Friday 9 January 2015

Widgets

Master by (Research/Coursework/Mixed Mode) - Yang mana satu pilihan terbaik???

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kembali ke alam maya. setelah berswang blog aku ni. Idea ada nak tulis. Tapi disebabkan kesuntukkan masa untuk menulis, maka ditinggalkan dulu...

Rini nak menulis pasal perbezaan master yang mempunyai pelbagai mode... iaitu, by course, mix mode dan by research.  banyak sangat student dok tanya aku... lagi2 lepas konvo hari tu. nak jawab satu2, penat sebenranya... sampai satu tahap tu, bila student msg aku, aku cakap, tunggu sat. nak cari "skima" jawapan lama. nanti saya paste...

so, this are the answer. cuma nak ingatkan, yang ni semuanya based pada pandangan aku dan yang setakat aku tau. kalau ada lagi nak tambah, kawan2 atau lelain yang rasanya ada input yang boleh membantu, silalah masuk ke ruangan komen...

Master by Coursework
Master by Course ni samalah macam undergraduate. kene attend kelas, pastu belajar belajar, buat assignment, kuiz, mid term, pastu final exam. selama 2 semester (kebanyakannya) di Malaysia. Kebanyakkan IPTA mensyaratkan untuk lulus n dapat master ni, kene PNGK 3.00. tapi bagi aku, kalau buat apa yang disuruh, kuiz, assignment, kuiz hadir, etc, insyaAllah akan lepas. sem 3 kene buat projek kecil.yang mungkin lebih kurang macam research, tapi berskala kecil. contohnya, master by research adalah 1/2 phd, maka, yang ni dalam 1/4 atau kurang lagi daripada master by research. kelebihan buat by coursework ni, habis belajar, exam, pastu tunggu result.

kelemahan nya, memang kene pulun n banyak masa habis untuk buat mode yang ni. sebab kene attend kelas, buat assignment, group assignment, etc.. etc... etc... kira btol2;lah macam student undergraduate... cuma just nak habaqlah... bagi aku yang amik master kat salah satu IPTA masa tahun 2002/2003 (kene bagitau tahun sebab takut nanti zaman dan silibusnya serta cara pengarjaran adalah sama), aku rasalah.... kalau aku letakkan effort aku masa degree (dulu dapatlah second class upper yang CGPA aku punya bawah 3.4), rasanya aku boleh score masa master, perhaps, mungkin CGPA first class... wah, belagaknya..... taklah... saja nak bagitau, yang master ni, BAGI AKU (saja buat tulisan besar sebagai ayat penegasan), taklah sesusah mana... maybe penat sikit, tapi insyaAllah akan lulus as long as kita buat apa yang disuruh pensyarah. so, far, banyak kawan2 aku buat master by course ni,jaranglah kata fail paper itu paper ini... insyaAllah, boleh habis... cemerlang atau tak, bagi aku, sebagai student master, belakang kira... janji lepas selepas berhempas pulas...

Master by Mixed Mode
Honestly, aku sebenarnya kompius, coursework ngan mixed mode ni. so, kalau aku silap, mohon betulkan. as far as I concern, mixed mode ni, sebenarnya separuh coursework (belajar, habis belajar final exam), dan separuh research. dinamakan sebagai dissertation. coursework macam aku dah terangkan tadi. yang dissertation pulak, kira kene buat research dalam skala yang kecil. kalau PhD kene cari ilmu baru, kalau mater by research kene cari ilmu yang baru tapi skala kecil, yang dissertation ni kene applied. ha, ni based pada bidang aku lah... sebab bidang aku bukan jenis social science, aku lebih kepada applied science. guna teknik2 tertentu untuk solve problem. kalau boleh aku katakan, dissertation ni lebih kurang 1/3 daripada phd, 1/2 daripada master by research. kebaikkannya, kalau amik dissertation ni, at least kita banyak dah terlatih untuk buat phd. sebab dah macam buat research kan... ada jugak orang yang extend tajuk dia buat dissertation untuk buat phd. senang, takyah sesusah cari bahan, sebab kajian literatur semuanya dah ada. tinggal nak tambah n touch up sikitlah...

cumanya, banyak kene buatlah... macam di bidang aku, as I explained before, ada ramai jugak student kantoi setakat buat coursework jek. bila buat dissertation, ramai yang menghilangkan diri... sebabnya???? mungkin sebab bidang aku ni kene cari kajian kes, n depa susah nak dapatkan kes untuk solve problem. bagus kalau dia buat master sambil bekerja, at least, dia dapat amik kes study daripada tempat dia kerja. macam sorang student master yang buat dissertation bawah aku... dia amik kes tempat kerja dia... data pun senang dapat. alhamdulillah, setel dah dia setelah berhempas pulas belajar sendiri System Dynamics. kelemahannya? erm... macam aku kata, buat dissertation ni macam separuh by research, kene banyak baca n kene rajin menulis kesimpulan setiap paper yang kita baca... kadang2, setengah penilai kata, ni tak cukup untuk dissertation, so, kene tambah bacaan lagi... kene buat balik n tambah bacaan. kalau kene yang OK, takpelah... kalau kene penilai tak OK, jenuh jugak... nak taknak kene ikut jugaklah... nak buat camana... dia penilai. kita ni cuma supervisor jek... contohnya, aku cakap cukuplah amik satu kes untuk setiap method yang dibandingkan, tapi penilai kata, tak cukup... kene ada dua... so, dah penilai kata camtu... ikut jelah kan...

Master by Research
Yang ni memang kene semuanya sendiri. hanya kita dan supervisor kita sahaja kita berhubung. takde kelas rasmi kecuali kelas2 untuk researach method, ethics etc... yang ni biasanya, student yang menjadi RA kepada pensyarah yang ada geran reserach (pensyarah memang kene cari students). bagusnya kalau buat mode ni, ialah, banyak ilmu kita akan dapat... cumanya, buat by research ni memang kene rajin sokmo. semangat kene kuat. rasa down tu kene elakkan. aku takdelah pengalaman buat master by reaseach ni, tapi aku cuma boleh katanya, macam buat phd... sebab kebanyakkan nya semua sendiri. Unless, kalau kita guna geran research pensyarah. yang tu aku rasa ok kot. sebab pensyarah akan banyak bantu (sebab dia pun nak habiskan research dia). tapi kalau buat sendiri, ikut pendapat aku yang takde pengalaman ni, takyahlah... unless kalau korang memang suka buat research atau pernha jadi RA. tapi kalau yang habis degree, aku cadangkan, amiklah mixed mode atau by coursework dulu. sebab bolehlah kita belajar sikit2 dulu cara nak buat research.

Bagusnya buat by reasearch ni, ada kebarangkalian untuk diupgrade terus ke PhD lepas dia buat defend proposal. so far, yang aku dengar dari memember aku, sorang jek (yang aku dengar ek, bukan nak kata semua)... tapi yelah, bergantung kepada penilai lah jugak. ada sorang x-student yang aku kenal, dia buat by research, bila dia cerita pasal research n contribution dia, aku yang kurang pengalaman ni rasa, research dia ni sebenarnya dah boleh upgrade ke PhD. sebab contribution yang dia buat toward knowledge tu, rasa macam dah level phd. tapi tak dirasakan oleh supervisor dia...

aku rasa, garis pemutus untuk tahap mana contribution antara PhD, master by research, dissertation dan projek masih lagi berlainan antara orang perseorangan. ada yang kata, ni dah ok dah untuk phd, tapi ada yang kata tak cukup... ada yang kata ni dah ok untuk dissertation, tapi ada yang kata ni projek bolehlah... maybe terikut2 dengan supervisor masa depa buat phd dulu... kalau mudah, maka mudahlah dia buat penilaian. contohnya, aku sendiri... masa buat phd dulu, takdelah rigid sangat supervisor aku, so, ngan student aku (alah, baru sorg je pun, tu pun yang buat dissertation je) aku cakap dah cukuplah ni. tapi, penilai dia kata tak cukup, maybe dia terikut2 dengan cara sv yang agak rigid dan perfectionist. so, aku tak salahkan soranglah...

Pendapat aku
Kalau diri tu rajin membaca, suka explore benda baru, jenis yang motivasi tinggi, semangat selalu tinggi (bukan cam aku yang nak naik semangat macam siput sedut, tapi kalau semangat n motivation turun, macam air terjun lajunya), tak suka exam2, assignment2 dan segala macam group project, maka amiklah master by research. satu lagi, aku suggest amik master by research ni, kalau pensyarah lamar dia untuk jadi RA dalam masa yang sama, jadi student master by research. sebabnya aku yakin, pensyarah tu akan sedaya upaya bantu supaya pelajar ni habiskan research nya... opkos lah, ikut logik, mestilah pensyarah ni nak habiskan reserach dia jugak.

Kalau jenis yang memang kene suap sentiasa, malas nak membaca, jenis yang habis belajar exam (lapang sikit fikiran untuk satu bulan lebih), nak belajar sikit2 buat research, maka aku suggest amiklah mixed mode atau by coursework. yang ni memang aku akui, aku memang jenis yang ni. dulu tercarai2 jugak phd yang ada coursework, yang ada kat US (memang tak ler, sebab english aku tahap band 9 DARI BELAKANG), dan juga pendidikan (dekan dulu tak bagi p, dia suh buat decision science jugak punya bidang, kalau tak, p tukar jadi cikgu kalau nak buat pendidikan). so, buat jugaklah phd tu... cuma aku rasa, maybe berbeza research tahap master n research tahap phd. pressure dia mungkinlah lain...

sorang student 1st class tanya ngan aku, ok ke kalau dia terus amik PhD. FYI, kebanyakkan uni memang tawarkan terus PhD untuk yang dapat 1st Class, tapi la ni ada yang tak bagi dah bila tengok rekod sejarah ramai takleh nak cope dan tak habis. so, aku suggestkan dia, amiklah master dulu... by course...




kesimpulannya, kita je kenal diri kita sendiri. aku tak berani nak suggest yang mana terbaik untuk korang. bagi aku, semuanya ok, based pada kekuatan diri kita... semoga pilihan yang dibuat adalah yang terbaik hendaknya... aamiinnnnn....

tuanpunyablog: salam takziah buat diriku untuk dua tahun kedepan ni.... huhuhuhu

82 comments:

Leha Kebaya Jarang said...

Thanks for sharing your thoughts. ..sy otw buat master by research..cuakkk

Leha Kebaya Jarang said...

Thanks for sharing your thoughts. ..sy otw buat master by research..cuakkk

Anonymous said...

thanks a lot. sangat membantu. rasanya saya pun nak ambil coursework dlu la.hehe. takut amik by research, hilang fokus plak nanti.

Anonymous said...

salam..
Saya Dasyla dr Kuching. Jd sy nak mintak pendapat.. kalau sy berminat nak jadi lecturer, seeloknya sy amik mixed mode ataupun fully taught course untuk Master Degree.. Terima kasih.

Jepri Zulkepli said...

wsalam. dua2 pun ok sebenarnya. cuma kalau amik mixed mode, ada dissertation, boleh practice tuk buat phd nanti. senang sikit bila dah ada latihan...

didie said...

Assalamualaikum..saya bercdg nk ambik master by research. Perlukah saya terus memohon ke uni yg ada bidang saya atau lbh baik jumpa lecturer/cari supervisor dulu tuk specific bidang. Saya ambik geology dan berminat tuk ambik master cumanya..boleh ke saya terus apply tanpa tajuk khas? Terima kasih..maaf sy mmg xarif langsung pasal ni..

Jepri Zulkepli said...

Didie;

waalaikumussalam. cadangan saya, untuk by research, better jumpa/contact/emel bakal sv tuk spesifik bidang. cara ni lagi mudah sebab kita dah kenal SV sebelum kita start secara rasmi. untuk soalan kedua, saya tak pasti. sebab lain uni, lain prosedurnya... kalau macam dekat sini, kene ada at least proposal, untuk buat by research. macam buat phd jugak..

didie said...

Terima kasih untuk maklumbalas segera di atas..semoga urusan tuan dimudahkan Allah..

Anonymous said...

Alhamdulilah dpt idea dah, nk apply by course la..rasenye xbrapa kuat nk amek by research, dgn ank 3 lg yg msh kecik.. De sape2 tau x bile next pengambilan? end jan try apply kt uitm tp da ttup pulak :(

Ct said...

Thanks 4 the the info...sekrg br phm...so now i decide utk buat coursework memandgkn by research leceh...byk uni nk proposal dulu.....

Shara Diela said...

Artikel & suggestion yg sgt m'bantu, thanks 4 the info JEPRI ZULKEPLI, now....I really know who I am I'll make the right choice 4 my master....hi...hi...;-)

RA said...

thanks for your sharing...sangat membantu saya untuk decide nak yg coursework / research!!! dan saya rasa yg dekat dengan hati saya adalah coursework..sbb baru fresh graduate!pasney masuk kelass semula la!!! btw thanks again!!

Anonymous said...

Kalu keje nanti gaji pekerja yg ad master coursework dengan master research same ke?? atau tak same? TQ

Jepri Zulkepli said...

Tuan/Puan Anonimus,

kalau dibidang akademik, takde beza. taktaulah kalau bidang lain. tapi rasanya, sama jek. at the end, bila dah ada master, org cuma tanya buat master dalam bidang apa? kalau ada pun yang tanya buat by reasearch or by course, dia tanya lepas soalan bidang apa td.

Anonymous said...

Salam Tuan Jepri Zulkepli,

Saya bakal melanjutkan master in coounseling psychology by coursework bulan september nanti... saya nak tanya, selepas saya graduate master ni (in sya Allah..), kalau nak sambung phd, kena buat research untuk bidang yang sama juga ker.? Mohon pencerahan....

Terima kasih kerana berkongsi informasi ini :)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Rajmeela said...

Thank you so much for the info..I have a better understanding now.

Jepri Zulkepli said...

Tuan/Puan Anonimus,

Terpulang pada kita nak buat yang sama atau tidak, untuk phd. saya tak tau nak sebab saya taktau Tuan/Puan aim untuk apa. kalau jadi pensyarah, bagus kalau buat bidang yang sama. tapi phd ni, sebenarnya kira rentas banyak bidang. so, terpulang pada Tuan/Puan.

Anonymous said...

Salam, saya bakal menjadi RA dan pelajar master dalam masa yang sama. SV yg saya emailkan untuk bertanya untuk menjadi penyelia saya, melamar saya untuk menjadi RA beliau. Projek yg saya bakal buat ialah tajuk beliau, dan bukanlah dari tajuk saya sendiri. Hal ini kerana, beliau akan mendapat geran melalui tajuk beliau. Saya menyetujui untuk berkolaborasi bersama beliau kerana projek tersebut masih didalam bidang saya. Disini saya ingin bertanya, adakah tajuk master saya sehingga penulisan thesis/jurnal nnti ini adalah tajuk lecturer berkenaan? Dan lecturer tersebut ada menyatakan yang projek ini akan dikolaborasikan bersama satu student yg lain (scope research yg berbeza, tetapi masih dibawah satu projek). Projek master research sebenarnya boleh bersama beberapa student lain atau bagaimana? Atau satu projek master hanya dikendalikan oleh satu org student sahaja? saya kurang faham disini. Terima kasih

Jepri Zulkepli said...

Tuan Anonimus,

Saya cuba jawab berdasarkan pengetahuan saya yang sedikit ni. Kalau silap, maafkan saya. sebab bagi saya, bila buat by research ni, takkan sama antara satu sama lain, sebab kita deal dengan manusia yang macam2 perangai... so, mungkin jawapan saya ni tak mewakili semua pensyarah.

adakah tajuk master saya sehingga penulisan thesis/jurnal nnti ini adalah tajuk lecturer berkenaan?
>>>>>> mungkin sebijik2, mungkin jugak dia akan divert sikit. contohnya, tajuknya A, maka tajuk thesis master tuan mungkin A-1, atau A+B. Macam tulah jadinya... tapi thesis tu akan dijadikan sebagai sebahagian/semua laporan akhir research pensyarah tersebut.

Dan lecturer tersebut ada menyatakan yang projek ini akan dikolaborasikan bersama satu student yg lain (scope research yg berbeza, tetapi masih dibawah satu projek).
>>>>>>> boleh jadi. mungkin research tu besar scopenya, maka dipecah2kan jadi kecil2 untuk hanya memenuhi keperluan scope master sahaja. sebab tu dia boleh dapat beberapa student untuk bantu dia siapkan master tersebut. so, berkemungkinan besar, tajuk thesis masing2 akan berbeza... scope yang lebih besar dan dipecah2 kan...

Projek master research sebenarnya boleh bersama beberapa student lain atau bagaimana? Atau satu projek master hanya dikendalikan oleh satu org student sahaja?
>>>>>> saya dah jawab soalan tuan di atas. macam saya cakap, boleh jadi lebih sorang student kalau skopnya besar. boleh jadi sorang jugak walaupun skopnya besar (mungkin selebihnya untuk dilakukan sendiri, which is, amat jaranglah lecturer buat macam ni).

Untuk pengetahuan Tuan, research ni, selain dari nak bantu peningkatan pengetahuan dan kerjaya pensyarah, ia juga bertujuaan untuk melahirkan lebh ramai scholar melalui penjanaan pelajar. SV akan bantu, selebihnya terpulang pada diri sendiri.

itu yang saya faham dan taulah...

Anonymous said...

Jutaan terima kasih tuan atas penerangan yang panjang lebar di atas dan menjawab persoalan saya! :)

Anonymous said...

assalamualaikum sy nak tanya, kalau nak ambik mix mode utk master kena propose tajuk research tu awal ke? maksud sy masa kita apply tu kena propose tajuk sekali ke mcm mana?

terima kasih :)

Jepri Zulkepli said...

waalaikumussalam.

setau saya tak perlu... bila dah sem 2 atau sem 1, baru propose. lepas amik kaedah penyelidikan. kalau di uni saya lah...

Unknown said...

As'salam.sy nak tye.Sy lepasan degree multimedia dan bekerja web programmer. Kalau sy amek pjj master pendidikan it di upsi..boleh ke menjadi cikgu? Ke master tu tuk pensyarah je?

Anonymous said...

Wow. Search je terus masuk ke blog ni. Terima kasih. Alhamdulillah post yg sangat membantu.
Sy fresh graduate. Dpt offer letter MBA by coursework.
Ikutkan hati sy lebih suka coursework sbb byk masuk kelas. Tp tempoh pengajian setahun rasa macam terlalu pantas. Lg pula sy fresh grad yg masih perlukan byk bimbingan.
Terasa nak cuba bidang lain by mix mode sbb mix mode 2 tahun.

Ada apa2 nasihat ?

Anonymous said...

Saya sedang mengambil mba by coursework. Itu adalah matlamat utama saya bila saya ambil peluang untuk sambung belajar. Saya tidak mengambil mixed atau research mode sbb saya sudah tahu betapa sukarnya buat research ketika ambil ijazah sarjana muda dulu. Kelas saya untuk sem ni ada 5 kelas saja. Assignment yang diberikan sebenarnya byk menguji kemampuan diri kita untuk apply teori dengan pengalaman kerja. Saya ada kurang dua tahun pengalaman kerja tapi saya tidak sangka pengalaman itulah sangat berguna bila buat assignment.Kini saya tidak bekerja (sdg mencari..skrg sgt susah nk dpt kerja tetap..dulu kerja kontrak saja to xdpt disambung).Allocation marks utk assignment adalah tinggi iaitu 60%. Final exam 40%. Walaupun pensyarah beri kn soalan siap2 seperti case study, byk soalan berdasarkan opinion kita yg disokong oleh journal2. Jadi coursework pun kena byk membaca. Min setiap assgmnt adalah 3k words. Sy tidak tahu bagaimana dgn ipta/ipts lain. Tapi sy berharap sy dpt buat yg terbaik.

Anonymous said...

Apa khabar.

Terima kasih atas post ini. Sebagai pelajar Master di universiti, saya tahu sebahagian besar pelajar seperti saya tertekan dalam penulisan tesis. Sebagai dorongan dan sokongan, saya ingin kongsikan laman web yang sangat bermanfaat ini.

http://www.phdthesiswriting.biz/

Saya mendapat bantuan dan mendapat keyakinan kerana ianya ternyata telah memmbantu membuat tesis yang lebih baik dengan bantuan "proof reading" dan penyuntingan mereka. Harap anda akan mendapat manfaat ini dan semoga berjaya dalam perlanjutan pelajaran.

Anonymous said...

Assalamualaikum dr.

Saya nak tanya. Adakah di dalam membuat dissertation, novelty itu amat penting macam masa kita buat full research?

Terima kasih dr!

Dr Chah said...

Saya sedang mencari pelajar yg ingin membuat masters by research di bawah geran frgs bertajuk "Family supportive neighbourhood framework". Upah GRA RM 1000/mth for 18-20 months.. whatsapp saya - 0122910275

Jepri Zulkepli said...

Anonimus: wasalam. depends pada sv dan universiti serta penilai. kalau macam kat school saya, cukup dia apply decision making techniques. kes tak besar sangat... cuma kene compare techniques.

Puan Chah: thanks.

Unknown said...

Saya baru habis master coursework dan cuma ada mini research/thesis .. Boleh x nak sambung PhD dan macam mana cara dia..

Jepri Zulkepli said...

Ikhwan syafiq,

boleh. apply je mana2 universiti beserta dengan proposal. biasanya depa mintak proposal untuk mohon...

Anonymous said...

Hi Sir,.Thanks sahring your knowledge kat sini. Info ni sangat membantu. sebab sebelum ni confused dan memang bercadang nak sambung Master ^_^ sekrang dah jelas nak pilih yang mana 1. Kalau ikut pilihan saya, lebih baik amik by coursework. bidang kita sama Applied science. Kalau by research rasanya macam tak larat lagi dah,. sangat memenatkan hahaha. Thanks again.

Anonymous said...

Assalammualaikum and hye sir.

terima kasih sbb share a lot of information regarding on master program. Btw, sy baru sahaja tamatkn degree sy dlm bidang islamic banking and finance serta berniat untuk sambung ke peringkt master dalam bidang yang sama dlm masa yang terdekat ini dan Sy juga bercadang ingin melanjutkn ke peringkt PHD selepas itu in shaa Allah. Jadi, antara course work dan mixed mode, mana lagi membantu untuk sambung ke peringkt PHD nt ye?

Terima kasih.

Jepri Zulkepli said...

mixed mode. tapi kene kuat semangatlah... sebab buat mixed mode. :)

Anonymous said...

Assalamualaikum... Thanks for sharing tuan. Sy ada baca berkenaan dgn post tuan yg mana student yg dpt first class time degree boleh smbung terus utk ke peringkat phd. Boleh sy tahu universiti mana yg ada offer mcm yg tuan bgtau tu? Utk pngetahuan tuan, sy baru ja grade first class degree dlm bidang pendidikan.

Jepri Zulkepli said...

waalaikussalam.

la ni KPT dah stop dah dan kebanyakkan Uni dah tak buat sebab failure rate sangat2 tinggi. ala2 depa ni macam terkejut sebab belajar time degree dan phd sangat2 berbeza.

tapi kalau D.Ed. saya taktau ada ke tak. ada sesetengah phd pendidikan ni depa offer mixed mode. cuma kat tempat saya, takde offer D.Ed.

Adilah Rostam said...

Assalamualaikum. Jujurnya saya cakap entri ni memang bagus untuk student last year macam saya ni whether nak buat coursework ke by research. Memandangkan fyp research degree saya buat sorang-sorang so saya rasa untuk yang postgrad saya rasa nak buat master by research hehe boleh sambung buat research sorang-sorang lagi hahaha nice info by the way!

Axis Capital Holdings Limited said...
This comment has been removed by a blog administrator.
umairah said...

kena ada tajuk
kekadang supervisor bagi tajuk.
pengalaman saya ada 2,3 tajuk kemudian approach lecturer

if nak habes cepat kena attend kelas research method, cara buat journal..jadi dh dpt gambaran byk sblm.mula..

Unknown said...

Assalamualaikum.

Saya ada terdengar yang master by research ni kurang nilai(sebabnya tiada kelas pembelajaran) berbanding master by coursework? Betul ke?

Unknown said...

Assalamualaikum..saya seorang student master engineering in mixmode di UIA..baru sem 1..tapi saya bercadang untuk tukar ke coursework sebab saya lagi enjoy utk ke class dari buat research..boleh ke saya nak ke phd lepas tu kalau by coursework..sbb nak apply jadi lecturer..

tuanpunyablog said...

The Alkene: bagi saya, semua ada nilai... bezanya, org yang menilai. :)

Ahamd Fawwaz: waalaikumussalam. boleh je nak buat PhD daripada master full coursework. cuma yang membezakannya, ikut universiti yang akan amik calon2 pensyarah. samada dia tgk full coursework, atau mixmode. lain padang lain belalang. :). tapi bagi saya, honestly, untuk jadi pensyarah, better amik full coursework. at least kita nampak semua benda, then bila nak buat phd, banyak bidang kita boleh explore. as I said, lain padang lain belalang. ni pendapat peribadi saya..

cikgu shamriza said...

Thanks for sharing tuan ☺

Anonymous said...

Salam sejahtera tuan,

Mohon maaf, soalan agak lari tajuk.

Apa pendapat tuan berkenaan pro dan kontra melanjutkan pelajaran dari Sarjana Muda ke Sarjana di universiti yang sama atau berlainan. Kalau tuan, yang mana satu jadi pilihan? :)

Terima kasih.

Jepri Zulkepli said...

waalaikumussalam.

erm... saya sendiri tak berani nak kata. bagi saya, kalau dari segi kebaikan kalau buat di uni yang sama, kita kenal pensyarah kita, so bila nak buat research or nak mntak tolong apa2, maybe senang. tapi kontra nya, maybe dari segi exposure pada uni yang lain... at least, kita tau apa kekurangan dan kelebihan berbanding uni yang kita amik degree dulu..

kalau dari segi kualiti, bagi saya, sama jek... :)

tu pendapat saya lah..

Anonymous said...

Terima kasih atas pandangan tuan.
Ya kan, antara familiarity vs exposure.

All the best to you tuan.

Anonymous said...

Salam Tuan.

Saya salah seorg pelajar degree final year di salah sebuah IPTA.
Saya nak tanya, untuk sambung master, ada syarat minimum untuk pointer ke?
Macam saya sendiri tak lepas 3.0 pointer. Jadi, ada harapan ke untuk saya further master? :')

Jepri Zulkepli said...

wsalam..

depends kepada Uni yang T/Puan mohon. ada sesetengan Uni mensyaratkan certain pointer untuk master. ada yang above 3.00, ada yang above 2.75. ada juga yang mensyaratkan, kalau below certain pointer, pengalaman kerja selama beberapa tahun boleh juga digunakan.

harap membantu

Unknown said...

Assalam. Thanks Abg Jep atas info ni. dah lama planning nak sambung master tp sekarang ni baru tergerak hati nak cari info berkaitan. nak kena kuatkan diri dulu sebelum decide nak sambung master. harap2 dipermudahkan perancangan saya utk sambung master. :)

ray said...

Ya Allah bersyukur sangat sebab jumpa blog ni. Thnk you so much. I’ve finish my degree a year ago and still memikir utk sambung Master. Mula2 nak amik by research but I prefer to attend classes. Jaoh bawak diri nak tenangkan fikiran n buat decision. Now it’s all getting clearer and I know what I want now. Thnk you thnk you thnk you. May Allah bless you.

Unknown said...

good luck sis

MusafirTaqwa said...

Terima kasoh kepada penulis..

Saya ingin memohon pandangan. Sya seorng student master (research) sem 2 dan dalam kira² nak quit. .

Sy seorang suami, seorg ayah (anak seorg) kepada seorg isteri yg bekerjaya sebagai Dr. Perubatan di sebuah hospital kerajaan. Saya juga sedang bekerja kerana saya memerlukan duit utk membayar duit² pinjman pelajaran ketika diploma (ptptn) dan degree (mara) .

Berbalik kepada isu sy, sy RA student n buat reseach dan prestasi sy mmg agak slow. Adakah dengan sy quit master akan memberi kesan kepada pensyarah sy.

Namun, sy berhajat utk sambung master secara part-time coursework. Setelah sy meneliti diri sy, sy jenis yg changeable dan susah nak fix dgn jadual yg sy aturkan. Namun, bila sy terikat dgn jadual yg telah disusun oleh pihak lain, sy ada kekuatan utk follow.

Sy research dlm engineering dan ia amat memberi tekanan kepada sy. Mohon nasihat dan cadangan.
Terima kasih

Jepri Zulkepli said...

Tuan Musafir Kelana,

ini pandangan peribadi saya. lain padang, lain belalang. :)

1. Berbalik kepada isu sy, sy RA student n buat reseach dan prestasi sy mmg agak slow. Adakah dengan sy quit master akan memberi kesan kepada pensyarah sy.
>>>>>>> ya, memang akan memberi kesan kpd pensyarah Tuan. beliau terpaksabuat research sendiri, atau terpaksa cari org lain untuk jadi RA, selain daripada KPI untuk biolangan student master dia akan berkurangan. tapi bagi saya, Tuan boleh berbincang dengan beliau. boleh je nak buat master by research, dalam masa yang sama jadi RA dan bekerja (tapi workload akan jadi tinggi lah). boleh jugak bincang ngan dia, kenapa Tuan kene quit. alasannya, Tuan slow dan takmau susahkan dia.. sebab setiap reserach ni ada deadline nya..

2. Namun, sy berhajat utk sambung master secara part-time coursework. Setelah sy meneliti diri sy, sy jenis yg changeable dan susah nak fix dgn jadual yg sy aturkan. Namun, bila sy terikat dgn jadual yg telah disusun oleh pihak lain, sy ada kekuatan utk follow.
>>>>>>>>> saya suggest Tuan teruskan niat Tuan untuk amik coursework. sebab daripada penceritaan Tuan, Tuan sama je dengan saya,. jenis yang orang kene paksa kita, bukan kita paksa diri kita sendiri. :)

harap menajwab soalan Tuan.

Anonymous said...

saya sedang mencari partime yang boleh bantu untuk tesis saya tentang CCC, berminat watups 0192550333 urgent

Unknown said...

I am looking for committed master students to do on multidisciplinary research regarding the involvement of diseases related calcium ion channels in the brain. You will be doing the research in University Putra Malaysia, Selangor. If anybody interested, please do email me at syedmort@gmail.com and I'll arrange an interview and explain in details on the research that we are going to investigate.

Freya said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalam..betul ke kalau sambung master coursework, nanti tak boleh sambung phd? Tq atas penjelasan tuan.

Tuanpunyablog said...

@lurve Nazra,

boleh. sapa cakap tak boleh. janji ada master.

Anonymous said...

Salam, Terima kasih tuan atas info berkaitan yang banyak menambah pengetahuan saya.

Saya ada sedikit pertanyaan. Saya sedang mencari tempat pengajian Master setelah berjaya mendapat scholarship.

1. Apakah bidang Decision Science ini ada melibatkan Big Data Analytics sebagai salah satu kaedah dalam decision making?

2. Bolehkah org yang tiada basic dalam math or IT macam saya yang hanya ada background degree in operation management utk sambung Msc Dec Sc ini? Saya sekarang berkerja dlm bidang pentadbiran more than 10 years.

Terima kasih

Tuanpunyablog said...

Wslm...

1. Ada satu subjek yang melibatkan big data analytics. Biasanya analytics ni akn bantu kita untuk buat keputusan.

2. antara subjek yang akan dipelajari dlm Master Dec Sc ni, programming VB, simulation (dlm operation mgmt biasa guna ni), heuristics dan operational research (yg dua ni akan guna banyak applied maths) dan research methodology.

ni pendapat jujur saya. kalau tuan/puan anon mmg nak buat dlm dlm analytics, better cari master yang mmg offer data analytic. tapi kalau nak pelbagai teknik pembuatan keputusan, dec sc is the right program.

thanks

syarilanwar94@gmail.com said...

Posting yang amat membantu undergrad dalam membuat pilihan mode master. Terima kasih diatas perkongsian ini.

Saya perlukan nasihat atau guidance daripada sesiapa yang sudi berkongsi:
Saya akan tamat undergrad sains sosial (psychology) tak lama lagi dan berhasrat untuk menyambung master in education psychology.

Mode yang manakah yang terbaik sekiranya saya berhasrat untuk menjadi pensyarah?
Apa kriteria (kelayakan) yang perlu ada untuk masuk ke dalam bidang pendidikan? Wajib ada PhD kah?

Terima kasih.

tuanpunyablog said...

Atikah, emel saya di jep1305@yahoo.com.

thanks

BiskutMerriey said...

Hai..saya nak tanya, mcm some schools dkt usm engineering ni x ada defend research proposal..so apa sebenarnya yg student perlu buat masa 1st year? Kl ada drp then ada guideline utk apa yg nak ditulis by chapter..tp kl xada drp, apa sistem yg digunakan utk pasti kan kita dlm guideline yg betul buat phd ni..hope soalan saya ni jelas..coz now sy dah masuk 2nd sem dlm 1st year phd but still sy tak tahu ke mana arah phd journey saya..harap tuan dapat membantu..

MHafizuddinZameri said...

Salam, boleh saya tahun scholarship apa yang tuan dapat ? sedang mencari scholarship juga

Anonymous said...

assalam tuan..saya nk brtanya, sekiranys saya amik degree dlm bidang teknologi kejuruteraan tap in master saya ingin mngambil master in education..adakah ia boleh?

Jepri Zulkepli said...

Mhafizuddin: saya under SLAI dulu. bawah UUM.

anon: wslm. boleh jek sebenarnya. takde masalah. cuma depends pada school education nak terima atau tak...

Unknown said...

Assalamualaikum tuan. Nak tanya, kalau degree kita ambik bidang lain dan master nak tukar ke bidang lain. Adakah untuk pekerjaan akan datang boleh jadi pensyarah?

Jepri Zulkepli said...

@unknown: depends pada school atau fakulti atau Uni tersebut. ada yang nak dari degree sampai phd bidang yang sama, ada yang tak kisah, sebab ada kaitan dengan subjek yang dia nak ajar tu... cuma saya berpendapat, jangan "lari" banyak sangat. contohnya (pendapat saya), degree amik biologi, master amik islamic law, phd amik pendidikan. nampak mcm tak kene. tu pendapat sayalah...

apapun, saya suggest, kalau boleh, try amik PG yang hampir2 sama dengan degree. contohnya, degree buss admin, master takaful, phd islamic halal product. lebih kurang camtu lah...

tu pendapat saya yang ilmunya setitik air dilautan ye. bukan definite. :)

Anonymous said...

1) is it true yg master lagi senang dari degree ?
2) mana pilihan anda , amik course yg anda minat ataupun course yg demand sekarang tinggi tp anda tak berapa minat ? thank you ..

Jepri Zulkepli said...

Tuan/Puan Anon,

1. zaman saya, buat master dlm tahun 2002, pandangan saya sendiri, dan based on my experience, I can say, that, if I put my effort in degree into Master, I can graduate with flying colour. sebab masa master mcm malas banyak... sebab tu dpt pointer cukup2 makan... which is, 3.00 above (syarat wajib lulus).

2. better amik course yang high demand... minat boleh pupuk. cumanya, jangan terlalu juauh sangatlah perginya... contohnya, minat dalam kaunseling, tapi sebab engineering lebih banyak permintaan, p tukar engineering... mcm tulah pandangan peribadi saya...

Nadiah said...

Saya nk tnya pendapat tuan... Dulu degree saya grad dlm mechanical engineering (tak minat) dan skang saya smbung master dlm education management tapi boleh ke saya nk apply untuk jadi lecturer smbil saya continue untuk phd?

Jepri Zulkepli said...

Puan Nadiah,

It depends on the universities yang kita apply untuk jadi lect tu. Maybe... Maybe lah... kita sambung PhD Education, n fokus on engineering teaching... so, kalau kita nak jadi pensyarah in IPG atau Uni yg tawarkan pendidikan engineering, akan ambil kita...

atau... sambung phd dlm mechanical engineering... so, maybe uni yg tawarkan pure engine akan ambil kita...

ni pendapat peribadi saya... sebab tu saya kata maybe.. :)

Anonymous said...

Hello, saya terjumpa post ni selepas mencari banyak entry yg berkaitan dengan masters. Sy ada sedikit soalan,

Lecturer sy offer untuk sy smbung masters by research dan berkerja sebagai RA beliau. Pda pndgan pihak sir, patut ka sy terima offer tersebut? Sy baru shja selesai ambil degree last August. Dan lecturer tu offer utk kemasukkan Feb 2021.

Sejujurnya saya masih bingung sama ada lebih baik berkerja dahulu baru smbung master atau terus ambil peluang ni. Sebab plan sebenarnya memang ingin sambung tapi kerja dulu untuk kukuhkan kewangan.

Tapi datang pula offer kerja sambil belajar ni. Makin dilema saya nak buat keputusan...

Anonymous said...

Sangat menarik. Terima kasih atas perkongsian. Semoga dipermudahkan segala urusan Sir.

lady diyy said...

Thank you atas pencerahan ini ya tuan. Saya sedang memikirkan untuk sambung master. Dan saya pula memang jenis otak lembab sikit. Xnak pressure2 hahaha. Tapi saya nak part time. Tapi entry ni membantu sangattt. Thank you again. Wish me goodluck.

Nor said...

Salam, saya ada soaalan. Untuk mengajar, better sambung dpli ataupun master pendidikan? Sebab saya lepasan degree bahasa, confuse nak sambung yg mana. Sbb dpli pun ada bahasa tersebut dan master in education pun ada bahasa tersebut. Yg mana satu yg banyak kelebihan?

Anonymous said...

salam tuan. saya bercadang nak ambik MHRM bulan september 2021 ni di oum. utk makluman juga, saya baru habis BHRM pd april 2021. sekarang saya keliru nak ambik mana satu, coursework atau mixed. sbb saya risau takdapat nak catchup trutama musim pandemik melanda, semua dibuat online. sya prefer klas f2f drpd online. satu lagi, susah tak Master? :-p Apa pendapat tuan? tq

Anonymous said...

Salam, so how your research now? ok? best jugak xperlu exam haha..

Agen Freebet said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Berbaloi tak ambil master in science coursework guna ptptn. dah survey dah peluang kerjaya agak limited lepas grad nnt. tapi nak sgt sambung belajar. tlg nasihatkan saya. tq

84kata.blogspot.com said...

Hai, hadir suport blog.TQ banyak info kat sini,btw jika ada perlukan bantuan utk kajian research ,saya RA sedia membantu:seperti mencari jurnal,kajian LR ,nak buat spss atau apa sahaja berkaitan thesis MBA ke boleh wsp saya 0166371460 (NURSING AREA JUGA BOLEH DAN SAYA JUGA MENULIS UNTUK BUKU CERITA DAN NOVEL .JIKA NAK UPAH BOLEH WSP YA)