Wednesday, 28 January 2009

Widgets

Assalamualaikummm.... (jawab dulu salamnya...)

terasa ingin mencoretkan sesuatu... tapi apa dia ya? erm...

saya sebenarnya terasa kasihan dengan isteri saya yang bernama AziSzah Selamat dan anak yanag yang seorang itu, bernama Iman Nur Ilham... kerana apa ya? yaaaa.... kerana sepanjang duduk di sini, hanya pekan uxbridge itu sahaja saya membawa mereka untuk berjalan-jalan. sampaikan, saya sendiri tiada hala tuju kalau ke pekan tersebuty. ahad minggu lepas, saya tidak ke mana-mana... sementelah, hari ahad tersebut, hujan turun. saya sendiri agak ralat untuk keluar, kerana saya amat-amat risau sekiranya iman demam sekali lagi. teringat kembali ketika iman demam pada minggu lepas, panas sungguh badan nya... sehinggakan, saya naik risau dengan keadaan nya.... bayangkan, 4 hari dia demam... mujurlah, ketika itu, sekejap surut, sekejap naik panasnya... bagi saya itu, sudah cukup baik... kerana, sekurang-kurangnya, bila demamnya itu sudah kurang, iman bisa ketawa semula seperti sediakala(bicaranya seperti mamat indon ya...).... zah memberitahu saya, kemungkinan demamnya itu, disebabkan gigi gerahamnya seakan-akan kelihatan dan mau membesar seperti gigi-giginya yang lain. mungkin ada kebenaran nya juga kan...

kemana lagi saya mahu membawa mereka ya? satu perkara yang saya fikirkan apabila membawa mereka keluar, ialah tentang waktu solat. sementelah, waktu solat antara zohor dan asar, asar dan magrib, hanya 2 jam sahaja. oleh kerna itu, rasanya, agak ralat juga untuk keluar lebih jauh daripada pekan uxbridge itu. satu perkara lagi, mungkin disebabkan, saya juga tidak berapa tahu sangat, bak kata org di sini, familiar... ya... familiar... kurang familiar sama kawasan-kawasan di sini... justeru, bila kerana mungkin keboringan yang membelenggu di jiwa anak saya, maka, setiap kali saya mahu ke sekolah, pasti dia akan menangis untuk mengekori saya. aduhhhh.... kasihan sungguh saya melihat nya... mungkin minggu ini saya akan membawa mereka berjalan ke wembley atau ke liverpool st atau ke... ke.... erm... kemana lagi yang saya tau... aduh... nampak benar kampung ya saya ini...

pagi-pagi ni rasanya mood saya masih belum terbuka untuk membaca maupun menulis sesuatu tentang pengajian saya... saya masih keliru, kenapa debit kad saya yang biasa saya gunakan untuk membayar segala bil tidak boleh digunakan untuk membayar bayaran pendahuluan untuk pemasangan talian telefon. agak pusing juga, kerana, kad kredit maybank saya juga tidak boleh digunakan. sedangkan, saya membeli barang-berang kelengkapan rumah, menggunakan kad kredit maybank, boleh pula digunakan... aduh.... kasihan zah, kerana, tanpa BT line, rasanya, saya tidak mungkin boleh memasang internet yang berkelajuan tinggi untuk menonton televisyen malaysia... oh... maksud saya, melayari laman web TV3, TV9, NTV7 dan sebagainya... sudah banyak kali saya menelefon BT line dan juga HSBC, tapi masih tidak berjalan juga. sudahlah duit saya hilang tanpa ketahuan sebanyak £120. kata HSBC, kerana bayaran untuk menambah nilai telefon saya... yang saya pelik, semua transaksi yang saya lakukan tidak pernah berjaya, masakan mereka boleh menolak duit saya itu??? aduh... telefon syarikat telekomunikasi, kata suh telefon orang bank... telefon orang bank, kata suh telefon syarikat telekomunikasi tersbut... saya ibarat bola pula... sudahlah hendak bercakap dengan mereka saya perlu berhati-hati kerana bahasa yang saya gunakan sungguh tinggi, ditakuti, mereka tidak memahaminya.... hanya tunggu dan lihatlah duit saya itu terapung, dan hanya kesabaran sahaja yang masih dalam hati saya ini...

baiklah, rasanya takat itu sahaja berita untuk hari ini dan semalam.... semoga kita bertemu lagi di lain masa dan rancangan... untuk itu..... daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

tuanpunyablog: masih dalam keadaan keinsapan...

No comments: