Sunday, 26 February 2012

dah siap correction??? tanya sahabat2ku...

assalamualaikum,

seminggu sahaja lagi akan berada disini... rasa macam tak sabar nak masuk oven balik... jenuh dok tinggal kat dalam peti ais ni... bak kata seorang sahabat, seandainya dibandingkan untuk berada dimusim sejuk dengan musim panas, dia lebih rela berada dimusim panas... disebabkan kulit yang akan merekah serta bersisik ketika musim sejuk... aku sokong kenyataan dia... aku pun sama... cumanya, I've to admit, memula sampai Malaysia tu, agak rimas jugaklah, bila dalam epot pun dah terasa bahang... tapi, lama kelamaan, ok ajek... mengada2 jek badan aku ni... nway, dah janji dengan kawan2 dalam FB...

ada story mori yang yang nak diceritakan... almaklumlah, aku ni, pantang kene 'tekan', 'jentik' sikit, mulalah mengelabah... contohnya, suatu ketika dulu, masa aku nak konvo degree, terdengar rumuors mengatakan bahawa konvo tahun aku tu takde... dibawa tahun hadapan... maka, risaulah aku p habaq ngan kengkawan aku... masa tu takde FB n laman sossssssial ni... bila jumpa jek kengkwan lain, maka sebuklah aku menyatakan kerisauan aku kat memember ni... sebabnya, kalau tak konvo, alamat makin lambatlah aku dilantik jadi tutor... mau makan apa ye dok??? teruk sungguh...

bukan nak cerita pasal yang tu...

ada yang bertanya, amacam? dah viva ni? final hurdle of your phd, bak tulisan yang ada dalam website brunel untuk prospektif student. memula tu, macam ok, tapi bila memikirkan bahawa correction tak siap lagi, maka mula pk memacam... ada member cakap,

'ala, antar kat internal examiner jek... bukan external... so, nak risau apa... '

maka hilanglah kerisauan tersebut. kemudian, bila hampir siap correction aku, berdasarkan kepada list yang diberi, aku pun hantar kat email kat internal, cakap aku dah hampir siap, cuma la ni tengah tunggu proofread (mintak tolong kakmin, KJ aku kat skul cekkan english... paham2lah english band 9 dari belakang camana kan...). kemudian aku tanya jugak, nak anta camana? samada softcopy, atau dalam hardcopy?

maka ini jawapannya... yang telah dialih bahasa oleh aku (sorry, takleh nak copy n paste ayat dia... akta rahsia rasmi... BTW, insyaAllah aku tak salah translate, sebab bahasa dia mudah nak paham... tapi tak taulah dia maksudkan lain, aku paham lain)...

dia balas email aku kata;

- correction aku tu terlalu banyak... dia 'surprised' aku dapat siapkan dalam seminggu. memula dia n external bajet, aku akan amik masa LEBIH daripada 4 bulan untuk siapkan...

bila baca ayat ni, aku jadi terkejut terus... terus takleh sambung buat correction yang lain... termenung sebentar... kira berasaslah apa yang aku cakap aku bajet akan dapat major... tapi takpelah... cumanya, bila baca ayat dia yang seterusnya, aku jadi lagi terkejut;

- kebiasaannya, anda hanya mempunya SATU peluang sahaja untuk hantar. selepas anda hantar, anda takkan ada peluang lagi untuk menyemak kembali...

baca jek ayat dia ni, terus hati aku berdebar... makin laju... mana taknya, dahlah dia bajet aku akan amik masa lebih daripada 4 bulan betulkan, lepas tu, aku boleh hantar sekali jek kat dia... lepas tu, that's it.

risau dengan email dia tu, aku terus email sv aku yang kini berada dinegara banjirhujan (bahrain). aku tanya, camana ni? betul ke antar sekali jek? kalau misalnya, aku hantar, pastu tak up to standard senarai tersebut, aku akan fail phd (terasa macam nak kene viva plak)?....

sambil menunggu reply email dari sv aku, aku cuba cek balik senarai correction tu... rasanya semua aku dah buat... so, apa lagi? apsal dia bajet lebih dari 4 bulan? apasal sekali jek boleh hantar? bukan ke, kalau aku hantar, pastu dia cek, tak betul, dia bagi balik kat aku, pastu aku betulkan balik, pastu dia cek, tak betul, dia suh aku betulkan balik, sampailah dia puas hati... bukan macam tu ke????? kompius aku...

maka sv aku pun membalas email aku (mesti dia kata, isk... budak ni... dari sebelum jadi student aku, ada jek masalah... masalah surat tawaran, masalah pickup topic, masalah balik malaysia selalu, masalah yuran... macam2)... dok bajet dia akan cakap macam tu... tapi lain, yang dia cakap...

dia suh aku jumpa ngan second... tanya pendapat dia... dan dia jugak dah terangkan personally 'situasi' ni kat internal examiner...

taktaulah apa maksud 'situasi' yang dia terangkan kat internal tu...

tenangkan pikiran, aku cuba cek balik senarai tu berkali2... ikutkan, rasanya, aku bukan kene tambah pepe... aku cuma kene edit, buang hampir separuh daripada LR tu, sebab takde kene mengena, masukkan data2 yang menunjukkan dia bertukar antara platform 1 ke platfrom 2, buang contribution satu, tukar integrated care kepada patient pathways... tu jek yang berada dalam list....

aku cuba email internal sekali lagi... cakap aku dah cuba sedaya upaya untuk address semua pembetulan tu sebaik mungkin. takut nak tanya kat dia, kalau aku hantar, dia tak puas hati, aku terus fail ke???

tanya jugak pendapat kengkawan2 lain... ada yang kata,

'ko kene betul2 cek jep... kang sesia jek usaha ko 4 tahun... tanyalah ngan internal tu. p jumpak dia... '

'ala, jep, dia dah kata minor... takkan lah tetiba dia kata fail pulak... jangan risau lah... '

'jep p antar dulu, tunjuk kat dia, pastu, kalau dia tak puas hati, jep amik balik, buat balik.. '

dan macam2 lagi... tapi kebanyakkan kata,

jangan risaulah... insyaAllah lepas punya tu...

lepas jek aku reply email internal tu kata, cakap aku dah try aku punya best tuk address semua list correction tu, dia pun reply... dia kata,

'sekiranya aku nak antar thesis tu masa aku takde kat sini, dia tak kisah benda tu... boleh jek cek softcopy. tapi, aku kene cek rules dia camana (aku pun tak tau rules apa yang dia maksudkan). sekali lagi dia tekankan, aku diberi 4 bulan untuk aku siapkan, berdasarkan jumlah kerja pembetulan yang diberikan. dia takkan sign form, selagi aku tak meet requirement examiner, sebab thesis akan jadi public domain, semua boleh akses...'

lega sikit bila baca email dia ni... sebabnya, kalau dia tak puas hati, aku boleh buat balik... buat, sampailah dia puas hati... erm... harap2, sebelum balik ni nak hantar... at least, boleh tau apa yang tak cukup lagi (seriously, aku mmg terasa macam aku nak submit tuk viva plak... sebab tu, bila tulis, owh, ni tak kene... nak kene tambah lagi... owh ni tak kene,... tambah rujukan lagi... padahal, benda tu, takde pun dalam list correction... takde keje, cari keje kan????)

tertanya2 jugak, setau aku, mesti siapkan DALAM masa 4 bulan, bukan mesti siapkan CUKUP-CUKUP 4 bulan (kalau tak cukup 4 bulan, takleh hantar... ) kalau gitulah gamaknya, abis tu, kalau dah cukup 4 bulan baru hantar, kalau tak betul apa yang examiner nak, masa dah habis... so, camana???? sebab tu aku hantar awal, at least, kalau ada tak betul lagi, aku boleh betulkan... bak kata member aku, standard jek 4 bulan tu... abis tu, kalau dia kene tambah ayat2 sikit, masalah ejaan, atau very minor correction, adakah kene siapkan CUKUP-CUKUP 4 bulan jugak, kan????? erm...

dok borak2 ngan kak min... dulu, isu ni ada jugak ditimbulkan dalam uni tempat aku mengajar. examiner tu, pelik, dahlah kene major, expected kene betulkan dalam masa setahun, tapi student tu leh siapkan dalam masa sebulan jek....

ada jugak kak min cakap, student dia... kene major, tapi dia amik masa sehari jek tuk betulkan... p jumpa external kat KL, dok sekali, betulkan, pastu p jumpa internal, dok sekali betulkan... siap!!!! dalam masa sehari... Major tu...

erm... gunda gulana kini hatiku... tapi, bila teringat kata2 member aku sebelum aku viva tu,

'jep, kalau Allah taknak bagi, ko buatlah camana pun, mmg takkan dapat.'

tenang sikit hatiku... last2, hantar jelah sebelum aku balik ni... kalau internal tak puas hati, n dia tak bagi aku buat balik (as he said, ada sekali jek peluang), and aku tetiba boleh failed PhD, maka

'AKU REDHO DAN AKU PASRAH... REZEKIKU BUIKAN DITANGANMU...'

tuanpunyablog: nak balik... nak balik... nak balik...

Tuesday, 21 February 2012

sambungan entri sebelum ni - pengalaman viva

Hi Guys (tetiba menjadi omputeh),


Assalamualaikum,


saja jek nak sambung bahagian kedua tuk pengalaman aku viva... lagipun, ada banyak point2 yang aku lupa nak cerita... yelah, masa aku dok buat cerita ni, hari ahad tu, aku buat lepas aku terbangun kol 3 pagi lebih... lepas tu, nak lelapkan mata, takleh pulak... masih jetlag kot. dok buat story mory in the morning glory sampai kol 8 lebih. terlupa pulak aku dah janji ngan kwn nak p liverpool street ngan wembley... cari barang sikit... sebab tu, ada benda yang lupa nak nulis... erm... yelah, ko bayangkanlah ek, 2 setengah jam aku viva... mana tak berasap kepala otak...


nway, tadi baru lepas jumpa ngan sv aku... tuk kali terakhir maybe... sebab dia pun dah nak balik bahrain... so, nak taknak kene bincang jugak bab pembetulan ni... aku janji ngan dia nak produce 2 papers pun tak terbuat2 lagi... erm... malas btol... nway, masa nak jumpa dia tadi, secara tetiba aku terasa stress... kemudian, berkata2lah hati aku;


'pe kes ko nak stress ni???'


yelah... rasa macam aku masih tak habis lagi... blom viva, pastu kene betulkan agak banyak jugaklah... masa jumpa dia, aku saja jek cakap, yang aku mmg expect dapat major lepas aku viva tu... sebab nampak cam banyak yang aku kene ubah atau edit... pastu dia kata,


'it is not that, you have significant study in there, but you not highlight it... that's the main problem... I believe you can finish it soon...'


erm... hopefully lah...


nway, as i mentioned before, saja nak sambung beberapa cerita masa aku viva jumaat yang lalu....


menjelajah wembley market bersama dengan orang 'Nepal' (hikhikhikhik)...


--------------------


suatu detik, ketika examiner asyik sebuk bertanya n bercakap, tetiba aku nak menjawab bagi mempertahankan thesis aku;


'tak... bukan camtu....'
tercakap melayu pulak ngan depa ni... terus aku cakap,


'i'm sorry... I speak in my own language... it is not what I mean in text... bla... bla....'


tah camana lah boleh terkeluar perkataan tu... kuat pulak aku cakap masa tu, sampai examiner tu terus terdiam... lidah belachan tetap lidah belachan, susah nak jadi lidah keju...

-----------------------------


ada juga examiner mempertikaikan argument aku, bila mana dia kata,


'I've seen this paper, MacAdam (2008). He doesn't mentioned and refer to the simulation modelling. so, your argument unvalid... you refer to the wrong sources. do you really read this paper?'


maka sebuklah aku membelek balik, dia tgk ayat kat mana... alhamdulillah, Allah kurniakan ilham tuk menjawab soklan dia tu (kene angkat tangan n mintak kebenaran tu, sebab dia macam tak bagi lak aku nak jawab);


'actually, I know about that (aku baca abstract jek, nak support sebab aku bangunkan framework, instead of simulation model itself). as MacAdam (2008) argue that there is no standard model, that is why we need the framework, rather than model itself,'
jawab aku sambil senyum...


'oh, ok. you are good in articulating statement, then you must.... bla... bla...'


bagus dia ni... sib baik terima apa penjelasan aku... turun lagi ilham dari Allah tuk memutarbelitkan ayat2 aku...

--------------------------------


ada juga examiner tanya pasal references;


'you have so many references... Do you really read this? or you just put in there? look at this, page... n this page... do you really really read this paper???'
sambil pandang aku dengan serius..


alamak, camana nak jawab ni... takkan nak jawab aku baca, kalau dia tanya content, berpeluh jugak aku nak jawab, sebab aku hanya amik references yang telah di 'review' oleh org lain...


'owh, this page. I just take the references based on the main paper, as I want to show that this technique was used direct experimentation...'


'but do you really read this???'


alamak... dia tanya balik... nak jawab yes ke no... yes ke no... yes ke no... yes ke no...


'NO...'
tercakap no lah pulak...


'its ok... then removed this...'


huh!!!! sib baik... alhamdulillah...


-----------------------------------


ada jugak yang bila dia baca problem2 yang aku highlight kan;


"I don't think that Integrated care doesn't have so many problems as you mentioned in your thesis. I think you just made up (ke make up ek???? erm... tulah bahse english tahap band 9 dari belakang mmg camni... orang cakap lain, tulis lain...) the stories..."


tak bleh jadi ni... kene menjawab jugak.... aku terus mencelah walaupun dia terus bercakap;


"I am not made up the stories... It is all based on the literatures... as in page bla... bla..."


menggigil jugak tu masa nak menjawab, sebab ada jugak yang aku mmg 'naikkan' masalah tu... sebenarnya takdelah besar mana... tapi, dah nama student PhD, kita kene cari masalah, kita kene selesai masalah... kan???


tau tak, aku nak mencari masalah tuk jadikan spesifik area aku pun jadi satu masalah buat aku... setengah orang, kejap jek cari masalah. aku??? DUA TAHUN tu.... nak masuk tahun ketiga baru jumpa spesifik masalah... tu pun dengan bantuan sv aku yang baik hati...

------------------------------------


ada jugak yang dia tak puas hati bahagian contribution tu, kata framework ni seswai tuk decision maker bangunkan simulation model...


"you cannot assume that you framework can be used by the decision makers. how you can claim that something that you have not done it..?"


terkedu jugak sekejap... takleh nak jawab... tapi bagusnya, dia tetap terus bercakap... adalah idea aku sikit nak menjwab...


"that is why I put in the future work, so this framework can be tested to decision makers to see its applicability.."


--------------------------------


masa bab enam tu, dia komen pasal aku punya english... tak consistent... sebab aku guna US punya english... 'Finalise'... manalah aku tau tu english US. yang aku tau, tu omputeh... nak mempertahankan diri;


"to be honest, I'm not good with English. I've sent my thesis to two different proofreaders..."


"well, I hope, you don't pay them... because they didn't do their work.."


tak bayar menda... aku habis dekat 700 pounds... erm... taktau lah nak cakap... tapi sib baik aku dah habaq aku dah proofread...

-----------------------------------


atas sebab soklan2 seperti yang ditanya diatas tulah, aku rasa aku akan mendapat major... tapi, macam aku cakap, semuanya kuasa Allah SWT, hasil doa2 orang2 sekeliling lebih2 lagi doa yang aku sendiri tidak ketahui... benar2 aku menghargainya... alhamdulillah..,. syukur sangat2...


to be honest, bila dah lepas ni, orang2 sekeliling dok memanggil Dr., Dr., rasa macam lain macam pulak... kurang menyukainya... taktau kenapa... dulu beriya2 sangat.. maybe sebab bila menyedari bahawa panggilan itu akan membuat diri ini tak melihat rumput lagi... hanya mendongak ke langit sahaja... itu rasa hati aku lah,... tak tau rasa hati orang lain... rasa macam ngan student nanti pun, nak suh panggil encik jek... terasa ralat bila dipanggil Dr...


la ni, aku ngah memulun tenaga dan otak (poyo jek... padahal dah 4 hari lepas viva, langsung tak bukak thesis balik) tuk membetulkan thesis aku... nama jek minor, tapi aku terasa seperti major... but, one thing aku bersyukur... sebab, aku bukan tak cukup bahan, aku terlebih bahan.. sampaikan banyak aku kene buang... tapi yelah, bila dah kene buang tu, opkos, nak kene sambung cerita balik... payah jugak tu... kene tunggu ilham betul2 datang... tapi tak datang2... nak wat camana kan... buat blog cerita2 merapu jelah... :D


tuanpunyablog: habis jugak mee goreng mamak tak jadi tadi... sebab sedap ke sebab lapo? rasanya mesti sebab lapo kan??????

Sunday, 19 February 2012

sejak aku sampai diUK sehingga setel vivaku (apa punya tajuk daaa)

assalamualaikum....

pekabo? harap2 kalian semua berada dalam keadaan sihat walafiat... sedang berada di rumah cowok2 ganteng ni... menumpang kasih sekejap... alhamdulillah, ada gak umah2 bujang tuk aku berteduh daripada angin sejuk yang mencengkam tulang peha, pankreas (ada tulang ke???) serta tapak kaki aku...

cerita apa pulak kali ni? erm... ada org request tuk aku buat pasal proses viva (read as vaiva or waiwa)... insyaAllah, tengah nak buat lah ni... tapi, just to share sahaja, bukan nak tunjukkan bahawa aku ni berpengalaman luas atau tak... apapun, bagi aku, setiap orang, lain caranya vivanya... so, pengalaman aku ni, takleh nak jadikan kayu ukur untuk korang pulak... bak kata examiner aku, mana leh compare apple ngan pear... biased... even nak compare apple ngan apple sendiri pun takleh... lebih2 lagi bila apple tu berasal dari pokok yang tak sama... tapi kalau sama pun, takleh compare jugak kan??? sebabnya, maybe apple hat tu, dapat banyak cahye matahari, hat lagi satu ni, tak dapat banyak cahaya... sebab tu, satu sedap, satu kurg sedap... dalam adik beradik pun, lain2 perangainya... even kembo... macam izzah ngan iffah, beza jugak dorg... erm... tetiba rindu plak kat dorg... lagi2 ilham yang banyak sangat cakap la ni...

nway, enough of that crap (tetiba bleh terspeaking)... la ni, nak cerita pre, on, and post viva aku... tapi aku buat pakai point jelah ek... nak tulis macam novel, nanti hangpa baca, ralit plak (ceh!!!! macamlah best cerita aku) kan???

------------------------------------------------
PRE-VIVA

- sebelum berlepas pada 11 haribulan tu, dari kedah balik 9 haribulan, terus ke banting, sebab lagi dekat KLIA ngan banting. jumaat, balik ke damansara, jumpa mak ayah, mintak restu ngan doa... sampai kat umah, taktau nak cakap camana aku punya exam (cuma cakap kat mak, p UK balik sebab nak periksa) kat mak aku... almaklumlah, orang2 season kan... pk punya pk, alhamdulillah... dapat dah idea nak senang pahamkan mak aku...

"abg p sana, periksa sehari jek... abg kan buat buku (thesis), pastu nanti, periksanya bukan menulis... dia macam intebiu... dia tanya pasal buku abg tulah.. tanya buat apa, pastu camana proses buat buku tu... macam2 lah dia tanya... abg kene jwab lah soklan dia... sebab tu periksanya sehari jek... pukul 2 start... pastu kalau ada pembetulan, kene buatlah... kalau sikit pembetulan, dia bagi 4 bulan paling lama... kalau banyak, dia bagi setahun... tapi tak payah balik sana dah... abg pk, kot2 leh sempat habiskan pembetulan kat sana, tu yg amik 2 minggu lepas abis periksa tu..."

11 haribulan aku bertolak ke epot... daripada start naik belon lagi aku dah memikirkan, camanalah aku mengheret beg aku ni ke rumah hakim... nak kenenaik dua bas jugak... dari T4, nak kene ke T3, amik bus U3 or A10. pastu nak kene tukar bus lagi... erm... takpelah, tawakkal jek...

sampai kat heathrow T4, sejuk giler, dalam bangunan lagi tu... sampai kat imigresen, fuiyoooo... panjangnya barisan. kaunter ada dekat 20, bukaknya, tak sampai setengah... maybe sebab sabtu kot... maka, berdirilah aku dalam barisan tu... 2 jam lebih jugaklah aku berdiri sebelum di entertain oleh pegawai imigresen tu. sampai kat dia, tanya sikit2, pastu bila gtau datang nak exam (sebut viva nanti, takut tak paham lak), terus dia wish good luck...

dalam pada berdiri tu, aku cuba bukak hs maxis aku, nak hantar msg kat zah kata dah mendarat... simkad tak detectlah plak... dahlah simkad tu tersepit kat dalam... takleh keluar dah... maka, digoncang, ditekan2 simkad tu, supaya masuk... oklah sekejap. sempat jugak terima msg dari abg kubib, kata nak amik aku.... tapi, biasalah... melayu kan, penuh dengan adat sopan... nak, tapi malu.... saja nak tgk ke'insist' an abg kubib... betul2 ke nak amik aku (jangan marah ek abg kubib kak ina)... alhamdulillah, Allah hantarkan bantuan jugak tolong amik... masukkan jugaklah simkad sini (mujur ada dua hs), takde line pulak... erm... macam2 dugaan..

setel imigresen dekat dua jam, p pulak nak amik baggage... ingatkan dah tunggu lama tu, bveg dah sampailah... tgk2, kene tunggu lagi... dekat dua jam menunggu, sampai takde orang kat corousel (betul ke aku eja ni)... tinggal aku dengan sorg cina pompuan dari malaysia jugak... tunggu punya tunggu, takde jugak... aku dah risau dah... habislah putu mayam kak ina... kot2 sesat ke beg aku... berkali2 dah beg yang sama aku tgk kat corousel tu... takde jugak beg aku... pastu, ada sorg mamat cina (malaysia kot), cakap, try tgk kat hujung tepi tu.... maybe dorg dah letak kat sana... alhamdulillah, bila tengok, rupa2nya, mmg dia dah turunkan awal2... sebab nak bagi laluan tuk beg2 dari india turun... ceh!!!! buang masa sungguh... tapi takpelah, by the time aku dapat beg tu, abg beib pun baru lepas antar member dia kat T3. so, takdelah abg beib tunggu lama...

hari isnin - rehearse tuk viva dengan sv. alhamdulillah, berjaya jawab dengan kompiden semua soklan yang sv kemukakan... dekat dua jam jugaklah... berasap kepala otak... dan alhamdulillah, tetiba leh laju bercakap omputeh... yang mana sebelum ni, gagap tegar....

hari selasa - jumpa Dr Razamin n family kat uxbridge... sebab nak tunjukkan dia mana nak cari umah2 yang ok, termasuklah agen2 yang ada. masuk semua agen yang ada kat uxbridge tu, malangnya, tak de yang kosong. jalan2 pulang, benti jap jat kedai, tgk2 ada iklan. double bed, n o ne bed rooms tuk disewa... cakap ngan kak min, suh amik jek dua2 bilik tu... boleh anak dia stay kat bilik single tu... dah set appointment, suh kak min tepon landlord salah sorg student malaysia, Aida n abg Jai... sebab rumah2nya semua murah... tepon2, landlord tu kata, rumah tu nak kene pebaik sikit. sebab dah teruk. lepas tepon, terkejut bila aida gtau, landlord dia datang umah dia, tanya2 macam2 kat abg jai... huh!!!! rasa bersalah pulak. so, suh kak min kol balik landlord tu, kita jumpa terus. alang2 nak ke umah aida tumpang solat... mujurlah bilik yang kak min nak sewa tu, available bebila n boleh keluar bebila, bila view umah yang landlord aida tu pun ok, cuma bleh masuk lambat sikit, maka aku suh kak min amek jek dua2 tu... bilik tuk sementara tunggu umah siap pebaik... murah tu, 2 beds 600pounds... mana nak dapat dalam london ni? studio flat hat takde bilik kecik macam bilik stor tu pun pun almost 750ppounds minimum... alhamdulillah, setel kakmin punya umah...

balik dari tu, bukak email brunel, cakap aku kene bayar tuk examiner... terkejut... hilang terus mood nak study... tapi alhamdulillah, lama kelamaan, benda tu, takde lah jadi isu sangat... sebab aku mampu tuk bayar. tapi, aku mintak jek dia forwardkan invoice tu kat KPT, tgk KPT support ke tak.. kalau tak support, aku bayarlah... cuma kene meminjam lagilah nampaknya ngan adik aku...

Khamis (sehari sebelum viva) - baru nak bukak thesis baca balik semuanya... sebelum tu dah buat ringkasan dah... tapi bak kata kak min, kene bukak jugak, baca balik... sejak hantar, aku tak penah pun bukak balik thesis aku tu... teruk kan??? nak kata bz takdelah sangat... sesambil tu, buat2 nota n telinga kat tepi thesis aku tu, macam dalam gambar kat bawah... konon2nya... nak bagi senang nak selaklah kalau examiner tanya... kalerful tu... lagi satu, nak menunjukkan bahawa aku dah sedia (masih tak bersedia lagi sebenarnya)...


telinga thesis aku yang bewarna warni... pestaim ni buat...
------------------------------------------------
VIVA

pagi - tepon mak aku, mintak bacakan yaasin tuk aku,... terus mak aku terdiam... tanya balik kat aku, ko gering (sakit, banjar slanga) ka? aku gelak... cakap, mintak keberkatan tuk dapat jawab periksa nanti... pastu mintak doakan sekali...

try jugak menyoal diri sendiri dan jawab sendiri... secara tiba2, english aku jadi gagap... banyak words yang mudah aku takleh nak terkeluar... masa tu, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku... mulalah gelabah...pastu, tak berlatih sorang2 dah... takut lagi tensen... banyakkan selawat... sambil2 belek thesis, cari gambar examiners, pastu baca ayat2 yang diberi oleh kak Iza, hembus pada gambar examiners, biar lembut hati... nak buat camana kan... tu jek caranya, sebab bila dah berdepan, takkan nak hembus depan dia... kan????

pukul 12 mandi, sesiap... kol 1 kuar umah dengan hakim... masa ni, mmg takde apa2 perasaan dah... mix feeling bak kata omputeh... debar, risau, takut, kompiden, semuanyalah... decide p jugaklah jumaat, sebabnya, sv pun suh p jumaat dulu... bukan apa, sebab dalam email tu, admin tu gtau, kene lapor diri kat opis EJ setengah jam before viva... viva aku start kol 2... bila p EJ nak lapor diri, tutup plak opis.,.. opkoslah, time rehat kan... tak bgtau, terus aku ke netball court... pk, Allah dulu, kalau nak fail, tetap fail... waima apa reason pun...



bukan sebab perut dah gemuk okeh, tapi sebab tangan yang aku masukkan dalam kocek tu, telah membuatkan baju kat dalam tu macam terkeluar sikit... tambah plak angin tiup kuat... (menjawab soklan pada mereka yang kata aku dah gemuk kembali)

lepas solat, terus menunggu kat atas... EJ seminar room. sampai kol 2 suku, masih takde orang lagi. ketuk pintu pejabat admin tu, tanya, viva kat mana? takut salah bilik jek... sebab takde org lagi (tetiba teringat pasal mimpi aku datang lewat terus fail phd).... dia kata kat atas... pukul 220, still takde apa2 tanda... aku dah mula risau. betul ke bilik ni??? ke dekat bangunan lain... nak cek email, takut depa sampai lak... sebab lab jauh nak p... tawakkal jelah...

pukul 230 baru examiners nya sampai... alhamdulillah... betullah bilik tu... depa masuk bilik tu dulu, sebab ada pre-discussion before viva... kol 245 kalau tak silap, baru sv aku datang.. pastu, terus dia tanya kat examiners, are we ready now (otai sungguh sv aku ni... slamber rock masuk2 suh terus mula)? maka masuklah aku dalam bilik tu... terasa macam diawangan jek... sampai lupa nak baca bismillah hi tawakkal (ila akhirul ayat)....

selepas diperkenalkan diri aku oleh sv aku pada examiner, aku dijemput duduk. soklan pertama examiner tanya;

"so, you ready? alrite... my God, you have many significant study..."

dengar jek benda tu, uiks... biar betul dia ni... macam akan takde correction jek (penah berangan suatu ketika dulu, biasalah aku ni kan)...

"so, you want to brief you research to us, or we just go for the questions?"

"I go with the questions.."

maka bermula lah soalan2nya,... hat yang dia kata significant study tu, bolehlah diabaikan sekarang... mmg banyak sangat tak kena... ada jugak yang aku tafsirkan integrated care tu, dia tak setuju. sebab dia kata, ada term2 yang lebih seswai untuk digunakan... nasiblah aku, mmg examiner aku ni, betul2 kene ngan bidang yang aku buat, integrated care n modelling... ada jugak perkataan yang aku digunakan tak seswai... pada pandangan dialah... tapi pada pandangan aku, seswai ajek, sebab aku kan lidah belachan...

examiner aku ni, since aku go with the questions, maka dia go through satu persatu muka surat. i mean, takdelah semua... mana2 yang dia tanda...

soklan pertama dia tanya, terus aku jadi gagap... takleh nak jawab... gugup giler,.. blank.,.. kemudian aku pandang kat examiner, chair... aku cakap,

'sorry... just give me a seconds...'

'its ok... take you time to calm down...' examiner cakap..

aku pandang bawah, selawat banyak2 pastu baca al-insyirah... kemudian baru aku sambung bercakap... alhamdulillah... lancar balik apa aku cakap... biarpun kengkadang, aku taktau apa aku cakapkan, sebab cakap terlalu laju (tetiba leh jadi laju bercakap)

banyak yang dia argue pasal LR. ada yang tak kenelah, ada yang tak perlu masukkan lah... pastu ayat2 or term2 yang digunakan tak kenalah... ada jugak yang dia kata, study aku ni pada teknik2 yang lain, tak menyeluruh... biased. lagi2 bila kene ngan paper dia (aku kritik cakap model dia tak cukup lengkap). ingatkan masukkan paper dia, nak jet dia... masalah aku... kene jugak aku... hat ni mmg tak terjwablah aku...

ada jugak soklan menguji...

'this is silly question.. you put here in lean technique, there is one tools called 5S. what is that?'

'It something like reorganizing things... I forgot the whole 5S, but it is something like sort... erm... erm... sorry, I really forgot... just remember sort only... '

manalah nak ingat kan... yang aku ingat, melayunya... sisih, susun... apatah lagi... alhamdulillah, dia tak tanya lagi... saja nak menguji akulah tu kot... paham ke dak...

banyak jugak dia komplen sebab ayat aku banyak 'jargon' words, merujuk pada benda yang sama, tapi guna term yang berlainan... contohnya, integrated care, aku tukar pada continous care dalam LR. ada jugak yang sistem tu dah takde, dia tukar sistem lain, tapi aku tak elert...

aku bagi alasan (tu pun kene angkat tangan sebab nak jawab, kalau tak, dia asyik cakap jek);


'I reviewed in the NHS website, in mid 2008. I don't know they have change the system..'


nampak sangat aku tak alert ngan system semasa... buat lagi kes kat UK... kan dia tahu... kalau buat kat malaysia, kompom tak tanya banyak... mujurlah dia bleh terima alasan aku,...

cuma dia kata,


'then you have to make some point in there... so we know what time you reviewed it..'


ada jugak dia tanya, samada framework aku ni boleh jalan ke tak? aku cakap, mmg boleh jalan, sebab aku dah developed model guna hybrid. pastu, dia mintak tunjukkan camana aku run simulation tu. masyaAllah, masa tuk, badan aku dah menggigil dah... habislah aku, mmg cari nahas sebab aku based pada prototype model yang aku bangunkan... jenuhlah aku kalau nak kene bangunkan balik, dahlah buat dulu member yang tolong... masa tu, taktaulah muka aku berubah atau tak... sebab, bila aku cakap aku dah try buat, jadi, terus dia kata,


'show me.. i want to see it'
sambil senyum (mesti dia bajet aku menipu)...

huh!!!! teruk lah kalau aku kene buat balik, kalau software SIMUL8 takde kat UUM, hat SD pulak dalam laptop aku satu lagi, ilham pakai...


bila aku tanya, aku nak tunjukkan camana, sebab semuanya bertulis,


'do i need to show you all the outputs?'
muka dah merah padam dah, tapi still senyum buat muka kompiden... harap2 dia tak perasan lah...


"I don't want to see a long list of figures and numbers, just make it simple..."


tetiba, alhamdulillah, Allah berikan aku idea camana nak buat. aku pun tunjukkan kat dia, salah satu result hybrid teknik, compare ngan single teknik, dalam thesis aku...


"owh.. ok, you have done it... good... but try to show how you said it is the output is in stable manner... just like this... you have the copy of all the outputs right???"


"yes... I have... I think (sambil senyum)'
... padahal, aku tak save pun... mmg kene run balik ni.."


tu jelah soklan yang membuatkan aku terus rasa nak pengsan... tapi alhamdulillah, syukur sangat ke hadrat Ilahi, Allah berikan ilham aku untuk menjwb soklan tersebut..


rasanya, selama 2 setengah jam aku dalam tu, external examiner yang banyak bercakap... aku nak menyampuk tuk menjawab soklan dia, or argument dia, sampai satu tahap, aku ngangakan mulut, semata2 nak bagitau aku nak jawab... ada jugak satu ketika, aku ngan dia bercakap serentak, mujur dia berenti, aku teruskan bercakap... yelah, based pada experienced org lain, kita kene jawab apa yang dia... aku ada argument aku sendiri, dah include dalam thesis. tapi sebab dia baca lompat2 maybe, maka, aku yakin, dia tak baca keseluruhan argument aku. ada jugak yang aku angkat tangan sikit,

'sir, can I answer your question (hat ni mmg kompiden lah aku leh jwab)?'

bab contribution, dia cuma komen,

'I think this is not contribution, because you based on your LR, it's not contribution... so removed it.'

daripada 5 yang aku senaraikan, dua dia suh buang.. erm... ikut jelah...

kesimpulannya, I can say, external examiner aku yang banyak bercakap dari aku... tapi bagusnya, aku respect sangat ngan dia... sebab dia boleh terima penjelasan aku, tanpa banyak soal. even aku kritik paper dia, tapi dia kata, takleh biased lah.


'doesn't mean that you want to use that techniques in the first place, you critic unprofessionally to the other techniques...'

aku senyum jelah bila dia cakap camni...

internal??? huh... syukur alhamdulillah...hanya 4 ke 5 soklan yang dia tanya... tu pun, sebab aku penggunaan ayat yang kurg tepat, tak tally awal ngan akhir (introduction ngan conclusion) and ada dua tiga ayat, dia kompius...

-----------------------------------------

setel dah semua, dekat kol 515, aku diminta keluar oleh SV aku... untuk depa berbincang sekali... ingatkan sv aku pun keluar, tengok2 dia pun join sekali perbincangan tu.... maka menunggulah aku dengan penuh senyuman di bibir...

bukan sebab aku yakin aku bleh lulus, tapi bagi aku, beban yang aku tanggung sebelum viva dah lepas... aku mmg bajet akan dapat major correction, based pada soklan2 n jwapan aku tadi, ditambah pulak macam hangat jek perbincangan sebelum aku viva n selepas viva... boleh dengar suara...

'i don't understand what he was doing... bla... bla... i don't agree with his statement... bla... bla...'

mmg masa tu, aku cuba pekakkan telinga (walaupun terdengar jugak)... jalan2, duduk, jalan2, duduk... dalam hati, cuba berdoa n positifkan diri... what ever the result is, this is the best for me... major pun major lah... MPhil (bwah PhD) pun, MPhil lah...

without correction???? lupakan jelah... kalau dulu, aku kata, kalau aku dapat major, aku rasa macam kecewa ya amat... tapi lepas viva tu, mula pk... lantak p lah... orang nak kata apa... janji aku habis, dah viva... bleh hidup tanpa pk lagi pasal ni... lagipun, result ni based pada human judgement, bukan macam exam biasa...

RESULT:

hampir setengah jam jugaklah depa berbincang... bila sv aku bukak pintu, muka dia senyum jek... tapi aku tak berani bajet lagi, sebabnya, dia mmg suka senyum,...

chair viva tu pun berkata:

'OK Jafri, based on our discussion, we awarded you with PhD subject to correction. we give you 4 months to do it...'

'is that mean that pass with minor correction??? ' lagi mau tanya...

'yes... so after this, your sv will give you the list, because he has to type it, and then, after you finish, submit to you internal.. '

so, are you happy now???

owh, thankyou sooooo much!!!!! sambil salam ngan examiners, sv aku (smbil dia ucap congratulation DR Jafri) ngan chair (pengerusi viva tau, bukan kerusi, ate, giler nak bersalam dengan kerusi) sekali...

examiner masa nak keluar dari bilik tu cakap;

' make sure you focus only one thing to do, one problem at a time... don't say that you want to solve everything. just include in the thesis relevant information...'

---------------------------------------------

huh!!!! syukur alhamdulillah... lepas jugak akhirnya... terus kol zah bagitau dah lulus. nak kol mak aku, kompom tdoq dah... kol 1 lebih...

balik2 lepas solat maghrib n qada' asar (mujur p jumaat dulu tadi) sebelum keluar tuk makan, saiful ajak, abg bat belanja, terus buat press conference kat FB berbunyi (kalau aku dapat major pun, aku mmg tekad akan bagitau kat FB, sebab taknak orang tanya... lagipun, aku tak kesah, janji aku habis... major pun, lulus jugak apa... cuma kene banyak sikit keje);

"after 2 1/2 hours struggling in a chill room, expected to get MAJOR correction, but with kind heart of the Examiners, supervisor, as well as du'a from my family members (especially my wife and my mothers) and friends, alhamdulillah... manage to get a PhD subject to MINOR correction...

Dear families and friends, WITHOUT your prayer and du'a, I will not be able to have that result... thank you soooooo much... only Allah can repay all your kindness... (sorry for the broken english)... speechless.... "
bagi aku, doa daripada mak ayah, isteri, keluarga dan kawan2 lah yang membuatkan aku berjaya... bukan sebab doa aku... of course, aku berdoa... tapi tak sama nilainya dengan doa orang lain terhadap saudaranya... sebab tulah, bila orang tanya aku bila nak viva, aku akan bagitau... bukan sebab nak gtau aku dah nak habis, apalagi tuk berlagak, walaupun nak bagitau tu, rasa tertekan, sebab takut...
dengan doa mak2 serta isteri, anak2, adik beradik serta sahabat2 semua, alhamdulillah.. berjaya juga menggengam apa yang sepatutnya... terima kasih isteriku, ibu2ku, adik beradikku, serta sahabat2ku kerana sentiasa mendoakan aku... aku sungguh2 terhutang budi dengan kalian semua... sangat2 terharu....


sambungan entri disini

tuanpunyablog: sorry ye, panjang lak kali ni...

Monday, 6 February 2012

salju didanau hatiku...

assalamualaikum...


lama jugak tak menulis.... rindu rasanya nak mencoret sesuatu... idea banyak, tapi kekangan kesihatan yang kurang memungkinkan aku untuk terus menjadi penggiat sastera dan seni (hatttuuuuuiiiiiiihhhhhhhh!!!!!!!)


lama menunggu untuk mendapat tarikh viva, akhirnya kompom jugak, insyaAllah pertengahan Februari ni... alhamdulillah... rasa takut jugak nak habaq ngan org bila tarikhnya... tapi bila aku habaq kat fakulti, masyaAllah... ramai sungguh yang mendoakan aku tuk viva tersebut... rasa macam terharu pulak... orang kata, elok bagitau, sebab nanti ramai yang akan mendoakan... doa seorang sahabat pada sahabatnya yang lain, kan makbul... lagi2, kalau didoakan secara senyap... so, kesimpulannya, tak perlulah yatakan secara terang korg doakan aku k, cukup hanya korg dan Allah saja yang mengetahui... :D


sebenarnya, perasaan aku ketika ni, masih berbelah bagi... aku pikir the worst case scenarios... kengkadang terbayangkan jugak, kalaulah tak dapat apa yang sepatutnya dapat... camanalah keadaan aku nanti... risau jugak... sekarang ni, tengah mempositifkan minda, untuk terima apa sahaja keputusan masa viva nanti... but yang lebih penting, pk apa result terburuk, membayangkan apa yang akan terjadi pada aku...


sebut pasal ni, teringat kisah masa aku amik result UPSR, PMR, SPM, presetation masa final projek degree n master...

masa amik result UPSR:
dari rumah ke sekolah, aku cuba membayangkan kalaulah aku dapat 4A, mesti aku jadi gelemer sekejap... mesti aku pengsan, pastu ambulan mai... yelah, budak underdog n kampung, takkanlah boleh dapat 4A kan... lainlah kalau subjek agama.... padahal, dalam hati aku, kuat menyatakan bahawa aku cuma dapat 2A sahaja... tup2... kuar result, cikgu panggil... Jafri.... 2A... aku pun senyum amik result....


masa amik PMR:
samalah, dari umah ke SAMTTAJ naik bus 222 dari bustand KL, aku membayangkan aku dapat 9A. pastu, bila dapat result, semua terkejut sebab aku kan kelas Badar, kira kelas kedua... aku pun pengsan... tapi bila dapat jek slip tu, cikgu kelas aku, 'ha, jafri... 5A 4B jek? erm... oklah tu...' satu-satu subjek dia bagitau dapat apa. senyum jugak amik result... eh, target aku sebenarnya, sama seperti hati aku nyatakan...


masa amik SPM:
dari habis SPM, sampailah nak dapat result, berangan jugak... dapat 10A1, atau aggregate 6, atau 7, atau paling banyak 10. tapi, sejak aku masuk form four kelas sains (kelas 16 org jek), aku mmg bajet aku cuma leh dapat bawah 18 aggregate, atas 15 aggreaget. nak dapatkan bawah 15 tu, mmg macam payahlah... yelah, kita kan kenal diri kita... tapi, aku kan suka berangan, tetap nak berangan... tup2, bila amik result, dapat 16... takdelah kecewa, sebab bawah 15 tu hanya angan2 jek...


masa presetation projek pektikum degree:
kene teruk ngan supervisor masa presentation... lagi2 bab final repot pektikum (sistem) yang telah dibuat... padahal masa sebelum present tu, bukan main kompiden lagi aku leh present yag terbaik... hampir nak pengsan jugaklah... cuma tak terpengsan...


masa presetation dissertation master degree:
kene hentam kaw kaw punya... aku baru jek present tak sampai 5 minit, udah kene hentam sistem yang dibangunkan... dekat 10 minit jugaklah depa tanya soklan aku takleh jawab... sudahnya, aku kene preset balik bila sistem tu dah diperbetulkan... huh!!!! I HATE PROGRAMMING even though I'm from IT background... apa??? ingat hat blajar IT tu semuanya terer programming ke????????


teringat masa aku mempengerusikan sesi presentation master dissertation untuk salah seorang student school aku... banyak jugak aku plan nak tanya ngan dia, n banyak jugak rasanya dia macam incomplete (kalau bab2 kritik ni, laju ajek)....

tapi, bila pk2 balik... kata2 sorang teman,


'kalau kita mudahkan keje orang, insyaAllah, Allah akan mudahkan keje kita nanti...'


terus, terkubur hasrat aku nak tanya banyak... tanya sikit2 sahaja... tu pun, banyak examiner yang tanya... aku cuma angguk2 kepala sahaja... nak tanya jek, aku ingat ayat atas tu... nak tanya jek, ingat ayat atas tu...


tapi sebab nama aku pun akan appear dalam dia punya dissertation nanti, kompom aku terbabit jugak... manalah tau, orang akan tanya....


'ni sapa chair ni... sapa check ni... tak betulkan ke salah ni...'
kan nama aku jugak yang akan tidak berbau wangi (alasan nak komen org). Logik kan????

viva PhD ni, maybe academic presentation yang terakhir buatku... harap2 sangat, ia tak jadi seperti dua kes presentation yang kat atas tu... biarlah ia jadi seperti tiga kes amik result diatas... biarpun berangan dapat TERbaik, tapi dapat baik pun dah syukur alhamdulillah....


bukan seperti dua kes diatas... bajet dapat buat yang TERBAIK (over confident), tup2, dapat hentaman terbaik... huh!!! serve me right!!!!!!


apapun, semoga Allah membuka kan hati aku, untuk terima apa sahaja yang diputuskan kerana hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang terbaik untukku...


tuanpuyablog: apa motip letak gambar aku ngan ilham dalam snow tu? ate, dah tajuknya salju didanau hatiku... :D