Thursday, 28 July 2011

aku yang kurang bertuah

assalamualaikum...


alhamdulillah, aku telah berjaya (ye ker???) menjadi emcee untuk hari staff fakulti (la ni disebut sebagai pusat pengajian) aku... masa memula aku disuruh menjadi emcee tu, risau pun ada sebenarnya... sebabnya, aku rasa macam aku takleh dah nak menjadi emcee merapu dah... yelah, bila lepas buat PhD ni, rasa macam dah matanglah kunun2nya... nak cakap kene sopan, kalau bercakap, kene perlahan etc lah... tup2... erm... maybe sipat semulajadi aku kot... takleh dapat mic.. dapat jek, mulalah merapu... bila tah nak benti tabeat ni...


nway, bukan tu aku nak cerita... aku nak cerita lain sebenarnya.... biasalah aku, kalau nak cerita, intro kene panjang lebo dulu... pastu, citer intro banyak2, pastu lupa nak cerita pasal apa... chet!!!!


masa dok tolong angkat2 barang2 cabutan bertuah tu, aku pun cakap lah ngan salah sorg staff fakulti aku tu... aku cakap ngan dia,


'kalau saya kan kak, janganlah nak bermimpi nak dapat sebarang hadiah terpijak ni... kompom takikan takkan dapat punya... sebabnya, saya ni kurang bertuah sikit... kalau nak dapat rejeki, saya kene usaha sikit, insyaAllah akan dapat... tu jelah jalan rejeki saya... '


akak tu cakap, ' isk... jangan cakap camtu... mana tau rejeki kan...'


'tak, mmg btul... beratus2 (nampak beno tipu sangat) masuk cabutan bertuah, mmg tak penah dapat'...


kecuali sekali jek, masa cabutan bertuah koperasi UUM. daripada 100 lebih hadiah (kalau tak silap), dapatlah hadiah yang keempat... lupa dah hadiah apa... tapi, aku rasa sebab ada sorang member aku cakap kat aku, masa depa dok umum nama2 yang dapat hadiah bertuah tu... dia cakap, sambil gelak2...


'isk... hang ni jep... mmg tak bertuah langsung (mentang2lah dia dapat tetiap tahun)'...

tup2, elok jek dia abis cakap, org kat depan yang dok announce no staff tu, terus sebut, 2304... 2304...


aku dengan senyum kambingnya, terus bangun, n mintak tumpang lalu kat member aku yang dok kutuk aku tu... terkedu terus dia...


nway, sambung citer pasal cabutan bertuah kat atas tu... masa dok baca nama2 staff yang dapat cabutan bertuah tu, satu persatu aku baca... terasa jugaklah sebab tak dapat hadiah... ekceli, aku takdelah rasa keciwa menunggeng pung... sebab aku pun, baru jek masuk keje, so, tak bayar pun lagi duit kelab kebajikan tu...

tapi, masa dok sambil announce nama tu, aku tanya jugaklah ngan committee yang involve. nama aku tak masuk ke? pastu depa kata, masuk... masuk...


erm... nampaknya, mmg aku kurang bertuahlah...


masa dok umum no 5 kebwah (hadiah paling mahal) tu, aku pun macam dah pasrah (lawak plak ayat ni, padahal tak harap sangat pun)...

tengah assisstant dok bukak nama yang last sekali, terdetik kat hati kata... eh, macam nama aku jek... elok jek dia bukak, aku terus menjerit....


'waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....' sambil berlari keliling...


'woit!!!!! tak aci!!!! emcee mana leh dapat...' jerit memember aku sambil gelak2...


hadiah apa aku dapat? dapat oven... bolehlah bakar kuih raya tahun ni (hah!!!!! ko mmg kuat berangan jep!!!!!!)


balik jek, teringin nak bagitau kat orang lain... almaklumlah, sepanjang idop ni, baru dua kali bertuah (in term of dapat hadiah k) kan...

tapi tak tau nak letak apa... takkan nak letak direct jek kan... silap2, ramai yang termuntah ijo nanti... dok pk pk pk pk pk... maka, keluarlah status seperti ini:


'dah nampak makin hitam plak aku ni... macam kene bakar dalam oven.
~nak bagitau menang oven dalam cabutan bertuah pagi tadi. :D~


jauh betul aku pusing. bak kata salah sorang member aku yang komen kat status ni;


'kona kot lain dulu jep ni....hahahahahaha'


teringat masa dok tolong akak tu angkat barang, aku dok tolonglah angkat oven tu... pastu, depa terus cakap,


'ha, jep... jangan masuk kete terus tau, antar ke khemah tu...' sambil gelak2...


masin mulut depa tu...


tuanpunyablog: gambar hadiah? isk... malas nak tampal2... :D

Monday, 25 July 2011

boleh kaya ker kalau menipu customer???

hai, assalamualaikum...

stuck sekejap... taktau nak mula n nak abiskan ayat camana... sudahnya, masuk blog, merapu...

rini, cheqnak cerita pasal strategi pemasaran yang cheq ghasa.... erm.... takpalah, hangpa pikiaq sendiri naaa...

kisah bermula apabila penulis secara tetiba tingin nak pasang astro... sebenarnya, kalau pakai antena biasa pun, boleh jek dapat... cumanya, penat sikitlah bila nak tukar channel. sat sat kene bangun betulkan arial, sat2 kene bangun betulkan arial... kengkadang tu, tgk satu siaran jelah... statik kat situ jek.,... tak best jugak terutamanya bila menyedari yang penulis ni, jenis yang rambang mata... sat sat tukar channel... sat2 tukar channel.... maka, disebabkan boring, maka penulis pun pergilah jenjalan kat pekan jitra selepas waktu asar...

maka penulis terus singgah disebuah kedai menjual barang2 letrik... biasanya, kedai2 beginilah yang menyediakan perkhidmatan astro kan... maka, terjadilah perbualan ini anatra penulis (tulisan biru) dan pembantu kedai (tulisan merah) tersebut;

'cik, saya nak tanya pasal astro ni... berapa yuran pemasangan dia?'

'owh... yang tu ada dua encik. ada rm100, ada yang rm 199... yang 199 tu, dalam masa 3 hari kami pasang... yang rm 100 tu lambat sikitlah kami pasang'...

'berapa lama?'

'paling awal TIGA MINGGU. tu paling awal encik. ada customer tu, sampai sebulan lebih baru pasang..'

'lamanya... kenapa lama sangat?'

'owh, decoder yang rm100 tu kami takde... kami kene tempah kat KL. yang 199 tu kami ada decoder dalam simpanan. kalau encik nak cepat, kene amik yang 199 tu.'

'lor, JAUHNYA kl tu (sila buat nada perli yek). sampai sebulan lebih baru dapat...'

'erm... mmg astro yang buat camtu...'

'erm... takpelah, nanti saya pk dulu, n datang balik... mekaseh...'

dalam perjalanan ke kereta, aku punyalah angin ngan astro ni... nak pasang cepat kene bayar mahal, pastu bulanan pun kene mahal (decoder astro beyond)... bijak punya marketing sampai menipu... masa tu sabarkan jelah hati...

dua tiga hari lepas, penulis p jitra sekali lagi... saja jenjalan sebab boring... kemudian, bila penulis melalui satu lagi kedai letrik yang selalu penulis beli barang dari sini, penulis pun tergerak hati nak tanya pasal astro...

'bos, nak tanya pasal astro... berapa yuran pemasangan dia?'

'ada dua, 100 ngan 199. nak mana satu?'

'apa beza 100 ngan 199?'

'beza jenis decoder jek... kalau 100 tu, recon punya... kalau 199, decoder baru...'

'bila boleh pasang?'

'order kat kami, dalam seminggu lah, paling lambat, paling cepat, 4 hari. tapi biasanya, kontraktor suh cakap kat customer seminggu... sebab depa nak tunggu decoder sampai dari KL, lepas depa tempah...'

'yang 199 tu ke atau dua2 jenis yuran pemasangan tu?'

'sama jek waktu pasang tu...'

'aik, apsal ada kedai tu cakap, kalau nak cepat 199, kalau 100 sebulan baru dapat?'

'isk... takdelah... sama jek waktu pasang... tak kiralah 100 ka, 199 ka... beza tang decoder ja...'

rasa macam berasap jek hati aku bila teringat kedai yang pes2 sekali aku tanya pasal astro tu... geram btol... teruk btol semata2 nak kaut untung, sanggup menipu....

pesanan tuk kedai yang pes sekali tu;

ko ingat ko leh kaya dengan menipu org??????

tuanpunyablog: hati panas....

Sunday, 24 July 2011

'suka hati korglah nak letak tajuk apa'

assalamualaikum....

amik masa sikit sebelum meneruskan keje aku yang belambak ni... nilah masalahnya, bila keje takde, taktau nak buat apa... tapi, bila keje banyak pun, taktau nak buat yang mana... udahnya, dok melangut melayari laman2 web yang tak sepatutnya.... huhuhu...

lately, cepat btol ilang ingatan... rasa macam tua beno gamaknya... tengok... berkobar2 nak menulis something kat blog ni... tetapi (skimanya!!!!), secara tiba2, aku dah lupa apa aku nak nulis plak... erm... jap... ngah pikiaq... erm... erm... erm....

oh ya... nak cerita pasal memula lapor diri... org gelemer lah katakan... (silalah muntah yek...) respon2, serta pertanyaan yang aku terima bila depa jumpa aku....

ramai yang tanya;
'eh, balik terus ke ni? phd camana?'
soalan common kan... balik jek, mesti soklan ni org tanya... maka aku pun menjawab dengan sopan... 'blom abis lagi, tengah menulis...'
'abis tu, kenapa balik?'
'balik sebab tak larat nak dok obe c lelama... boring... poastu, bukannya dapat elaun pun... nak bayar sewa umah, sewa bilik, sewa itu... sewa ini.. makan... gaji abis kat pemili... so... baik balik jek...'

ada juga yang menjerit bila nampak aku sampai satu fakulti dengar jeritan dia... sebab apa dia jerit? tah!!! exited kot jumpa ak... (ahaks!!!! perasan kejap)

ada juga yang cakap;
'wah!!!!!! dah kurus banyak... lain pulak muka tu, nampak makin muda..'
apa aku leh buat? takkan nak cakap... 'eh, saya mmg kurus dari dulu, pastu, saya pun mmg awet muda, tak makan usia'...

jangan kata korg, aku pun hampir2 nak muntah, telinga rasa berdarah jek kalau aku cakap camtu... senyum jelah, sambil cakap... 'erm... yelah nampak muda... tak nampak penuh uban kat kepala ni????'

ada jugak yang cakap;
'lor, ingatkan balik ni abis dah... tak abis lagi???'
erm... anggapkan saja depa tak paham camana phd ni...; jawapan aku paling mudah... 'biasalah, lembab sikit bila lama dah tak belajar ni...'

ada jugak yang cakap bila jumpa aku;
'amboi... penuhnya uban.... hang muda lagi, takkan dah beruban kot...'
isk... nak wat camana... dah rambut nak jadi putih... takkan aku nak dye kot... sekurang2nya, aku bersyukur... sebab, takdelah rambut gugur sampai separuh botak... kan?????

so far, tu jelah respon yang aku terima... dok sini dua minggu, hampir semua rakan2 lama aku dah jumpa...

till we meet again yeah!!!!!

tuanpunyablog: sebulan lebih amik masa tuk membetulkan satu bab... apa kes????

Friday, 22 July 2011

nasib seorang emcee... (apa punya tajuk daaaa)

assalamualaikum warahmatullah...



hai, lama tak menjengah n menulis kat blog sendiri... sampaikan org2 komen kat blog aku pun, aku takdan nak reply... sebuklah kununnya.... erm... 3 minggu dah ada kat malaysia ni, hajat di hati, nak antar draft kat sv sebelum bulan posa ni... berangan jek lebih... la ni, chapter three pun tak abis2 nak betulkan... asyik sangkut jek... huhuhuhu...



rini jemaat... rajin kan aku mai opis (poyossss!!!!!)??? org lain semuanya ngah enak dibuai mimpi... erm... nak wat pe pun kat umah tu... bukannya ada apa2... tenet pun lambat masuknya... kalau balik Ki iL pun macam tak berbaloi... baik aku balik minggu depan... senin posa, kedah coti... so, bolehlah aku amik coti lama sikit ngan pemili... kan????



balik2 ni, tetiba disuruh menjadi MC bagi hari staff pusat pengajian (kalau dulu, fakulti) aku... to be honest, aku bab2 merapu ni gemor... so, tak kisahlah kalau org nak mintak aku jadi emcee... kalau dorg tak offer, aku sendiri aku mengoffer kan diri.... teruk kan aku ni? giler jawatan sungguh.... tu kalau bab2 merapu, tapi kalau kene bab2 yang formal, mati hidup balik (macamlah boleh berlaku kan???), kalau depa offer sibu hengget pun aku tak kan amik...


*gambar masa memula jadi AJKS. kurus kan masa ni??? sampai org kata aku, rangka terbang kalau aku bawak moto... rumet aku lagi dahsyat, dia kata aku 'perut takdak filter'...




sebut pasal MC ni kan, teringat masa memula aku jadi emcee first time masa aku jadi student UUM. masa tu jadi jawatankuasa suaikenal... kebetulan pulak time tu kolej yang aku jaga (EON) kene lantik sorg jadi MC. kengkawan AJKS yang kat kolej aku tu, tengok aku boleh bercakap kat depan, makan depa pun sepakat dan sesikat serta sekomplot suh aku jadi emcee kat dewan besor (dewan MAS). masa tu gemuruh ya amat, nak kene caklap atas pentas bersaksikan 6000 pelajar... walaupun aku biasa bercakap kat depan, tapi benda tu tak formal. kali ni kene pulak yang formal... tawakkal jelah...



masa dok tunggu penceramah tu sampai, aku pun disuruh cakap beberapa pengumuman. elok jek aku bagi salam, terus satu dewan terdengar gelak2 kecil... walaupun gelak kecil,tapi sebab dewan beso n yang gelak tu hampir enam ribu orang, sahihlah jadi gelak beso ye tak? aku pun pelik, dok tengoklah apa yang tak kene ngan aku... baju ok, seluar tak koyak (kalau koyak pun bukan depa nampak, sebab aku berdiri belakang rostrum), baju butang ok... aku assume depa gelakkan aku sebab muka comot kot...



aku abaikan jek gelak dorg tu... teruskan baca beberapa pengumuman. tapi depa tetap gelak... erm... taktaulah kenapa... masa nak menutup majlis pun, masih kedengaran gelak2 kecil...


abis jek aku jadi MC, aku pun tanya ngan member aku, kenapa depa gelakkan aku masa aku jadi emcee tu? memula depa senyum jek... pastu depa pun jawab;



'sebab suara ko macam katun.. sengau'...




sib baiklah aku tak kecik hati sangat... sebab aku tau suara aku mmg nak sedap... lagipun, org kata, alah bisa, tegal biasa... aku kan dah ada pengalaman kene halau keluar masa recording nasyid tuk program NONA... guru yang ngajar muzik tu cakap terang2 kat aku:



'you keluarlah... suara sumbang'...


kalau korang kene cam aku, apa korang lakukan kat cekgu muzik tu????



tuanpunyablog: sebenarnya, niat nak cerita lain, tapi tertulis cerita lain... boleh camtu????

Thursday, 7 July 2011

ku keudara lagi...

entri ini telah ditulis pada dua tiga hari yang lepas, tapi disebabkan masalah apatah aku pun taktau, maka hari ni baru leh upload... selamat membaca cerita basi...

--------------------------------------------

assalamualaikum...

hai, pa habaq? lama tak cerita kan? biasalah, bila dah balik malaysia ni, memacamlah keje nak kene setel. termasuklah menjadi bapak tunggal sekejap2 sementara umminya g sekolah... mujurlah ada ipar duai ngan mertua yang membantu... izzah masih tak mau lekat sangat ngan aku.. iffah pulak, asyik senyum jek ngan aku. ilham??? alhamdulillah... la ni, rasa macam rapat pulak ngan aku... mana2 aku p, termasuklah masa balik kedah ritu tuk lapor diri, aku bawak dia.... alhamdulillah... tak tanya sangat pasal umminya... takde pulak sebuk merengek nak balik banting...

bila dah rapat camni, aku jadi risau pulak... yelah, nanti aku nak kene balik kedah balik... for sure dia akan demam ke, menangis ke, taktau nak cakap... hopefully, akan oklah... apapun, aku masih rasa syukur, sekurang2nya aku bukan berada dijarak beribu batu lagi, cuma beratus km jek... nak balik pun, senang jek.... takde masalah compare dulu... pepehal sekarang ni, mudah jek nak balik KL...

bila ilham dah rapat ngan aku ni, rasa macam nak ajak jek dia dok sekali ngan aku kat jitra tu. tapi bila memikirkan pelbagai masalah yang mungkin timbul, risau jugak... nak masukkan tadika, takut memalam aku ada hal, nak tinggalkan kat sapa... nak antar kat pengasuh, takut dia pulak taknak... lagipun aku kesian ngan zah ngan mak mertua aku nak handle 3 imans ni... lagi2 hat hero sorg ni... ngan adik2nya, buas bukan main... jenuh dah jerit2... tapi tulah, bebudak kan... nak wat camana... erm... harap2 dapatlah penyelesaian yang terbaik... aaaaamiiiiiinnnn...

apa lagi nak cerita??? tu jelah kot buat masa ni... nanti ada masa, aku storimori lagi ek...

ilal liqaq...

tuanpunyablog: tulisan pertama dikampung sungai kayu ara, damansara petaling jaya...

Sunday, 19 June 2011

maaf, salah tempat ni encik/cik/puan

assalamualaikum....

makin gelemer plak blog yang merapu ni.... asal ada entri baru jek, pengikut bertambah... asal ada entri baru jek, pengikut bertambah... pes of all, mekasehlah bebanyak naaa... sebab sudi menjengah tulisan aku yang tak seberapa ni... aku bukanlah penulis tegar, bukan juga penasihat tetap, bukan juga penjaja cerita, tapi aku ni penglipurlara (akronim tuk penghibur hati dikala duka lara).... hati aku jek... hati hangpa, taktaulah cheq lagu mana....

nway, sesaja jek nak menulis benda ni.... ada kaitan jugak sebenarnya....

pagi tadi, bangun pagi, sesaja jek aku menilik blog aku ni... tengok sapa yang melawat, berapa yang melawat, sumber dari mana yang dorg melawat (en terungceweng sahabat lama, aku kene award hang ni sebab hang tolong menggelemerkan aku).... bukan nak tunjuk aku ni gelemer (hangpa tak baik bughuk sangka ngan cheq).... tapi nak tunjuk sumber mana depa bleh detech blog aku ni.... ada dua gambar dibawah... silalah tengok....




agak2 korg (tetiba leh jadi org Ki iL plak), kenapa aku letak ni?


tak dapat agak?


blur? takpe... takpe... sebab aku pun macam korang jugak...


meh aku nak ceritera (takmo gune cerciter, nanti ada org saman aku sebab plagiat) sikit....


cuba tengok kat gambar atas bawah sekali.... tak nampak? ok, cuba tengok gambar kedua (search keyword) yang bawah sekali tu.... nampak apa tertulis?????


kat situ tertulis 'kisah sex cikgu dengan murid sekolah rendah'...


tengok jek ni, terus aku tergelak beso.... aiiii..... manusia manalah yang mencari bahan ni... dan camanalah aku punya blog boleh tersesat dalam carian dia (aku rasa sebab entri aku cerita pasal ce'egu kot naaa).... mesti dia tension sebab bukak sambil berkata2 dan menyumpah (i guess)...


'ni cerita apa ni???? hampeh!!!! (aku cuba menyelami perasaan dia)'


maaflah encik/cik/puan (kene tulis semua, sebab taktau lelaki ke pompuan yang carik ni)... dah salah tempat dah ni... p cari kat tempat lainlah naaaa... mekaseh...


tuanpunyablog: sedang menahan telinga dengan sabar sebab laptop mengeluarkan bunyi2 yang mmg tak sedap langsung untuk didengar... isk... time2 genting camnilah dia buat hal....

Saturday, 18 June 2011

luahan hati seorang pelajar...

assalamualaikum....


tak lama lagi, nak balik dah... lima bulan yang lepas, hidup tanpa keluarga disisi, aku leh tahan... tapi, bila makin dekat ngan dengan tarikh nak balik, makin tak sabo plak... maka pujuklah hati ini dengan berkata, 'alah, takat 6 bulan leh tahan menanggung rendu, takkan seminggu dua pun tak leh tahan...' erm... maka, senyaplah hati seketika...


nway, bila ku cakap aku nak balik dah... maka ramailah yang bertanya.... wah!!!! dah abis dah... leh panggil DR dah.... nak habaq terang2 naaa.... aku balik ni sebab cuti blajaq aku abis dah... tiga tahun setengah.... malas dah nak extend, lagipun, dok sini lelama, bukannya leh buat apa pun.... dengan elaun takdak... gaji aku nak guna tuk bayar memacam... dok cni nak makan pe ye tak? org kata, at least, kalau dok cni, leh siapkan keje, sebab takde 'gangguan' sangat... bagi aku, sama jek kalau aku sambung kat malaysia... aku still jugak PJJ... famili kat banting... aku lak, kat kedah... sama jugak keadaannya kalau aku kat cni kan... leh jugak konsentret...


nway, saja nak habaq... sebab taknak orang asyik bertanya... habis cuti blajar jek, bukan habis study lagi... bila nak habis? tengok keadaan ngan nasiblah yek... untung batu tenggelam, untung sabut, timbul.... untung tuntung, tenggelam boleh, timbul pun boleh... mana nak????


nway, sebut pasal pertanyaan ni... saja2 nak buat FAQ atau dalam bahse melayunya, soalan yang biasa ditanya... so, buat mereka2 yang taktau camana phd ni berjalan, maka, selamilah hati perasaan kami ni.... hukhukhukhukhuk....


sebelum p blajaq orang akan tanya...
'napa pilih uni tu? tak gelemer pun... bukan ada rating pun dalam KPT...'

jawapan: buat phd ni bukan macam sekolah menengah, diploma, undergrad, master by course... ni lebih kepada one to one communication... kita pilih supervisor, bukannya pilih uni... jadinya, kalau lecturer yang kita pilih based pada bidang yang kita nak buat tu, kat uni tak gelemer, nak wat camana... kan????


masa tengah blajaq orang akan tanya...
'tahun satu - siap dah literature review? kene siapkan jugak, kalau tak, lambatlah abis...
tahun dua - dah siap data analisis?
tahun tiga - dah setel semua? bila nak viva?

jawapan: oleh kerana phd ni kebanyakkan nya blajaq sendiri, dengan bantuan dan tunjuk ajar supervisor... jaranglah supervisor nak menunjukkan camana nak buat reserach kita... kebanyakkannya semuanya kita sendiri, dia cuma bagi jalan jek... contohnya, kalau takleh, buat cara camni... kalau cara camni takleh, buat cara camtu.... disebabkan jugak one to one learning, maka, setiap org lain cara balajarnya, lain progressnya, lain cara svnya, lain tajuknya, lain coveragenya... kengkadang, bila kita dah siap LR, pastu nak masuk data collection, tetiba, terbaca jurnal, area yang nak kita buat tu, dah publish dalam jurnal... maka terpaksalah cari gap or problem yang lain.... setengah orang cari gap, macam cari gajah dalam hutan yang terang, setengah orang cari gap, macam cari semut hitam diatas batu hitam dimalam yang gelap dikala mata tengah rabun ayam (aku antaranya... sebab tu lembab sikit)..... so, kesimpulannya, takleh la nak samakan org tu baru tahun satu dah siap analisis, orang tu, baru setengah tahun dah siap nak viva (nampak beno nipunya....), orang tu dah tiga tahun topik apa nak buat pun blur lagi, lembab betol yek (aku termasuk dalam statistik ni)....


bila tak abis jugak dalam tempoh yang diberi:
'isk, tak abis lagi? buat apalah lama sangat blajar tu... agaknya, setahun dua tahun yang lepas tak buat apa2 kot naaa....'

jawapan: macam yang aku cakap tadi.... taklehlah samakan dengan orang lain.... setiap org berbeza... topiknya, svnya, areanya, caranya, pengalaman buat phdnya... semuanya berbeza... ada yang sampai nak giler kepala otak sebab tak abis lagi, ada yang rilek jek (dalam hati takde sapa yang tau betapa risaunya dia sebab tak abis2 lagi)....

bila balik tanpa apa2 (lebih2 lagi yang p dengan scholarship):
maka banyaklah mulut2 sinis yang berkata.... 'kerajaan bagi duit tuk blajaq, apalah dia buat sampai tak abis'... 'makan duit rakyat, tapi tak blajar tak abis'... dan macam2 lagilah...

bagi aku, kalau kita tak tau apa yang dialami oleh org tu, janganlah cakap yang bukan2... kesian kat org tu... boleh jugak dikira melemparkan fitnah... lagi2 kalau kita cakap, dia tak abis sebab berjalan jek kejenya... masalahnya, betul ke dia tak abis sebab dia berjalan jek kejenya? mana tau maybe dia blajar masa dia berjalan tu, or masa dia nak tdo ke... bukannya kita tau kan... maybe jugak sebab dia ada masalah lain yang melanda yang kita sendiri taktau sebab dia taki bagitau... dah usaha kuat, tapi bila viva, tak lepas....

phd ni subjektif... bukan macam degree, yang berpandukan pada exam jek... terkene dengan examiner yang tak suka kita, or, supervisor yang awal2 jek suka ngan kita, pastu bila dah bertemu muka, terus jadi bengis semacam, or, maybe dia dah berusaha, tapi ada satu ketika dia down sebab banyak masalah melanda, or macam2 lagi sebab yang adakalanya, kita tak leh nak jangka...

orang dedulu kata, phd ni bergantung pada tiga faktor tuk berjaya:

1. supervisor - dapat yang sangat2 ok, alhamdulillah. dapat yang tak OK, tawakkal jelah...
2. data collection/topik/area - ada yang senang nak dapatkan data, ada yang susah...
3. kita sendiri - erm... ni semuanya bergantung pada kita...

as for me, satu ngan dua ok dah... cuma yang no 3 tu ada masalah sikit... sebab tu lambat siap... so, kalau nak ngutuk sebab aku lembab ke, makan duit rakyat ke, mengabiskan boras kerajaan ke, itu ke, ini ke... silalah.... :D

tuanpunyablog: pasni nak cerita apa pulak????