Thursday, 7 December 2017

Sangkanya cerah sampai ke petang, hujan pula ditengah hari

assalamualaikum...

agak jarang dah menulis... almaklumlah, agak sebuk dengan kerja hakiki dan kerja tak hakiki (ni yang paling banyak sebenarnya, sebab keje hakiki malas nak buat... huhuhu)...

saja nak menulis tentang salah sorang pelajar. tentang apa yang dikatakan, kita merancang memang dah terbaik, tapi, perancangan kita, tak semestinya akan berjalan lancar tanpa ada masalah. hanya Allah sahaja tau apa yang terbaik untuk kita...

aku rapat dengan sorang budak ni... aku namakan dia sebagai XXX. Macam mana boleh rapat? erm... aku ni selalu ditugaskan untuk menjadi pemberi taklimat kepada students baru (padahal aku yang tergedik2 nak buat job ni). so, lepas habis program ni, dia pun datang jumpa aku

bang, abg tau tak kalau ada sesapa buat sewa motor? saya nak balik kampung...

takde lah... nak balik mana? 

nak balik ......................

berani ke bawak motor? jauh tu. apsal tak sewa kete?  

jimat sikit... 

ok, kalau ada, nanti abg bagi... 

Tak lama lepas tu, aku tak jumpa orang yang sewa moto. last, aku bagi je moto aku (lupa plak roadtax aku mati lama dah. bawaklah dia moto takde roadtax). bawaklah dia moto aku kampung dia. sejak tu, dengan ayah dia aku kenal... masa balik, ayah dia tak kasi dia bawak balik moto ke UUM. ayah dia akan pos moto aku... sejak tulah aku agak rapat ngan dia...

kemudian, bila dia dah masuk sem 2, ada benda yang buatkan aku marah btol dengan dia. takyah lah aku cerita kenapa aku marah btol ngan dia... tapi memang aku marah sampai satu tahap, aku cakap... suka hatilah XXX nak jadi apa,..

Sampailah result sem 3 keluar... bila dapat senarai nama pelajar yang lulus bersyarat, aku terkejut bila nama XXX tersenarai. bila aku cek result dia, Allah... memang terkejut. hanya 1 sahaja yang lulus, iaitu ko-kurikulum iaitu, satu jam kredit sahaja. yang lain smua failed, 3 daripadanya dihalang daripada menduduki final exam (menyebabkan tak boleh ditebus balik gred F nya). PMK lulus bersyarat, result PMS bawah daripada satu. yelah, 4.00 (kokurikulum) bahagi dengan 19.

Terus aku call dia. Whatsapp dia. tanya, apa masalah dia.

Saya nak tangguh bang.

Nak tangguh, jangan buat macam tu je. P departmen ...... isi borang. jangan but macam Universiti sendiri... 

Seminggu lepas tu, bila aku cek nama dia, tau2 dah takde dalam sistem. bila cek, rupanya dia dah tangguh.

aku try call ayah dia... bagitau ayah dia yang dia tangguh pengajian... dah consult ngan dia dan ayah dia, tak jadi nak tangguh. tarik balik surat. tapi tak lama lepas tu, dia rasa dia perlu tangguh. so, aku tak halang, n aku suh dia bgtau ayah dia (la ni aku dah ok sikit ngan dia in term of marah ngan dia).

long story cut short...

rupanya, XXX ni ada masalah kemurungan... macam-macam masalah... tak perlulah aku mentioned.

dalam masa dia tangguh tu, dia cakap dia nak kawin... lalu dia bagi hadith yang lebih kurang bunyinya begini;

"apabila kamu merasa resah, maka nikahlah..."

so, bila dah dia kata camtu... aku cuma tanya, apa perancangan lepas nikah?

Bakal isteri ada kemahiran... insyaAllah dia akan gunakan kemahiran dia untuk buat bisnes. saya pun akan buat bisnes jugak... sewa kete atau grab... 

lalu bernikahlah mereka berdua dalam masa cuti tersebut...

masuk sem baru ni... nampak semangat dia dah datang... dia datang jumpa aku... macam2lah aku tanya... kelas pun dah tak ponteng (ada beberapa pensyarah aku tanya)... aku pesan secara jujur dengan dia...

kalau boleh, rancang (harap orang pahamlah) famili. sebab XXX masih belajar.    

insyaAllah bang... saya pun plan mmg camtu... wife pun tgh cari2 keje kat dekat2 rumah kami... 

tak lama lepas tu, aku terkejut bila member aku whatsapp aku tanya pasal XXX ni. kelas dia tak pernah masuk langsung. bila member aku kata, si XXX ni nak tangguh pengajian, pun tanya ngan dia nak tanya btol atau tak perancangan dia tu.

plan macam tu bang. ada masalah sikit...

apa masalah XXX ni? wife mengandung?

XXX angguk perlahan.

takpelah... dah rezeki XXX. jangan tangguh sem ni. rugi... sebab yuran still kene bayar. nak keje pun dapat berapa bulan je. nak tangguh, tangguh sem depan. panjang sikit masa nak kerja. januari sampai september. ni kelas apa yang XXX tak pernah p?

ada dua kelas bang. 

drop (tarik diri) dua2 kelas ni jangan sampai kene bar... 

ok bang, nanti saya akan tarik diri... 

wife keje dah? 

tak lagi. sebab tengah alahan... 

habis tu, XXX support diri camana? nak kene bayar yuran lagi. sewa rumah. PTPTN tak dpt... 

bolehlah bang hidup. dengan duit sewa kete...

keje lain tak cari? 

dah bang. semua nak yang full time. taknak yang part time...

knowing him (not very well lah sangat), aku pun suggest dengan dia beberapa solution. sebab bagi aku, keputusan tangguh dia sebenarnya, takkan selesaikan masalah kekurangan duit dia. sebab lepas ni, nak support anak plak. sama jugak. takkan sepanjang masa nak tangguh pengajian. ada limit jugak untuk tangguh berapa kali. ada limit jugak masa untuk habiskan pengajian. maksimum 10 sem. la ni dia amik semua subjek sem 3 sedangkan dia dah sem 5. maksudnya, dia perlukan lagi 5 sem untuk grad. kalau tak, dia akan lebih sem. aku cadangkan solution ni pun, sebab aku tau dia macam mana... aku takut dia akan jadi kemurungan lagi sekali... bila kemurungan, mulalah kelas tak p... tak pasal2 kene bar... Biarlah org kata aku skeptikal. tapi aku pk, nak rasional sahaja. so, aku bagi solution pada dia,


  1. berhenti dari uni (daripada menambah hutang PTPTN),  kerja, kemudian, bila dah ok, sambung secara PJJ. 
  2. tukar mode pengajian kepada part time... tapi ada kemungkinan PTPTN tak dapat dah. kedua, program yang XXX sedang amik ni, takde part time punya mode. kene tukar program pengajian. and yes, yuran agak mahal... tapi at least, kuranglah sikit masalah kewangan...  
dua2 cadangan aku dia tak prefer. dia kata, akan teruskan jugak.

OK. terpulang pada XXX. XXX tau apa yang terbaik untuk diri sendiri. cuma pesan abg, make sure XXX akan drop kelas yang tak p tu, dan kelas2 yang lain... kene p. jangan sampai kene bar... 

dia janji dengan aku dia akan p kelas... taknak pk sangat masalah dia tu...

dan sekarang...

DAH ADA 3 ORANG PENSYARAH (yang aku kenal, ada juga subjek yang dia amik, pensyarahnya yang aku tak kenal sebab school lain) MENGADU NGAN AKU XXX DAH LAMA TAK DATANG KELAS DAN MELEBIHI DARIPADA 20% KETIDAKHADIRRAN MENYEBABKAN XXX AKAN DIBAR (halang daripada memasuki final exam).

Kalaulah ketiga2 pensyarah ni bar XXX, ada kemungkinan dia akan dapat lulus bersyarat sekali lagi, yang akan menyebabkan dia dibuang.

Aku taknak masuk campur dah pasal ni. kalau member aku tanya,

aku nak bar XXX ni boleh tak jep?

jawapan aku, bar jelah. kita pun ada ISO nak kene ikut. takkan nak jaga student, periuk nasi kita pulak yang terjejas...

tuanpunyablog: takpelah orang nak kata aku kejam... aku percaya, setiap perkara ada hikmahnya. dan aku yakin, insyaAllah XXX akan berjaya suatu hari nanti...  InsyaAllah...