walaupun korang rasa takde kene mengena dengan tajuk utama blog aku ni (cerita tentang kehidupan manusia), tapi aku tetap nak letak jugak. takkanlah hehari aku nak letak cerita pasal manusia kan... bila aku cerita pasal org, orang akan kata "ala, macamlah ko tu baik sgt...."... kalau aku letak cerita pasal aku plak, orang akan kata "ala, burinklah asyik cerita pasal ko jek".... kalau aku letak cerita pasal aku mengutuk diri sendiri plak, org akan kata "ko ni sewel ke apa? mana de org ngutuk diri sendiri... puji sesikit diri sendiri tu adalah... ko ni jep, macam mendoakan diri sendiri jek... apalah..."... apalagi kalau aku letak pasal aku puji diri sendiri, mesti org akan kata "ai, masuk bakul angkat sendiri nampak"...
cam biasa, apa2 yang dikatakan org itu, aku akan jawab dengan jawapan yang akan mematikan hujah mereka2 itu.... "ada aku kisah semua ituuuuuuuu?????? suka hati akulah nak tulis apa2 pun... kan????? huhuhu"
tu gambar shahril, rumet sekejapku... saja suh dia jadi model sekejap... sebab aku tgh serabut bin kusut bin masai masa ari tuh...
*gambar ni pulak, setelah aku mengubahsuai bilik aku... aku letak meja study tu, kat depan tingkap... best sikit kalau aku tengah study (hattttuuuuiiihhhhh!!!! berangan jek nak study dalam bilik!!!) yelah kan, asik nampak dinding jek... mestilah buhsan... so, aku hadapkan mukaku kat depan tingkap. walaupun tak nampak pepe sebab bilik ku aras 3 kalau tak masuk aras tanah, tapi nampak langit yang mendung serta indah itu, memberikan seribu ketenangan kepadaku...
*katil yang semak sikit... sebab banyak sgt barang yang aku angkut dari Flemming Hall, hall lama aku...
*aku suka rak camni... banyak tempat n compartment... compare ngan Flemming, raknya panjang terus... nak letak brg pun payah, sebab panjang n takde cam pengadang.. rak ni best sikit... yang iyenye, sebab rak baru sebenarnya... sebab tu semua besh2 belaka...
*hat ni pulak pemandangan dari bilik aku... camtulah rekabentuk hall nya... kira Isambard Complex ni, kompleks penginapan pelajar terbesarlah yang ada kat Brunel ni... Studio Flat semuanya dorg letak tingkat paling atas, dalam setiap bangunan Hall yang ada. Bangunan Hall ada dari Block A - S, ada 4 tingkat, setiap tingkat ada 2 Flat, setiap flat ada lebih kurang 10 bilik. so, darablah ye (otak ngah beku ni... takleh nak kira)... tgk la ni, macam banyak lagi kosong, katanya nak letak semua student phd kat Isambard ni... tapi, rasanya, sebab banyak student phd yang dok luar, aku rasa, lepas ni kompom dia akan open... kan????
*untuk sampai kebilik aku ni, kene melalui banyak pintu... dan semua pintu2 ni menggunakan smart card...kat Brunel ni, sungguh tinggi securitynya... tapi, kengkadang security yang tinggi ni, adakalanya menyusahkan manusia jek... kalaulah tertinggal smart card yang dia bagi, kompom takleh masuk bilik... terpaksalah mintak tolong security bukak kan... risau jugak aku ni, sebab bila dah kalut, memacam aku leh lupa... ni kira pintu nak masuk Hall aku... ala2, macam blok yang dalamnya letaknya bilik aku... leh paham ke???? kene touch dulu, pastu baru leh terbukak pintunya...
*disebabkan aku dok tingkat yang paling 'rendah', maka aku terpaksa menggunakan lift untuk menaikkan diri aku ke blik aku... nak naik tangga, mau kene lelah aku ni (ala, alasan jek ko ni.. taulah ko malas nak naik tangga!!!janganlah nak wat statement membela diri plak!!!)... nak naik lift pun, kene touch dulu kad tu... hisy!!! very2 the menyusahkan...
*sampai dah flat aku... nampak kat, flat 75 tertulis kat situ... kene touch jugak... kalau tak, takleh masuk ni... sib baiklah guna satu kad jek, kalaulah guna kunci asing2, jenuh aku nak ngingat kunci mana yang patut aku guna... dahlah aku ni jenis yang cepat lupa... huhuhu
*tadaaaaaa.... aku dah masuk flat aku... gambar ni aku amik dari dapur atau org2 kat cni panggey kitchen... ada sepuluh bilik dalam flat aku ni... pemandangan macam dalam bilik2 kat hotel lah... siap ada karpet lagi untuk lorong2 ni... sejibik sejebon lah cam kat hotel...
*yeeeehaaaaaa..... sampai dah bilik aku... tapi sebelum masuk, aku kene scan dulu kad aku kat menda alah yang wane itam tu... pastu baru leh bukak kunci, atau kunci balik... hush!!! banyak betul prosedurnya...
*aku ngah memulas tombol setelah menye'ken' kad aku kat pintu tu... jenuh jugak... erm... mintak maaplah bebanyak, sebab model yang ada dalam gambar ni, tak de rupa macam model langsung... iklan turunkan berat, bolehlah masuk..huhuhu.... so, model tu, abaikanlah ye...
*oh ya.... lupa plak nak masukkan kichen flat aku (wah!!! sejak bila tah jadi hak milik aku)... alhamdulillah, complete semua termasuk peti ais... siap ada 3 microvawe... sapa punya taktau... guna jelah kan... bila tgk dapur ni kan, rasa semangat nak masak tu, berkobar2 setiap hari (POYOS!!!!!! ko demam ke masa ko buat statement ni jep????).... kat dapur ni pun, kene touch kad gak kalau pintu dapur tu tertutup... kalau da, kompom takleh masuk...
nak bagi gambar dobi plak...
kat hall aku ni takde loundry (btol ke aku eja ni???) room... so, buat sementara ni, aku terpaksa menapak jauh p hall yang ada dobi (aku guna ni lagi senang, tak malu kan kalau salah eja.... huhuhu)... ngah tunggu hall yang depan aku ni... mesin dah ada, tapi tak siap lagi kot... so, rini, terpaksalah aku ngan shah berjalan... walaupun cocanya sejuk beku, tapi kami dengan berlagaknya, pakai baju nipish jek p dobi tu... last2, menggigil bila masuk bilik...
*cam besa, kalau nak masuk, kene touch dulu... kalau tak, takleh masuk...
*ni mesin basuh bajunya... sekali basuh, kene letak 2pounds... dalah 30menet dia basuh. kalau nak super wash yang aku sendiri tak tau apa 'super' nya, maka kene tambah 20p. lama sikit basuhnya... jadi 45 menet... bolehlah, lama sikit aku dok bilik sementara tunggu kain siap dibasuh... kalau tak, tak berbaloi aku ulang alik p dobi semata2 nak p dry baju tu plak (pemalasnya ko ni jep oiiiii!!!!)... dulu, dok flemming, best sikit. aku melangkah dalam 20 langkah jek dah sampai dobi... dekat sikit... alah, tak kishah pun semua tu...
*selepas lepak sat kat bilik sementara tunggu kain siap, aku kembali ngan shah nak dry baju pulak... kalau nak jemur, aku nak jemur kat mana... heater dia tak bukak smpailah bulan 10 nanti... matahari, jarang memunculkan dirinya... kalau ada pun, masih sejuk lagi ya amat... lagipun, aku dok hall tingkat atas, so aku nak jemur kat mana... takkanlah aku nak main gantung jek kat tingkap macam flat pekeliling tu... isk... tak seswai langsung... org kata pakai dryer ni tak elok, pakaian cepat rosak.. pastu cepat kecut... abis tu, nak wat camana kan.. do i have any choice???? ceeeewwwwaaaahhhh!!!! ala, tak kisahlah rosk ke, tak rosak ke, aku peduli apa... janji, memudahkan keje aku... kalau rosak ke, kecut ke baju aku... takpe... aku kan kaya... beli jek kat primark... murah jek kat sana... 3 helai 5pounds sajork... huh!!!sungguh berlagaks statement aku tu...
---------------------------------------------------------------
ok... abis dah.... la ni nak tunjukkan skit bilik lama aku... sebelum aku kemas dan selepas aku kemas... kene kemas woooo.... kalau tak, sesia aku kene denda sebab tinggalkan bilik dalam keadaan yang tak memuaskan...
sebelum pindah...
3 comments:
semua model mantap2. boleh pinjam ke nak amik gambar rumah kami juger..hihi...=D
Bole2...tadak hal punya..mau apa saiz?kicik ada..besar pun ada..macho ada..ensem pun ada..mau yg mana satu nie?..
hahahahaha... en amad... sila pilih... ejen saya ni semuanya ada... :D
Post a Comment