Tuesday, 27 September 2011

Widgets

sambungan: inilah kisahnya...

sambungan daripada entri yang lepas, inilah kisahnya .....

assalamualaikum....

rasa nak menyambung pulak entri yang lepas, macam ada banyak benda yang aku lupa or tak sempat nak ceritakan... sedih, terkejut dan hampir mengalirkan air mata? maafkan aku kerna membuat kalian sebegitu... bukan niat ku, tapi itulah cerita yang sebenar... terima kasih atas segala sokongan, simpati, kata2 hikmah, serta apa2 sahaja yang berkaitan untuk aku sekeluarga... terharu yang sangat2 sehingga aku sendiri mengalirkan air mata bila membaca komen2 yang ditulis di FB aku... alhamdulillah, aku dikurniakan sahabat2 yang baik2 belaka... syukur sesangat...

apapun, entri ni aku nak cerita beberapa version tentang apa yang jadi pada zah daripada org lain... termasuklah dari zah sendiri... ada jugak beberapa persoalan yang bermain kat fikiran aku camana plak sesuatu tu boleh berlaku... heran anak ajaib anak pelik... contohnya, camana pulak adik aku yang kat loqstaq pulak yang kol aku masa zah tengah tenat tu... bila aku kol adik aku, ni jwapannya:

"ita ngah susukan haziq... pastu tengok kakzah kol. angkat2, ita terus cakap ngan kakzah, hah, kakzah dah keluar hospital ke? pastu, org lain yang jawab, tanya ngan ita, maaf cik. cik ni dengan puan aziszah selamat siapa ye? pastu ita cakaplah, adik ipar dia. org tu terus cakap, boleh tak cik tepon suami dia ke, mak dia ke, bagitau yang puan aziszah ni tengah tenat kat spital sekarang ni. mintak dorg datang sekarang. pastu ita teruslah kol abang..."

tertanya jugak aku, kenapa orng hospital tak kol aku... kenapa kol adik aku? pk punya pk, barulah adik teringat. dalam handset aku ngan zah, aku letak nama penuh, aziszah selamat. samalah macam zah, letak nama penuh aku, jafri zulkepli hew. sebab apa kami tak letak nama yang menunjukkan kami suami isteri, ada sebabnya... dulu ada satu kisah. yang mana ada hp wife dicuri, kemudian pencuri tersebut menghantar msg kat suami perempuan tu mintak no pin. tau pulak suami tu no pin kad bank isterinya. maka, diberilah no pin tersebut melalui msg tanpa ada sebarang prasangka. danhilanglah duit perempuan tersebut sekelip mata. disebabkan itulah kami decide tak letak nama2 yang menunjukkan suami isteri. ada kuburukan jugak rupanya yek... ada beberapa orang adik beradik aku jek aku letak panggilan sebelum nama penuh. maybe, nurse tu kol ita, bila dia tgk kat senarai nama hs zah tu, tertulis adkku ct norita.

bila cerita ngan zah, ni explanation dia...

'masa abg dah balik tu, napas zah makin sesak. panggil nurse... pastu dia suh pindah katil, dok depan meja dr ngan nurse. pastu dia suh makan ubat dulu. tak boleh zah. napas zah makin sesak. pastu bila dia check temperature, makin naik makin naik... depa pun kelam kabut ngan DR nya sekali. pastu zah tunjukkan no abg ngan mak, kol abg, tak dapat. pastu kol mak tak angkat. pastu, zah terus tak sedar. taktau apa jadi. ada jugak dengar suara nurse tu, 'siannya dia. anak 3 orang. kecik2 lagi... masa zah sedar kat ICU tu, pelik tetiba... ada kat mana ni????'

rupanya, aku baru teringat. aku tak bagi pun no phone aku kat nurse masa zah admit tu (nurse tu pun tak tanya). yang masa nurse tu kol aku, maybe masa tu line kat umah zah tak clear... mak pulak tak angkat phone sebab dok sebuk ngan cucunya...

ni cerita mak zah pulak masa aku bagitau zah tenat n terus keluar umah,
'masa memula mak dengar dengar zah tenat, terus terlepas budak2 dari tangan mak. macam pitam ye jugak. lepas tu, kol adik beradik sambil menangis2, kata zah dah nazak...mak tak daya nak buat apa2 keje...' erm... sian kat mak zah...

cerita mak aku pulak masa aku balik sekejap tuk amik baju ngan kipas tuk zah, masa zah masih kat hospital (dah pindah ward biasa);

'ita lepas kol ko tu, kol aku. menangis2 dia cakap, kalau jadi apa2 kat kakzah, sian abag kan mak. dahlah anak2 kecik2 lagi. camana abang nanti ye mak???'

masa dengar ni, hamper2 menumpahkan air mata. sayang sungguh adik aku kat aku.... :D

kalau korang nak tau, sebenarnya, ada lagi yang menyedihkan aku masa zah masuk ICU kelang tu.

pagi ahad tu, masa aku dok belek2 tepon tuk tgk FB, aku terbaca status salah sorg kwn aku... juniorlah, masa aku jadi felo kat EON, dia student kat situ... baru aje kawin bulan 6 haritu, tup2, dapat berita isterinya meninggal sebab komplikasi jantung... berderau sungguh darah aku baca status dia tu... sungguh, waktu dan ketika itu, baru sedar... sesedih aku dengan dugaan yang menimpa, sedih serta berat lagi dugaan yang menimpa junior aku tu...

dulu, masa aku kat london, tahun 2009 kalau tak silap, kes sama yang jugak berlaku. baru jek kawin tak sampai setengah tahun, isterinya mengadap Ilahi... anak yang berada dalam kandungan juga gugur sebelum arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir....

ketika inilah, terdetik difikiran aku, kalaulah aku yang berada di tempat mereka, apa akan jadi pada aku? adakah aku sekuat mereka?

dalam ICU tu masa tu jugak, ada seorang yang sedang bertarung nyawa sebab eksiden, langgar lari. dengar cerita daripada adik beradiknya, lepas jatuh moto tu, dia bangun, kemudian dilanggar pula dengan sebuah van... tempurung kepala terpaksa dibuang Dr, sebab otak bengkak. banyak jugak lalui pelbagai pembedahan. akhirnya, setelah hampir seminggu dalam ICU, termasuk dua hari di ICU tingkat bawah (dipanggil HDW, kalau tak silap, tempat diletakkan mereka2 yang mmg takde harapan), arwah mengadap Penciptanya.

ada pulak satu kes, sebelah katil zah. eksiden jugak, koma... isterinya menangis2 cakap, kenapa orang baik selalu kene musibah? saya tak boleh hidup kalau dia mati... kami yang mendengarnya hanya senyap. tak berani nak kata apa2...

mungkin melihatkan inilah, yang memungkinkan aku menjadi kuat (ye ke aku kuat????). aku gelak2 jek bila org datang nak melawat zah, masa tu, zah masih kurg sedar lagi, tapi tiub penafasan tu dah dicabut. sampaikan, kakak dia tegur aku...

'ko boleh gelak2 lagi ye jep...'

erm... depan orang sahaja aku tunjuk kuat. tanyalah ngan mak guard yang berkwal depan pintu ICU tu, berapa kali dia melihat aku mengalirkan air mata... sampaikan, dia cuba pujuk aku... kata dia ada asma jugak, jangan risau... mesti baik punya... itulah jwapan dia bila aku kata isteri masuk wad sebab asma....

aku cuma tersenyum...

macam aku katakan dulu, kalau kita pandai cari, insyaAllah kita akan ketemu hikmah atas segala kejadian yang berlaku... dan ketika itulah kita akan mengucapkan rasa syukur atas segala yang berlaku... Allah kan Maha Adil....

alhamdulillah... sehingga sekarang, zah menunjukkan kesihatannya... cuma, lain pulak jadinya... sakit lain... tanya ngan ustaz tu, terkena buatan org (bukan aku yang pastinya... :D.). badan lebam sana, lebam sini... kesian sungguh aku mendengarnya (dok jauh kan, bukan leh tgk). harap2, makin sehatlah daripada segala penyakit, termasuklah penyakit hasad dengki orang lain.... aaaaaamiiiiiiiiinnnnnnnn.....

tuanpunyablog: demamku kembali.... isk... tensen btol...

4 comments:

maslemon said...

Assalamualaikum..

syukur Alahamdulillah,segala puji bagi Allah yang masih memberiruang dan peluang menghirup udara segar dan nyaman di bumi Allah ini.Semoga tabah menghadapi segala ujian dan dugaan.Sesungguhnya sihat itu juga anugerah dan sakit itu juga anugerah daripada Allah s.w.t..

Wassalam

Jepri Zulkepli said...

kak mas: alhamdulillah... Allah menurunkan ujian, kemuadian dikuatkan hati hambanya yang menerima ujian tersebut... syukur sangat2...

Arenis said...

Tiba-tiba air mata ni mengalir laju :(

Jepri Zulkepli said...

Dr Awanis: setiap manusia lain dugaan nya kan... saya ni kira kecik jek... tu pun dah gelabah semacam... :D

thanks nway sebab berkongsi perasaan... :D