kengkadang terlintas kat pikiran aku ni... aku ni bukanlah seorang ayah yang baik kepada iman... yelah, selalu marah dia... pastu, kengkadang geram jugak pun ada bila dia mula buat perangai... tengok jek kalau dia takmo duduk dalam stroller tu, mulalah badannya melentik macam belut, pastu jeritnya mengalahkan orang yang kene dera... kalau bawak dia jalan, payah aku nak kontrol dia, lagi2 bila dia mulakan 'pemberontakan' dia... jenuh jugak nak melwan, sampaikan semua org pandang aku macam aku menyeksa anak... hakikatnya... aku jek yang tau... taktaulah dapat perangai tu daripada sapa... nak kata aku manjakan dia, takdelah sangat...marah dia selalu adalah... sampaikaan orang2 keliling aku, semua kata aku ayah paling garang... suka marahkan anak... macam tak sayang kat anak (hakikatnya, Allah sahaja yang tau apa yang tersirat dihatiku) tapi nak wat camana kan, aku taknak lah dikata aku manjakan anak selalu...
tapi tulah, bila pandang dia time2 dia tdo, rasa rindu jugak bila tak dengar suara dia... aku suka sangat usap rambut dia... kengkadang tu, rasa macam tak sanggup dah berpisah ngan dia lelama... mesti aku rindu giler kat dia (jangan tanya aku rindu iman ke umminya... sendiri mau ingatlah... huhuhu)...
aku bukanlah seorang ayah yang baik... yelah, tgk ajek gigi iman yang makin rapuh... rasa macam aku jek yang menyebabkan dia jadi macam tu... puas dah aku pakse dia tuk gosok gg, sampaikan kalau aku mandikan dia, aku mesti bergaduh besar ngan dia... sudahnya, aku terpaksa jugak ikut kehendak dia... sesuatu yang 'supernanny' tak galakkan kita sebagai ibubapa ikut... sebabnya, nanti sampai ke besar dia akan mengikut cara dia... tau... bila tak dapat sesuatu, dia akan memberontak... erm... taktaulah... cuba jugak bila memalam aku bacakan ayat yang Nabi Ibrahim baca ketika dicampakkan didalam api... dengan harapan, dia takkan jadi baran semacam, n dengar cakap aku ngan zah.... baru jek cuba... harap2 menjadi lah... kengkadang segan jugak ngan lelain, aku baru anak sorg, dah macam anak sepuluh... kalau janji nak p memana, aku mesti yang paling lambat muncul... yelah, nak 'berlawan' ngan iman satu hal, nak siapkan dia satu hal... liat btul kalau nak suh mandi... apa lagi gosok gg... huh!!! aku ni bukan penyabar sangat ngan iman... kalau zah, mau jugak dia ikut kata... kalau aku... kengkadang jek mengikut kata... ikot mood dia...
tapi bila tengok gambar ni... rasa sejuk sikit hati aku... harap2 bila dah besar, jadilah orang2 yang baik, penyabar, ayah yang baik, serta selalu doakan aku yang berada dalam kubur.... amiiinnnn...
*jangan terkeliru dengan susunan gambar aku ni... ni tipu jek... yang sebetulnya, nilah rukun solat iman yang pertama... takde takbir, takde ruku', terus sujud... ok sikit ni, kalau dulu, lagi dia terus baring meniarap... puas jugak ajar sujud camana... tu tgk, kaki pun tak btul lagi...
*satu lagi yang buat aku 'terasa' sangat lepas aku marahkan dia, ialah, iman ni suka sangat menolong umminya... senang disuruh... tapi kengkadang tu, 'pertolongan' yang dia offer, menyebabkan kami geram sangat... mana taknya.... kalau nak tolong tu, pakse sesungguh suh dia bagi tolong... kalau tak bagi tolong, mulalah menjerit macam apa... pastu, yang kami geram lagi satu... kalau dia 'tolong' bawakkan air dalam mug, mesti tumpah... takpun nitik sesikit... aku nak tolong pegang, dia tak kasik... tu yang kengkadang geram tu...nway, bila tengok iman makin membesar, satu rahmat yang sungguh besar buat aku... takde yang aku minta selain daripada agar anak2 aku sentiasa sehat walafiat, kerana bagi aku, anak itulah permata, itulah kaca, itulah racun itulah penawarnya... sob!!! sob!!! sob!!!! (syahdu dimalam hari... huhuhu)
tuanpunyablog: jangan picaya sama itu tarikh dalam gambar ya... tak larat dah nak betulkan tarikh, sebab iman suka ubah balik... maklumlah, kreatip dan inibatip... huhuh