Thursday, 7 July 2011

Widgets

ku keudara lagi...

entri ini telah ditulis pada dua tiga hari yang lepas, tapi disebabkan masalah apatah aku pun taktau, maka hari ni baru leh upload... selamat membaca cerita basi...

--------------------------------------------

assalamualaikum...

hai, pa habaq? lama tak cerita kan? biasalah, bila dah balik malaysia ni, memacamlah keje nak kene setel. termasuklah menjadi bapak tunggal sekejap2 sementara umminya g sekolah... mujurlah ada ipar duai ngan mertua yang membantu... izzah masih tak mau lekat sangat ngan aku.. iffah pulak, asyik senyum jek ngan aku. ilham??? alhamdulillah... la ni, rasa macam rapat pulak ngan aku... mana2 aku p, termasuklah masa balik kedah ritu tuk lapor diri, aku bawak dia.... alhamdulillah... tak tanya sangat pasal umminya... takde pulak sebuk merengek nak balik banting...

bila dah rapat camni, aku jadi risau pulak... yelah, nanti aku nak kene balik kedah balik... for sure dia akan demam ke, menangis ke, taktau nak cakap... hopefully, akan oklah... apapun, aku masih rasa syukur, sekurang2nya aku bukan berada dijarak beribu batu lagi, cuma beratus km jek... nak balik pun, senang jek.... takde masalah compare dulu... pepehal sekarang ni, mudah jek nak balik KL...

bila ilham dah rapat ngan aku ni, rasa macam nak ajak jek dia dok sekali ngan aku kat jitra tu. tapi bila memikirkan pelbagai masalah yang mungkin timbul, risau jugak... nak masukkan tadika, takut memalam aku ada hal, nak tinggalkan kat sapa... nak antar kat pengasuh, takut dia pulak taknak... lagipun aku kesian ngan zah ngan mak mertua aku nak handle 3 imans ni... lagi2 hat hero sorg ni... ngan adik2nya, buas bukan main... jenuh dah jerit2... tapi tulah, bebudak kan... nak wat camana... erm... harap2 dapatlah penyelesaian yang terbaik... aaaaamiiiiiinnnn...

apa lagi nak cerita??? tu jelah kot buat masa ni... nanti ada masa, aku storimori lagi ek...

ilal liqaq...

tuanpunyablog: tulisan pertama dikampung sungai kayu ara, damansara petaling jaya...

No comments: