air mengalir, cakap cam tauhu sumbat adalah.. tauhu sumbat, sedap gak dimakan ketika berbuka puasa ni....
omputih aku??? sedapnya, ala2 macam tauhu sumbat yang disimpan tuk wat kulat dan kulapok adalah....
arab??? takat dengar jelah... pastu, cakapnya tak reti...
phd???? erm.... entah lerrrrrr.... taktau nak cakap camana....

komen org yang pandai2 belaka:

"berangan je ko ni kan jep.... tah bilalah nak insap... dahlah jumlah belanja ko kat sini dah cecah 150K... tak sampai pun setahun... kalaulah amik dalam negara, rasanya, jumlah tu dah leh biaya 10 org phd... kenapalah ko jadi camni??? tak insap2 lagik????"

Jawapan aku kepada komen org pandai2 belaka:

"ala, bukan aku tak mintak IPTA, mintak sampai 5, satu pun tak reply... dorg jek yang taknak reply email aku yang nak jadikan dorg svisor... so, apa aku leh buat??? aku antar kat UK ni, laju aje jawabnya... so, amik jelah peluang yang dah ada ni kan?????"

biasala, jawapan aku bila diarah untuk membela diri... aku kan takmo kalah dan takkan kalah serta tetap akan cuba capai galah ntuk menjolok buah cempedak diluar pagar.. huh!!! lama tak makan cempedak ni... mana ada jual ek kat cni???? (sewel dah ko ni jep oiiiii.... apa kene mengena kalah ngan galah ni?????????????...)
*baik sungguh superbaizor ku ini... banyak yang tak betul daripada yang betul komen2nya terhadap diriku, insan yang kunun2 rajin, cepat belajar, independent, disiplin tinggi... tapi... sebenarnya... semuanya kenyataan tak betul tu... huhuhu

Wednesday, 10 September 2008

buatlah pepepun, mesti ada yang tak suka punya kan???

salam...

kali pertama aku membuat karangan ala2 SPM paper BM ni dibilik yang serba indah dengan ditemani oleh lampu tdo berega 4pounds dan bunyi2 dengkuran sahabat baikku shahril yang menumpang sebentar... ditambah pula dengan lagu2 hari raya.... huh!!! syahdu sungguh aku rasa ketika ini... sunyi jek dok kat bilik baru ni, rasa cam best plak. internet pun baru jek ada rini, setelah aku bertungkus lumuih memahamkan org komputer center tu kondisi aku berada sekarang... jenuh gak, nak pahamkan apa yang dorg cakap.... eh, silap... jenuh aku nak paham kan dorg apa yang aku cakap... sebabnya, aku sendiri tak paham apa yang aku cakap ngan org tu... berkelip2 mata org tu dengar sebiji2 apa yang aku cube terangkan... apa nak buat, dah tahap english aku camtu... korg kene terimalah ek... samalah kesnya macam flat mate aku yang baru ni... sorg dari china, sorg dari iran... dua2 ni lah yang slalu kami jumpa kat dapur masa kami sebuk nak masak untuk juadah berbuka puasa (eh??? bukan shah je ke yang masak ko tukang tonton je???)... ramah gak dorg ni... banyak berborak n banyak tanya... at least, la ni, aku berjaya jugak membuang sipat2 mazmumah dalam diri aku ni... sipat pemalu tak bertempat... blasah jek cakap ngan dorg ni, walaupun aku tak paham apa dorg cakap, tapi dorg gelak, aku gelak, dorg tanya soalan, aku angguk, dorg senyap, aku tanya soalan lain balik... ala2, nak menghidupkan suasana... tapi rasanya, cam ayam ngan itik jek kami cakap... dia tak paham aku cakap, aku plak tak paham apa yang dia cakap... eh, silap... dia tak paham apa aku cakap jek... sebabnya, english dia ok... aku jek KO... he ngan she pun jadi tunggang terbalik... argh!!! lantaklah kan... janji aku cakap jek... dorg paham ke, tak paham ke, pedulik apa aku (ada aku kisah????)... huhuhu

oh, lupa nak habaq... la ni, alhamdulillah... berkat doa rerakan sekelian yang sungguh konsen (concern) ngan aku, aku berjaya gak sambung untuk naik second year... kalau ikutkan, risau gak sebab org lain semua dah dapat surat pindah hall, surat tuk enrol second year... aku jek tak dapat... tapi, ari ni, cek kat portal tu, dah kuar pun menu untuk aku enrol second year... alhamdulillah... sebelum ni, ada gak yang tanya ngan aku... ko kene tendang dari brunel ke? risau sungguh sahabatku itu... mekasehlah sahabat... aku hargai sungguh2 keperihatinan mu itu... masa aku ngah packing barang tuk pindah, aku pun ngada2 tulis kat ym aku ngah packing barang tuk berambus... pe lagi, kawan aku yang baik ini pun, terus ym aku tanya... pack barang nak berambus p mana? kene tendang ke? isk.... terharu sungguh ada kwn yang perihatin camtu...

aku pack barang tuk masuk ke bilik baru... masa ari rabu minggu lepas, lepas jek aku masukkan entri yang signifikan tu, terus aku jumpa surat terselit bawah pintu... tgk2, alhamdulillah... aku dah leh pindah tempat baru...

nak dijadikan cerita, punyalah semangat nak pindah masa ri jemaat tu, lepas jek sahur, mmg aku tak tdo terus... semangat punya pasal... walaupun mengantuk, aku kuatkan semangat jgak supaya celikkan mata ni supaya p opis Isambard tu seawal mungkin... nak tgk bilik baru camana... pastu, dah aku sesiap mandi, sesiap pakai baju... baru aku perasan akan term dalam srat tu... ia berbunyi begini....

"Please collect your new room keys on Friday, 5th September by 3:30p.m. latest from Isambard Reisdences Office. Consourse Hall".....

aku pun terpikir... apa maksud ayat dia latest tu? maksudnya, paling awal leh amik kunci, atau paling lewat leh amik kunci? kalau paling awal leh amik, logik gak. sebabnya, kat situ dia tulis can move over this weekend... so, logiklah kan... amik lewat, pindah dalam masa 2 hari.... tapi tak bagitau plak sampai kol berapa... logik gak kalau dia kata paling lewat, sebab dia tak gtau pun sampai kol berapa leh amik... kan???? isk... kompius2...

aku cuba tanya ngan arip... since dia pun jek yang masih online... pastu bila aku bagi ayat penuh, maka dia pun kata... "oooo.... paling awal leh amik tu..." la... penatlah aku berjaga sepanjang lepas sahur tadi semata2 nak amik kunci awal... ceh!!! penat jek... maka, aku pun amik keputusan untuk tdo balik dalam keadaan yang paling smart... rambut bersikat dan buh minyak, pakai baju kemeja (kunun2 nak tunjuklah nak g opis), sluar slack... bangun2 kol 11 lebih dah... sib baik, kalau tak, kompom mimpi akan jadi kenyataan... salah satu sebab kenapa aku xcited sngt nak amik kunci tu... sebabnya, 2 3 hari sebelum aku dapat notis pindah tu... aku ada mimpi... ngeri jugaklah... aku mimpi... aku terlepas waktu nak amik kunci tu, so, dorg delete terus nama aku dari list... bangun2 jek dari mimpi tu, aku terus kuar bilik sesiap nak amik kunci sebab ingatkan hari tu hari jemaat... pastu, baru sedo, yang aku mimpi jek pasal amik kunci tu... teruk btol aku ni...angau lelebih mengalahkan tungau... huhuhu

lepas jumaat, aku try tanya ngan aiman.... apa maksud ayat tu... pastu dia kata... paling lewat kot... oh... ye ke? aiyakkk... aku makin kompius... tapi ikut kata shah, ala mintak jek... nanti kalau dia suh tunggu kol 330, tunggu jelah... tgk aiman pun dah amik kunci, pas jemaat, aku pun amik gaklah kunci. kalau dia tanya kenapa mai awal, tak baca ke surat tu? aku akan jwab, ala, lupa lah nak baca... tapi alhamdulillah, aku bagi jek tenancy agreement, terus dia bagi kunci... satu lagi masalah aku... aku nak tanya dia memacam... tapi sebab aku tetiba jadi gagap kan, so aku abaikan jelah... masuk bilik ni, alhamdulillah... aku rasa selesa yang amat sgt... semua puas hati... ditambah pulak bilik nampak lebih besar dari bilik lama... yang pasti, aku dah cop dulu peti ais.... pas ni bolehlah selalu masak (berangan je ler ko ni jep oiiiii).....

kengkadang aku baru terpk... ayat yang kita tulis tu, adakala nya ditafsirkan pelbagai oleh org lain kan... kata nak ngutuk dialah, nak ngata dialah, nak perli dia lah... padahal, takde niat pun nak tujukan pada dia... nak cerita sebenarnya kisah niat baik aku akhirnya mencetuskan kemarahan orang lain...

suatu ketika dahulu sebelum berlakunya ketika ini, aku ada antar email kepada rakan2 yang dok satu opis ngan aku... ramai jugaklah... dekat 80 orang... so, disebabkan ada sesuatu yang sensitip kat email tu, maka aku tak letak email address tu secara group... aku terpaksa taip satu2... sebabnya, aku taknak sesapa terasa hati dengan email tu... sebenarnya, email tu pasal ayat2 amalan yang boleh kita amalkan sepanjang hidup. dalam salah satu daripada kandungan ayat2 tu, tujuan nya supaya suami tak kawin lain... aku dapat pun benda ni daripada org lain... so, aku tak berani nak ubah pepe... tujuan aku, sekadar nak berkongsi ilmu... itu sahaja...

disebabkan email tu sensitip, maka aku pun taiplah satu2 email address tu berdasarkan kepada list yang ada kat tangan... kecuali dekat 2 3 4 5 org ni... sebab aku tau benda tu sensitip kepada sesetengah org...

tetiba selepas beberapa jam, aku pun terima satu balasan email dari email yang aku forward tadi dengan tertulis lebih kurang macam ni....

"hang bagi ayat ni kat bini hang, suh bini hang baca banyak2, bagi kat hang... awat? teruk sangat ka org yang kawin dua ni?????"

aiyooooo.... camana leh aku terlepas hantar kat org ni... aku mula rasa bersalah... niat aku bukannya nak perli dia, kutuk dia, atau apa sahaja... takde langsung.. in fact, aku takmo campur kalau la dia kawin dua ke, tiga ke... tu dah jodoh dia. perancangan Allah.... aku taknak kata pepe, sebab aku pun lelaki, takut nanti berbalik kepada aku....tapi tulah, dah tersilap langkah... niat aku cuma nak share ilmu sahaja... ni pulak yang jadi... aku pun reply balik kat dia, aku mintak maaf sesngguh, takde niat pun nak perli dia atau apa sahaja. amiklah apa yang baik bagi dia, buang lah apa yang tak baik bagi dia... pastu dia reply balik kat aku yang lebih kurang begini bunyinye...

"cakap siang pandang2, cakap malam dengar, jgn main hentam kromo jek"....

ada lagi sebenarnya dia cakap... tapi aku lupa dah... sebab aku dapat jek email dia, aku terus delete... rasa bersalah yang amat sangat... huhuhu.....

tulah aku selalu pesan kat diri aku... len kali, kalau nak buat baik... kene ingat... tak semua org akan suka kita buat baik... buat jahat apa lagi... erm... no wonderlah org2 tua pernah berkata...

"buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali, sekali bat jahat, seribu kebaikan akan terhapus, kerana kejahatan yang kecil akan menutup segala kebaikan yang telah ditabur... (sambil angkat tangan tunjuk depan...)"

lepas ni kene blajar plak camana nak membuat onar kat orang lain plak... (eh!!! kene blajo ke? bukan ke ko selalu membuat onar pada org lain????)

nashiblerrrrrrr... salah sendiri kan....

Tuesday, 9 September 2008

neks taim, dun talk so big aaaaa...

salam...

aku berada di opis la ni... pada pukul 1115 malam... meninggalkan shah keseorangan dibilik... janji ngan dia, nak kejutkan lepas aku abis solat, tapi tegk dia tdo macam takleh bangun2 dah, maka aku amik keputusan untuk tidak mengejutkan nya... sian plak nak kejut... dahlah tdo kat bawah, aku jek yang tdo kat atas tilam, jahat sungguh kan aku ini???? tetamu tidak dimuliakan sebagaimana saranan Rasulullah SAW... huhuhu

aku berada kat opis, semata2 nak cek email, kot2lah pakwe antar email nak jumpa... sebab tengah hari tadi, cek, dia tak reply pun... penat jek antar email masa ari ahad semalam... hasan kata, dia nak jumpa aku since lama aku tak jumpa dia.... isk.. kesian betul ngan pakwe aku sorg tu, dapat student yang amat tidak rajin sekali untuk membuat keje... apa nak buat, aku ngah takde mood ni nak wat keje (ala, ikut ko tu, sepanjang masa takde mood nak wat kije)... semalam aku ada antar email ngan dia, gtau sori sebab lama tak contact dia, since hasan pun gtau dia terlalu lah bz... aku apa lagi, sonotlah bila hasan kata dia bz, tapi terkejut plak bila dia nak jumpa... 2x plak tu hasan cakap ngan aku... kata hasan yang telah aku alih bahasa "dia nak jumpa sebab banyak2 student dia, yang tinggal, hanya kita dua sahaja..." erm... ada kemungkinan jugak, sebabnya, student dia ada 6 org... 4 org semuanya balik negara masing menyambut puasa... so, aku mai opis ni, semata2 nak cek email yang mungkin dia antar. tengok2, takde pun email dia... so, aku pun, update blog yang tah apa apa tah ni...

masuk hari ni dah 8 hari berpuasa... nak kata penat tu, takdelah sgt... tapi, yang tak bestnya, bila penyakit lama aku menyerang kembali... lama jugak tak kene, tapi bila tetiba kene, rasa macam nak makan pun pk dua tiga kali... huhuhu... anak ikan, aka dalam bahasa saintipiknya, ulser... bukan satu, bukan dua, tapi tiga sekali... waaaaaaaa..... tak best betul... tapi, alhamdulillah, org kata, alah bisa tegal biasa... so, sebab dulu selalu dah kene, macam dah imun... aku makan jek apa aku nak makan (time sahur n berbuka ok... dun mis understood mai setetmen)... kalau ikutkan doktor, antara punca2 kene ulser ni adalah disebabkan oleh kurang minum ayo... tapi, bagi aku, antara sebab2 kene ulser ni, ialah disebabkan oleh lancangnya mulut aku... heheheh... biasalah... salah satu perangai aku yang aku masih sukar nak kikis, yang bisa menggeram kan org, ialah aku suka sgt cakap lepas... cakap lepas dalam istilah aku ni, memberikan pelbagai definisi (leh bukak new edition kamus dewan ni).... antaranya ialah, cakap besar atau dalam bahasa omputihnya, talk so big dan suka perli org... biasanya, apa yang aku cakap or perli org, akan balik balik kat diri aku... balasan Allah, cash kan... huhuhu

aku paling suka memerli org masa masuk kelas ngajar... mungkin ada yang kecik ati ngan aku, tapi, erm... tahlah... susah nak cakap... peel dah macam tu kot... terpaksalah org lain menerimanya... macam aku menerima apa peel org yang menyakitkan hati... dalam hati, sambil doa, janganlah aku mengikut perangai dia... amiiinnn... sampaikan, pernah satu ketika aku terserempak di pasar malam changlun tu, ngan salah sorg student aku... bukan takat tanya kabo, tapi siap tanya lagi pasal assignment yang aku baru jek bagi... masa tu, rasa jengkel gak... tapi, aku cuma cakap ngan dia, erm.. datang jelah kat bilik... sebab time2 tu ngah peak hours, penuh ngan umat manusia... pastu, dua tiga hari lepas tu, masuk jek kelas, terus aku perli dalam kelas... aku cakap, "kot ye pun nak tegur saya, jganlah sampai kat pasar malam pun tanya pasal assignment".... lepas tu, terus, kebanyakan student aku, kalau nampak aku kat mana2, mesti melencong taknak tegur aku... padan muka aku kan... dok tegur tak kene tempat... huhuhu

aku amat takut tercakap besar... sebab selalunya, bila aku tercakap besar, maka akan jadilah benda tu sebaliknya... ataupun, lain jadinya... paling aku ingat, masa aku bawak xrumet aku g berubat cara kampung kat terengganu. since dia pun tak pandai bawak kete, n takde lesen, maka, aku tolonglah dia... sampai kat langkawi tu, kami pun sewa kete proton iswara wane merah... best gak bawak kete tu, siap tdo lagi dalam kete kat tepi pantai sebab takde umah nak menumpang... nak sep bajetlah katakan... pagi2, kol 7, dah tercongok depan pintu umah org (makwe sekarang isteri kepada xrumet aku tu) menagih simpati nak makan sarapan... hisy... buruk betul perangai kami ketika tu... ala, kira oklah kan... sebabnya, sebenarnya, famili dia suh kami tdo umah dia, tapi kami segan, sebab umah dia banyak anak dara... so, kami tdo dalam kete, pagi2 plah umah dia nak cari makan sebab lapo... huhuhu

balik jek daripada umah makwe kepada member aku tu, aku nak gostan kete... tetiba mati plak enjin tu... maka, member aku tu pun berkata, "apa ni jep, ko amik lesen gantung ke? camana ko blajar ni, mati enjin, tak lulus ni patutnya..." aku tau dia bergurau... so, aku pun bergurau lah gak ngan dia... aku cakap"at least, aku ada lesen n boleh bwak kete, ko, apa yang ada???? habuk pun tarak." sesambil cakap tu, aku pun idupkan enjin n gostan kembali kete tu... elok jek aku abis ayat terakhir tu (habuk pun tarak), terus bumper belakang kete yang aku bawak tu (wah!!! skimanya ayat...kene spesifik gtau, takut org salah anggap plak kete aku) terlanggar pokok kelapa kat umah member tu... bunyinye, bukan main kuat lagi... huhuhu.... cuak gak time tu, terus aku kuar kete tgk apa yang patah or rosak... tapi alhamdulillah, kuasa Allah kan, takde apa2 yang rosak, calar, patah, kemek (sebutannya ke'mek atau kaymek???) dan sebagainya... pokok kelapa plak nampak kemek... masa tu, terus aku tau sebab apa aku terlanggar pokok kelapa tu... because of talk so big lah aku jadi camtu....

banyak sebenarnya yang jadi pasal kes aku dapat balasan cash dari Allah (bulan posa ni kan elok muhasabah dan muhasarawak serta muhasemenanjung diri).... masa nak exam masa first degree dulu pun, first paper ialah programming C. aku bab2 programming ni, mmg hancur, tapi bab2 teori n logik, oklah, leh tahan jugak.... so, banyak yang aku baca bab2 teori... abis baca tu, aku stop kol 12 tengah hari... sebab nak g makan, nak solat n nak sesiap g ekjem kol 230 ptg. dah abis baca tu, sesambil makan, sesambil mandi, sesambil baca buku, aku pun soal diri aku balik... supaya aku ingatlah apa yang aku baca... alhamdulillah, apa yang aku soal aku leh jwab balik (aloooooo... bagi soalan senang, mmglah leh jwab....) kemudian, tanpa aku sedar (sedar sebenarnya, tapi sebab taknak mengaku salahkan...huhu) aku mengungkapkan kata2 berikut dalam hati "ha, cepat2... soal lagi... aku dah katam lah, bleh score punya... bleh dapat A. carry mark pun dah tinggi dah... cepat... soal2 lagik..."

masa g ekjem kat pusat konvensyen tu dahlah sesat (bukan aku taktau bangunan tu ek, tapi biliknya yang mengkompiuskan aku... btw, lecturer pun sesat gak... so, sah2 bangunan nya, mmg bangunan sesat dan menyesatkan... huhuhu), yelah bangunan pelik semacam, tak pernah plak ekjem kat situ... kali pertama... lama gak aku mencari, tapi alhamdulillah, jumpa pun biliknya... masuk jek dalam bilik tu, sesambil baca jampi serapah apa2 yang patut aku pun duduklah di tempat duduk yang aku rasa selesa (untuk kuar awal sebab kompom aku leh abis awal, almaklumlah, subjek dah master kan.. huhuhuhu) bila aku bukak jek first page soalan tu, tak leh jawab... takpe... bukak plak page 2, pun tak leh jawab.... takpe, bukak plak page tiga, pun tak leh jawab... dan page2 seterusnya, aku still tak leh jawab... sampailah page yang terakhir... still takleh jawab gak... Ya Allah!!!! Aku blank!!!!!!! ilang semua ilmu2 yang aku hapal tadi... ilang semua soal2 jawab aku tadik... maka, ngangalah aku sorg2 kat situ... org lain tekun menjawab, aku jek tekun menulis "en, mintak maaf, saya blank... tak leh nak jawab pepe"... huhuhu... sedih betul aku time kuar dari bilik ekjem tu... bayangkanlah, soalan yang mudah camtu 2 + 3 * 5 - 6 pun aku takleh nak jawab... huhuhuhu... mujurlah lecturer aku tu tak failed or 'D' kan aku... kalau tak, cacat sikit result aku...

sebab tu lah bila org tanya apa progress aku, aku akan cakap, erm... tah ler... aku pun taktau apa aku buat... sebabnya, bukan sebab aku kedekut ilmu tak nak share, tapi sebab aku takut ter'over' kondifen bila aku cerita progress aku (tapi mmg ye pun aku takde apa2 progress lagi.. main jek kejenya... hikhikhikhik)... dulu pun, masa presentation untuk PHD simposium kat BBS ni, aku amat10x takut takleh cakap dalam BI. tak pernah2 aku rasa gementar nak bercakap, tetiba jek masa berdiri kat depan nak mulakan, aku hilang kata2... tapi, alhamdulillah, Allah permudahkan ayat2 yang aku guna walaupun aku tau, mana2 manusia yang mendengar aku cakap tu, kelip2 matanya, kompom!!!! akan kata "apalah mamat sekor ni merepek... sepatah haram tak paham (translate dalam bahasa dorg lah ek, sebab yang dengar masa tu ramai gak, ada dekat 20 org, dari pelbagai negara)".... tu pun, banyak jugak yang aku tersangkut2... lost certain words... jenuh gak nak cari ayat... tapi, bila ilang jek certain words tu, maka, aku akan, 'ermmmm.... nevermind, just ignore about it'... agaknya, sebab u ramai yang berkelip2an matanya kan... sebab banyak ayat tergantung....

cerita pasal bahasa inggeris ni, aku ni bukanlah pandai sgt pun nak cakap... nulis, apalah lagi... bukan merendah diri, tapi mmg itu hakikat diri (uiks... cam pantun lak)... abang khir selalu tegur aku, kata,

"cakap jek... cakap jek... jgn kata tak boleh... when your block your mind said that you can't talk english (ayat aku tulis, abang khir cakap lain ye, bukan exactly yang abang khir cakap), sampai bebila pun u takkan boleh cakap english"

aku setuju apa yang abang khir cakap tu... mmg btul pun kan. sebabnya kan, dulu aku amat marah n tegur kalau ada student kata yang dia bab2 nombor ni (matematik), akan pobia, takut, blank, tak suka, benci, kompom failed, susah dan sebagainya... aku cakap:

"awak sebenarnya boleh buat maths tu kan, bukan tak boleh. saya tgk dalam kelas, boleh jek awak buat. cumanya, awak selalu kata awak tak boleh... awak dah block minda awak tu sebenarnya, sebab tu, bila nak buat, awak akan pk, eh, aku takleh buatlah benda ni... so, sampai bebila pun, amik 7 9 kali maths, awak takkan lulus... sebab awak dah block minda awak tu kata awak tak boleh... saya dah ajar cara yang paling senang nak buat, pakai tanganlah, jarilah, menyanyilah, takkan takleh ingat jugak kot... awak tak ingat sebabnya awak dah block kan awak punya minda tu..."

panjang kan syarahan aku... tulah, dulu aku selalu bagi perangsang kat bebudak kelas aku supaya jgn block minda kata maths ni susah. cakap kat diri sendiri, boleh buat punya... at least, untuk dapatkan lulus atau C. oklah tu... kalau tak, sampai bebila pun, duduklah kat UUM ni 5 6 tahun.... tapikan, bila bab bahasa inggeris ni terkena balik kat aku sebenarnya... sebabnya, bayangkanlah, aku belajar BI ni dari darjah 1 yang tak tahu apa2, sampailah ke la ni... aku masih takleh tangkap apa yang diajar oleh tutor BI kat sini... dah nampak dah cara dia ajar tu senang nak paham, tapi maybe sebab aku dah block otak aku kata BI ni susah... maka, tahap cipanlah lagi BI aku ni... tah bila nak jadi tahap gaban, aku pun taktau... huhuhu

nampaknya, apa yang aku cakap kat student aku tu, kene balik kat aku... erm... ayat memakan diri sendiri kan... kene terima jugaklah... rasanya, aku blajar bahasa arab lagi senang nak pahamkan nahu, lughah, qawaid nya daripada aku blajo BI... bila aku cakap camtu ngan dorg, ada plak yang tanya ngan aku... abis tu, kenapa mintak belajo kat negara omputih??? huh!!! kalaulah dorg tau sejarah aku mintak untuk sambung blajo ni camana... kompom dorg akan kata... "la, ye ke camtu???"... well, ayat common... huhuh

lama dah aku menulis... dekat sejam setengah... nak balik masak nasi goreng tuk sahur plak... best plak memasak didapur yang baru ini... best juga tido dibilik yang baru ini... lagi best, sebabnya aku ada teman sebilik untuk diajak berborak.... tapi kejap jelah, sampai 26 ni... lepas ni, aku akan kembali bersendirian... huhuhu

sampai jumpa lagi...daaaaa....

Wednesday, 3 September 2008

Signifikan "Progression query and your room is not ready yet"

salam....

agak lama jugaklah aku tak menge'pos' cerita2 baru untuk tatapan umum (wah!!!ada ke yang baca blog ko ni????).... takde cerita menarik tentang kehidupan manusia yang perlu aku ceritakan untuk kita sesama amik pengajaran. lagipun, bulan posa kan... tak baik ngutuk org... huhuhu...btw, rasanya aku bukanlah ngutuk org, tapi just menceritakan perihal org yang boleh kita sesama jadikan panduan hidup... sebab bagi aku, kalau kita tgk org, baru kita sedar yang sebenarnya, sama ada kita sedar atau tidak, kita buat jugak benda yang kita tak suka tu... kan???? baca blog org lain, sejuk sikit. baca blog aku, jadi panas... hisy... teruk betol aku ni... huhuhu

sebenarnya aku nak ceritakan kerisauan aku dua tiga menjak ni... sejak minggu lepas sebenarnya. tapi, bila dah masuk minggu ni, kerisauan aku makin menjadi2... risau sebenarnya takut mimpiku menjadi kenyataan... mimpi apa ek? erm... mimpi yang aku kene tendang dari Brunel ni (ala, ko mimpilah pepe pun, mana penah nak insap, dok tang tu gak...) huhuhu...

minggu lepas, atas saranan abang khir, aku ceklah status aku untuk pendaftaran returning student. kat situ tertulis, progression query. tgk2 abang khir pun sama gak. pk2 balik, erm... takpelah, abang khir yang dah siap 2 3 paper tu pun progression query, apa lagi aku yang tah apa2 ni..huhuhu. so, takpelah...

pastu minggu ni, kemarin (kalau kedah punya slanga, maghin dulu) aku cek sekali ngan kak sha plak. since kak sha pun satu fakulti ngan aku (rakan ngayam keputat pak2 arab yang sungguh bising dalam bilik kami tu... hehehe). bila dia bukak jek portal dia, status dia, leh re-enrol thru online start 12 aribulan ni... aiyak... cuak jugak, sebabnya, borang tu aku antar sebulan awal dari kak sha, kenapa plak aku tak setel lagi... heran bin ajaib... dan juga cuak bin takut.... dalam masa yang sama, aku cuba cek balik portal aku... dengan harapan, akan berubahlah status aku kepada boleh re-enrol (dia tlis BI ye... bukan BM)... bila bukak jek portal aku tu, tgk2, aku masih status yang sama... siap tulis kat situ (aku translate ye) kata aku tak leh re-enrol sebab senate masih tak luluskan aku disebabkan masalah aku yang tak memenuhi standed, dengan merujuk kepada laporan tahunan aku tu... huhuhu... masa tu, bermulalah pkiran jahatku memikirkan memacam... dok pk, kalaulah aku kene tendang (na'uzubillah), ada hikmahnya... yang pasti, aku dah nampak dah hikmahnya... takdelah org akan mengata memacam kat aku lagi... yang pastinya, aku akan bersama kembali dengan org yang ku sayang, dunia akhirat... bestnyerrrrrrrrrrrrrrrrrrr (kene tendang uni pun best jugak ke ek??? sewel dah ko ni).... pastu aku leh g param (pasar ramadhan) kat malaysia, beli kueh pelita ngan popia (beli kat kedai kak zah ni, selalu gak dia bagi lebih, taktaulah aku kenapa... tapi yang pastinya, kalau nije ngan shukri beli masa dok serumah dulu, selalu dapat ngam2 dengan rega yang dibayar... hehehe)... pastu kan, leh sambut raya ngan pemili, leh makan keputat, kuah kacang, rendang mak aku, .... waaaaaa...... bestnya (jauhnya berangan)....

kerisauan aku ni kan, sebenarnya dikuatkan lagi dengan satu lagi notis yang aku tunggu2... tak dapat2 sampai sekarang sedangkan yang lain, kengkwan aku, ada yang dapat dah... notis tuk pindah bilik ke Isambard Complex. nak kata bilik aku belom sdia, bangunannya baru siap. so, kenapa plak dia kata bilik aku tak siap lagi. aiman dan ada beberapa org dapat dah bilik tu... kenapa aku blom dapat lagi??? maka, aku pun membuat kesimpulan begini...

"pendaftar mesti dah gtau ngan accommodation, bagitau student yang no matriknya bla... bla... jgn bagi notis pindah lagi, sebab dia ada msalah ngan progress report dia... tunggu dah setel, baru leh bagi dia notis pindah. tu pun kalau setel, kalau tak setel, maka dia takleh lah masuk accommodation tu. kita dah boleh clear kan nama dia dari list"....

huhuhu.... ada relationship kan semua benda tu???boleh dijadikan bukti yang akan membatasi keraguan yang munasabah dan munasarawak (huh!!! cam loyar plak aku ni...)

then, diatas saranan kak sha, aku pun antar email tanya ngan emma, admin yang jaga bebudak dan bapak dan mak bebudak phd. jawapan yang sungguh rileks dan me'rileks'kan... aku lampirkan balasan email dia kat bawah ni...
----------------------------------
"Dear Jafri

For some reason , registry are very slow at processing these reports for PhD Students so I would not worry to much , the deadline is not until 5/9.
You may not be able to re enrol until after 12/9 anyway.
Regards
Emma Sigsworth"
--------------------------------------
eheh... pelik gak ngan ayat dia ni. sebab aku cakap aku risau org yang antar lambat dari aku pun dah setel, kenapa plak aku tak setel lagi... yang lagi best, ayat dia "I not worry to much"... aiyaaaaaaa.... mmglah dia tak risau, sebab bukan dia yang student. aku yang student... lama gak dia reply, antar pagi, lewat sore (alamak, cam novel plak) baru dia reply. dalam masa yang sama aku antar jugak email kat accommodation, since aku still tak dapat notis pindah tu... org lain dapat dah... aku risau gak sebab kot2lah aku ter'miss' step2 yang sepatutnya aku lakukan... pastu, dia reply, kata bilik aku masih tak siap lagik... aik???? tak siap??? kompius plak... satu bangunan, apsal bilik aku tak siap lagi???? erm... aku mula terbayang yang aku akan balik malaysia tak lama lagi... dok pk, kat sapalah aku nak bagi barang2 aku yang banyak ni... siap pk lagi, takmo habaq ngan kengkawan aku yang lain kat cni, BUKAN sebab aku malu... tapi sebab aku takmo dorg arrange pepe farewell (betol ke aku eje ni ek???) party tuk aku... tak suka org lain bersusah payah tuk aku... kalau aku susah payah tuk org lain, takpe... aku arrange farewell party tuk dorg ok, tapi amat tidak suka kalau dorg arrangekan apa2 majlis tuk aku (perasan nyerrrrrrrrrr.....uuuuuuwwwweeeekkkkkkkk!!!!! btw, ada ke org nak terHENGEN sgt wat farewell party tuk ko???)...susah woooo, bila kita makan budi org banyak sgt...huhuhu...

ate, nak wat camane... dah aku pesennya org cenggitu... agak2, aku ni kira pesen yang menggumbirakan org, atau pesen yang menggeramkan org???? oh ya... nanti aku citer plak pesen2 AKU yang menggeramkan org... eh... lari topik plak... sampai mana tadi????

oh ya... sampai aku dapat email yang aku gtau bilik aku tak siap lagi kan... pastu, bila masuk waktu solat, aku pun bermunajat (skima btol bahase) dan berdoa supaya Allah berikan yang terbaik padaku... tak kisahlah balik malaysia ke, atau leh sambung balik kat sini... sebab, hanya Allah yang tau apa yang terbaik untuk ku... huhuhu... bulan posa plak ni... harap2 makbul lah doa aku.... amiiinnnn....

semalam, aku masih menunggu.... dan menunggu.... dan juga menunggu.... bila lah aku nak dapat surat notis pindah hall ni ngan portal aku yang masih statusnya progression query alias progression problem.... menunggu ibarat menunggu waktu berbuka yang sungguh lambat... hampur 16 jam... tapi kan, buka posa leh agak n tau bila waktunya.... tapi yang ni, aku masih menunggu, dan menunggu serta setiaku menunggu disini dalam bilik yang semak ini dengan penuh pengharapan... terkadang hatiku berbisik....
"kalau tak dapat notis tu, n still progression query, apa ko nak buat???"
aku pun menjawab juga pertanyaan hati (tajuk pilem kan???)ku itu...
"kalau brunel sudah tidak memerlukan aku lagi disini dan jika itu yang tersurat untuk ku, aku PASRAH!!!!! (sambil buat gaya, muka diturunkan sbelah bawah kiri, tangan letak atas dahi)....
"beginilah nasib diriku yang malang oh Tuhannnnnn....huhuhu"

---------------------------------------