Saturday, 8 December 2012

Widgets

jawapan balas bagi komen entri dibawah ini... (tak reti letak tajuk)

assalamualaikum,

kehadapan Tuan Aninomos yang telah membalas komen saya melalui tulisan saya dalam entri sebelum ini. pada mulanya, tuan memanggil saya dengan panggilan Dr. kemudian, saya meminta untuk digugurkan panggilan tersebut. dan ini jawapan tuan,

"Bukan apa.....gelaran ¨Dr" pada saya tiada apa salahnya...cuma persepsi manusia dan diri kita yg mengkehendakan dengan panggilan itu wujud rasa takbur,martabat tinggi,bangga diri dll.

Pada saya gelaran Dr perlu di"RAI¨kan dan diri kita perlu bersedia memikul tanggugjawab. Saya tahu, sebagai manusia sudah pasti dgn gelaran tersebut sedikit sebanyak ada rasa ketinggian kedudukan. Kalau mcm tu gelara seperti "cikgu" "Yang Arif Hakim", bahkan tuan dan puan serta En juga pasti ada rasa bongkak dlm diri..

Cuba "En" Jepri fikir2 kan... "


----------------------------------------

betul, saya tak nafikan. kadang2, manusia yang mengkehendak untuk orang lain memanggil mereka dengan panggilan yang sepatutnya dia dipanggil. dan saya juga tidak mengatakan bahawa sesiapa sahaja yang hendak dipanggil dengan panggilan sepatutnya, adalah orang2 yang sombong dan bongkak, bangga diri dan sebagainya... beginilah, saya sertakan kisah Imam Nawawi dan seorang budak berterompah kayu sebagai kenyataan balas (isk, macam kasar lak bunyinya) komen tuan aninomus, yang saya petik daripada salah sebuah fanpage di FB....

-----------------------------------------

Pada suatu hari, al-Imam Abu Hanifah sedang berjalan dan beliau ternampak seorang kanak-kanak sedang berjalan dengan kasut kayu. Beliau pun menegur budak itu :-

''Wahai budak,jaga-jaga dengan kasut kayumu. Bimbang engkau akan tergelincir nanti.''

Budak itu mengucapkan terima kasih di atas perhatian al-Imam kepadanya. Tetiba budak itu bertanya :-

''Wahai tuan.Siapakah nama tuan?''

Al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab :-

''Aku Nu'man.''

''Oh, rupanya tuanlah yang digelar al-Imam al-A'dzam (Imam Yang Sangat Hebat) itu?'' Budak itu bertanya kembali pada Imam Abu Hanifah.

Imam Abu Hanifah seraya menjawab :-

''Bukan aku yang meletakkan gelaran tersebut. Namun orang ramai yang bersangka baik denganku meletakkannya.''

Budak itu lalu menjawab :-

''Wahai Imam, janganlah engkau sampy tergelincir ke dalam api Neraka disebabkan gelaranmu itu. Aku hanya memakai kasut kayu yang jika aku tergelincir sekalipun hanyalah di dunia semata-mata. Namun gelaranmu itu terkadang membuatkan seseorang akan tergelincir ke dalam Neraka Allah Ta'ala lantaran angkuh & berbangga-bangga.

Menangis Imam Abu Hanifah rhm mendengar nasihat daripada kanak-kanak kecil itu.
----------------------------------------------
 
untuk pengetahuan tuan, hati saya ini, amat 200x susah saya nak jaga. terlalu susah dan payah.
 
ada ketikanya, saya merasakan bahawa dengan panggilan Dr akan menyebabkan saya jatuh takbur. percaya cakap saya... saya terlalu susah untuk mengatakan dalam diri bahawa gelaran Dr. itu sebenarnya menunjukkan bahwa tanggungjwab saya adalah lebih besar. susah untuk saya mengatakan tersebut. jadinya, adalah lebih baik gugurkan sahaja panggilan tersebut. saya lebih menyukai orang memanggil saya dengan panggilan yang biasa seperti en, cikgu dan abg jep dan sebagainya bagi mereka yang telah mengenali saya. bukan dengan panggilan Dr. 
 
dan sesungguhnya, adakalanya, tulisan saya ini juga akan menyebabkan saya sendiri merasa bangga diri... adakalanya, saya akan memikirkan, bahawa orang akan memandang saya sebagai orang yang down to earth... itu juga menyebabkan saya risau dan takut jika hati saya masih merasa bahawa sayalah yang terbaik antara mereka...
 
kadang2, bila buat baik,hati akan berkata, 
 
"mesti lepas ni orang akan puji ko kan..."
 
yang peliknya, kalau berlaku jahat, takde pulak terdetik dalam hati ni... cuma orang akan mengutuk kitalah kan???
 
macam saya beritahu tadi, hati saya ini amat2 susah saya jaga... terlalu susah... susah... susah... suuusaaaahhhhh (ikut lagu najwa latip, kosong... kosong... kosong...)
 
tapi, bagi orang lain, saya akan memanggil mereka dengan panggilan sepatutnya. selagi mereka tidak menegur saya. sebab bagi saya, mereka berhak mendapat panggilan tersebut. saya??? tak payahlah nak membazir air liur untuk memanggil saya seperti tersebut... :)
 
harap tuan aninomus kini paham kenapa saya tak suka orang meletakkan Dr. dihadapan nama saya, melainkan diperlukan...
 
sekian, untuk penjelasan dan pencerahan dari saya.
 
yang benar,
 
tuanpunyablog
7:11 am dibumi asing 10000km daripada Malaysia

5 comments:

Anonymous said...

Terima Kasih atas entri En Jep. (siap buat entri khas bagi menjawabnya). Suka saya jika perbincangan berbentuk ilmiah dikongsi bersama.

Pada saya semuanya bermula dengan niat. Baik niat kita, insyaAllah ada seribu satu rahmat untuk diri kita. Jika orang panngil Dr sekalipun, niat kita tetap baik bahkan masih merendah diri, insyaAllah tidak tergelincir ke neraka.

Saya kagum dengan En jep yang minta mengugurkan gelaran Dr dalam upacara rasmi dan minta dipanggil dengan gelaran biasa jika tidak melibatkan urusan rasmi. (Jika saya ditempat En jep, saya juga bangga sebab saya dah buat apa sepatutnya iaitu merendah diri.Dalam masa yang sama saya juga fikirkan masyrakat akan menganggap saya merendah diri (walhal tak terlintas niat pun)).

Sebab itu saya suka berbalik kepada pangkal iaitu "semuanya bermula dengan niat".

Terima Kasih En Jep. Perkara baik sebegini perlu dikongsi dan dibincangkan bersama. Maaaf sekiranya saya ada tersalah kata.

tuanpunyablog said...

tuan anonimus: thanks for the compliment. sangat2 menghargainya... indeed, semuanya bermula dengan niat. tapi adakalanya,niat jugak leh terpesong... :)

Anonymous said...

You are right, Mr Jep. Semakin kita ada pangkat dan gelaran, semakin susah hati ini mahu dijaga.
Sepatutnya, PhD (dan seterusnya dpt gelaran Dr) adalah satu medium untuk mendekatkan lagi kita dengan Yang Maha Esa. Bukan utk kita menjadi takabbur dan rasa expert dgn gelaran itu. Mendapatkan PhD itu sendiri adalah satu proses kebergantungan kita kepada pertolongan Allah 100% selain dari usaha research kita. Manakan mungkin setelah dapat PhD kita terus mendabik dada dengan kebanggaan gelaran itu sedangkan yang tolong kita hanyalah Allah semata.
Anonymos akan memahami perkara ini bila tuan sedang berjuang dengan PhD.
Usaha Mr Jep utk menjaga hatinya perlu disokong dan semoga mendapat kerahmatan dan keberkatan hendakNya.

Orang biasa saja said...

(Ini Anonymous lain)
You are right, Mr Jep. Semakin kita ada pangkat dan gelaran, semakin susah hati ini mahu dijaga.
Sepatutnya, PhD (dan seterusnya dpt gelaran Dr) adalah satu medium untuk mendekatkan lagi kita dengan Yang Maha Esa. Bukan utk kita menjadi takabbur dan rasa expert dgn gelaran itu. Mendapatkan PhD itu sendiri adalah satu proses kebergantungan kita kepada pertolongan Allah 100% selain dari usaha research kita. Manakan mungkin setelah dapat PhD kita terus mendabik dada dengan kebanggaan gelaran itu sedangkan yang tolong kita hanyalah Allah semata.
Anonymos akan memahami perkara ini bila tuan sedang berjuang dengan PhD.
Usaha Mr Jep utk menjaga hatinya perlu disokong dan semoga mendapat kerahmatan dan keberkatan hendakNya

tuanpunyablog said...

terima kasih tuan anonimus lain sebab menyokong saya... terharu n speechless... :)